Monday, July 25, 2016

Tahniah Melayu teruskan berpecah.

Hari ini orang Melayu di Malaysia ada LAPAN golongan. LAPAN golongan panas. Tahniah.

Melayu UMNO, Melayu PAS, Melayu PKR, Melayu Perkasa, Melayu DAP, Melayu Atas Pagar, Melayu Amanah dan yang paling terkini Melayu Tun Dr Mahathir. 

Belum cerita NGO. Kita ada lebih 1000 NGO Melayu berdaftar yang tumbuh bagaikan cendawan. Semua mengaku memperjuangkan melayu dan kononnya semua wadah untuk nasib Melayu yang semakin ditinggalkan. 

Walhal Melayu sudah menguasai politik selama 59 tahun, pertumbuhan ekuiti saham Melayu hanya naik 2 peratus dalam dua puluh tahun. Tanah rizab Melayu seluruh semenanjung semakin botak sekitar 12 peratus. Tanah melayu di Kuala Lumpur pula sekangkang kera hanya tinggal 5 peratus. 80% daripada semua graduan menganggur dan hampir 10,000 belia muflis pula adalah Melayu. Memang hebat.

Berbeza dengan bangsa Cina di Malaysia. Mereka kaya dan bersatu kukuh. 

Di persada ekonomi Malaysia, orang Cina 'conquer' hampir 70 peratus sektor ekuiti termasuk perbankan, hartanah dan pembinaan. Sepuluh teratas orang terkaya tahun 2015 adalah bilionaire Cina Malaysia. 80 peratus franchise, hotel mewah dan gudang membeli belah Malaysia ini milik orang Cina. Hampir 90 peratus  pelajar yang belajar di universiti swasta dan IPTS ternama dan mahal-mahal di negara ini adalah anak rakan-rakan Cina kita.

Walaupun bukan semua orang Cina pandai cakap Cina dan bukan semua pandai pakai chopstick, saya kagum mereka adalah bangsa yang tolong menolong, rajin, bijak berniaga dan bersatu atas nama rezeki perniagaan mereka.

Dalam budaya umpamanya, bahasa Cina diangkat tinggi. Malah hampir semua bank dan syarikat Cina, akan membeli majalah surat khabar Cina di samping bahasa Inggeris. Sebab itu, akhbar Sin Chew Jit Poh dan Nanyang Siang Pau suara keramat orang Cina, menjadi antara akhbar yang paling tinggi edaran dan keuntungannya di Malaysia. Untuk makluman, syarikat akhbar ini telah menyumbang beratus juta ringgit untuk pendidikan Cina di Malaysia, melalui konsert amal bersama Carlsberg Malaysia dan syarikat-syarikat lain.

Sekolah Cina pula adalah cagaran politik utama yang tidak boleh dikompromi sama sekali. Semua parti politik dan NGO Cina akan bergelut memperjuang sekolah Cina dan bahasa Cina. Pilihanraya Sarawak baru-baru ini bukti besar bangsa Cina bersatu untuk autonomi besar negeri Sarawak.

Apa pulak kita orang Melayu buat? Tak ada apa-apa. Rilek jer. Terus bergaduh dan terus berpecah. Kita adalah bangsa yang cukup selesa, menang sorak, berdengki sesama sendiri, alpa dan tak peduli. Pemikiran kita orang Melayu pun cukup bercelaru. Malah ulama besar, tuan guru yang hebat dan murid-murid pun berperang bertalu.

Maaf saya cakap, kebanyakan pergerakan melayu kadang-kadang hanya lebih kuah daripada sudu. Di dalam dunia korporat, majoriti institusi GLC Melayu tak sedar bahawa Melayu telah terhakis secara senyap-senyap dari pengurusan tertinggi. Orang Melayu kini hanya menduduki 10% dari semua pengurusan swasta tanahair. Majoriti aset Melayu pula dipegang oleh beberapa institusi amanah dan dikuasai hanya beberapa kerat ahli perniagaan Melayu yang berjaya.

Jangan berbangga sangatlah dengan aset-aset Petronas, Felda, Permodalan Nasional Berhad, Tabung Haji dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera. 

Hari ini semangat roh institusi Melayu sudah pudar dan semakin banyak daerah kaya seperti Bukit Bintang, Petaling Jaya, Subang Jaya, Sunway, Kepong, Setapak, Sentul dan Seri Kembangan, hampir-hampir pupus penyertaan orang Melayu di kota besar.

Semua orang Melayu. Dengar sini dan hadapi realiti.

Di Amerika Syarikat dan United Kindom, bangsa Cina hanya menguasai sekitar 6% dari ekonomi. Di Malaysia orang Cina menguasai sekitar 60% dari ekonomi. Tidak ada tempat lain di dunia di mana orang Cina minoriti mempunyai kuasa ekonomi yang begitu luas selain daripada di bumi Malaysia yang sangat pemurah ini.

Tahniah. Selamat Maju Jaya Orang Melayu dan Selamat Hari Raya !

Bertindak tu kerana berani sikit. Jangan jadi jaguh atas meja dan cakap belakang. 

Lapang dada, buka minda. Cuba tanya diri sampai bila ?

Thursday, July 14, 2016

Peringatan Melayu-Kupasan The Chinese Dilemma

YE LIN SHENG- Penulis buku THE CHINESE DILEMMA.

APA PENULIS KATA BERKENAAN CINA:

1.Pandangan ini adalah dari Ye Lin-Sheng yang berasal dari China tetapi seorang ahli perniagaan di Malaysia, Hong Kong dan Australia, Thailand, Singapura, Britain dan Amerika Syarikat. Beliau mempunyai banyak pengalaman yang melibatkan orang Cina di negara yang disenaraikan itu. Tetapi orang Cina di Malaysialah yang paling tidak bersyukur, kejam, serta mengkhianati perjanjian ataupun dipanggil perlembagaan. Dalam buku Ye Lin-Sheng The Chinese Dilemma (East West Publishing, Australia, 2003), Ye Lin-Sheng menulis:

2. Pengiktirafan orang cina:
"Orang Cina Malaysia mendapati mereka lebih mudah untuk menerima dominasi oleh orang-orang putih kerana mereka dapat memberi pengiktirafan terhadap kehebatan orang Barat. Tetapi Orang Cina Malaysia amat susah untuk menerima kehebatan orang Melayu kerana perasaan iri hati dan hasad dengki mereka bahawa Malaysia ini milik orang Melayu. Mana mana orang Cina Malaysia sama sekali tidak boleh menerima tentang konsep ketuanan Melayu, mereka percaya bahawa mereka adalah lebih baik" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)

3.Keangkuhan orang Cina:
"Keangkuhan orang cina Malaysia telah membuatkan mereka sentiasa memandang rendah terhadap keupayaan orang Melayu, walhal ramai orang Melayu sebenarnya bekerja atau belajar lebih pandai dari kaum cina Malaysia ini. Perkara ini sudah lama saya perhatikan, kerana saya memiliki perniagaan di Malaysia dan telah bercampur dengan orang Cina Malaysia ini. Sikap mereka suka cakap belakang dan tekan orang Melayu adalah menjadi tabiat dan budaya mereka. Mana mana orang Cina Malaysia yang tidak menghina orang Melayu dikatakan kolot dan membelot bangsa cina" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)

4.Perkauman orang cina:
"Kejayaan orang Cina Malaysia hanya tercapai jika mereka dapat menindas orang Melayu dalam masa yang sama menggunakan kudrat dan kelebihan orang Melayu. Mereka juga tidak akan mengakui bahawa kepimpinan Melayu adalah sangat mahir, cekap serta bagus dalam pengurusan politik, ekonomi dan sosial. Cina jarang menyifatkan kejayaan Malaysia kepada orang Melayu. Apa yang ada diminda mereka adalah semua kejayaan di Malaysia ini kerana orang Cina. Sebab itu orang cina yang asal dari China tidak suka bergaul dengan cina Malaysia kerana sikap mereka yang ekstrim ini. Mereka masih lagi mengamalkan ideologi komunis" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)

5. Penghinaan orang Cina:
"Sampai hari ini, sesetengah orang Cina Malaysia masih menggunakan istilah menghina terhadap orang Melayu. Dalam dialek tertentu, orang Melayu dipanggil dengan nama yang bermakna ‘orang hutan’ atau ‘orang liar’. Maknanya, bangsa yang tidak bertamadun. Orang Cina yang memeluk Islam dikatakan ‘masuk Melayu’. Jarang ibu bapa Cina membenarkan anak mereka menjadi askar atau polis kerana anggap itu kerja kotor dan eksklusif kepada kaum Melayu. Mereka sentiasa percaya bahawa budaya dan tamadun Cina lebih tinggi berbanding budaya dan tamadun Melayu termasuklah penggunaan membersihkan diri menggunakan tisu dianggap lebih bertamadun. Umumnya, orang Cina boleh menerima ‘ketuanan orang putih’ kerana menganggap tamadun dan budaya Barat lebih bagus, tapi tidak terhadap orang Melayu-Bumiputera." -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)

6.Sikap negatif orang cina:
"Kejayaan orang Melayu turut dipandang sinis. Ia biasanya dikaitkan dengan bantuan kerajaan atau hak istimewa yang diberi kepada mereka. Kebanyakan Cina Malaysia sukar menerima hakikat kejayaan usahawan atau syarikat Melayu dimana mereka berniaga secara jujur dan bukan seperti orang cina berniaga. Jadi sebenarnya majoriti orang Melayu ada peniaga tulen yang jujur dan dicapai menerusi kerja keras mereka. Sikap sebegini sebahagiannya berpunca daripada kesukaran menerima hakikat orang Melayu lebih pandai daripada mereka dan sebahagian lagi bertujuan menunjukkan pencapaian mereka sebagai lebih hebat" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)

7.Isu Tuan Rumah:
"Siapakah tuan rumah negara Malaysia? Ia adalah orang Melayu selaku tuan rumah , dan orang Cina dan India sebenarnya hanya
lah tetamu ataupun dipanggil menumpang kerana tiada tempat. Orang cina Malaysia sepatutnya malu kerana telah datang secara asal untuk menjadi pekerja dan selepas diberi kerakyatan akhirnya mereka hendak merampas serta menindas tuan rumah. Sudahlah mereka datang dengan jumlah yang besar serta. Jika saya (Ye Lin-Sheng, penulis Buku) adalah orang Melayu, saya tidak akan membenarkan perlembagaan dan sosial kontrak dicabar. Saya akan merasakan maruah dan penghormatan saya akan tercalar" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)

8.Orang Melayu sebenarnya sedang dijajah cina:
"Tetapi itulah keistimewaan orang Melayu, mereka adalah bangsa yang bersopan santun dan seorang penyabar. Sudahlah mereka bersusah payah berjuang untuk membebaskan diri dari jajahan barat. Sekarang mereka perlu bersusah payah untuk merampas dari orang Cina yang memegang ekonomi pula. Sepatutnya orang Cina yang perlu berbakti kepada orang Melayu kerana sudah diberi peluang mendapat kerakyatan, tetapi saya selaku orang asal dari China berasa malu dengan sikap bangsa saya yang tinggal di Malaysia. Tidak ada perkataan yang dapat saya berikan kerana dasar orang cina terlalu keras, ekstrim serta perkauman. Kami sendiri orang yang tinggal di China tidak menerima ideologi Komunis, tetapi orang Cina di Malaysia lebih selesa untuk mengamal serta menyebarkan ideologi Komunis. Sebenarnya jujur saya mengatakan orang cina Malaysia sedang menjajah orang Melayu, mereka seperti menganggap bahawa orang Melayu adalah musuh yang nyata" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)

Wednesday, July 13, 2016

Kenapa Melayu terus berpecah ?

Perpaduan adalah elemen penting untuk membentuk masyarakat yang harmoni dan sejahtera. Justeru, semua pihak wajar mengelak sebarang bentuk perpecahan kerana ia tidak mendatangkan kebaikan dan keuntungan kepada masyarakat dan negara. Segala perbalahan dan perselisihan pandangan harus diselesaikan melalui meja rundingan atau saluran yang tidak bercanggah dengan Perlembagaan negara dan norma masyarakat. 

Kita tidak sepatutnya berpecah disebabkan perkara remeh-temeh. Kita tidak patut berpecah disebabkan permainan politik. Kita juga tidak boleh berpecah disebabkan sentimen kaum dan agama. Perpecahan disebabkan politik dan agama boleh membawa kehancuran kepada negara. Ia akan melahirkan kumpulan yang saling bertentangan dan masing-masing mahu menjatuhkan lawannya atas dasar kebencian dan permusuhan. Perpecahan dan permusuhan yang menajam boleh menyuburkan budaya fanatisme dan ekstremisme dalam masyarakat. Masyarakat yang berpecah akan hilang kekuatan. Kita akan mudah dicatur dan dihancurkan oleh musuh yang mahu menjayakan agenda jahat mereka. Musuh boleh datang dari dalam dan luar atau kedua-duanya berpadu dan bekerjasama untuk menghancurkan negara. Bencana akan menimpa negara sekiranya ada pihak dari dalam yang bersekongkol dengan musuh untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara demokratik. Pelbagai medium digunakan musuh luar untuk menyebarkan pembohongan dan fitnah terhadap kepemimpinan negara. Kesan daripada terpedaya dengan fitnah musuh boleh menyebabkan masyarakat menjadi kucar-kacir dan berpecah belah. Politik dan ekonomi negara boleh terancam kerana fitnah. Bagi kumpulan atau individu yang mempergunakan agama untuk memecahbelahkan masyarakat, maka mereka harus kembali merenung dan bertadabbur maksud ayat 159, surah al-An'am di mana perbuatan suka memecahbelahkan atas nama agama bukan daripada ajaran Nabi Muhammad SAW, sebaliknya ia adalah atas dorongan hawa nafsu mereka semata-mata. "Bahawasanya orang yang mencerai-beraikan agama mereka dengan perselisihan yang berdasarkan hawa nafsu dan mereka menjadi berpuak-puak, tiadalah engkau (wahai Muhammad) terkait sedikit pun dalam perbuatan mereka. Sesungguhnya perkara mereka itu hanya terserah kepada Allah. Kemudian Dia akan menerangkan kepada mereka pada hari kiamat kelak apa yang mereka lakukan dan membalasnya". Ayat itu jelas menyatakan Nabi Muhammad SAW tidak ada kena mengena atau bertanggungjawab di atas perbuatan orang yang suka memecahbelahkan masyarakat atas nama agama. 

Dalam konteks masyarakat Melayu, iaitu kaum teras dan majoriti di negara ini, perpecahan sama ada atas nama politik atau agama akan memberi kesan yang cukup buruk kepada masa depan bangsa Melayu itu sendiri. 

Sejarah membuktikan perpecahan politik di istana Melaka kerana fitnah, tamak dan gila kuasa mengakibatkan hancurnya empayar Melayu Melaka. Sekiranya dulu kejatuhan kuasa politik Melayu Melaka itu dapat digantikan dengan kebangkitan kerajaan Melayu Johor, namun dalam konteks hari ini ke mana kita mahu bawa bangsa ini sekiranya kita kehilangan kuasa disebabkan perbalahan dan perpecahan. Perpecahan merugikan semua pihak. Musuh akan seronok apabila kita berpecah belah kerana ia akan memudah kerja mereka memusnahkan negara ini. Justeru, semua pihak harus memelihara perpaduan supaya keamanan dan kesejahteraan yang dinikmati selama ini berkekalan. 

Wednesday, June 22, 2016

Pencarian Malam Lailatulqadar

gambar-bintang-jatuh-yang-indah-555x416Kata sesetengah riwayat pada malam itu, tidak sejuk, tidak panas. Pada keesokannya, mentari seolah-olah malu untuk bersinar. Teduh sahaja kelihatannya.  Tidak terang dan agak redup. Kata yang lain, ada air yang membeku. Tidak ada salakan anjing. Suasana tenang luar biasa.
Syahdu dan sayu, dakwa sebahagian yang lain. Ada yang lebih yakin, mengatakan pada malam-malam tertentu. Lengkap dengan dakwa dan dalilnya. Pada tahun lalu pernah saya menerima SMS, betapa ada sahabat-sahabat yang merasa kesal kerana “terlepas” malam Al Qadar.
Satu SMS menyatakan,” ramai cakap malam tadi (21 Ramadhan) lailatul Qadar. Saya memang minta sangat nak ketemu dengannya. Tapi malam tadi mengantuk luar biasa. Rasa rugi kalau terlepas!”
Memang rasa kesal akibat terlepas peluang keemasan untuk lebih dekat dengan Allah itu baik. Tetapi jangan terikat dengan Al Qadar, hingga semangat beribadat luntur akibat terlepasnya.
Lalu saya balas SMS itu dengan kata, “ jadilah hamba Allah sejati yang beribadah sepanjang masa, di setiap keadaan dan suasana. Jangan jadi “hamba” malam Al Qadar,  yang kesungguhan ibadah hanya tertumpu pada malam itu sahaja.”
Sayangnya, kita lebih terfokus melihat tanda-tanda mendapat Al Qadar pada alam, pada pokok, air dan lain-lain yang berada di luar diri. Sedangkan tanda mendapat Al Qadar itu ada pada diri sendiri. Bukankah mereka yang bertemu dengan malam Al Qadar amat bertuah kerana doa, taubat dan hajatnya “diangkat” oleh para malaikat lalu dimakbulkan Allah?
Jadi, jika seseorang mendapat Al Qadar tentu jiwanya lebih tenang, akhlaknya menjadi lebih baik dan ibadahnya (sama ada habluminallah dan habluminannas) bertambah lebat dan hebat.
Justeru, tepuk dada dan tanyalah diri sendiri, bagaimana akhlak kita selepas “malam tadi” (malam yang dirasakan malam Al Qadar) apakah sudah berubah… terasa lebih ringan melaksanakan kebaikan dan rasa semakin enggan melakukan kejahatan?
Jika ya, ya… kita telah mendapat malam Al Qadar. Bagaimana pula dengan sifat mazmumah – marah, hasad dengki, dendam, penakut, bakhil, cinta dunia, gila puji, riyak, ujub, cinta makan? Apakah semua sifat mazmumah itu semakin kendur, kalau tidak pun lebur sama sekali? Jika jawapannya ya, ya… malam Al Qadar sudah menjadi milik kita!
Malam Al Qadar ialah malam yang paling sibuk laluan ke langit dunia (umpama trafik jam) kerana turunnya pelbagai malaikat yang tidak kira banyaknya. Meriah sungguh sampai terbit fajar. Malaikat turun secara luar biasa banyaknya itu termasuklah yang paling tinggi pangkatnya di kalangan mereka – malaikat Jibrail. Masing-masing ada tugasnya. Pelbagai urusan dilaksanakan oleh mereka.
Salah satu urusan ialah “bertamu dalam hati” orang Islam yang bersih hatinya. Sekali bertamu tetapi kesannya berpanjangan. Impaknya, hati orang yang pernah menjadi tempat singgah malaikat akan berubah.
Bisikan para malaikat mula mengambil tempat yang khusus dan menjadi begitu dominan dalam kehidupan seseorang itu. Mulai detik itu bisikan kebaikan (dari malaikat) akan mengatasi bisikan kejahatan (dari syaitan) dalam hati orang tersebut.
Ya, hidup ini sebenarnya kita lalui antara dua bisikan. Pertama, bisikan “hati kecil” yang suci dan baik. Kedua, bisikan “hati besar” yang kotor dan jahat. Bisikan ini sentiasa berperang dalam hati. Justeru, hati hakikatnya adalah wadah rebutan antara malaikat dan syaitan. Antara ilham dan waswas.
Siapa yang menang, dialah yang akan menakluki hati dan terarahlah hati itu ke arah yang dikehendaki oleh “penakluknya”. Firman Allah:“Dan beruntunglah orang yang membersihkan dan merugilah orang yang mengotorinya.” (Surah al-Syams 91: 9-10)
Orang yang mendapat malam Al Qadar sungguh bertuah. Hasil mujahadah, doa, taubatnya pada malam berkenaan, malaikat terus bertamu dan mendominasi hatinya. Sejak malam itu suara hati kecilnya akan sentiasa mengatasi hati besarnya.
Mujahadahnya akan terbantu. Perjalanannya menuju Allah akan lebih terpimpin dan terjamin. Hatinya menjadi pusat kesucian dan kebaikan… maka lahirlah yang baik-baik sahaja pada tindakan dan percakapan. Mahmudahnya menenggelamkan mazmumah.
Itulah hati orang yang telah mendapat malam Al Qadar. Orang lain mungkin tidak perasan pada awalnya. Ia hanya dapat dirasai oleh orang yang mengalaminya. Rasa tenang, bahagia, lapang dan sejuk. Kemudian sedikit demi sedikit orang lain mula ketara… Ah, dia sudah berubah. Ah, indahnya perilakunya.
Subhanallah, dia telah berubah. Apa yang ada dalam hatinya mula terserlah. Dan itulah tanda-tanda malam Al Qadar tahun itu yang paling ketara dan terasa, bukan pada alam dan jagat raya tetapi pada diri manusia makhluk yang paling sempurna.
Begitulah penjejak dan penemu Malam Al Qadr yang utama dan pertama – Rasulullah SAW. Setelah begitu resah, bimbang dan sedih atas kerosakan kaumnya, Rasulullah SAW pergi menyendiri (bertahannuth) di gua Hira’.
Baginda nekad. Tidak mahu “kotoran” jahiliyah hinggap pada hati dan dirinya. Hatinya meronta-meronta inginkan kebaikan buat kaumnya, tetapi apa kan daya, baginda tidak punya “senjata” dan “penawar” untuk menghadapi dan mengubatinya.
Sejak berbulan-bulan baginda di situ. Menyendiri, terasing seketika, untuk tidak terjebak dalam kejahilan dan kemusyrikan. Bukan mengalah, tetapi berundur seketika mengatur langkah. Walaupun belum nampak cara tetapi kemahuan sudah ada. Hatinya sebagai wadah itu sentiasa menganga untuk mendapat pimpinan dan bimbingan.
Dan tiba-tiba pada satu malam yang penuh barakah, cahaya dan petunjuk, turunlah malaikat Jibrail membawa wahyu yang pertama. Saat itulah, baginda mula mendapat kekuatan, tenaga dan dorongan yang sangat luar biasa. Segala yang dinanti telah tiba. Segala yang “kosong” telah terisi.
Baginda menjadi Rasul sejak itu… mula dibebankan misi yang amat besar yakni berdakwah, mendidik dan memimpin kaumnya menuju Allah. Kembali ke fitrah. Malam yang bersejarah itu dikenali sebagai malam Al Qadar!
Mulai saat itu, selamat tinggal Hira’. Tidak ada pengasingan diri lagi selepas itu. “Rahib” sudah bertukar menjadi mujahid. Cahaya yang bermula dari dalam gua itu terlalu hebat, terlalu terang… bukan itu gelanggangnya, tetapi semesta alam.
Roh iqra’ yang hebat itu disusuli kemudiannya oleh gerak Al Mudathir, lalu baginda pun menguak “selimut” uzlahnya lalu dibesarkan Tuhannya dengan sinar akidah di relung samar Jahiliah.
Apakah malam Al Qadar 1436 H ini akan ditunggu oleh hati seputih Rasulullah saw? Atau hanya diintai dan diramal oleh kebanyakan umat dengan hati yang kotor dan nafsu liar. Apakah al Qadar akan sudi bertamu di wadah hati yang begitu? Padahal hati Rasululah ketika menantinya sudah dikosongkan demi bertamu sebuah hidayah? Berapa lamakah kita telah membenci kemungkaran seperti Rasul membencinya hingga tiba saatnya baginda layak menemui malam yang agung dan hebat itu?
Semoga malam-malam berbaki ini, kita akan menambah pecutan amal. Tidak kiralah sama ada Al Qadar telah berlalu atau masih menanti detik untuk bertamu. Kita tidak akan menunggu tetapi kita akan memburu.
Kita akan terus memburu sekalipun malam ganjil telah tamat dan Ramadhan sudah berakhir. Sampai bila? Sampai bila-bila. Kerana bagi mukmin yang cintakan Allah, seolah-olah setiap malam adalah ‘malam Al Qadar’. Al Qadar boleh datang, boleh pergi… tetapi Penciptanya sentiasa ada… sampai bila-bila. Semoga kita mati, setelah bertemu malam Al Qadar ini (1436 h) atau dalam perjalanan menuju malam Al Qadar nanti…
Persediaan menemuinya bukan dibuat  semalaman, seharian, mingguan atau bulanan. Tetapi seluruh hayat kita adalah persediaan untuk “menemuinya”. Mengapa? Kerana perjuangan membersihkan hati adalah perjuangan sepanjang hayat. Qalbun Salim (hati sejahtera) itu adalah cita-cita abadi kita!
Ya Allah, untuk mengatakan cinta, aku takut berdusta. Untuk mengatakan tidak, aku takut derhaka. Aku hanya insan hina, yang sedang jatuh bangun di jalan berliku menuju-Mu. Bantulah aku, kesihanilah aku, sayangilah aku… Jangan KAU pinggirkan aku wahai Rahman, wahai Rahim.

Thursday, June 9, 2016

Bukan Islam tak perlu takut pindaan RUU Akta 355

Cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) adalah untuk memperkasa Mahkamah Syariah yang ketika ini dibataskan kuasa hukuman kepada kadar maksimum penjara 3 tahun, denda RM5,000, 6 kali sebatan syar’ie. Kali terakhir dipinda pada tahun 1984 peningkatan dari penjara 6 bulan dan denda RM1000. Justeru hukuman yang ada sudah lapuk dan tidak langsung menggerunkan pesalah. Apa yang dicadangkan hanyalah meningkatkan hukuman maksimum kepada apa hukuman yang selaras dengan hukum syarak selain hukuman mati. Jumlah hukuman denda, penjara dan sebatan bakal ditentukan oleh Dewan Undangan Negeri.

Penulisan saya ini berdasarkan pemahaman tentang perbezaan pindaan RUU Akta 355 dan HUDUD. Kaedah sebatan Syariah jauh berbeza dengan sebatan Sivil. Syarat sebatan Syariah tidak boleh mencederakan iaitu kaedah hayunan sebatan seolah-olah meletakkan buku di bawah ketiak yang tidak boleh jatuh tatkala menghayun. Justeru 100 kali sebatan Syariah tidak sama dengan 1 kali sebatan Sivil yang boleh mencederakan.

Orang Bukan Islam tidak mungkin boleh dibicarakan di bawah Mahkamah Syariah kerana Perlembagaan Persekutuan menetapkan bidang kuasa Mahkamah Syariah hanya untuk umat Islam dan Akta 355, Seksyen 2 juga menjelaskan hanya orang Islam yang boleh dibicarakan dan dihukum di Mahkamah Syariah.

Akta 355 tiada perkaitan dengan pelaksanaan hukum Hudud. Pelaksanaan Hudud hanya berkait rapat dengan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan. Contohnya bagi melaksanakan Hudud di Malaysia, sekurang-kurangnya tiga pindaan kepada beberapa bahagian dalam Perlembagaan perlu dilakukan dan bukan dengan meminda Akta 355 yang terhad kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah yang merujuk kepada kuasa-kuasa yang disenaraikan dalam Butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

Perlembagaan boleh dipindah untuk membentang HUDUD hanya dengan syarat undi majoriti iaitu 2/3 Ahli-Ahli Parlimen Dewan Rakyat bersamaan 148 daripada 222 orang Ahli Parlimen bersetuju menyokong satu-satu pindaan. Realiti politik hari ini kalau digabungkan semua Ahli-Ahli Parlimen beragama Islam dari UMNO, PAS, PKR, PAN, PBB dan DAP hanya berjumlah 135 orang; tidak memenuhi bilangan majoriti untuk meminda Perlembagaan. Bermakna Ahli-Ahli Parlimen Bukan Islam juga mempunyai hak dan kuasa bagi membolehkan hukuman Hudud dilaksanakan. Adakah Hudud dapat di laksanakan ? 

Bahagian-bahagian penting dalam Perlembagaan Persekutuan yang perlu dipinda untuk laksana Hudud . Sekurang-kurangnya 3 bahagian Perlembagaan Persekutuan yang perlu dipinda:

(i). Senarai II Jadual Kesembilan untuk memasukkan tambahan bidang kuasa Jenayah ke dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah seperti yang terkandung dalam Butiran 1. Sebagai contoh undang-undang jenayah seperti mencuri, merompak, merogol, bunuh, dan menyebabkan kecederaan (kesalahan yang wujud dalam Kanun Keseksaan) terletak di bawah kuasa persekutuan dan dalam bidang kuasa Mahkamah Sivil dan polis, penjara juga terletak dibawah Persekutuan.

(ii). Selain daripada pindaan pada Butiran 1, kebenaran Parlimen di bawah Perkara 76A juga perlu diperolehi bagi membolehkan negeri menggubal dan melaksanakan undang-undang Jenayah yang termaktub dalam senarai kuasa Persekutuan.

(iii). Perkara 8 juga perlu dipinda supaya tidak timbul isu pendiskriminasian dan ketidakadilan dan kesamarataan hak warga Malaysia yang dibezakan peruntukan undang-undang kerana berbeza agama. Dengan kata lain bagi membolehkan ada dua set undang-undang jenayah kepada orang Islam dan Bukan Islam.

Hudud melibatkan hukuman yang menyentuh 6 jenis kesalahan; 4 bersifat individu atau dosa peribadi iaitu Zina, Menuduh Zina (Qazaf), Minum Arak dan Murtad, manakala 2 lagi melibatkan kesalahan jenayah awam seperti Mencuri dan Merompak. Sekarang inipun 4 jenis kesalahan ini yang melibatkan dosa peribadi (Zina, Qazaf, Minum Arak dan Murtad) sudah ada peruntukan undang-undang di bawah kuasa negeri-negeri. Akta 355 tidak melibatkan kesalahan jenayah awam seperti mencuri dan merompak yang merupakan bidang kuasa Persekutuan. Jadi pindaan RUU hanya melibatkan peruntukan kesalahan-kesalahan sedia ada dalam enakmen jenayah negeri-negeri. Adakah ini merupakan pindaan RUU persamaan dengan Hudud ?

Rogol bukan merupakan kesalahan jenayah di bawah bidang kuasa Negeri kerana ia terletak di bawah kuasa Persekutuan khususnya undang-undang Kanun Keseksaan atau Akta Kanun Jenayah Persekutuan.

Pindaan RUU Akta 355 tiada kaitan dengan Hudud mahupun hukuman jenayah di bawah Bidang Kuasa Persekutuan. Jadi tiada isu pertentangan dengan mana-mana Bahagian dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pihak Kerajaan yang membentangkan RUU untuk meminda Akta 355 kerajaan terikat dengan proses dan tertib apabila melibatkan pemerkasaan Mahkamah Syariah. Keutamaan ketika ini adalah untuk menaikkan taraf Mahkamah Syariah daripada 3 peringkat kepada 5 peringkat sebagaimana Mahkamah Sivil. Untuk itu, Menteri perlu mengadap semua Sultan-Sultan atau Raja Melayu untuk mendapat perkenan kerana kuasa agama terletak dibawah kuasa Raja-Raja Melayu. Setakat ini ada di kalangan Negeri yang belum bersetuju. Jika semua bersetuju barulah boleh dibentangkan di peringkat Majlis Raja-Raja Melayu sebelum dibawa ke Parlimen.

Dengan kata lain, walaupun Akta 355 adalah undang-undang Pesekutuan, namun ia adalah berkait secara langsung dengan bidangkuasa Mahkamah Syariah yang terletak di bawah Kuasa Sultan/ Raja-Raja. Terdapat banyak tertib langkah yang perlu dilalui oleh Menteri termasuk meyakinkan Jemaah Menteri yang terdiri dari Parti-parti bukan Islam. Justeru bagi mengelakkan kesukaran yg mungkin boleh menjejaskan perjalanan proses pindaan Akta 355 itu, adalah lebih mudah prosesnya jika ia dimulakan sebagai Usul Persendirian. Jika Dewan Rakyat meluluskannya untuk dibahaskan ia adalah kemahuan majoriti Rakyat dan bukannya kemahuan Kerajaan semata-mata. Kemahuan ini tidak sekali-kali menyentuh kuasa Raja-Raja kerana apa pun tahap maksimum hukuman yang diluluskan, pindaan muktamad masih perlu dilakukan di peringkat DUN.

Dalam konteks tertib yang sama berkaitan peningkatan Kuasa Hukuman Mahkamah Syariah yang hendak diperkasakan, Kerajaan terikat dengan prosedur serupa. Walau bagaimanapun Parti PAS dalam konteks ini tidak terikat dengan prosedur ini dan mereka bersungguh-sungguh mahu dipercepatkan RUU ini dibentangkan. Saya amat menyokong usaha kerajaan dalam memartabatkan agama Islam di Malaysia dan mengharapkan umat Islam bersatu menyokong proses pindaan Akta 355 ini.

Harapan saya juga agar orang bukan Islam buka mata hati dan akal fikiran dan jangan samakan pindaan RUU dengan Undang-Undang Hudud. Pindaan RUU Akta 355 hanya di kenakan pada orang Islam dan bagi orang bukan Islam ini adalah langkah yang baik kerana undang-undang ini juga dapat mendisiplinkan umat Islam . Faktor ini juga menyebabkan umat Islam hidup lebih harmoni dan di harapkan RUU 355 yang di tambah baik akan mengurangkan jenayah di kalangan umat Islam di Malaysia.


Wednesday, June 8, 2016

Relevankah Politik di pelopori golongan tua ?

Kita perlu politik idea iaitu politik yang berteraskan kebijaksanaan dan pemikiran yang bernas dalam memajukan masyarakat dan negara. Kita tidak mahu politik sekadar kutuk-mengutuk, maki-memaki dan hina menghina tanpa sebarang cadangan yang membina dan memajukan pemikiran rakyat.

Saya selalu menyebut mengenai kepentingan setiap orang mempunyai idea. Menurut Kamus Dewan Edisi 4, idea adalah buah fikiran atau gagasan. Manakala menurut kamus itu lagi, buah fikiran adalah pendapat; dan gagasan itu adalah buah fikiran yang dijadikan saranan.Saya punya definisi sedikit berbeza. Idea pada saya, adalah hasil cadangan dari asas prinsip dan matlamat diri untuk menyelesaikan suatu masalah atau memperbaiki apa yang sedia ada ke arah yang lebih baik.

Saya meletakkan ikatan idea itu pada asasnya:prinsip dan matlamat, dan meletakkan tujuannya: menyelesaikan masalah atau memperbaiki ke arah lebih baik.

Sebab itu antara idea saya untuk pendidikan ke arah pendidikan bakat dan minat itu untuk merancakkan idea dan bukan pendidikan berorientasikan peperiksaan semata-mata kerana nilai-nilai percambahan idea dicantas oleh sistem pendidikan sekarang. 

Begitu juga halnya dalam arena politik. Kempen pilihanraya tidak dijadikan pentas percambahan idea, tapi hanya pujuk dan kutuk, hasut dan provokasi mirip apa yang saya lihat ada pada peminat bola sepak di dalam stadium. Lebih sadis, penyokong yang bersorak itu politikus, pemain bola sepak itu balaci dan pengikut, dan bola itu rakyat yakni kita semua ini, ditendang ke mana yang mereka suka.

Jadi, di mana Politik Idea boleh subur? Di manakah kita selalu mendengar idea-idea boleh bercambah dan dinilai dengan baik? Sesi mesyuarat ,brainstorming atau perbincangan mungkin terjelma di fikiran anda. Adakah kempen pilihanraya ada unsur mesyuarat, brainstorming atau perbincangan? Di situ, kita perlu menilai kembali pentas politik kita. Dan akhirnya anda akan mendapati Politik Idea hanya subur dalam Musyawarah dan sistem Syura yang memilih keputusan dengan idea dan panduan Quran-sunnah itu adalah jalan politik kepemimpinan sebenar, bukannya sistem undi majoriti berasaskan rasa, persepsi, dan nafsu manusia.

Persoalan yang paling susah untuk dibuat oleh semua orang untuk melakukan perubahan adalah, "bagaimana mahu bermula?"

MAKA, semua ahli politik yang merasakan zaman mereka sudah habis, berilah laluan kepada mereka yang baru demi untuk kebaikan rakyat. Samada di pihak pembangkang ataupun kerajaan, hal yang sama mesti dilakukan. Ramai pelakon veteran sudah tidak sesuai menjadi ‘hero’ dalam pentas baru politik hari ini.

Memang saya mendengar banyak keluhan ke atas politikus veteran. Cukuplah, berhentilah, sangat jelas iklim politik Malaysia berasaskan nostalgia, dendam peribadi, ketaksuban individu, dan kem-kem pengaruh perseorangan. Jarang ada idea yang menjadi percambahan dalam pertarungan parti-parti politik ini. "Isu" lebih besar daripada "idea".

Saya menyarankan golongan tua berundur untuk beri laluan pada yang muda, saya pula melihat pentingnya orang muda kita dipersiapkan sebelum menggantikan yang tua. Saya tidak melihat kejayaannya Politik Idea jika semata-mata watak muda saja menjadi pengganti tetapi isi dan pentas politiknya masih sama, iaitu menjaja isu untuk raih populariti sokongan manusia.

Kita harus bermula bukan dengan penggantian orang tua kepada orang muda. Anjakan politik kita harus bermula dengan sistem pendidikan yang meraikan idea dan seterusnya melapangkan pentas politik pada sistem musyawarah, kemudiannya barulah mengisi watak-watak muda yang penuh idea untuk dipandukan oleh orang tua dengan Al Quran dan sunnah Nabi s.a.w. Saya selalu mengingatkan anak-anak muda bahawa mereka adalah "hero-hero" yang bakal mengubah dunia hari ini, bukannya orang-orang tua.


Saya tidak fikir sekadar penggantian orang tua kepada muda boleh merubah politik negara kita kepada politik idea, jika orang muda dalam medan politik pun menampakkan diri mereka mewarisi sifat-sifat memperlekeh pihak lawan, dan bertempur dengan menjaja kesilapan dan aib lawan, berbanding lebih suka mencambahkan idea untuk menyelesaikan masalah dan memperbaiki keadaan.

Hatta diadakan so called debat pun, apa yang dipamerkan cuma kehebatan bertutur, membidas dan menegak hujah, bukannya membentangkan idea-idea baru konkrit yang boleh sama-sama dinilai. Orang yang membentangkan idea, dia sendiri sepatutnya persiapkan pro dan kontra bagi ideanya serta memilih idea itu atas pertimbangan dirinya melihat kecenderungan pada kejayaan. Di situ bezanya debat dan musyawarah. Debat itu meletakkan dirinya betul segala, dan lawannya salah belaka. Musyawarah meletakkan ideanya mungkin betul dan salah, untuk sama-sama ditimbang dalam memilih pilihan terbaik.

Bersihkan prinsip dan asas pentas politik kepada konsep musyawarah, persiapkan sistem pendidikan ke arah meraikan idea dan hapus piawai dan penilaian peperiksaan, di situ kita boleh bermula politik idea. Dan dari situ,arah politik kita boleh menuju politik idaman seluruh umat islam yang di sebutkan sebagai politik rahmat dan penyatuan.



Wednesday, June 1, 2016

Perlukah kiasu tolak Undang-Undang Syariah?

Masyarakat Amerika yang membangga-banggakan dirinya sebagai negara yang terkuat dan mempunyai tamadun yang paling tinggi dan sebagai satu-satunya negara yang layak menjadi polis dan hakim dunia dapat dijadikan contoh yang amat jelas bagaimana ketamadunan negara itu sedang dicemari keruntuhan akhlak dan perlakuan jenayah yang berleluasa hingga ketamadunannya tidak lagi mencerminkan konsep tamadun dalam erti kata yang murni dan sebenar.
Gaya perundangan jenayah barat  menjurus ke arah kaedah bersimpati dengan penjenayah dan meringankan hukuman terhadap mereka. Hasil yang paling jelas dari kaedah ini ialah penghapusan hukuman bunuh atau ‘Capital Punishment’, memandang ringan kepada jenayah zina dan jenayah minum arak dan mengenakan hukuman yang menggalakkan ke atas pencuri-pencuri dan perompak-perompak. Akibat trend perundangan yang lembut inilah penjenayah-penjenayah yang keji itu berkembang begitu pesat dan subur dan mengakibatkan penderitaan-penderitaan yang amat berat kepada masyarakat di seluruh dunia dan menyebabkan rancangan pembesaran penjara-penjara sama penting dengan pembesaran kolej-kolej.
Kita di kejutkan dengan kiasu yang membantah cadangan parlimen untuk menguatkuasakan penambahan undang-undang syariah yang hanya di kenakan pada umat Islam sahaja. Cadangan ini hanya tertakluk pada orang Islam sahaja dan tidak kena-mengena dengan hukum hudud. Berikut adalah kefahaman saya tentang hudud yang sering di anggap undang-undang kuno dan ketinggalan zaman oleh barat dan Anti Islam.
Pelaksanaan hukum hudud dari awal hingga akhirnya adalah diikat dengan berbagai-bagai syarat yang ketat dan boleh digugurkan dangan berbagai-bagai keraguan, malah dalam kes rejam yang paling berat sekalipun, orang yang dihukum masih mempunyai kelonggaran untuk melarikan diri semasa menjalani hukuman dan dalam sesetengah kes hudud yang lain, hukuman hudud tergugur sekiranya dengan taubat sebelum penjenayah itu ditangkap.
Ciri-ciri hukum hudud yang menarik ini membayangkan bahawa matlamat hukum hudud adalah semata-mata untuk mewujudkan kesan pencegahan yang mendera dan memeritkan bukannya untuk membinasakan penjenayah demi melindungi kesejahteraan masyarakat. Di samping itu konsep hukuman dan balasan dalam Islam bukan semuanya diselesaikan di dunia ini, malah seluruh insan akan dibicarakan kembali dalam pengadilan terakhir di hadapan Allah SWT pada hari akhirat, oleh sebab itulah dalam hukum hudud terdapat lorong-lorong yang selamat untuk memberi peluang kepada pesalah itu menginsafi diri mereka di dunia atau bertaubat sebelum menghadapi pengadilan di akhirat buat kali terakhir.
Dengan syarat-syarat yang ketat dan faedah-faedah keraguan (benefit of doubts) yang luas yang diperuntukkan di dalam hukum hudud tidak boleh disifatkan sebagai undang-undang mandatori yang mutlak seperti Akta Undang-Undang Dadah Merbahaya yang dilaksanakan di negeri ini, malah perselisihan pendapat di antara ahli-ahli perundangan Islam dalam mentafsirkan sesetengah peruntukan di dalam hukum hudud, telah menjadikan hukum hudud suatu undang-undang yang banyak memberi ruang kepada pertimbangan dan ijtihad para hakim untuk membuat keputusan yang berhemat.
Ia jauh berbeza dari undang-undang dadah merbahaya ciptaan manusia yang tidak memberi ruang-ruang pertimbangan perikemanusiaan yang logik yang dapat memberi kepuasan dan ketenangan kepada hati nurani yang merasa bertanggungjawab di hadapan Allah terhadap setiap nyawa yang dihukum oleh mereka. 
Pelaksanaan hukum hudud sebagaimana yang dapat diperhatikan lebih mendalam dan lebih serius dalam mendokong aspek rahmat dan kasihan belas yang tidak terdapat di dalam undang-undang dadah merbahaya ciptaan manusia yang tidak sanggup membezakan secara berperikemanusiaan di antara pengedar-pengedar dadah yang sebenar dengan pengambil-pengambil upah yang miskin, jahil dan terdaya, juga di antara pengedar-pengedar dadah yang sebenar dengan orang-orang yang bernasib malang yang tercebak dalam deeming provision atau dalam definisi pemilikan dadah mengikut undang-undang dadah.
Setengah-setengah hakim diakhir pembicaraan dadah merbahaya yang berbunyi: “Saya tidak mempunyai pilihan selain dari menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas kamu” adalah merupakan sesuatu pernyataan yang mengungkapkan kebuntuan dan kekecewaan hati nurani yang peka untuk menemui jalan-jalan rahmat dan kasihan belas.
Saya percaya jika kita yang meneliti syarat-syarat pelaksanaan hukum hudud dengan sedar dan insaf dari awal hingga akhir akan membuat kesimpulan yang spontan bahwa hukum hudud walaupun bersifat mandatori amat sukar dilaksanakan melainkan ke atas penjenayah-penjenayah yang yang amat jahat dan benar-benar wajar dihukum atau penjenayah yang amat jujur dan amat tinggi keinsafan dan taqwanya hingga sanggup meminta hukuman dijalankan ke atasnya walaupun diberi isyarat oleh hakim supaya tidak membuat pengakuan seperti itu.
Di samping itu pelaksanaan hukum hudud tidak seharusnya membimbangkan orang-orang bukan Islam, kerana hukum hudud bertujuan mewujudkan suasana aman yang sebenar kepada semua penduduk negara tanpa mengira kaum dan bangsa. Mereka tidak seharusnya merasa takut kepada hukum hudud selama mereka menaruh kebencian dan bersikap menentang perlakuan jenayah-jenayah hudud yang keji itu atau selama mereka tidak bercita-cita untuk melibatkan diri di dalam jenayah-jenayah yang jahat itu.
Selama ini mereka tidak rela kedai-kedai mereka dicuri atau selama mereka tidak rela melihat isteri dan anak-anak gadis mereka dilarikan dan dirogol dengan kejam atau selama mereka bercita-cita untuk tidur nyenyak dalam suasana aman dan selesa tanpa mengenakan pada pintu-pintu rumah mereka dengan berbagai-bagai penggera yang canggih dan tanpa memasang kunci yang berlapis-lapis seolah-olah penjara-penjara kecil di tengah bandar. 
Cara pelaksanaan hukuman rejam, hukuman sebat, hukuman potong tangan dan hukuman bunuh yang dijalankan di hadapan mata satu perhimpunan ramai akan membuat para penjenayah yang menjalani hukuman itu benar-benar merasakan bahawa mereka sedang dihukum oleh orang ramai. Di sinilah letaknya faktor-faktor keberkesanan hukum hudud yang dapat melahirkan kesan-kesan pencegahan yang berkesan sehingga membuat setiap orang yang bercita-cita untuk melakukan jenayah-jenayah hudud yang keji itu terpaksa berfikir sedalam-dalamnya sebelum melangkah ke alam jenayah itu. 
Sebelum mengakhiri penulisan ini adalah wajar ditekankan sekali lagi bahawa hukum hudud dari segi ilmiah dan kaedah perlaksanaannya bukan sahaja menjadi kewajipan cerdik pandai Islam yang tergolong dalam istilah alim-ulama seperti yang ditanggapkan selama ini, malah ia menjadi kewajipan semua pengamal undang-undang yang beragama Islam di seluruh negeri ini, yang terdiri dari hakim-hakim dan peguam-peguam yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaandan pengendalian undang-undang Negara. 
Selaku seorang muslim yang menyembah Allah SWT dan mahir dalam perundangan negara, mereka berkewajipan mempelajari dan mengkaji selok-belok hukum hudud bersama para ulama dan membuat perakuan-perakuan yang membuka jalan ke arah pelaksanaan hukuman hudud yang diturunkan oleh Allah Taala. Mereka tidak wajar berselindung di sebalik lalang dengan alasan yang dangkal bahawa tugas mereka hanya menafsirkan undang-undang, bukan menggubal undang-undang, kerana di dalam realiti Islamnya, mereka adalah hakim-hakim dan peguam-peguam yang beragama Islam yang bertanggungjawab mengamal dan mengembangkan undang-undang Islam mengikut saranan-saranan yang berada di dalam keupayaan mereka selaku ahli undang-undang.
Sikap redha dan berpuas hati dengan undang-undang ciptaan manusia yang diambil dari Barat atau sebagainya adalah bertentangan dengan aqidah Islamiah yang dianut oleh kita. Begitu juga sikap tidak peduli atau memandang remeh kepada undang-undang ciptaan Allah SWT akan meletakkan mereka dalam barisan orang-orang yang tidak menghormati dan menjunjung tinggi undang-undang Allah SWT, iaitu satu barisan yang bertenggek di tepi jurang kemusnahan aqidah dan keruntuhan iman.
Sebenarnya, kepakaran teknikal dan pengalaman-pengalaman yang luas dari para hakim dan peguam beragama Islam itu dapat memberi sumbangan-sumbangan pelaksanaan yang amat bermakna dalam penyusunan qanun jenayah Islam umumnya dan undang-undang hudud khususnya, di zaman kebangkitan umat Islam yang ingin kembali kepada sistem hidup Islam setelah gagal dengan undang-undang ciplak ciptaan manusia yang semata-mata berlandaskan kepentingan-kepentingan keduniaan.
Di samping itu, pengalaman-pengalaman kerajaan Arab Saudi serta kerajaan Sudan dan juga percubaan-percubaan kerajaan Pakistan dapat dijadikan panduan-panduan yang amat berguna dan membina dalam usaha mengemaskinikan teknikaliti pelaksanaan undang-undang hudud dalam dunia yang serba maju dan moden ini. Kita yakin dengan usaha yang sedemikian rupa dari para alim ulama yang berganding bahu dengan para hakim dan para peguam yang beragama Islam, negara ini lambat-laun akan dapat menikmati naungan di bawah undang-undang Islam yang adil dan aman. Wallahuallam. 

Berikut adalah pandangan dan hasil penulisan saya pada tahun 2014 "Kenapa Non Muslim Menolah Hudud"