Monday, November 23, 2015

Melayu-Tanah Jawi Itu Di Sini

“MELAYU – Tanah Jawi Itu Di Sini”

Dulu..
Di sini..
Di sini ini..
Bermula bicara
Di atas gunung berdiri cerita
Tinggi Beruas turun ke lembah
Hulu semenanjung sampai ke Manjung
Gangga Negara nama ditanda
Menjulang tinggi adaban dunia..

Dulu..
Di sana..
Di sana itu..

Ditulis surat
Persuratan tua buat umat
Tamra ditanda batu bersurat
Tinggal sepi dalam negeri Megat..
Di Kuala Berang terpecah urat..
Sayup terdengar jeritan kelam..
Ini negeri Megat Panji Alam..!
Banyak wali Allah dan banyak pula Ahlul Bay’tul Rasul..!
Diwartakan buat kalian anak cucu umat Muhammad SAW..
Di sini.. Dalam akhir zaman..
Ini..
Maka tersurat…
Apa yang tersirat…

“Rasulullah dengan yang arwah santabi mereka..
Asa pada Dewata Mulia Raya beri hamba meneguhkan Agama Islam..
Dengan benar bicara derma mereka bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya..
Di benua ku ini penentu agama Rasulullah Salallahualaihi Wassalam.
“DI BENUA KU INI PENENTU AGAMA RASULULLAH SALALLAHUALAIHI WASSALAM..!”

Raja Mandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya..
DI DALAM BUMI INI PENENTU FARDHU PADA SEKALIAN..!
Raja Mandalika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar..
Bicara berbajiki benua penentuan itu maka titah Seri Paduka;

Tuhan..
Tuhan..
Tuhan yang menduduki Tamra ini di Benua Terengganu adi pertama..!
Jumaat di bulan Rajab di tahun saratan disasanakala..
Baginda Rasulullah telah lalu tujuh ratus dua..”
“KELUARGA DI BENUA JAUH KAN DATANG BERIKAN..”
“Allahumasoli’ala Muhammad, Wa’ali Muhammad”

Dulu..
Di atas..
Di atas sana..
Tersurat hikayat Merong Maha Wangsa..
Kalha.. Kataha..
Nama tercipta Negeri Kedah Tua
Sheikh Abdullah al-Qaumiri dan Sultan Muzzafar sendiri..
Berjanji teguh adinda kekanda..
Gunung Jerai ke Langkasuka..

Dulu..
Di bawah..
Dan di seberang sana..
Berteguh janji bapa saudara
Demang Lebar Daun juga Sang Sapurba
“Tak Melayu derhaka pada Rajanya,
Adil saksama ganjaran di beri
Memberi malu tidak sekali”
Hikayat berlalu pecah gelora
Parameswara jadi Maharaja
Jadi lambang daulat negara
Kekallah Melaka jadi seadanya..

Dulu..
Di bawah sana..
Sultan Mansur Syah dan Bendahara Seri Paduka Raja
Tun Perak dan Laksamana Tun Tuah memacu tenaga
Lekir di hilir, Lekiu di hulu
Jebat-Kasturi tinggi berdiri..
Hilang..
Hilang terus perjanjian tua..
“Tak Melayu derhaka pada Rajanya..?”

Dulu..
Di sana..
Tiba giliran Paduka Sultan beraja
Sultan Mahmud Shah jadi ingatan
Benggali Putih buat belasahan..
Terbakarlah Melaka zaman berzaman..
Undur Sultan ke serata peri..
Tinggal sekeping hati dan alatan negeri
Kampar benteng harapan buat baginda merajai
Kekal tak kembali ke Melaka lagi..

Dulu..
Di tanah ini..
Raja Muzzaffar dijemput pergi..
Tanah Tun Saban dan Tok Temong dikongsi-bahagi
Berangkatlah ke negeri Perak yang belum beraja lagi..
Sambil diiring Paduka seberang..
Daulat raja di ranah Minang
Megat Terawis hulubalang terbilang..

Dulu..
Di bumi ini..
Datang pula dugaan Tuhan
Buat menguji hati sang raja
Supaya ingat akan asal dan jasa
Usul dititah untuk dijaga..
Lantas..
Dia berbisik..
Berbisik dari hati yang suci murni
Buat jadi benteng diri
Dari ‘penghuni’ segenap negeri..
“Selilit Tanah Minangkabau,
Selengkung Pulau Perca,
Dilengkung ular Saktimuna,
Sebenarnya Aku keturunan Raja,
Jauhkan segala malapetaka, Perpisahan Aku di Selat Melaka..”

Hari ini..
Kini di sini..
Apa yang tinggal hanya kita-kita..
Menggalas tanggungan beban derita..
Bukan hanya sekadar cerita..
Buat mainan dikala hiba..
Atau buat mengulit si kecil lena..

Hari ini..
Di bumi ini..
Yang tinggal hanyalah aku dan kamu
Setelah cukup zaman itu
Kini bermula zaman yang baru
Kembalilah kita ke Khalifah yang satu..

Aku dan kamu
Adalah darah saka,
Para panglima silam
Yang bergadai nyawa
Demi maruah agama
bangsa tanahair
Tanah tumpah nya darahku
Tanah yang sekangkang kera ini..
Inilah tanah kita..
Ini Tanah para Syed dan Syarifah..
Ini tanah Raja-Raja
Ini tanah Megat-Megat
Ini tanah Daeng-Karaeng
Ini tanah Meor-Meor
Ini tanah Wan-Wan
Ini tanah Nik-Nik
Ini tanah kita semua..
Ini tanah Ahlul Bay’t..!
… Tanah ini ‘Tanah Melayu’...!!!

Aku dan kamu
Di antara saka pustaka
Penyambung warisan bangsa


Monday, November 16, 2015

Mana kekuatan bangsa Melayu ?

Kekuatan apakah yang ada pada bangsa Melayu sehingga tiga kuasa Barat itu tidak berjaya memusnahkan negeri-negeri Melayu dan memecahkan bangsa Melayu menjadi suku-suku kaum atau ‘tribes’ yang tidak bernegeri seperti yang berlaku pada penduduk pribumi di Amerika, di Australia dan di New Zealand?

Kekuatan yang ada pada bangsa Melayu sepanjang sejarahnya ialah perpaduan. Ini timbul daripada adanya kesedaran di kalangan orang Melayu, di mana pun mereka berada, bahawa mereka adalah anggota dalam satu kesatuan sosiobudaya dan sosiopolitik yang disebut bangsa Melayu atau the Malay nation, kata Raffles.

Empat faktor yang membentuk perpaduan Melayu dan yang berjaya mengekalkan identiti bangsa Melayu sepanjang sejarahnya ialah: Bahasa Melayu, budaya Melayu, Islam, dan keterbukaan minda bangsa Melayu.

Kita tahu bahawa di rantau kita ini terdapat banyak sekali dialek Bahasa Melayu – dialek negeri dan dialek daerah. Tetapi, di atas segala dialek ini telah muncul satu ragam Bahasa Melayu yang kita sebut bahasa persuratan atau sekarang kita sebut Bahasa Melayu kebangsaan. Bahasa inilah yang menyatukan bangsa Melayu, tidak kira di manakah mereka berada, sama ada di Kelantan, di Kedah, di Johor atau di Negeri Sembilan.

Bahasa Melayu kebangsaan inilah yang menjadi bahasa kerajaan Melayu sejak zaman kerajaan Melayu-Islam yang pertama di abad ke-12-13, iaitu kerajaan Samudera-Pasai di daerah Aceh sekarang. Sampai ke zaman pemerintahan Inggeris di Tanah Melayu; Bahasa Melayu tetap kekal sebagai bahasa kerajaan Melayu di samping Bahasa Inggeris.

Faktor lain yang cukup penting dan berpengaruh sebagai pembentuk tamadun dan perpaduan bangsa Melayu sepanjang sejarahnya ialah agama Islam. Kita bernasib baik kerana Islam yang diterima dan diamalkan oleh orang Melayu ialah Islam menurut Sunnah Nabi.

Orang Melayu tidak dipecahkan oleh pelbagai mazhab, khususnya antara mazhab sunni dan ‘mazhab Syiah’, atau mazhab-mazhab lain seperti yang terdapat di beberapa negara Arab, misalnya di Lubnan, di Iraq, di Iran, bahkan juga di Pakistan yang menyebabkan negara-negara itu sentiasa menghadapi masalah berpecahan antara kaum berdasarkan mazhab; mereka berperang dan berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Akibatnya, pembangunan negara mereka terjejas. Kemajuan mereka dalam bidang apa pun terjejas. Negara mereka menjadi lemah dan mudah dijajah oleh kuasa luar.

Bangsa Melayu tidak mengalami masalah ini sepanjang sejarahnya. Walaupun mereka pernah dijajah namun perpaduan mereka, ‘solidarity’ mereka, tidak pecah – pepatah Melayu berkata, ‘bercerai kita roboh bersatu kita teguh’. Inilah semangat kebangsaan Melayu yang menyebabkan mereka dapat bersatu dalam satu gerakan kebangsaan di seluruh Tanah Melayu untuk menentang gagasan atau muslihat Malayan Union dalam tahun 1946.

Orang Melayu juga terkenal sebagai bangsa yang berminda terbuka dan kreatif. Mereka sangat toleransi terhadap kaum-kaum lain yang datang dari kawasan di luar ‘Dunia Melayu’. Ini merupakan ciri penting budaya Melayu. Pengalaman Melayu dalam sejarahnya bertembung dan berinteraksi secara kreatif, tidak secara pasif sahaja dengan tamadun luar dari India, dari dunia Arab-Islam, dari kawasan-kawasan di luar Tanah Melayu dan akhirnya dari Barat, membuktikan hakikat ini.

Itulah kekuatan yang ada pada bangsa Melayu dalam sejarahnya, iaitu perpaduan. Mereka bersatu melalui bahasa dan budaya yang sama dan melalui agama Islam. Kerana inilah orang Melayu berjaya membentuk diri mereka sebagai suatu bangsa atau nation, dan tidak berpecah kepada suku-suku kaum atau tribes yang mudah dipinggirkan sehingga akhirnya identiti mereka akan mudah dimusnahkan oleh kuasa-kuasa luar. Dato Onn Jaafar membangkitkan semangat Melayu seluruh Semenanjung, termasuk Singapura, berdasarkan seruan Alif, Ba, Ta. Alif bererti Agama Islam, ba bererti Budaya dan Bahasa Melayu, dan ta bererti Tanah Air Melayu. Inilah tiga alat yang ada pada bangsa untuk menentang gagasan dan muslihat Malayan Union.

Jadi pendapat saya usaha untuk membetulkan kesalahan dan kerosakan yang telah dilakukan oleh penjajah Inggeris di Tanah Melayu terhadap minda bangsa Melayu dan terhadap keadaan ekonomi, pendidikan, sosial dan politik atau kuasa mereka di Tanah Air mereka sendiri dan usaha untuk membina perpaduan kebangsaan sebagai asas kemajuan negara tidak akan berkesan jikalau usaha itu tidak didasarkan atas kekuatan bangsa Melayu yang telah ada pada mereka sejak dahulu. Pembangunan bangsa Melayu selepas merdeka tidak berguna kepada bangsa Melayu dan kepada negara jikalau pembangunan itu tidak dapat mengekalkan perpaduan Melayu atau jika pembangunan itu boleh membawa kepada perpecahan kaum Melayu.

Hidup Melayu biarlah Hidup yang bermartabat !


Saturday, November 14, 2015

Adakah pemimpin hayati lirik Kecil Main Api

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara



Persoalannya adakah Pemimpin Melayu menghayati setiap lirik lagu ini ?

Adakah pemimpin Melayu yang di lantik menjadikan asas Islam dalam perjuangan ?

Pesanan saya buat pemimpin setiap tindakan pada hari ini akan memberi kesan pada generasi akan datang.

Jangan nanti generasi akan datang jadi hamba dan di gelar pendatang di tanah Melayu ini.

Jangan biarkan generasi akan datang akan menjadikan zikir makian dan hinaan atas kesalahan pemimpin terdahulu.

Jangan biarkan generasi akan datang kencing di atas kubur pemimpin terdahulu.

Hidup ini umpama roda jika hari ini pemimpin di atas mereka mesti ingat saat mereka di bawah dalam kubur nanti.
Mana Sumpah Raja Melayu yang kita pertahankan ?

Sunday, November 1, 2015

Tolak adu domba dan fitnah !

Dunia politik menggunakan kaedah "divide and rules" satu strategi untuk menghancurkan salah satu pihak untuk untuk mengekalkan jawatannya. Tidak kira dari parti politik dan NGO sekalipun di lihat menggunakan senjata ini yang di lihat menimbulkan prasangka dan fitnah antara sesama ahli.

Salah satu cara yang sering dilakukan adalah politik adu domba atau politik pecah belah. Sebenarnya perkara ini telah menjadi salah satu kebiasaan yang sudah lama digunakan sejak zaman dahulu walaupun pengadu domba tahu perkara ini fitnah dan berdosa besar. Pada awalnya banyak kerajaan hancur akibat politik adu domba khususnya pada zaman penjajahan Portugis dan Belanda sehingga lahirnya Si Kitul dan Mandeliar.

Tidak perlu lihat dari skop yang luas tetapi berdasarkan pengalaman saya dalam NGO sudah cukup membuatkan saya lebih matang. Contohnya pada situasi tersebut ada satu pihak berjanji ingin beri sesuatu , ada lagi satu pihak berkata pihak tersebut ingin memegang jawatan tersebut , ada pihak tersebut itu calon terbaik kerana hasil perkaderan , orang tersebut dah jalinkan hubungan dengan orang atasan sehingga yang paling ekstrim mengatakan bahawa seseorang itu bekerja kerana jawatan. Secara ironinya semua maklumat itu di sampaikan oleh orang yang sama kepada orang berbeza untuk mewujudkan pertelingkahan. Sebagai orang Islam saya lebih bersifat husnudzon iaitu dengan bersangka baik dan berdoa agar Allah memberi taufiq dan hidayah kepada orang tersebut agar berubah.

Pendapat saya buatlah sesuatu niat kerana Allah dan ingat amanah itu pasti akan di tanya oleh Allah s.w.t. Balasan bagi orang yang bersikap adu domba adalah api neraka sehingga pihak tersebut meminta maaf pada orang yang di adu domba sehingga menimbulkan fitnah tersebut.Dunia ini persinggahan sahaja dan akhirat kekal abadi.

Namun cara satu ini tetap digemari oleh orang politik atau pemimpin yang ingin memecah belah kelompok pengikut untuk kekal berkuasa. Akhirnya, pihak yang mempercayai adu domba tersebut meraih keuntungan yang besar akibat perpecahan yang dialami. Adakah laungan penyatuan Melayu retorik semata-mata jika Melayu sendiri mengamalkan politik pecah-belah ?

Politik adu domba kerap terjadi dimana banyak perpecahan yang terjadi antara banyak pihak akibat sebuah hal yang tidak dapat di ketahui kebenarannya. Untuk menghindari adu domba, setiap orang perlu lebih bijak dalam menyingkapi sebuah masalah yang belum tentu benar akan kebenarannya dan sentiasa berusaha memohon petunjuk daripada Allah s.w.t.

Kadangkala kita tidak sakit di tikam dari hadapan kerana kita dalam keadaan bersedia tetapi amat sakit sekali di tikam dari belakang kerana kita dalam keadaan alpa. Benar kata hukama kita tidak perlu takut dengan musuh tapi kita perlu takut dengan orang yang terhampir dengan kita. Hanya Allah tempat kita berserah dan meminta pertolongan.

Salam Perjuangan !!!


Friday, October 30, 2015

Apa yang ultrakiasu mahu?

Kenapa banyak sangat orang Cina yang mendapat tempat di Singapura? Hanya pemimpin mereka sahaja yang boleh menjawab.

Bagaimana menyelesaikan isu perebutan Pulau Batu Putih. Mereka terus membawa perkara ini ke Mahkamah Antarabangsa (ICJ). Penyelesaian pertikaian pulau ini adalah perang. Malangnya, kita sudah terlepas. Dunia telah menyaksikan hilangnya sebuah pulau milik Melayu terlepas kepada ultra kiasu. Di manakah maruah Melayu? Hari ini Melayu dihina lagi, kita terus diam.

Tersangat jauh bezanya antara layanan kerajaan Malaysia terhadap SJKC dengan kerajaan Singapura terhadap madrasah dan masjid. Jika umat Islam di sana tidak mengambil inisiatif sudah lama institusi ini ditutup. Lihat di Malaysia, SJKC bukan sahaja diberikan keutamaan setanding dengan Sekolah Kebangsaan (Agama) malah lebih beruntung daripada sekolah kebangsaan.

Hatta, kita pula terpaksa tunduk kepada SJKC. Niat kerajaan untuk menambah masa Bahasa Melayu bagi sistem pembelajaran untuk anak Cina terus ditentang waimah ini adalah Bahasa Kebangsaan. Termasuk Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2013-2025 (PIPP). Dong Jiao Zong sedang aktif untuk mendapatkan tandatangan orang Cina seluruh negara bagi menentang PIPP.

Di Singapura, sesiapa yang tidak mengikut arus kebangsaan, bukan sahaja tidak relevan, malah akan dihumban ke penjara. Kita pula asyik melayan kerana mahukan undi dan mengekalkan kuasa kononnya. Apa hasil yang kita dapat? Dapatkah undi dan kuasa itu?

Jika Ultrakiasu sangat menginginkan bakat dari Malaysia, ambillah orang seperti Namewee, Alvivi dan sebagainya. Malaysia tidak perlukan orang yang kononnya mempunyai bakat tersebut.

Kita mahukan bakat yang membina bukan bakat yang menghancurkan negara. Bakat yang mempunyai semangat partriotisme yang tinggi. Bukan bakat yang merosakkan negara dan membocorkan rahsia negara. Saya amat bimbang dengan trend pegawai kerajaan yang bekerja di bahagian keselamatan, kerana ramai juga orang seperti Si Kitol dan Mandaliar. Mereka ini ultra kiasu.

Si Kitol dan Mandaliar inilah yang telah melakukan khianat dan membentuk negara Singapura. Mereka tipu pemimpin kita dengan membuat perjanjian air yang tidak langsung munasabah. Atas sangka baik, kita bersetuju. Sehingga kini, air yang dijual kepada Singapura adalah wang Malaysia 0.03 sen setiap 1,000 gelens (4,500 Liter) sehingga tahun 2061. Perjanjian yang amat tidak masuk akal. Bayangkan ketika pemisahan tahun 1965, kita putuskan air, apakah Singapura wujud hari ini?

Berbanding kerajaan China menjual air kepada air kepada negara bangsanya sendiri Hong Kong, suatu ketika dahulu pada harga AS$5.8 setiap 1000 gelen. Saya ringkaskan, Melayu jual kepada Cina air pada kadar 0.03 sen setiap 1000 gelen. Manakala China menjual air kepada Cina pada kadar AS$5.8 setiap 1000 gelen. Siapa sebenar yang baik? Siapa sebenar yang tertipu? Apakah bangunan mereka boleh berdiri megah dengan menggunakan air masin? Sudahlah ultrakiasu bertaubatlah.

Kenapa Malaysia (Melayu) begitu bermurah hati? Inilah soal hati Melayu. Hati mulia Melayu yang mengalir dalam diri saya amat saya faham sejak dari dulu. Hati Melayu terlalu baik sehingga orang lain mengambil kesempatan. Yang paling saya bimbang, kebaikan hati Melayu nanti akan menyebabkan negara ini tergadai.

Baru-baru ini saya terserempak dengan bekas pegawai tinggi kerajaan sedang berjumpa dengan sekumpulan peniaga Cina pada jam 1.00 pagi di sebuah restoran. Dalam hati sudah dapat mengagak, apa lagi agendanya kalau bukan mahu menjadi 'pak pacak'. Maka akan dilantik menjadi pengerusi syarikat itu dan ini, dengan elaun puluhan ribu ringgit sebulan, bagi tujuan mendapatkan tender atau kontrak kerajaan.

Inilah dilema orang Melayu. Apabila sudah pencen, kerja tiada. Maka mereka akan mencari jalan pintas. Mereka tidak fikir bagaimana membangunkan Melayu. Mereka hanya fikirkan perut. Ultra kiasu akan menggunakan segala ruang dan peluang untuk memanipulasikan keadaan.

Kita hanya boleh berbangga menjadi pengerusi syarikat ini dan itu di bawah telunjuk syarikat Cina. Bila dapat projek kerajaan bernilai jutaan itu, siapa kaya? Melayu menjadi sekaya mana? Apakah kita akan dihargai selepas itu? Inilah pemikiran ultrakiasu.

Lihatlah perjanjian air antara Malaysia-Singapura, langsung tidak boleh diubah. Jika Malaysia bercadang untuk menaikkannya mungkin keadaan lebih buruk akan terjadi. Apakah Singapura pernah berterima kasih kepada kita?

Apa sebenarnya yang ultrakiasu mahu ? Ultrakiasu tidak pernah berhenti bersuara melalui DAP supaya Malaysia menghapuskan hak istimewa orang Melayu. Jawapannya, apabila hak ini dihapuskan dalam Perlembagaan, ketika itulah tidak mustahil, Singapura akan menawarkan diri untuk masuk semula ke dalam Persekutuan Malaysia.

Hidup Melayu biarlah hidup yang bermartabat !

Salam Perjuangan !!!


Thursday, October 29, 2015

Maruah Melayu bila di hina ?

Kalau kita pergi ke muzium Singapura, pertama kali kita melangkah, (ditulis), ‘Melayu bodoh..Melayu rasuah..Melayu lanun…Melayu perompak’, itulah imej yang diberi Singapura kepada setiap pengunjung muzium itu, meracuni pemikiran rakyat dia sendiri (dan) pelancong.

Oleh kerana itulah Melayu ini dibenci di luar negara kerana bangsa kita ini terutamanya Singapura ni, mereka amat mencemburui bangsa Melayu ini.

Buku susunan Profesor Madya di Jabatan Sejarah NUS, Timothy P. Barnard yang diterbitkan pada 2004 mendakwa kaum Melayu tiada asas untuk menjadi kaum yang nyata kerana ia adalah campuran daripada kaum-kaum lain.Ekoran itu, buku berkenaan mencadangkan kaum Cina dan India di Malaysia diberikan taraf bumiputera kerana orang Melayu sebenarnya berasal daripada salasilah kedua-dua kaum itu.

Menurut kajian dan pembacaan saya mendapati masyarakat Semang dan Senoi berasal daripada manusia asal di Afrika yang berhijrah ke rantau ini sejak 65,000 tahun dahulu.

Kumpulan yang telah berhijrah ke Benua Sunda ini merupakan nenek moyang kepada manusia moden hari ini termasuk di Asia Timur dan Amerika.

Kajian juga mendapati orang Jawa, Dayak, Batak, Champa, Madagascar dan Polynesia juga mempunyai genetik asal daripada Semang dan Senoi dan oleh itu mereka juga orang Melayu.

Cuba kita lihat sejarah Melayu siapa yang mengelilingi dunia yang di gelar "Henry The Black" atau Panglima Awang. Kita perlu berbangga dia berbangsa Melayu !

Cuba kita lihat sejarah kapal "Flor De Amar" milik Belanda yang menjarah harta kerajaan Melaka yang kini tenggelam di lautan yang bernilai hampir 2.6 Billion. Harta itu berupa patung emas dan hakmilik istana kerajaan Melaka kerajaan terhebat pada masa lampau. Siapa pemilik harta itu kalau bukan orang Melayu?

Cuba kita fikir kenapa Universiti Al Azhar Mesir pelopor Ahli Sunnah Waljamaah memilih cawangan Universiti mereka yang kedua di Malaysia sedangkan banyak lagi tempat lain mereka boleh pilih? Ini kerana mereka mempercayai bahawa bangsa Melayu atau Jawi bangsa yang terbaik !

Ustaz saya yang belajar di Madinah dan Mekah pernah mengatakan antara pemilik tiang-tiang di sana untuk menyampaikan ilmu ada kalangan guru dan ulamak adalah bangsa Melayu. Banyak buku-buku dalam tulisan Jawi Melayu seperti penulisan Syeikh Idris Marbawi , Bahrol Mazi , Syed Jitra melalui kitab Tafsir Arab terkenal Nurul Ihsan merupakan orang Melayu. Hebatnya bangsa Melayu ! Banyak lagi kehebatan bangsa Melayu jika kita kaji sejak dulu lagi.

Saya harap Melayu perlu menyemarakkan kembali semangat Melayu dan membuatkan mereka tidak lagi malu menjadi Melayu yang mengikut sejarah, panggilan ini bermaksud 'orang gunung'. Kita sudah puas di hina dan di rendahkan martabat oleh bangsa luar. Tidakkah kita terfikir kenapa bila kita jumpa mat saleh kita akan panggil mereka "Sir" atau tuan sedangkan mereka bukan tuan kita? Cukuplah kita di hina oleh penjajah luar dari segi mental. Jangan biarkan mereka menulis lagi sejarah Melayu !

Hidup Melayu biarlah Hidup yang bermartabat !



Monday, October 26, 2015

Sedarlah Wahai Bangsa Melayu

Orang Melayu adalah amat mustahil untuk menjadi bangsa yang rasis/perkauman/asabiyah melampau. Ini kerana dari segi pengalaman sejarah, orang Melayu sudah biasa dengan kehadiran orang-orang asing kerana orang Melayu yang bertamadun tinggal di persisiran pantai, di bawah kerajaan entrepot (pos perdagangan). Ini berbeda dengan bangsa Cina yang asal dari Benua Besar China. Mereka agak “isolated” dan bersifat “agrarian” (pertanian) dan jarang keluar (non-migratory).

Tidak hairanlah mereka – dengan Tembok Besar Cina – seperti halnya Romawi, melihat apa-apa yang diluar lingkungan mereka adalah “barbarian” (kaum biadap). Dan mentaliti ini menghasilkan mentaliti komunisme bilamana berlaku Diaspora Cina ke Alam Melayu pada awal abad ke-19.

Kehadiran kaum Cina ke Alam Melayu merupakan bukan sahaja perancangan British tetapi ada “push factor” dari Negara Cina sendiri yang memaksa golongan miskin, petani yang diistilahkan sebagai “coolie”/”kuli” untuk berhijrah mencari “greener pasture” di Alam Melayu.

British melihat ini sebagai satu peluang mendapatkan “tenaga buruh yang murah” (cheap-hard labour) bagi mengusahakan lombong timah dan bermacam-macam lagi.

Almarhum Profesor Ismail Raji al-Faruqi – dalam karyanya “Islam and the Problem of Israel” berpendapat memang tabiat British dalam jajahan bawah takluknya untuk membawa masuk bangsa asing (alien race) sebagai satu amalan “dasar pecah dan perintah”. Malaysia dan Palestin adalah salah satu contoh. Bezanya, kita orang Melayu berjaya capai kata muafakat dengan bangsa Cina, India untuk “give and take” dalam eksperimen menuju negara bangsa yang baru tetapi tidak di Palestin antara Arab dan Yahudi.

Memang tok nenek (ancestors) bangsa Cina yang ada di Malaysia pada dahulunya tidak berhajat untuk tinggal di sini. Niat mereka tak jauh beda dengan pekerja asing dari Bangladesh, Myanmar, Vietnam, Indonesia yang datang ke negara kita untuk mencari rezeki bagi membantu keluarga di kampung. Sebab itu silibus pendidikan bangsa Cina sebelum Merdeka berkiblatkan Tanah Besar China. Kesetiaan mereka dtumpahkan ke sana, bukan Tanah Melayu. Mereka tidak dapat pulang selepas meletusnya Perang Saudara antara Kuomintang dan Komunis. Kemenangan puak Komunis di China menipiskan lagi peluang untuk mereka pulang kerana dasar nasionalisasi yang menjadikan harta, tanah milik imigran China menjadi milik Kerajaan Pusat (The State): satu ciri utama “dasar centralization” Komunisme.

Sebab itu mereka tidaklah boleh disamakan dengan bangsa Cina yang kita istilah sebagai “Baba-Nyonya” yang datang ke sini ketika zaman Kerajaan Melayu-Islam Melaka bukan sekadar ingin membanting tulang tetapi turut sama “bermulazamah” dengan budaya tempatan maka berlakukan “fusion” yang menghasilkan budaya unik antara “Cina” dan “Melayu” itu.

Mereka – golongan Chinese Diaspora yang datang ke Alam Melayu dengan naik tongkang, bukan seperti kapal Mayflower- kata Prof. Al-Attas kepada Lee Kuan Yew, tidak mewakili pemimpin Peradaban Cina yang kaya dengan budaya, intelektualisme, falsafah yang tinggi. Manakan sama dengan pelayan India dari Tamil Nadu yang kerja di kedai mamak, yang bukan daripada golongan Brahmin dengan “cultural leader” seperti Rabinrandth Tagore, Nehru, Gandhi?

Oleh sebab itulah kita orang Melayu yang punya peradaban ribuan tahun, yang menjadi lebih hebat dengan hadirnya Islam, wajib dan terlebih layak menjadi Tuan (Owner/Leader) dan bangsa yang akan menjadi TERAS kepada pembentukkan Bangsa Malaysia yang tulen kelak.

Oleh itu juga, kita orang Melayu walaupun dari segi kewarganegaraan sama dengan bangsa Cina, India dan lain-lain, kita dari segi sumbangan dan hak-milik makna diri tidak sama kerana kita adalah pewaris daripada pengorbanan dan kejayaan tok nenek kita yang bangunkan peradaban Melayu Raya di rantau ini.

Kita boleh kongsi hasil bumi negara tercinta ini dengan bangsa-bangsa lain yang sudah menjadi warganegara yang sah dan orang Melayu tidak cemburu sebab kejayaan orang Melayu dambakan bukan saja di Dunia tapi Akhirat rezeki yang penuh Baraqah.

Ini tidak bermakna orang Melayu boleh duduk senang, pemalas, dan culas dalam menjalankan amanah memimpin. Korupsi, rasuah, yang berleluasa dikalangan pemiminpin Melayu yang banyak memimpin, memang wajar dikecam oleh semua bangsa. Tapi janganlah sampai melampaui batas sampai tamak haloba nak sapu habis kuasa politik orang Melayu. Ada cara untuk kita perbetulkan masalah yang ada tanpa membuka Kotak Pandora “perang perkauman” seperti 13 Mei Dahulu.

Untuk kita capai tahap itu adakah perlu biarkan sampai mereka meminta untuk buang slot kaum pada borang, nak mintak jadi Timbalan Perdana Menteri dan macam-macam lagi? Orang Melayu cuma nak lihat perpaduan Kebangsaan yang tulen, berasaskan Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang telah dipersetujui dahulu diamal laksanakan oleh semua kaum dan bangsa di negara ini dengan menghapuskan "Sekolah Vernakular".