Monday, February 29, 2016

Melayu hanya tinggal nama

1. Adakah saya pro- Melayu? YA. Adakah saya bimbang terhadap serangan dan kehilangan kuasa serta hak bangsa Melayu? YA. Adakah saya mahu mempertahankan hak dan kuasa bangsa Melayu? YA. Adakah saya anti-bukan Melayu? TIDAK! Adakah saya mahu menyerang dan merampas pula kuasa dan hak bukan Melayu? TIDAK.

2. Rencana ini ditulis dalam konteks semangat anak bangsa yang sayangkan agama , bangsa dan tanah air.

3. Kita ingat 1511? Tentu ada yang ingat dan ada pula yang tak tahu. Ia adalah tarikh kejatuhan Empayar Kesultanan Melayu Melaka ke tangan Portugis akibat perpecahan dan hasad dengki orang Melayu sendiri serta sumbangan peranan jahat Si Kitol dan Mandaliar.

4. Siapa belajar darinya? Tidak siapa belajar. Dalilnya? Melayu terus berpecah dan hasad dengki terus berleluasa hingga ke hari ini! Maksud ayat 103, Surah Ali-Imran dan peribahasa yang tajam di atas tidak dihiraukan. "It seems neither the Malays want to learn from past lessons; they are happy to make the same mistakes!"

5. Siapa pula si Kitol dan Mandaliar di zaman digital ini? Anwar, Nik Aziz, Karpal, Kit Siang?

6. Nampaknya Melayu lebih berminat untuk mengikut perangai Arab yang suka bergaduh sesama sendiri daripada bersatu. Tidak pula mahu mencontohi perangai Yahudi yang kental perpaduannya. Lantas, 5 juta penduduk Israel yang terkepong boleh mengalahkan 100 juta Arab yang mengepung mereka. Bermakna, dengan sokongan 8 juta lagi Yahudi di merata dunia, seorang penduduk Israel boleh mengalahkan 20 orang Arab – 1:20!

7. Tahun 2018 akan menjelang? Tahu tetapi tidak kisah. Sekiranya tidak kisah maka bolehlah Melayu terus bertemasya dengan agenda berpecah belah. Jika demikianlah sikap orang Melayu umumnya maka bangsa ini akan musnah dan tumpas pada tahun 2018 kalau PRU ke-14 diadakan pada tahun tersebut.

8. Kali ini, jika tumpas, bangsa Melayu tidak akan boleh bangkit lagi. Ia akan kehilangan kuasa, terus lenyap dan terkubur UMPAMA PERAWAN YANG KEHILANGAN DARA, IA TAK AKAN KEMBALI LAGI!

9. Serangan pertama yang berlaku pada tahun 1969 diuja semula pada tahun 2008 dan akhirnya mereka akan berjaya pada tahun 2018! Sejarah hitam bangsa Melayu berulang genap selepas 500 tahun Empayar Kesultanan Melayu Melaka tumbang.

10. Pada masa yang sama, lengkaplah sejarah kaum Cina yang bermula pada tahun 1957 untuk berkuasa di Tanah Melayu! Justeru itu, seperti bangsa-bangsa lain, bangsa Melayu perlulah mengenali dirinya dan musuhnya, jika ingin terus survive dan menang sebagaimana yang ditegaskan oleh Sun Tzu “If you know the enemy and know yourself you need not fear the results of a hundred battles”.

11. Apa yang perlu diketahui? Pertama mengakui kelemahan bangsa sendiri yang gagal bersatu padu. Kedua, menginsafi bahawa, dari awal lagi, dikatakan kaum Cina di negara ini telahpun merangka Outline Prospective Plan (OPP) atau Rancangan Jangka Panjang (RJP) mereka yang mengandungi strategi tiga serangkai:

* mendapatkan hak kerakyatan,

* menguasai ekonomi, dan

* menguasai politik (kuasa memerintah).

12. Nampaknya strategi tersebut berpaksikan saranan Sun Tzu:

“In the practical art of war, the best thing of all is to take the enemy’s country whole and intact; to shatter and destroy it is not so good”.

13. Punca utama segala masalah sekarang ialah pemberiaan kewarganegaraan (jus soli) tanpa syarat itu. Mungkin pada masa tersebut, pemimpin Melayu menganggap nilai kewargenagaraan sama seperti Rusia melihat Alaska – tidak berguna.

14. Pada tahun 1887 Russia telah menjualkan Alaska kepada USA pada harga yang murah; hanyalah US$7 juta. Rupa-rupanya Alaska mempunyai simpanan minyak dan gas yang bernilai berbilion dolar! La ni Russia hanya boleh mengggit jari!

15. Begitulah juga jadinya dengan kerakyatan yang diberikan kepada kumpulan imigran. Pada tahun 1957, ianya suatu yang nampak innocent dan dihargai, sepertimana yang diakui oleh Tun Tan Siew Sin serta Tun Sambanthan. Sekarang ia sudah menjadi lebih teruk dari melepaskan anjing tersepit! Jelas bahawa kerugian bangsa Melayu jauh lebih besar daripada kerugian orang Russia!

16. Kejayaan dua strategi pertama itu tidak siapa boleh menafikannya. Strategi ketiga juga telah berjaya sejak merdeka lagi tetapi ianya secara subtle. Banyak kawasan majoriti Melayu seperti Selayang dan Ampang telah mereka tawan secara halus iaitu atas nama pembangunan, harga rumah yang mahal dan kuota perumahan 30 (Melayu):70 (bukan Melayu). Pada tahun 2018 nanti ia akan menjadi satu realiti / malapetaka yang mengerikan bangsa Melayu.

17. Bangsa Melayu akan menjadi Arab yang ditendang keluar dari khemah oleh untanya. Bangsa ini akan senasib dengan bangsa Melayu yang merempat di Temasik (Singapura). Bangsa ini akan mengulangi azab yang ditanggung oleh ibu bapa mereka semasa Bintang 3 berkuasa selama 14 hari pada tahun 1945 – disiksa, dibunuh, dibakar dan dirogol. Bangsa ini akan senasib dengan orang Islam Uighur di Xinjiang yang dikejami oleh kaum Cina Han. Na’uzubillah.

18. Jika benarlah berlaku malapetaka itu maka siapa hendak disalahkan? Kaum Cina? Sudah tentu mereka TIDAK bersalah. Yang bersalah ialah BANGSA MELAYU sendiri dan semua pemimpinnya. Sudah terlambat untuk saya pantunkan ‘Jangan salahkan ibu mengandung’.

Ambil galah jolok kedondong,
Galah patah menimpa dahan,
Jangan salahkan ibu mengandung,
Sudah nasib sialnya badan.

19. Bangsa Melayu hanya setakat pandai seperti burung kakak tua – mendendangkan lagu “bersatu teguh, bercerai roboh; bulat air kerana pembetung, bulat masyarakat kerana muafakat” tetapi tidak menghayati maksudnya.

20. Yang bijak pandai tentang agama Islam dan memahami pula Piagam Madinah juga tidak menghayatinya.

21. Keadaan masyarakat Madinah ketika itu hampir sama dengan keadaan masyarakat di Malaysia masa kini.

22. Penduduk Madinah terdiri dari sebuah masyarakat majmuk yang sentiasa berperang / bergaduh: antara Aus (UMNO) dengan Kharaj (PAS), antara Arab (Melayu) dengan Yahudi (Cina) dan antara Yahudi dengan Yahudi. Bezanya kaum Cina dengan Cina di negara ini tidak bergaduh walaupun berbeza fahaman politik.

23. Nabi Muhammad saw sedar bahawa orang Yahudi (Cina / DAP) sentiasa mencari peluang untuk menghina dan menyerang orang Islam (Melayu) dan orang Musyirikin Mekah (Singapura) pula sering berusaha untuk memusnahkan orang Islam (Malaysia).

24. Perlembagaan Madinah berjaya menyatu-padukan kaum-kaum yang menjadi musuh tradisi itu sehinggalah bani Aus bersatu dengan bani Kharaj dan menjadi kaum Ansar. Kaum Ansar (Melayu) pula dengan murah hati membantu golongan Muhajirin (orang Islam dari Mekkah).

25. Bilakah UMNO dan PAS hendak bersatu seperti Aus dan Kharaj? UMNO boleh sebumbung dengan MCA, MIC, GERAKAN dan parti-parti lain yang bukan Islam. Mengapa ia tidak boleh bekerjasama dengan PAS?

26. PAS pula boleh sebantal dengan parti bukan Islam – PKR dan DAP. Mengapa ia tidak boleh sefahaman dengan UMNO yang jelas memperjuangkan Islam seperti terpahat di bawah Fasal 3 Perlembagaannya?

27. Kedua-dua UMNO dan PAS hendaklah ingat bahawa Perlembagaan Madinah (Islam ) (a) mengutamakan kerjasama dan perpaduan di kalangan umat Islam serta (b) menyuruh umat Islam mempertahankan saudara Islam dari serangan bukan Islam sekalipun ia menuntut masyarakat majmuk Madinah bersatu.

28. Fasal 12 jelas MENYURUH orang Islam membantu saudara Islamnya yang berada dalam kesulitan.

29. Fasal 13 pula MELARANG orang Islam bermusuhan sesama sendiri serta menyeru supaya mempertahankan saudara Islam lain yang diserang atau dizalimi.

30. Fasal 14 bukan sahaja MELARANG orang Islam (a) membunuh saudara Islam bagi kepentingan orang kafir bahkan (b) MELARANG membantu orang kafir menganiaya orang mukmin.

31. Tentulah jelas apa yang dipahatkan dalam Perlembagaan Madinah itu tetapi mengapa pemimpin UMNO dan PAS seperti orang Melayu bersilat apabila bercakap pasal perpaduan? Ahh sini, ahh sana; ciss sini, ciss sana; naahh sani, naahh sana tetapi langkah semakin jauh; bukannya semakin rapat. Akhirnya dua-dua lari. Betul tak?

32. Kita pernah dengar kenyatan Dato’ Hadi Awang semacam hendak rujuk semula; ingin bekerjasama dengan Kerajaan Pusat demi kepentingan rakyat. Dalam episod yang lalu, beliaulah yang paling nyaring menentangnya.

33. Agaknya, beliau sudah terjumpa peruntukan dalam Perlembagaan Madinah, seperti di atas, yang menyeru kepada perpaduan. Malangnya, Belum sempat kita hendak bergembira, dia sudah buat kerenah lagi.

34. Dianjurkan para pemimpin Melayu dari semua parti politik belajarlah dari Britain dan Perancis. Kedua-dua negara ini merupakan musuh tradisi; sentiasa berperang – Perang 100 Tahun, Perang 7 Tahun dan Perang 7 Hari. Berjuta yang mati dan berbilion pound/franc harta yang musnah. Tetapi kedua negara tersebut akhirnya boleh bekerjasama. Kerjasama mereka itulah yang telah melahirkan supersonic Concorde!

35. Masa bagi orang Melayu bersatu sudah terlalu genting. Lebih-lebih lagi (a) parti-parti berasaskan kaum Cina telah bersatu atas isu yang menguntungkan kaum mereka, (b) pemimpin MCA telah bersuara agak sumbang apabila dia menegaskan bahawa parti-parti dalam BN hendaklah bebas dan berotonomi serta boleh membuat desakan dan (c) secara halus kaum Cina telah dihasut supaya bersatu menumbangkan kerajaan BN (maksudnya menumbangkan UMNO), jika sijil gabungan sekolah-sekolah cina (setaraf dengan SPM) tidak diiktiraf:

“Ibarat air boleh timbulkan kapal, air juga boleh tenggelamkan kapal, kerajaan adalah dipilih oleh rakyat, ahli-ahli politik terpaksa melihat suara rakyat, rakyat diibarat seperti air, air boleh timbulkan kapal dan juga boleh tenggelamkan kapal, jika disukai rakyat maka berjayalah mereka, jika tidak disukai rakyat maka hilang lah mereka.”

36. Besar kemungkinan BN/UMNO akan kalah kerana (a) kaum Cina sudah committed untuk menjayakan strategi ke-3 mereka, (b) mereka sudah ada pelantar politik pilihan (alternative political platform) terbaik – Pakatan Pembangkan (PP) dan DSAI – untuk merealisasikan visi mereka itu (c) PP dan DSAI bersedia memberikan tawaran yang jauh lebih baik daripada apa yang mereka sudah dapat daripada UMNO dan apa yang boleh ditawarkan lagi oleh UMNO.

37. Apa yang tinggal pada Melayu ? Sudah nasib pemimpin bermasalah kini Melayu pula berpecah. Semoga Allah memberi taufiq dan hidayah pada Malaysia tanah airku.

Belajar terus belajar.


Sunday, February 28, 2016

Kenapa Cina bijak berniaga ?

Dalam konteks Melayu yang masih lemah mengurus bisnes serta bersaing di pasaran terbuka, dasar penswastaan menekankan keutamaan pemindahan hak milik kerajaan menerusi pegangan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kepada individu dan swasta Melayu mengakibatkan banyak pegangan ekuiti terlepas kepada orang lain.

Kosnya pula sangat tinggi, sama ada dari segi kewangan, pembaziran sumber dan kerugian akibat kehilangan masa serta terlepas bisnes ke tangan orang lain. Antara contoh kesilapan apabila Agensi Pembangunan Bandar atau UDA perlu dihidupkan semula, setelah melalui proses penswastaan sebelum ini.

Bagaimana ini boleh berlaku? Sebenarnya pada ketika itu terdapat pengaruh ideologi politik liberal yang mencontohi amalan di Britain dan Amerika Syarikat (AS). Model ekonomi liberal mendominasi pemikiran tidak senang dengan peranan kerajaan dalam ekonomi. Malah mereka berpandangan negatif terhadap penglibatan kerajaan dalam bisnes, sekalipun bertujuan menyeimbangkan keadaan. Saya percaya satu lagi pengaruh besar, berpunca daripada kalangan bukan Melayu khasnya sektor bisnes Cina menganjurkan kerajaan tidak terlibat dalam bisnes. Mereka dilihat meremehkan mana-mana tindakan kerajaan menjayakan agenda sosial seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan semua program melibatkan kerajaan untuk mencapai matlamat keadilan ekonomi dan melindungi kepentingan golongan lemah.

Pandangan anti-GLC dan penglibatan kerajaan dalam bisnes daripada perspektif orang Cina perlu kita fahami dengan lebih mendalam. Ia terbit daripada perspektif minda, konteks budaya dan perspektif hidup yang berbeza. Ia tidak semestinya diinterpretasikan sebagai bersifat anti-Melayu. Bagi saya ia mencerminkan nilai hidup yang menzahirkan budaya bisnes orang Cina di mana-mana, termasuk di negara China.

Untuk menjelaskan perbezaan budaya ini lebih lanjut, saya memetik pandangan penulis Cina keturunan Taiwan yang memerhatikan perbezaan organisasi bisnes Cina berbanding Jepun. Chin Ning-Chu dalam bukunya “The Asian Mind Game” menyatakan “…one Chinese look like a dragon. But when three Chinese get together, each one look like a pig. One Japanese look like a pig, while three Japanese look like a dragon.”

Sememangnya telah tertanam dalam minda orang Cina, khasnya di seberang laut untuk tidak meyakini kerajaan. Mereka tidak menyenangi semua pihak berkuasa, terutama kerajaan diterajui orang bukan Cina. Penulis Cina menyatakan antara sebabnya untuk mengelak membayar cukai tinggi serta menjamin rahsia kepentingan bisnes daripada diketahui orang luar, termasuk sesama Cina. Ramai berpendapat ini berlaku kerana budaya dan nilai hidup orang Cina berpaksi kepada institusi keluarga yang menjadi tunggak. Orang Cina mempercayai ahli keluarga dan kaum kerabat daripada orang lain. Dalam kata lain, pada umumnya Cina merupakan masyarakat yang tidak mengutamakan jemaah. Keluarga dan individu lebih diutamakan berbanding masyarakat atau bangsa.

Justeru, bisnes Cina sengaja memilih keluarga sebagai teras organisasi dan sekiranya terdapat korporat gergasi di kalangan mereka, ia kerap berpaksi kepada milik keluarga. Atas dasar ini, satu bisnes keluarga bersaing sengit dengan keluarga lain. Di peringkat individu Cina, masing-masing tidak mahu kalah, bersifat kiasu dan menurut Chin Ning-Chu, berkelakuan seperti babi apabila mereka ramai. Ini mungkin punca kenapa persepsi dan ideologi masyarakat Cina di Malaysia umumnya negatif dan tidak senang terhadap mana-mana anjuran kerajaan atau GLC ke dalam bisnes, lalu membangkitkan anti-GLC dan pro-penswastaan. Malangnya, diperhatikan ramai Melayu terbawa-bawa dan terpengaruh dengan pendirian apa yang baik buat bisnes orang Cina tidak semestinya baik juga untuk Melayu mengikut amalan budaya Melayu dan pegangan nilai Islam.

Terdapat perbezaan asas nilai budaya, minda dan persepsi Melayu, khasnya sebagai Muslim. Perbezaan ini sama dengan perbezaan antara nilai hidup dan budaya Jepun berbanding Cina, seperti digambarkan Chin Ning-Chu.

Nilai budaya Jepun kelihatan lebih banyak persamaannya dengan Melayu. Jepun juga mengutamakan kepentingan besar masyarakat dan berbudaya jemaah.

Itu sebabnya Jepun menyusun strategi bisnes dengan memilih corak organisasi berbeza dengan Cina. Mereka cenderung membina organisasi korporat dan memasyarakatkan kepentingan besar bisnes. Sebagai contoh, syarikat Matsushita dan Toyota, sekalipun asalnya dimiliki keluarga Matsushita dan Toyoda, apabila membesar, diberi dokongan penuh institusi Jepun dengan sumber modal besar daripada institusi termasuk bank dan institusi kewangan serta pelaburan dan syarikat perdagangan Sogo Shosha. Hari ini keluarga Toyoda, pengasas Toyota memiliki saham tidak lebih dua peratus dalam syarikat yang menjadi syarikat pembuat kereta paling berjaya di dunia.

Bahagian terbesar saham dimiliki institusi serta badan-badan untuk mewakili kepentingan masyarakat ramai Jepun.

Dengan demikian, kuasa politik oleh Melayu harus mengambil kira perbezaan budaya Melayu sebagai Muslim yang mengutamakan sistem berjemaah. Justeru, susunan strategi untuk kejayaan bisnes tidak boleh mengikut sepenuhnya cara orang Cina. Budaya politik Melayu perlu sedar hakikat ini dan menterjemahkannya ke dalam strategi menjayakan agenda bisnes Melayu.

Tegasnya, budaya politik Melayu perlu diubah. Ia tidak lagi harus didominasi mereka yang cuma memperjuangkan politik untuk kepentingan peribadi. Hadis Rasulullah tegas menyatakan: “Apabila tiga orang Islam keluar berjalan, hendaklah seorang daripadanya dijadikan imam (pemimpin)”. Ini menggambarkan betapa Islam mementingkan umatnya berjemaah. Dalam konteks bisnes, anjuran ini menekankan supaya kita mengambil pendekatan “bunyanun marsus”. (Al-Quran, Surah As Saff, Ayat 4), yang bermaksud kita diminta menyusun barisan seolah-olah berada dalam “satu binaan tersusun kukuh”.

Kesimpulannya, faktor utama merosakkan perjuangan membina kekuatan ekonomi dan dapat menyelamatkan Melayu daripada terus tercicir terletak pada budaya politik golongan berkuasa. Jika kita selama ini lemah, puncanya kerana budaya politik di golongan berkuasa yang melemahkan.

Misalnya, budaya politik yang hanya mengikut dan meniru saja segala rentak dan cara Cina (atau Barat) berbisnes, tanpa menyelami kesannya memudaratkan kepentingan Melayu. Pemikiran mempengaruhi ideologi politik seperti ini wajib dirombak dan diketepikan. Kejayaan bisnes untuk membina kekuatan serta keperkasaan ekonomi Melayu tidak dapat dicapai selagi ideologi politik dan susunan strategi tidak didasarkan kepada kaedah diserasikan dengan minda Melayu. Selagi ini berlaku, akan terdapat konflik, sama ada dalam individu terbabit, mahu pun semua anggota masyarakat. Kesannya, perpaduan Melayu terancam dan sukar hendak disatukan kembali.

Selain itu, jika sikap mementingkan individu diteruskan, ia menjadi punca utama majoriti Melayu menganggap ramai ahli perniagaan, bisnes dan korporat dalam masyarakat sendiri bersikap rakus. Selagi dasar penswastaan kepada kepentingan individu dengan agresif diperjuangkan, dan selagi GLC serta peranan institusi dinafikan, selagi itu kita akan berpecah dan berkonflik. Pakej dasar dan strategi tidak boleh memandang ringan usaha membela kepentingan Melayu sebagai masyarakat jemaah dengan membiarkan budaya politik Melayu mengenepikan amanah dan tanggungjawab kepemimpinan.

Kepandaian sahaja tidak cukup untuk menjadi arif di dalam sesuatu bidang. Seseorang tersebut mestilah ada pengalaman yang panjang di dalam menentukan hala tuju perjalanan ekonomi negara ini.

Malangnya, di dalam menentukan halatuju negara ini, kerajaan tidak menimba pengalaman daripada mereka yang arif, akan tetapi, kerajaan cuba mendapatkan nasihat dari mereka yang tidak layak untuk menjadi tuan penasihat. Pemimpin saya harap kembali kepada landasan perjuangan untuk membela agama, bangsa dan negara melebihi peribadi.

Belajar terus belajar


Kenapa Bangsa Cina lebih maju ?

Kenapa orang cina lebih maju daripada orang melayu? Bagaimana kaum yang dianggap pendatang dibumi melayu/bumiputera ini berjaya menguasai ekonomi kita disini? Satu persoalan yang selama ini sebenarnya mempunyai jawapan yang berada benar-benar dihadapan mata kita.

1. Pendidikan.
Orang cina sangat mementingkan pendidikan.Seawal usia tadika (4-6 tahun), dikala anak-anak orang melayu sibuk bermain guli, bergelumang dengan lumpur dibawah kolong rumah, melastik burung dan mencuri buah rambutan dikebun Pak Kordi, orang cina sudah mula menghantar anak-anak kecil mereka ke kelas tuisyen.Mereka tidak kisah membelanjakan wang ringgit untuk memberikan pendidikan awal kepada anak-anak mereka.Matapelajaran yang paling ditekankan oleh mereka kepada anak-anak mereka adalah, MATEMATIK.Bukan nak kata apa, tapi ini adalah realiti : subjek ini rata-ratanya sangat dibenci oleh anak-anak melayu.Tak dapat dinafikan sesiapa.Tanyakan kepada anak-anak melayu, pasti ramai yang mengiyakannya.Mindsetnya mudah : Matematik + Nombor + Susah = MALAS.Tapi tidak kepada orang cina.Mereka sangat mengutamakan kemahiran dalam subjek matematik, kerana mereka sedar melalui penguasaan subjek inilah mereka akan dapat meneruskan legasi perniagaan mereka kepada anak-anak mereka di masa hadapan.

Mereka sedar dan tahu, mereka adalah 'kuasa ekonomi'.Matematik adalah kunci untuk meneruskan kesinambungan penguasaan mereka terhadap ekonomi.Orang Melayu, biarlah mereka yang 'berkhidmat untuk negara'.Perhatikan di jabatan-jabatan awam, bagaimana jurang ras boleh dilihat dengan begitu ketara sekali antara melayu/bumiputera dan orang cina.Mengapa orang cina begitu kurang sekali memasuki perkhidmatan awam?Jawapannya mudah : 'kuasa' mereka bukan disitu.Kuasa mereka dibidang ekonomi, dan disitulah punca 'ong' sebenarnya datang, bukannya dari bidang 'yang menurut perintah & berkhidmat untuk negara'.

Perhatikan senarai 10 orang terkaya di Malaysia, siapa yang menguasai senarai itu? Semua orang tahu jawapannya bukan.Adakah mereka berkerja di jabatan awam?Jawapannya sudah tentu tidak.Jadi kesimpulannya mudah : bagi orang cina, perkara yang akan mendatangkan kekayaan adalah penguasaan ekonomi, yakni perniagaan, dan bukannya melalui jalan 'berkhidmat untuk negara'.Bagaimana untuk menggenggam kuasa ekonomi itu dan ilmu apakah yang perlu dipelajari dan dikuasai supaya ia tidak akan terlepas dari tangan mereka?Jawapannya MATEMATIK.Oleh sebab itulah, anak-anak mereka begitu didedahkan dengan ilmu pengiraan matematik diperingkat awal agar legasi penguasaan ekonomi itu akan dapat dijayakan dengan kesinambungan yang berterusan

Saya sendiri mempunyai sedikit pengalaman di zaman sekolah dahulu tentang bagaimana pentingnya pendidikan kepada mereka.Kisahnya, sewaktu tingkatan 2 dulu, saya telah terpilih memasuki kelas 'A', yakni kelas pelajar-pelajar pintar.Bangga jugalah kerana terpilih memasuki kelas yang rata-rata pelajar didalamnya adalah terdiri daripada mereka yang bijak dan ber'IQ' tinggi.Namun apa yang lebih menarik sebenarnya, yang ingin saya kongsikan adalah, pelajar dari kaum apa yang menguasai kelas tersebut.Rata-ratanya (80%) adalah pelajar cina! Percayalah , hanya lima orang sahaja pelajar lelaki Islam dari kaum melayu/bumiputera yang berada di dalam kelas itu.

Walaupun kisah itu sudah lama berlalu, namun saya masih dapat mengingatinya dengan jelas.Setelah zaman persekolahan berakhir dan mula memasuki alam dewasa, barulah saya sedar kenapa situasi tersebut berlaku.Semuanya kerana penekanan yang diberikan oleh orang cina terhadap anak-anak mereka tentang pentingnya pendidikan kepada kesinambungan generasi mereka.Jumlah penguasaan majoriti mereka dalam melahirkan anak-anak yang pintar di sekolah sebenarnya menggambarkan situasi sebenar bagaimana mereka dapat menjadi taikun dan kuasa ekonomi di bumi Malaysia ini.Dan rasanya, situasi ini memang berterusan sehingga hari ini, dimana pelajar cina terus menguasai pencapaian akademik di sekolah-sekolah.

Sesuatu yang patut dicontohi dan diaplikasikan oleh ibu bapa melayu/bumiputera jika ingin melihat anak-anak kita bediri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan anak-anak mereka.Penekanan pendidikan perlu diberikan seawal mungkin kepada anak-anak melayu.Minda mereka perlu diasah seawal mungkin agar memberi keutamaan kepada pendidikan, sebagaimana yang dilakukan oleh orang cina tehadap anak-anak mereka.Persoalannya cuma mahu atau tidak saja.

2. Perniagaan

Cara perniagaan orang cina sangat berbeza dengan cara orang melayu.Peniaga cina tidak akan SESEKALI berniaga secara hutang kepada sesiapapun.No cash, no bussiness.Ini adalah perkara benar.Kalau kurang percaya, boleh cuba sendiri.Pergi ke kedai orang cina yang anda kenal dan tanyakan, "Tauke, ini barang boleh hutang ka?".Sudah tentu jawapan yang akan anda perolehi adalah "Haiya soli a kawan, wa bisnes cuma terima cash only".Tanyakan soalan yang sama kepada peniaga melayu.Anda masih boleh menemui peniaga melayu yang boleh memberikan hutang kepada anda.Entahlah, mungkin atas dasar sifat orang Melayu itu sendiri, yang mewarisi sifat 'murah hati' dalam kehidupan seharian dari generasi terdahulu dan terbawa-bawa dalam perniagaan.Konsep yang sangat salah pada mata peniaga Cina.

Bagi orang cina, bussiness is bussiness.Biar dengan kawan baik sekalipun, mereka tidak akan sesekali membenarkan aktiviti perniagaan secara hutang berlangsung.Tapi anda jangan silap, cara mereka berurusniaga berbeza mengikut 'jenis' orang.Bila mereka berurusniaga dengan orang yang bukan cina,(melayu, bumiputera) mereka akan menggunapakai peraturan 'no hutang, cash only'.Mungkin ada beberapa orang tertentu sahaja dikalangan sahabat melayu mereka yang boleh berurusniaga secara hutang dengan mereka, itupun atas dasar percaya dan mereka benar-benar rapat dengan orang itu.Kalau tidak, jangan harap.Berbeza bila mereka berurusniaga dengan orang mereka sendiri (cina), walaupun orang itu tidak dikenali/rapat, namun sekiranya dia adalah orang cina, maka mereka akan 'membuka jalan' kepada orang tersebut selagi dia adalah orang cina.Semua benda boleh runding, asalkan orang itu adalah orang mereka.

Inilah keistimewaan orang cina berbanding melayu.Bukan setakat hutang, pertolongan lain pun boleh diberikan.Untuk pengetahuan anda, bagi yang tidak tahu, (pengalaman) harga urusniaga antara orang cina dengan orang cina adalah berbeza dengan urusniaga mereka dengan orang melayu.Sebagai contoh, harga jualan umum sebijik tayar di kedai tayar Chong adalah RM100, mungkin harga selepas diskaun adalah RM95, tapi harga untuk orang cina berkemungkinan sekitar RM80-90 sahaja.Itu contoh.Sudah tentu mereka tidak mewar-warkan harga ini kepada umum, cuma dikalangan mereka saja yang tahu.Dan ini adalah benar, kerana saya sendiri selalu menggunakan kawan-kawan cina untuk membeli sesuatu barang dengan harga 'cina sesama cina'.Tak percaya, sila buat eksperimen sendiri.

Inilah realitinya.Mereka boleh saling membantu walaupun pada awalnya tidak saling mengenali.'Jambatan tersembunyi' sebenarnya memang sudah sedia terbina antara mereka, dan mereka akan menggunakannya bila diperlukan.Luaran nampak terpecah, tapi zahirnya mereka sebenarnya bersatu.Jika dibandingkan dengan orang melayu, umpama langit dan bumi.Pergilah si melayu kepada melayu yang telah sedikit berjaya dan punya pengaruh untuk meminta pertolongan.Percayalah, amatlah sukar untuk menemui melayu yang mahu membantu melayu sebagaimana orang cina membantu kaum mereka.Perangai PHD (Perasaan Hasad Dengki) yang dimiliki dan tertanam dalam jiwa melayu merupakan satu penyakit yang telah lama menjadi duri dalam daging dikalangan melayu.Pantang berjaya sikit dan mendapat nama dimata masyarakat, mulalah mendabik dada.Sombong tak tentu pasal.Bukannya nak tolong bangsa dia, malahan memperlekeh dan memperkecilkan bangsa sendiri.Malahan ada yang sanggup sampai menjatuhkan dan mencantas bangsa sendiri semata-mata bimbangkan persaingan dan kepentingan periuk nasi tergugat.Ini sangat berbeza dengan orang cina.Orang cina lagi suka semakin ramai orang mereka yang naik dan berjaya dalam bidang yang mereka ceburi, kerana itu akan menjadi satu mercu tanda dan penunjuk aras yang rata-rata bangsa mereka adalah orang yang pintar dan berjaya dalam bidang yang mereka ceburi.Patut disokong dan dibantu seboleh yang mungkin.

Disinilah kelemahan melayu yang paling ketara sekali.Memang ada juga dikalangan melayu yang telah berjaya yang mahu membantu bangsanya sendiri, tapi boleh dibilang dengan jari berapa ramai yang benar-benar serius.Selebihnya hanya umpama melepaskan batuk ditangga.Entah bilalah perangai PHD ni akan hilang dari jiwa orang melayu.


3. Sifat Khianat.

Orang cina amat pantang dengan orang yang mengkhianati mereka.Tidak kira dalam hal apa sekalipun, sekali mereka dikhianati, sampai matilah orang itu tidak akan diberikan muka atau dipercayai lagi.Apalagi dalam bidang perniagaan.Sekali tertipu tidak akan ada kedua kalinya.Ini berbeza dengan melayu.Sifat memaafkan sangat diterapkan dalam sanubari orang melayu, kerana ianya sangat dituntut oleh ajaran agama Islam, yang dianuti oleh orang-orang melayu.Memaafkan itu sangat dituntut, malahan ia adalah satu sifat yang amat mulia dalam ajaran mana-manapun agama.

Tapi bagi orang cina, untuk mempercayai semula orang yang pernah mengkhianati mereka adalah satu perkara yang sangat-sangat 'suwey' kepada mereka.Disinilah terlihatnya satu lagi kelemahan orang melayu dimata cina.Sifat memaafkan orang melayu dan suka memberi peluang kedua dianggap sebagai sesuatu kesilapan yang tidak patut dilakukan.Untuk apa memberikan peluang kepada orang yang pernah menipu dan mengkhianati kita?Orang putih bilang, "Everybody deserves a second chance".Believe me, ini tidak terpakai kepada orang cina.Bagi mereka, "once broken, consider sold" lebih terpakai.

Mungkin sudah tiba masa kita orang melayu/bumiputera menggunapakai teori sebegini dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian kita, apalagi jika terlibat dalam bidang perniagaan dan ingin berjaya seperti mereka.Mencontohi dan belajar sifat-sifat baik yang membuatkan mereka berada berjaya dalam bidang yang mereka ceburi, terutamanya perniagaan.Memang terdapat beberapa sifat-sifat mereka yang tidak patut untuk kita contohi, yakni sifat buruk yang tesembunyi disebalik kejayaan mereka.

Inilah sedikit sebanyak maklumat berdasarkan pengalaman saya dapat kerana berkawan dengan mereka.Saya ada ramai kawan orang cina, dan sepanjang pergaulan dan pengamatan saya terhadap mereka, inilah kesimpulan yang aku dapat tentang bagaimana dan mengapa mereka lebih maju daripada orang kita, yakni melayu/bumiputera.

Saya menulis artikel ini bukanlah untuk menyanjung mereka, jauh sekali untuk memperlekehkan orang melayu/bumiputera bangsaku sendiri, tapi untuk membuka mata dan menyedarkan orang kita terutama generasi muda tentang dimana sebenarnya letaknya kesilapan kita selama ini.Berhentilah dari menuding jari dan menyalahkan orang lain, dan bermuhasabahlah dengan diri sendiri tentang bagaimana untuk meletakkan bangsa kita agar dapat berdiri sama tinggi dengan mereka.Buanglah sifat-sifat iri hati dan PHD yang terdapat dalam diri kita, kerana sifat-sifat inilah yang menyebabkan kita ketinggalan jauh dibelakang mereka.

Percayalah selagi sifat PHD masih meracuni jiwa orang-orang melayu/bumiputera, maka selagi itulah nama orang-orang melayu/bumiputera akan terus tercicir dari senarai 'manusia paling kaya di Malaysia'.

Belajar terus Belajar.


Thursday, February 25, 2016

Mampukah Melayu berubah ?

Ianya ‘berat’ buat saya untuk membincangkan isu Melayu. Isu Melayu dianggap lapuk dan ketinggalan zaman. Membendung kemiskinan dan memajukan pemikiran Melayu sudah hilang daya tarikannya. Bukan itu sahaja, permasalahan Melayu dikaitkan dengan rasisme – angkara kebiadaban pemimpin. Pendeknya, ia tidak popular.

Trend pemikiran sekarang condong kepada falsafah-falsafah demokrasi seperti kebebasan (liberty), keadilan (justice) dan kesamarataan (equality). Ia menguja minda. Tetapi, sedarlah bahawa pemikiran ini berasal dari masyarakat barat yang sudah matang dan terbuka. Keselesaan dan kesejahteraan hidup hasil dari pentadbiran yang mantap membolehkan mereka terbuka kepada perkembangan idea dan pemikiran.

Hakikatnya, negara kita masih mundur. Kemiskinan – walaupun cuba diselindungi – amat berleluasa. Ia teserlah melalui gejala rasuah, sosial dan kadar jenayah yang meningkat. Ketegangan agama dan kaum kebelakangan ini turut mencerminkan kemunduran masyarakat kita. Maka, mengambil model masyarakat maju walaupun ianya ideal, secara bulat-bulat ke dalam masyarakat kita adalah cerapan yang hanya mengundang kegagalan.

Dalam konteks masyarakat kita, kemiskinan adalah rintangan utama kepada progres. Segmen masyarakat terbesar yang bergelumang dengan kemiskinan adalah orang Melayu. Masalah kepimpinan yang korup dan kemunduran pemikiran perlu diatasi dengan segera dan serius. Melayu perlu dikejutkan supaya bangkit dan menyertai arus perubahan. Jika tidak, progres masyarakat keseluruhannya akan tersekat.

Pemimpin adalah payung kepada masyarakat. Apabila kepimpinan sesebuah masyarakat itu korup, maka koruplah masyarakat tersebut. Bandingkan kepimpinan negara-negara Arab dan Afrika dengan kepimpinan negara-negara maju. Jurang perbezaannya luas. Negara-negara Arab dan Afrika terkenal dengan korupsi, pembaziran dan kezaliman. Manakala, kepimpinan negara maju berteraskan transparensi, akauntibiliti dan efisien.

Kepimpinan Melayu menyerupai kepimpinan Arab dan Afrika. Bezanya, negara kita tidak sekaya negara-negara Arab ataupun sedaif negara-negara Afrika. Mentalitinya sama. Lupakan cita-cita untuk maju Wawasan 2020 selagi kepimpinan bermentaliti begini memerintah.

Pemimpin Melayu adalah perompak. Biarpun banyak bukti dan pembongkaran dibuat, mereka masih bebas merompak. Perihal rompakan harta negara dan hak orang Melayu berulang berkali-kali hingga ia dianggap lumrah.

Tidak perlu disenaraikan satu-persatu muslihat pemimpin Melayu merompak bangsanya. Bandingkan sahaja kekayaan keluarga pemimpin dengan orang Melayu kebanyakkan. Lihat kedudukan ekonomi keluarga pemimpin dan lihat pula kepada sumber pendapatan anak-anak Melayu. Keluarga pemimpin kaya-raya. Perniagaan mereka – ratusan juta ringgit. Anak Melayu – terkial-kial berniaga burger, pasar malam dan menjaja.

Setiap tahun berjuta-juta ringgit disalurkan kepada program dan skim-skim keusahawanan. Mana hasilnya? Jarang sekali kita mendengar cerita kejayaan anak Melayu dalam perniagaan. Sebaliknya, berita yang sering didengari adalah pemberian bantuan kepada bisnes anak-anak Menteri, Perdana Menteri dan mantan Perdana Menteri.

Kuasa adalah sumber kepada kekayaan pemimpin Melayu. Jadi, pengekalan kuasa adalah penting bagi mengekalkan kekayaan tersebut. Untuk itu, pemimpin Melayu sanggup berbuat apa sahaja termasuklah berlaku zalim terhadap bangsanya sendiri.

Ramai dikalangan Melayu progresif yang menjadi mangsa kezaliman pemerintah. Ramai pejuang; kaum muda, pemikir dan cerdik pandai Melayu yang diugut, dibuang kerja dan hilang punca pencarian. Ada juga yang dibelasah separuh mati, ada yang dikenakan tahanan tanpa bicara dan ada yang dipenjara melalui penghakiman yang timpang. Orang Melayu yang memperjuangkan keadilan diperlakukan lebih teruk dari hamba.

Kepimpinan Melayu (sedia ada) tidak berkebolehan untuk mentadbir negara. Prestasi negara merudum. Ekonomi gawat, kos sara hidup meningkat dan nilai mata wang menyusut. Kualiti pendidikan terus menjunam. Rasuah dan kadar jenayah menjadi-jadi. Dan, ketengangan sosial membarah. Siapa, jika bukan orang Melayu dan rakyat umumnya, yang menderita akibat kelemahan pentadbiran ini?

Fokus kepimpinan Melayu tertumpu kepada isu remeh-temeh. Terbaru adalah krisis politik di Kedah. Satu lagi politik picisan – b melompat keluar, melompat kembali, cium tangan dan sebagainya. Politik begini membuang masa dan memalukan bangsa.

Kesan terburuk kejelekkan kepimpinan adalah pembudayaan corak kepimpinan tersebut. Merompak, menipu, mementingkan diri sendiri, zalim dan remeh-temeh, menjadi norma kepimpinan Melayu di segenap lapisan. Pada setiap organisasi yang mana Melayu menjadi ketua – contohnya, pentadbiran awam, universiti dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) – corak kepimpinan tersebut menyerlah. Organisasi-organisasi ini akhirnya merosot, korup, membazir, rugi, kacau-bilau dan menyusahkan orang ramai.

Seperti hamba, minda orang Melayu ditumpulkan bagi mengelak pemberontakkan. Pendekatan dunia ketiga iaitu memperalatkan akta dan undang-undang serta intimidasi diguna-pakai. Suara-suara progresif Melayu dikekang dengan pelbagai tekanan dan hukuman.

Golongan Melayu yang korup ditempatkan di posisi-posisi kuasa dan strategik. Ia bagi mengawal dan mengekalkan kesinambungan hegemoni (pengaruh). Lihat kepada ketua-ketua peguam, dekan-dekan universiti, pengarah-pengarah perkhidmatan awam dan ketua-ketua eksekutif syarikat berkaitan kerajaan. Mereka tumpul dan hanya mampu mengiyakan kehendak pemimpin politik.

Seterusnya, minda Melayu dikhayalkan dengan rasa bangga terhadap pencapaian-pencapaian yang tidak berasas. ‘Pendidikan bertaraf dunia’, ‘negara aman permai’, ‘ekonomi terbaik’, ‘infrastuktur dunia pertama’ dan sebagainya. Penipuan-penipuan ini diulang-ulang melalui slogan, lagu-lagu patriotik, penjenamaan, temuramah ahli akademik dan pelbagai lagi kaedah propaganda. Penerapan kepercayaan songsang beginilah yang menyokong premis ‘Ketuanan Melayu adalah candu pemikiran’, di awal penulisan.

Jati diri Melayu dimandulkan. Majoriti orang Melayu, terutamanya kaum muda, golongan pertengahan, agamawan dan profesional – hidup dalam ketakutan. Mereka tiada daya untuk menentang penyalah-gunaan kuasa, pembaziran dan ketidak-adilan. Mana tidaknya, risiko dibuang pengajian, dihentikan kerja dan kehilangan peluang naik pangkat adalah terlalu besar. Itu belum lagi intimidasi undang-undang dan penjara. Taring kaum muda, golongan pertengahan, agamawan dan profesional yang lazimnya berbisa – tumpul.

Selain kebaculan, penumpulan pemikiran turut mempengaruhi tahap intelektual orang Melayu. Daripada menumpukan daya fikiran kepada ilmu-ilmu berguna, orang Melayu lebih tertarik kepada hiburan, gossip, dan pelbagai keseronokkan segera. Permasalahan tidak diteliti dengan rapi atau dianalisa dengan kritikal. Sebaliknya, jalan pintas yang dicari. Kesempitan hidup dan kecenderungan mengejar kepuasan segera inilah yang mendorong kepada pelbagai masalah sosial seperti merempit, pergaulan luar batasan dan penagihan dadah.

Akhir sekali, walaupun minda mereka tajam dan terbuka, golongan progresif Melayu turut menerima impak buruk. Mereka yang sepatutnya ditempatkan di kedudukan kepimpinan dan menentukan polisi dan dasar kerajaan – terpinggir. Kini, ramai antara mereka berhijrah ke luar negara, menyumbang kudrat dan pemikiran kepada bangsa asing. Buat bangsanya sendiri, sumbangan yang mampu diberi hanyalah komentari dan saranan yang tidak dipedulikan.

Ramai yang berpendapat bahawa masalah orang Melayu disebabkan sikap mereka sendiri. Melayu malas, tidak berdisiplin, tidak berani mengambil risiko, rasuah, mengejar kepuasan segera dan sebagainya. Saya bersetuju pada sebahagiannya. Tetapi, bagi saya, attitude bukanlah punca utama kepada masalah Melayu.

Saya berpendapat bahawa punca utama masalah Melayu adalah kemiskinan dan kepimpinan yang tidak amanah. Kemiskinan mempengaruhi psikologi dan pemikiran. Jerih, kepayahan dan kegundahan perasaan menghalang orang susah dari berfikir panjang. Fokus mereka hanyalah mencari rezeki untuk memenuhi keperluan asas seperti bekalan makanan keluarga, sewa rumah dan persekolahan anak-anak. Tiada masa ataupun daya untuk memikirkan masalah-masalah yang kompleks.

Dalam konteks masyarakat Melayu, situasi mereka diburukkan oleh kejelekkan pemimpinnya sendiri. Seperti yang dibincangkan, kepimpinan Melayu licik mengambil kesempatan. Orang Melayu dibiarkan miskin dan pemikiran mereka dikekalkan mundur – untuk kemudahan pemimpin merompak harta negara

Oleh itu, faktor sikap bukanlah pokok kepada masalah Melayu. Masalah "attitude" yang disebut-sebut bukannya punca, tetapi kesan negatif dari penumpulan pemikiran akibat kemiskinan dan inhibisi kepimpinan Melayu sendiri.

Jika diperhatikan, hujah Melayu dan masalah attitude sering dilontarkan oleh golongan yang menganggap diri mereka ‘profesional’. Tuduhan yang dibuat selalunya berkonotasi negatif seperti ‘Melayu malas!’. Sebenarnya, merekalah yang mempunyai masalah attitude kerana angkuh dan malas berfikir. Melekehkan keupayaan Melayu adalah langkah mudah untuk melarikan diri dari tanggungjawab.

Peredaran masa, perubahan sosio-politk dan pengaruh globalisasi menuntut transformasi minda dan kepimpinan orang Melayu. Kemunduran Melayu dari sudut sosial, ekonomi dan pemikiran, sudah berlanjutan terlalu lama. Ianya menjadi halangan utama kepada masyarakat umum yang inginkan progres.

Orang Melayu harus sedar dari lamunan ‘ketuanan’-nya lalu bangkit memperbetulkan kemelut kepimpinan. Raikan keterbukaan pemikiran dan semai keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama. Jika ini berlaku, masa depan dan survival seluruh rakyat Malaysia pastinya cerah dan gemilang.

Persoalannya – mampukah Melayu berubah?


Wednesday, February 24, 2016

Jarum-jarum Perpecahan Melayu

Saya ingin berkongsi madah-madah senario kini yang memberi seribu makna melalui pengamatan dan pengalaman yang di ambil dari bahan bacaan saya tentang senjata yahudi dan nasrani yang tidak akan duduk diam selagi umat islam bersatu.

"Jangan kau tanyakan aku erti bangsa
nanti aku akan suapkan kau
maksud berbilang etnik dan faham agama

Jika kau berikan aku erti harmoni
nanti akan aku ajarkan kau erti rasis
prejudis dan kauvinis

biar kau mabuk sawan kerananya
biar kau termuntah busuk berpintal-pintal

jangan kau tanyakan aku persefahaman antara agama
nanti kau tuduh aku jumud dan kolot

jangan kau paksa aku sentuh tentang
Palestin dan Iraq
nanti kau kata aku pembela keganasan

biar
biar saudara perempuanku dirogol setengah mati
biar
biar saudara-saudaraku dibunuh satu-persatu
dipenjara, dicabul maruah dan pegangan agama
aku tidak boleh menyebut nama mereka sedikitpun
mahu aku tersenyum
dan kata
"itu urusan mereka"
jika membalas
aku dicop pengganas

belum aku ajar kau makna diskriminasi
nanti kau terjangkit terkedu membusung
lantas aku racun kau dengan maksud realpolitik

biar kau mabuk sawan kerananya
biar kau termuntah busuk berpintal-pintal

Jangan tanya aku
erti persefahaman kaum
jika mereka duduk ramai-ramai
di tanah pusakaku
dan esok lusa
anak cucu mereka
menghalauku

Tiada gunanya kau bertanya
Selagi kau letakkan Tuhan dibelakangmu
Muhammad di kakimu
Rela berdiri di depan muncung Coca-cola
dan mati atas nama demokrasi"


Untuk mengetahui di mana kekuatan dan kelemahan umat Islam di Malaysia khasnya umat Melayu,kita kena mengkaji keseluruhan senario yang terjadi di sini.Ini penting sebelum siapa-siapa yang ingin mengaku pejuang Islam atau mahu memperjuangkan agama berangkat mahu ke medan perang.Jika tidak,para pejuang ini akan mati akibat tertusuk pedang rakan sendiri,atau mati terkena peluru sesat atau lari dari medan perang akibat terkeliru atau mengelirukan diri sendiri.

Ada yang mengaku memperjuangkan agenda Islam,tetapi bila dilepaskan ke medan yang lebih luas mula terkeliru dan mengalami kejutan budaya.Anehnya,mereka mula mengalami perasaan 'inferior' terhadap Islam dan akhirnya mengikut telunjuk musuh-musuh Islam.Walhasilnya,mereka berjaya dalam perjuangan mengelirukan diri sendiri.Ada yang mengaku pendokong visi dan misi Islam namun hanya gah di pentas-pentas formal.Mereka berani menunjukkan muka di pentas-pentas ceramah dan seminar di sekolah-sekolah dan universiti.Segalanya formal dan hubungan antara sesama juga formal sehingga susah untuk orang yang didakwahkan itu menemuinya.Mereka berani berceramah dalam keadaan audiennya menekur mendengar tanpa banyak soal.Malah audien juga hadir atas dasar terpaksa dan memenuhi syarat sahaja.Habis ceramah,isi ceramah masuk telinga kiri keluar telinga kanan.Ada yang mengaku sebagai pendakwah tetapi tidak mahu memahami sensitiviti masyarakat setempat dan mahu meninggikan ego sendiri sahaja.Islam dijadikan sebagai pekerjaan dan sumber rezeki sahaja.Apa yang terjadi pada generasinya dia tidak ambil pusing yang penting elaun ceramah masuk poket dan cukup bulan kerajaan masukkan gajinya dalam bank.

Untuk tujuan muhasabah diri dan menyusun strategi,kita kena jujur.Fikiran kena terbuka dan positif.

Kita kena hindarkan diri menjadi seperti sesetengah orang dalam jemaah Tabligh menganggap saudara dalam Pas sebuah parti Islam berada dalam jalan tidak betul kerana bergelumang dengan politik. Sejak mula jemaah ini bertapak di Malaysia sehingga kini berapa peratuskah usaha itu dapat menggerakkan sekurang-kurangnya hukum Qisas ditegakkan dalam perundangan Malaysia? Dakwah itu penting,namun politik itu juga penting sebab itu nabi Muhammad s.a.w terpaksa berhijrah ke Madinah untuk MENUBUHKAN NEGARA ISLAM kerana politiklah dapat membawa hukum Allah s.w.t ke dalam sistem perundangan.Jika nabi berdakwah sahaja di Mekah,alamat 100 tahun pun keadaan Islam macam itu sahaja.Pi mai pi mai tang tu,kerana orang yang memegang kuasa di Mekah adalah kaum Musyrik.Mungkin boleh berjaya,tetapi memakan masa yang amat lama dan korban yang bukan sedikit.Nabi bukan semata-mata pendakwah tetapi juga ahli politik dan jeneral perang.Jika hendakkan nabi yang betul-betul berdakwah sahaja kerjanya,boleh ambil contoh nabi Isa a.s.Nabi Isa a.s kerjanya berdakwah sahaja.Beliau tidak mempunyai negara atau satu batalion pun tentera untuk mempertahankan hukum Allah.Akhirnya beliau diancam oleh tentera-tentera Pilatus Rom tanpa ada sedikit kekuatan pun melainkan rahmat Allah s.w.t.

Dan kita jangan menjadi sesetengah orang dalam Pas yang memandang hina jemaah Tabligh.Apabila jemaah ini datang ke masjid atau surau,ada saudara dalam Pas sendiri yang menghalau mereka,padahal mereka ingin berziarah dan menyenangkan usaha saudara dalam Pas untuk memahamkan masyarakat tentang agama.Mengapa dalam kepala mereka penuh pandangan negatif tentang usaha dakwah.Sesetengah saudara dalam Pas terlalu asyik berpolitik sehingga lupa akan tujuan sebenar mereka membawa politik Islam.Mereka ingin tegakkan hukum Allah tetapi majoriti umat Islam tidak faham Islam,bagaimana mereka mahu menegakkan politik Islam?Mereka telah membuat kerja yang menyusahkan diri sendiri.Mereka MUNGKIN BERJAYA TETAPI MENGAMBIL MASA YANG AMAT LAMBAT DAN MEMAKAN KORBAN YANG BUKAN SEDIKIT.Bukankah mudah jika Pas datang kepada orang yang faham kalimah "Lailahaillallah' lantas menerangkan tentang konsep kenegaraan Islam,agak-agak adakah orang tadi bersetuju atau tidak? Mungkin UMNO juga boleh berfikiran positif.

Kita kena faham senario.Jangan duduk di dalam tempurung ego sendiri.Jangan buta dan taksub semata.

Di dalam medan peperangan ini terdapat berbagai-bagai ragam manusia.Berbagai-bagai pemainnya.Terdapat golongan Islam Liberal,Sekular,Materialis,Kauvinis,Sosialis serta Non-Muslim.Di sana juga berkeliaran para Orientalis,Konspirator dan pejuang agama lain.Mereka ini ada yang menubuhkan NGO-NGO,pertubuhan sehingga ada yang mempunyai parti politik sendiri.Organisasi mereka mempunyai dua cabang;politik dan propaganda.Dalam istilah Islamik,organisasi mereka mempunyai bahagian siasah dan usaha dakwah.Bahagian politik mereka digunakan untuk berjuang meminda undang-undang yang memberi kelebihan kepada Islam kepada undang-undang yang menafikan hak Islam dan memberi kelebihan pula kepada mereka.Bahagian politik mereka juga digunakan untuk menghapuskan undang-undang syariah dan berusaha menghapuskan identiti Islam.

Contoh,menghapuskan tulisan jawi/arab dan kod pakaian menutup aurat.Mereka berusaha menghapuskan syiar-syiar Islam seperti azan dengan pelbagai alasan,selalunya menyentuh hak asasi manusia.TUJUAN TERAGUNG BAHAGIAN POLITIK MEREKA ADALAH UNTUK MENGAMBILALIH PEMERINTAHAN MALAYSIA DARI TANGAN ORANG ISLAM.Jadi semua orang yang ingin mengaku pejuang Islam kena ingat baik-baik masalah ini.Kena FIKIR DAN RISAU masalah ini bersama disamping fikir dan risau yang lain.

Bahagian usaha dakwah mereka pula (propaganda) merangkumi NGO-NGO dan media.Mereka selalu mengadakan seminar,forum,bengkel dan ceramah yang selalunya ditutup dengan nama hak asasi dan keadilan.Ini belum lagi masuk topik usaha dakwah dari mubaligh agama.Lagi bermacam-macam usaha dakwah mereka.Kaji bagaimana usaha mubaligh Kristian di Sabah dan Sarawak.Antara mangsa yang menjadi pencacai mereka adalah golongan Islam Liberal.Golongan ini menjadi kuli untuk menyebarkan dakwah memburuk-burukkan sistem Islam dan undang-undangnya.Mereka sanggup menulis artikel memburuk-burukkan Rasulullah s.a.w dan undang-undang Syariah.Antara usaha terhebat mereka setakat ini adalah mengadakan seminar Inter-religious Faith.Luarannya mereka mengatakan ingin mencari titik temu dalam agama-agama tetapi sebenarnya titik temu itu dicari dengan menghancurleburkan agama Islam.

Renungkanlah wahai sahabat seperjuangan.

Belajar terus belajar.


Buka Gelanggang Anak Jantan

Kita sudah amat keletihan dengan berita-berita perbicaraan rasuah dan penyalahangunaan kuasa yang tidak habis-habis dalam media kita. Umat ini mempunyai tanggungjawab dan kerja yang banyak yang mesti disiapkan. Kita tidak ada cukup masa untuk melayan dan bertungkus-lumus dengan laporan-laporan yang seperti itu.
Misi-misi penting yang ingin dicapai oleh negara tidak akan tercapai jika kelancaran perjalanan kita sentiasa diganggu oleh tangan-tangan yang tidak amanah terhadap peruntukan kuasa yang diberikan kepadanya. Misi-misi penting dan besar negara yang kita laung-laung memerlukan tenaga yang berjiwa besar dan amanah.

Ramai sahabat Nabi s.a.w. yang handal di medan pertempuran. Namun baginda tidak membuat pemilihan secara sebarangan bagi misi-misi penting tertentu. Sebab itu dalam misi Peperangan Khaibar, Nabi s.a.w menyebut: “Aku akan utuskan seorang lelaki yang dia kasihkan Allah dan RasulNya, juga Allah dan RasulNya kasihkan dia. Dia bukan seorang yang akan lari dari medan”. Maka orang ramai pun ternanti-nanti, lalu dilantik ‘Ali dan diserahkan bendera kepadanya” (Riwayat Ibn Majah, sahih).
Pemilihan yang tepat dalam memastikan visi dan misi dapat ditunai adalah penting. Bukan semua yang memakai gelaran yang hebat seperti Professor atau Dr berkemampuan dalam siasah. Kewibawaan politik berbezaan antara seorang dengan seorang yang lain. Walaupun soal latar pendidikan itu penting tapi bukan semua yang berpendidikan tinggi itu berkemampuan dalam politik.

Lebih dukacita lagi jika pemilihan dibuat atas simpati hubungan keluarga atau persahabatan semata. Bukan lagi ciri kelayakan dan kewibawaan. Seperti mana yang kita tahu bahawa Nabi s.a.w sayangkan Abu Zar r.a. seorang sahabat baginda yang begitu soleh. Namun apabila Abu Zar meminta jawatan, baginda bersabda: “Wahai Abu Zar, sesungguhnya aku melihat engkau seorang yang lemah, sesungguhnya aku suka untuk engkau apa aku suka untuk diriku. Maka jangan engkau menjadi ketua ke atas dua orang dan jangan engkau uruskan harta anak yatim”. (Riwayat Muslim).
Lemah Abu Zar bukannya lemah iman, tetapi lemah ciri-ciri kepimpinan. Kalaulah Nabi s.a.w yang sayangkan Abu Zar tidak melantiknya kerana ciri-ciri yang tidak dimilikinya, apakah kita akan melantik sahabat handai dan kaum keluarga kita sekalipun tidak layak?. Kita mengkhianati amanah.

Seperti yang pernah saya sebutkan, kita ketandusan tokoh-tokoh kepimpinan yang dapat menonjolkan idealisme yang mampu membimbing rakyat sehingga perasaan rakyat begitu terikat dengan perjuangan kepimpinan. Setia tanpa mengharapkan habuan, menyokong dan mendokong cita-cita tanpa mengharapkan ganjaran.
Hal ini tidak boleh berlaku melainkan lahirnya tokoh-tokoh kepimpinan yang dikagumi keperibadiannya dan dirasai keikhlasan. Jelas pula hala perjuangan dan perlaksanaannya. Wajah kepimpinannya bukan taburan harta, tetapi kematangan minda yang mampu menjadikan harta berfungsi dengan saksama dan cemerlang. Slogan-slogan yang dilaungkan bukan lagi sekadar retorik, sebaliknya penghayatan yang dibuktikan ia bermula dengan dirinya sendiri. Jika sekadar berjanji, ramai yang boleh janji berbagai perkara.
Saya salah seorang dari rakyat biasa yang bukan ahli politik sedang melihat berbagai gelagat orang berbagai parti. Ada yang lucu, ada jelas bohongnya, ada yang hasad, ada lebih lajak dari laju, ada mempergunakan nama agama, atau bangsa untuk kepentingan kempen dan berbagai.
Dari gaya kempen, dapat dikenali watak calon dan partinya. Namun yang perlu diingatkan, pilihanraya bukan musim menghalalkan yang haram sehingga seseorang merasa dia boleh berbohong, atau memaki-hamun, menjatuhkan maruah, mencerca orang tanpa batasan syarak, atau menyalahgunakan apa yang dimilikinya dan seumpamanya.

Pengikut melihat gelagat pemimpin seperti ketam mengajar anak berjalan lurus bila pemimpin masing-masing menghina antara satu sama lain. Seorang penyokong menggelar anjing dan seorang lagi menggelar babi. Adakah ini budaya yang positif dan di amalkan Islam. Kita buka gelanggang dan bertanding secara adil atau perdamaian itu sahaja langkah yang ada demi menjaga maruah agama, bangsa dan negara.

Sabda Nabi s.a.w: “Bukan seorang mukmin itu pencerca, atau pelaknat, orang yang bercakap keji dan kesat” (Riwayat al-Tirmizi, sahih). Jika itulah gelagat buruk sebelum mendapat jawatan, saya cadangkan kita jangan beri undi kepada manusia jenis ini. Itu adalah kedangkalan dan kerendahan budi yang tidak tahu bagaimana mengalurkan buah fikiran secara matang.

Belajar terus Belajar




Sunday, February 14, 2016

Strategi Cina buat Melayu Malu.

Kita biasa mendengar orang cina bermuafakat dan boleh berniaga benda yang sama sebelah menyebelah. Mereka tidak berdengki antara satu sama lain. Benarkah begitu? Satu perkara yang harus kita sematkan difikiran kita bahawa bangsa ini hidup berniaga ratusan tahun. Hakikatnya berniaga benda yang sama sebelah-menyebelah adalah persaingan. Mereka juga menerima perkara itu sebagai teori yang sama. Tapi mengapa masih mereka ini mampu berniaga sebelah-menyebelah?

Susah Satu Senang Banyak

Masalah yang paling utama dilihat dalam perniagaan adalah pemasaran. Ia adalah peraturan utama dalam mempastikan survival sesebuah perniagaan iaitu mempastikan pelanggan sentiasa ada. Mempastikan pelanggan sentiasa ada bermaksud mempastikan pelanggan sentiasa datang. Mempastikan pelanggan sentiasa datang bermaksud pelanggan sentiasa ingat untuk datang.

Untuk mempastikan pelanggan sentiasa ingat untuk datang, maka hendaklah dipastikan pelanggan mempunyai sebab yang kukuh untuk datang. Apakah sebab yang kukuh untuk menarik perhatian pelanggan datang? Dalam konsep yang bakal saya terangkan ini ia merujuk kepada menarik perhatian pelanggan datang atas sebab mereka mempunyai banyak pilihan. Anda pasti masih keliru dan tertanya-tanya bukan? Teruskan bacaan....

Pemasaran Mulut Ke Mulut

Teknik pemasaran ini adalah yang terbaik dari segala teknik. Kerana itu ia menjadi asas utama dalam perniagaan jaringan (network business). Ini adalah kerana cakap dan saranan daripada kawan atau kenalan lebih bersifat nasihat (consulting) berbanding mesej melalui iklan yang bersifat memujuk.

Kerana itu teknik ini dilihat lebih berkesan dan murah dalam jangka panjang. Konsepnya mudah iaitu mempastikan orang tidak rasa segan atau takut-takut untuk bercerita kepada rakan-rakan mereka. Mereka akan berasa seronok untuk bercerita tentang sesuatu kerana pada mereka ia seperti satu pertolongan. Namun bagaimanakah perkaitan perkara ini dengan konsep berniaga sebelah-menyebelah oleh orang cina?

Membentuk Persepsi Mega

Persepsi adalah perkara yang mudah terserap ke dalam hati seseorang melalui pancaindera. Sama ada melalui mata, mulut dan telinga. Konsep teknik ini ialah mempastikan orang ramai melihatnya sebagai satu entiti mega yang memberi banyak pilihan. Biar saya berikan contoh.

Apabila anda mahu membeli barangan runcit, anda pasti lebih teruja untuk pergi ke tempat yang banyak pilihan dan berharga murah. Jawapannya apa yang bermain difikiran anda masakini ialah pasaraya mega seperti Mydin, Tesco, Giant dan sebagainya. Konsep ini juga yang digunakan peniaga cina yang menjual benda yang sama sebelah-menyebelah.

Konsep Perniagaan Berpusat

Sebuah kedai menjual kain mungkin ada 50 jenis kain. Cuba anda bayangkan apa persepsi anda bagi sebuah tempat yang 50 buah kedai menjual kain? Secara amnya anda terus terfikir betapa banyaknya pilihan anda disana. Benar atau tidak?

Kemudian anda terfikir sekiranya anda pergi ke sebuah kedai yang menjual kain dan tidak berjumpa harga yang bersesuaian, anda harus memandu atau mengeluarkan lagi kos petrol untuk mencari kedai lain. Di situ anda rugi bukan? Jadi sudah pasti pilihan anda ialah tempat perniagaan yang mempunyai banyak pilihan dan peluang anda mencari harga yang paling murah.

Pusat Perniagaan Sedia Ada Di Malaysia

Terdapat pusat perniagaan seperti ini di Malaysia sama ada diaturkan oleh kerajaan ataupun oleh pakatan peniaga itu sendiri. Saya lebih suka memberi contoh dimana pusat yang diatur oleh peniaga sendiri kerana ini membuktikan mereka bersepakat dan menerima konsep ini.

Apabila anda bercerita tentang lanskap, apakah tempat yang sering manis dibibir banyak orang di Kuala Lumpur dan Selangor. Jawapannya ialah sungai Buloh. Di Sungai Buloh terbaris puluhan kedai yang menjual produk lanskap dari pokok hinggalah ke pasu bunga. Saya sendiri pernah bertanya 10 orang rakan di Kuala Lumpur secara santai dan 9 orang daripada mereka menyarankan Sungai Buloh.

Pemasaran Bermula Dari Rumah Bakal Pelanggan

Menarik perhatian pelanggan haruslah bermula daripada rumah mereka. Ini adalah penting supaya apabila mereka memegang kunci kereta, hati mereka sudah teringat untuk memandu ke tempat anda.

Seperti saya katakan tadi, apabila dari 10 orang yang ditanya 9 daripadanya berkata Sungai Buloh. Maka 9 orang ini akan memandu ke Sungai Buloh. Peniaga di Sungai Buloh sudah mempunyai 9 orang prospek. Sementara peniaga lanskap di tempat lain hanya ada satu.

20 kedai lanskap di Sungai Buloh mempunyai 9 orang prospek tetapi 20 buah kedai merata tempat hanya mempunyai 1 orang prospek sahaja. Bukankah ini satu penjimatan kos pemasaran?

Orang Melayu Jangan Berdengki Tetapi Memanfaatkan Kaedah Ini

Keluarga saya pernah menjadi mangsa hasad dengki orang melayu sewaktu menjalankan perniagaan restoran. Sungguhpun restoran keluarga saya berjauhan dari kelompok restoran melayu lain, namun ahli keluarga saya tidak terlepas daripada terkena ilmu hitam yang merosakkan perniagaan dari masa ke semasa hinggakan pernah memberi kesan kepada kesihatan.

Ke manakah akhirnya budaya ini? Andai ada 10 restoran melayu berdekatan, pelanggan sebenarnya lebih suka pergi ke sana. Tetapi apabila tinggal 1 sahaja, adakah mereka ini fikir bahawa semua pelanggan akan menjadi milik mereka? Mereka silap sama sekali. Sudahnya 1 restoran yang tinggal ini mungkin akan gulung tikar juga.

Jangan takut untuk berniaga berdekatan. Anda hakikatnya membentuk satu tempat perniagaan berpusat yang mampu menarik perhatian pelanggan. Peniaga keropok lekor di Terengganu telah membuktikannya. Begitu juga beberapa tempat yang sering mencetus minat pelanggan untuk ke sana.

Pelanggan mahukan pilihan dan harga. Beri mereka apa yang mereka mahu. Jangan habiskan wang anda menambah dosa hasad dengki dan juga secara tidak sedar meruntuhkan prospek.

Belajar Terus Belajar