Kita perlu politik idea iaitu politik yang berteraskan kebijaksanaan dan pemikiran yang bernas dalam memajukan masyarakat dan negara. Kita tidak mahu politik sekadar kutuk-mengutuk, maki-memaki dan hina menghina tanpa sebarang cadangan yang membina dan memajukan pemikiran rakyat.
Saya selalu menyebut mengenai kepentingan setiap orang mempunyai idea. Menurut Kamus Dewan Edisi 4, idea adalah buah fikiran atau gagasan. Manakala menurut kamus itu lagi, buah fikiran adalah pendapat; dan gagasan itu adalah buah fikiran yang dijadikan saranan.Saya punya definisi sedikit berbeza. Idea pada saya, adalah hasil cadangan dari asas prinsip dan matlamat diri untuk menyelesaikan suatu masalah atau memperbaiki apa yang sedia ada ke arah yang lebih baik.
Saya meletakkan ikatan idea itu pada asasnya:prinsip dan matlamat, dan meletakkan tujuannya: menyelesaikan masalah atau memperbaiki ke arah lebih baik.
Sebab itu antara idea saya untuk pendidikan ke arah pendidikan bakat dan minat itu untuk merancakkan idea dan bukan pendidikan berorientasikan peperiksaan semata-mata kerana nilai-nilai percambahan idea dicantas oleh sistem pendidikan sekarang.
Begitu juga halnya dalam arena politik. Kempen pilihanraya tidak dijadikan pentas percambahan idea, tapi hanya pujuk dan kutuk, hasut dan provokasi mirip apa yang saya lihat ada pada peminat bola sepak di dalam stadium. Lebih sadis, penyokong yang bersorak itu politikus, pemain bola sepak itu balaci dan pengikut, dan bola itu rakyat yakni kita semua ini, ditendang ke mana yang mereka suka.
Jadi, di mana Politik Idea boleh subur? Di manakah kita selalu mendengar idea-idea boleh bercambah dan dinilai dengan baik? Sesi mesyuarat ,brainstorming atau perbincangan mungkin terjelma di fikiran anda. Adakah kempen pilihanraya ada unsur mesyuarat, brainstorming atau perbincangan? Di situ, kita perlu menilai kembali pentas politik kita. Dan akhirnya anda akan mendapati Politik Idea hanya subur dalam Musyawarah dan sistem Syura yang memilih keputusan dengan idea dan panduan Quran-sunnah itu adalah jalan politik kepemimpinan sebenar, bukannya sistem undi majoriti berasaskan rasa, persepsi, dan nafsu manusia.
Persoalan yang paling susah untuk dibuat oleh semua orang untuk melakukan perubahan adalah, "bagaimana mahu bermula?"
MAKA, semua ahli politik yang merasakan zaman mereka sudah habis, berilah laluan kepada mereka yang baru demi untuk kebaikan rakyat. Samada di pihak pembangkang ataupun kerajaan, hal yang sama mesti dilakukan. Ramai pelakon veteran sudah tidak sesuai menjadi ‘hero’ dalam pentas baru politik hari ini.
Memang saya mendengar banyak keluhan ke atas politikus veteran. Cukuplah, berhentilah, sangat jelas iklim politik Malaysia berasaskan nostalgia, dendam peribadi, ketaksuban individu, dan kem-kem pengaruh perseorangan. Jarang ada idea yang menjadi percambahan dalam pertarungan parti-parti politik ini. "Isu" lebih besar daripada "idea".
Saya menyarankan golongan tua berundur untuk beri laluan pada yang muda, saya pula melihat pentingnya orang muda kita dipersiapkan sebelum menggantikan yang tua. Saya tidak melihat kejayaannya Politik Idea jika semata-mata watak muda saja menjadi pengganti tetapi isi dan pentas politiknya masih sama, iaitu menjaja isu untuk raih populariti sokongan manusia.
Kita harus bermula bukan dengan penggantian orang tua kepada orang muda. Anjakan politik kita harus bermula dengan sistem pendidikan yang meraikan idea dan seterusnya melapangkan pentas politik pada sistem musyawarah, kemudiannya barulah mengisi watak-watak muda yang penuh idea untuk dipandukan oleh orang tua dengan Al Quran dan sunnah Nabi s.a.w. Saya selalu mengingatkan anak-anak muda bahawa mereka adalah "hero-hero" yang bakal mengubah dunia hari ini, bukannya orang-orang tua.
Saya tidak fikir sekadar penggantian orang tua kepada muda boleh merubah politik negara kita kepada politik idea, jika orang muda dalam medan politik pun menampakkan diri mereka mewarisi sifat-sifat memperlekeh pihak lawan, dan bertempur dengan menjaja kesilapan dan aib lawan, berbanding lebih suka mencambahkan idea untuk menyelesaikan masalah dan memperbaiki keadaan.
Hatta diadakan so called debat pun, apa yang dipamerkan cuma kehebatan bertutur, membidas dan menegak hujah, bukannya membentangkan idea-idea baru konkrit yang boleh sama-sama dinilai. Orang yang membentangkan idea, dia sendiri sepatutnya persiapkan pro dan kontra bagi ideanya serta memilih idea itu atas pertimbangan dirinya melihat kecenderungan pada kejayaan. Di situ bezanya debat dan musyawarah. Debat itu meletakkan dirinya betul segala, dan lawannya salah belaka. Musyawarah meletakkan ideanya mungkin betul dan salah, untuk sama-sama ditimbang dalam memilih pilihan terbaik.
Bersihkan prinsip dan asas pentas politik kepada konsep musyawarah, persiapkan sistem pendidikan ke arah meraikan idea dan hapus piawai dan penilaian peperiksaan, di situ kita boleh bermula politik idea. Dan dari situ,arah politik kita boleh menuju politik idaman seluruh umat islam yang di sebutkan sebagai politik rahmat dan penyatuan.
Halo semuanya!!! Nama saya MRS LISA Brown dari USA. Saya telah scammed oleh berbagai Internet pemberi pinjaman internasional, dan saya kehilangan saya sulit mendapatkan uang berjumlah di 18,170USD. Suatu hari ketika saya sedang browsing melalui internet saya tersandung pada kesaksian Mary Earl yang juga scammed dan akhirnya mendapat terkait dengan perusahaan pinjaman legit yang disebut Beacon Chambers Grup di mana ia akhirnya mendapat pinjaman, jadi saya memutuskan untuk menghubungi perusahaan pinjaman yang sama dan aku diberi pinjaman tanpa drama. Menghemat waktu Anda semua drama dan kontak Beacons Chambers Group hari ini di: mgjockers@beaconschambers.com Catatan; setiap pemberi pinjaman kredit menggunakan email gratis seperti yahoo, gmail, hotmail scammers. Awas. Jangan menghubungi mereka.
ReplyDelete