Tuesday, September 8, 2015

Adakah Pengkhianatan akan berulang?

Sifat dengki khianat pembesar empayar Melaka yang bernama Pateh Karma Vijaya berketuruan Jawa dan dua keturunan Keling Si Kitul dan Raja Mendeliar Melaka jatuh ditawan oleh Portugis pada tahun 1511.Adakah sejarah ini akan berulang? Pateh Karma Vijaya telah memfitnah Hang Tuah kononnya dia telah melakukan perhubungan sulit dengan gundik Sultan dan Sultan tanpa usul periksa terus menghukum bunuh Hang Tuah dan akibatnya Melaka hilang seorang pahlawan Melaka dan pengikut-pengikutnya yang setia dan handal seperti Hang Jebat dan lain lain.
Portugis mulanya datang ke Melaka untuk berdagang. Mereka meminta tanah untuk didirikan gudang. Melihat cara diplomasi yang baik antara Bendahara dan Portugis. Kitul mula berdengki. Kitul memfitnah Bendahara menerima suapan berbentuk kalung dari Portugis kepada Sultan. “Kita perlu menjalin hubungan baik dengan saudagar India dan Cina untuk mendapatkan maklumat yang kita perlukan. Tetapi jauhi saudagar Arab dan Melayu kerana mereka tidak akan mahu memberikan kerjasama,” kata De Sequeira. Portugis mula percaya orang seperti Kitul boleh beri kejayaan kepada Portugis di Melaka.

De Sequeira (juragan kapal Portugis) pulang semula ke Portugis dan meninggalkan anak anak kapalnya membina gudang di Melaka. Lama-kelamaan, gudang itu bertukar bentuk menjadi kubu. Bila disedari ianya kubu, gudang Portugis dibakar dan diserang oleh Melaka. Portugis menjadi marah dan mengutus angkatan perang menyerang Melaka.
Angkatan laut Portugis yang pertama menyerang Melaka diketuai oleh Gonzalo Pereira. Dengan kekuatan tujuh buah kapal, sepuluh buah gali panjang dan tiga belas buah fusta, angkatan Gonzalo Pereira ini tidak sempat menginjak kaki ke bumi Melaka kerana kehandalan Tun Hasan Temenggung dan kebijaksanaan Bendahara Melaka. Portugis gagal. Namun Portugis yang pada awalnya hanya datang berdagang pada 1509, mula mencari titik kelemahan kerajaan Melayu Melaka.

Siapa yang Portugis gunakan untuk pecah belahkan orang Melayu ketika itu? Pelbagai bangsa dari Arab, Parsi, Gujerat, Cina berdagang di Melaka pada ketika itu. Yang menjadi tali barut kepada kerajaan Melayu Melaka ialah Datuk Syahbandar Melaka iaitu Raja Mendeliar (keturunan Keling, peranakan India Singapura). Portugis tahu konflik antara Sultan dan Bendahara. Sultan berkenan dengan Tun Fatimah, tetapi Bendahara mengahwinkan cepat cepat anaknya dengan Tun Ali, tunangan Tun Fatimah. Hubungan Sultan dan Bendahara bertambah kusut akibat Tun Fatimah.
Untuk menyemarakan lagi konflik, api fitnah ditambah untuk mengusutkan lagi hubungan Sultan dan Bendahara. Seorang saudagar bernama Nina Sura Dewana pergi menghantar wang suap kepada Bendahara untuk melindungi kedainya. Bendahara menerima wang suap itu.
Perkara ini diketahui oleh Si Kitul (seorang lagi Keling). Si Kitul memberitahu Raja Mendeliar bahawa Nina Sura Dewa telah merasuah Bendahara. Kitul dan Raja Mendeliar kemudian membuat konspirasi menjatuhkan Bendahara. Mereka berdua berpakat menggunakan Laksamana Koja Hasan (seorang yang sangat dipercayai Sultan) untuk mendapat peluang mengadap Sultan. Raja Mendaliar menyatakan Bendahara sedang membuat singgahsana yang bersalut emas dan merancang untuk merampas takhta Sultan.

Mendengarkan cerita Raja Mendeliar, Sultan tanpa usul periksa lagi terus menitahkan Tun Sura Diraja dan Tun Indera untuk membunuh Bendahara. Tanpa usul periksa, fitnah Kitul dan Mendeliar terus dipercayai Sultan. Turut dibunuh ialah Tun Hasan Temenggung, Seri Nara Diraja dan Tun Ali. Emas Bendahara diangkut ke Istana, Tun Fatimah diambil menjadi isteri Sultan. Melaka hilang Bendahara yang bijak mentadbir negeri dan panglima perang yang mengalahkan serangan pertama Portugis.

Pada awal Julai 1511, Melaka diserang pula oleh armada Portugis yang diketuai oleh Alfonso De’ Albuquerque. Baru sahaja angkatan perang Portugis sampai, Sultan Mahmud Syah telah mengutus utusan naik ke kapal Portugis menyatakan bahawa orang yang bersalah (Bendahara) membakar gudang Portugis sudah dihukum bunuh. Sultan minta berdamai, tetapi Portugis meminta agar tawanan Portugis dibebaskan. Sultan gagal membebaskan tawanan. Akhirnya sesudah serangan selama sepuluh hari sepuluh malam, Melaka akhirnya jatuh ke tangan Portugis. Akibat percayakan cakap Mendeliar dan Kitul (Keling), Sultan telah membunuh Bendahara Tun Mutahir dan Laksamana Melaka. Akhirnya, bila orang Melayu Melaka berpecah dan bergaduh sesama sendiri akibat mengejar pangkat,emas dan perempuan, orang luar mengambil kesempatan menjajah negeri Melayu.

Dulu emas yang dikejar, sekarang yang dikejar ialah pangkat,pingat dan projek. Fitnah,tohmahan dan khianat sesama Melayu dan tamak haloba makan keliling sesama kroni sudah menjadi kebiasaan pada kebanyakan pemimpin Melayu sekarang. Ada juga yang tebal bersifat macam Pateh Karma Vijaya,Si Kitul, Raja Mendeliar, Nina Chatu dan Utimutiraja.
Jika kita tidak mengambil pengajaran, suatu hari kita akan diajar oleh sejarah kita sendiri. Moga kita semua dijauhkan dari sifat Si Kitul dan Raja Mendeliar.

Apakah akan berulang sejarah kejatuhan ini pada tahun 2015? Berapa ramaikah Melayu yang sanggup pertahankan maruah bangsanya sendiri? Janganlah disebabkan fitnah, kerajaan Melayu jatuh sekali lagi.Malaysia masih bernasib baik tidak jatuh akibat angkara perdana menterinya iaitu Tun Abdul Razak,Tun Hussein,Tun Dr Mahathir,Tun Abdullah dan terakhir Dato' Najib Razak? Adakah kes Pemimpin Tertinggi Melayu khianat Melayu terbesar sejak kejatuhan Empayar Melaka akan berulang? Sanggupkah Parti Keramat Melayu mengkhianati Melayu?


Thursday, September 3, 2015

Nasib Generasi Muda Melayu

Saya tidak berminat menulis tentang politik tapi bila melihat apa yang telah berlaku kini saya rasa bertanggungjawab untuk berkongsi melalui pembacaan, pengalaman dan pemerhatian saya tentang isu semasa. Generasi muda Melayu semakin terhimpit untuk memilih antara perspeksi dan realiti.

Generasi muda Melayu menutut statistik 60 peratus dikatakan masih berada di atas pagar, tidak pun mahu daftar sebagai pengundi. Mereka patut sedar tentang pemikiran politik, apakah bezanya 1Malaysia dengan Malaysia Malaysia, kenapa kuasa itu penting, bagaimana rakyat Malaysia boleh hidup bersatu padu, penuh kedamaian dan kemakmuran. DAP berhajat besar menawan hati Melayu dan bumiputera bandar dan di luar bandar. DAP sudah ada wahana dan rakan kongsi tersendiri melalui PR. Dalam arena politik semasa, kesedaran generasi muda Cina jauh lebih tinggi berbanding dengan kesedaran golongan muda Melayu dan umat Islam. Kebimbangan baru ialah kemungkinan terhakisnya kuasa politik Melayu.

Cuba bayangkan sejauh manakah kemusnahan Melayu dan kehancuran kedudukan istimewa mereka, jika kuasa politik tidak dijaga. Golongan muda Melayu, pengundi kali pertama mesti ada kesedaran politik. Gelombang merah semakin kuat dan telah menghempas pemimpin Melayu dalam PR. Kaji dua keputusan pilihan raya sebelum ini, undi siapakah yang banyak untuk pembangkang? DAP banyak beri ruang kepada seorang tokoh pemimpin Melayu kerana mereka perlu seorang Melayu dipilih sebagai pemimpin utama. Orang Melayu pula tanpa sedar, kononnya kita sudah ada alternatif, walhal senario menunjukkan sebaliknya. PR bukan alternatif bagi menggantikan BN. Kita tidak nampak DAP mampu bekerjasama dengan PAS untuk jangka panjang. Mesej PRU 13 lebih menguntungkan parti-parti Cina kerana di luar ada yang mengkritik, mendesak dan menuntut dan pada masa yang sama ada tuntutan dari dalam dengan ancaman undi Cina akan lari ke DAP atau pembangkang.

Kenapa PR hanya pandai cari salah orang dan mengkritik, sesekali berbau fitnah? DAP memang tidak akan memahami aspirasi bangsa Melayu dan umat Islam di Malaysia. Kata seorang sahabat apakah GHB dan PKR mahu perkongsian yang sia-sia? Rancangan strategik secara halus telah pun dibuat untuk menguasai Melayu dan bumiputera. Tidak mustahil DAP mampu membuat penyokong-penyokong Cina MCA dan Gerakan tidak lagi yakin dengan BN dan orang Melayu tidak berminat kepada UMNO. DAP akan menambah kerusi di Sabah dan Sarawak dengan sokongan bumiputera di sana apabila ‘jarum’ pelali mereka sudah masuk. Bukankah formula Sibu berjaya menarik sokongan orang-orang Cina di sana dan DAP bertambah yakin akan dapat mentadbir negeri-negeri di sebelah bumi Borneo. Politik akan menjadi lebih kalut lagi, jika dikenangkan nasib Melayu seandainya terjadi ‘gelombang merah menelan gelombang hijau’. Gelombang hijau patut cari pantai yang landai panjang luas untuk mendamparkan diri dan keluar

Menteri Besar Kelantan tetap pertahankan negara Islam. Karpal Singh dulu pernah menolak keras konsep negara Islam tajaan Pas. Beliau masih menaruh prasangka terhadap Islam dan pernah bertelagah pendapat dengan bekas Mursyidul Am Pas, arwah Datuk Nik Abdul Aziz. Ada cadangan PR membangkitkan isu negara adil, semata-mata bagi mengelakkan konflik antara mereka. Malaysian-Malaysia sudah dipromosikan dengan Malaysia-Sederhana. Sikap Melayu yang sentiasa mengalah, tidak terasa pun seperti dipermainkan. Mesej seorang rakan yang mengikuti pilihan raya Sibu, mengutip banyak cerita yang berbeza dari sana. “A vote for DAP is a vote for Pas and a vote for DAP candidate is a vote for Islamic State”. Bekas MB Perak berkata dalam bahasa Mandarin “wo men do shi yi jia ren”, maknanya kita semua adalah dari satu keluarga yang sama. Itulah lagak pemimpin pembangkang Melayu semasa sama-sama berceramah di Sibu. Khabarnya untuk “DAP Mulan Night”, Teresa Teng, artis popular Hong Kong berada di pentas yang sama.

Cara DAP kempen ialah dengan memainkan sentimen kaum Cina. Dalam masyarakat Cina, isu pendidikan Cina dan kedudukan SRJKC atau SMJKC amat sensitif. Senjata kempen SRJKC oleh DAP setiap kali pilihan raya sangat jelas. Semasa kempen pilihan raya di Kuala Terengganu dahulu, orang Cina minta SRJKC dibantu. Semasa pilihan raya Hulu Selangor Kerajaan mengeluarkan bantuan RM3 juta, manakala di Sibu sebanyak RM18 juta. Bagi Lim Kit Siang, bantuan tambahan itu dianggapnya terlalu kecil. Katanya di Sibu The Penang government gave RM11.3m to the school every year and if you want money every year, then vote for PR. Cara DAP itu nampaknya memerangkap MCA dan Gerakan pula, kerana mahu mengambil hati orang Cina, mereka mendesak Kerajaan membantu SRJKC. Tuntutan terbaru ialah permohonan geran RM1 bilion melalui MCA untuk sekolah-sekolah berstatus persendirian dan bukannya pun sekolah bertaraf kebangsaan atau negara.Cuba lihat peranan Dong Zhong dalam membantu pendidikan bangsa Cina.

Isu bantuan ini akan terus dipermainkan DAP. Hal ini melebar pula kepada peruntukan biasiswa JPA. Sungguh pun Kerajaan bersetuju untuk pemberian biasiswa kepada para pelajar bukan Melayu yang memperoleh 9A, namun kuota antara bumiputera-bukan bumiputera masih diperlukan atas dasar tanggung jawab Perlembagaan. Agensi-agensi lain terutamanya MARA diharap tidak terjerat kepala. Kita bimbang dengan trend politik yang memburuk-burukkan Kerajaan itu menimbulkan sikap anti Kerajaan. Segala yang baik menjadi cemuhan. Di sana sini masih banyak kedengaran ungkit mengungkit, komen-komen buruk dari segi pembiayaan SRJKC, kos pembinaan bangunan, penyelenggaraan dan gaji guru. Kini jumlah pelajar sekolah bantuan kian bertambah setiap tahun. Orang bukan Melayu memperoleh apa yang mereka mahu. Mereka patut bersyukur dan menghormati keadilan dasar-dasar Kerajaan. MCA dan Gerakan mesti bekerja kuat bagi mengembalikan keyakinan.

Politik adalah politik. Jika politik terlalu keruh dan tidak dijernihkan dengan rasa tanggungjawab, kesetiaan, penerimaan, keadilan berpandukan Perlembagaan, maka selagi itulah kebersamaan untuk menegakkan aspirasi nasional tidak wujud.

Apakah nasib generasi muda akan datang ? Apakah politik kita akan stabil? Isu kepimpinan dan integriti kini menjadi duri dalam daging dalam perjuangan membuat generasi muda semakin meluat apabila setiap tohmahan dan fitnah menjadi barah bila terus di biarkan tanpa vaksin yang betul.Jangan biarkan pelanduk terus tersepit di tengah-tengah bila dua ekor gajah terus bergaduh. Semoga Allah memberikan taufiq dan hidayah kepada kita khususnya golongan muda untuk memilih antara yang haq dan batil.