Showing posts with label pejuang islam. Show all posts
Showing posts with label pejuang islam. Show all posts

Sunday, February 8, 2015

Mempersoalkan Islam dan MRSM tidak RASIS ?









Pengerusi DAP Serian, Edward Andrew Luwak yang membangkitkan perkara itu berkata, terdapat peraturan dalam MRSM yang melarang barangan seperti Salib dan Bible.Beberapa pemimpin DAP sebelum ini turut mempersoalkan peraturan di sekolah-sekolah awam yang dianggap cenderung terhadap hal ehwal agama Islam.Sebelum ini, Ahli Parlimen Bukit Bendara dari DAP, Zairil Khir Johari dalam satu kenyataan di portal Roketkini mendakwa agenda Islamisasi berlaku di sekolah kebangsaan sehingga menyebabkan ramai ibu bapa takut menghantar anak mereka ke sekolah terbabit.



Saya mencabar pihak yang ini menyatakan sekolah yang melarang kebebasan beragama di Malaysia memberikan spesifikasi yang khusus seperti nama sekolah dan tindakan yang di lakukan oleh pihak sekolah. Pengalaman saya tinggal di 2 sekolah berasrama jelas tidak dapat melihat tanda-tanda sebarang larangan dalam mengamalkan ajaran agama di Malaysia. Kawan saya yang beragama Hindu bebas tampal gambar dewa di locker dan sembah setiap pagi. Kawan saya yang beragama Buddha dan Kristian di benarkan pergi ke Tokong dan Gereja tanpa sebarang kekangan. Saya lihat pelajar Mandarin bebas belajar bahasa Mandarin tanpa kekangan dan pelajar India bebas mentelaah buku Tamil.Terdapat juga orang beragama Buddha dan Hindu yang vegetarian di berikan makanan mengikut tuntutan agama masing-masing. Pelajar Islam mendengar tazkirah di  surau dan pelajar agama lain boleh memilih duduk di bilik belajar atau dorm. Mana bukti sekolah melarang semua ini? Rantai dan peralatan kemas di larang di sekolah dan adakah ini di jadikan alasan untuk memakai salib di rantai ? Kawan seislam perempuan tidak bertudung pernah di rampas tasbih rantai yang di pakai semasa di sekolah. Adakah ini pilihan sendiri atau tuntutan agama ?.

Persoalannya di sini adakah dengan menyentuh Agama Islam dan MRSM dengan kenyataan menyinggung perasaan orang Melayu Islam tidak rasis ? Apakah pegangan dan fahaman kontrak sosial yang selama ini kita bina di hancurkan sekelip mata kerana ingin mencapai cita-cita seorang politikus ? Bila kenyataan mempertahankan rakyat untuk turun harga di katakan rasis tetapi kenyataan untuk memperlekehkan institusi sekolah bumiputera dan Islam sebagai hak asasi ?



























Sunday, January 11, 2015

Mana Maruah Wanita Islam !











Dua persoalan di sini iaitu; tidakkah anggota kumpulan ini diberi penerangan terlebih dahulu oleh pihak penganjur tentang adab dan sensitiviti masyarakat Islam di sini ketika melakukan konsert

Kedua, bagaimana seorang perempuan boleh membenarkan dirinya dilayan demikian rupa depan khalayak ramai dalam keadaan dia membawa imej wanita muslimah bersamanya?

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang wanita melakukan solat lima waktu, puasa Ramadan, memelihara maruahnya, dan taat suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki.” (Riwayat )

Islam telah menghargai kaum wanita dan menganggap golongan ini sebagai unsur penyempurnaan kaum lelaki. Lantas, demi menyempurnakan martabat kaum wanita ini, Islam telah meletakkan wanita dalam martabat yang tinggi dan terhormat. Demi memelihara kewanitaan seorang wanita, maka prinsip-prisip penjagaan kehormatan dan maruah mereka sangat dititikberatkan dalam Islam.

Laungan barat tentang kebebasan wanita hanyalah sekadar suatu bentuk eksploitasi tubuh wanita, penghinaan terhadap maruahnya dan kehilangan kehormatan diri. Masyarakat Barat mendakwa bahawa mereka telah menaikkan martabat wanita. Tetapi, sebaliknya, mereka sebenarnya merendahkan wanita kepada status perempuan simpanan serta alat pemuas nafsu lelaki yang mencari hiburan disebalik kelemahan wanita.

Dalam konteks Islam sendiri secara jelas melarang wanita membentuk kelompok yang memperjuangkan kebebasan memperagakan tubuh, bebas bergaul tanpa ikatan kekeluargaan atau mahram, pengasingan antara lelaki dan wanita, tanggungjawab dalam keluarga dan persekitaran sosial adalah demi menjamin wanita dan kelebihannya sentiasa terpelihara.


Meneliti pergerakan wanita di Malaysia, masih wujud pertubuhan yang berusaha mengubah persepsi masyarakat dengan memperlihatkan seolah-olah mereka memperjuangkan hak wanita. Hakikat sebenar tidak sebegitu, apabila mereka sebenarnya yang paling banyak memperlekeh dan merendahkan martabat wanita yang mulia di sisi Islam.


Melihatkan ini, saya khuatir ia akan menambahkan lagi kecelaruan di kalangan masyarakat. Lihatlah saja ketika mana pihak KTM mewujudkan pengasingan koc wanita, golongan ini secara lantang membantahnya dengan mengatakan ia lahir dari pemikiran yang kolot dan terikut-ikut dengan budaya masyarakat di negara Timur Tengah.

Bahkan tidak keterlaluan untuk saya katakan, peraturan ini dilihat sebagai salah satu rentetan daripada pelbagai siri penghinaan Barat terhadap Islam dan saya yakin mereka akan tetap dengan agenda mengguris dan menjatuhkan hati Umat Islam yang semakin berpecah pada hari ini.

Saya secara peribadi ingin menegaskan di sini, isu berpeluk di khalayak ramai dan pencabulan maruah wanita ini bukanlah sekadar isu terpencil mahupun ia menyalahi budaya timur yang ada tetapi ia adalah suatu manifestasi penolakan kita selaku individu Muslim terhadap budaya barat dan K-Pop.

Sewajarnya juga bagi Malaysia yang dikenali sebagai sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi serta mementingkan adab dan kesopanan tidak sekadar berdiam seribu bahasa apabila isu-isu melibatkan wanita seperti isu penguatkuasaan peraturan ini timbul.

Tiada guna jika hidup kita saban hari hanya sibuk dengan urusan peribadi, tetapi berterusan dalam membiarkan sahaja kerja-kerja kotor lagi licik oleh pihak Barat dan musuh Islam untuk menjatuhkan ke’izzahan dan kemegahan Islam itu sendiri.

Seorang wanita memang mudah masuk ke syurga berbanding lelaki. Ini kerana, jika seorang wanita itu betul-betul ikut apa yang telah ditetapkan dalam agama islam. Syurga adalah tempatnya.

Berbanding dengan lelaki, banyak yang perlu ditanya sebelum masuk ke syurga, Allah akan tanya anak-anaknya, isteri-isterinya, berkenaan apa yang dibuat semasa hayatnya, jihadnya kemana dan semualah. Macam-macam lagi pertanyaan Allah.

Tetapi, wanita juga yang paling ramai di dalam neraka kerana solat yang dilakukan oleh seorang wanita itu kadangkala tidak mencegah dirinya daripada perkara keji dan mungkar, wanita juga antara yang suka berpuasa, tetapi puasanya hanya dapat lapar dan dahaga sahaja, tapi masih melakukan dosa-dosa, samaada dosa kecil atau besar.

Renunglah kembali setakat mana sumbangan kita kepada Islam sehingga saat ini, kerana ia menjadi kayu ukur yang sebenar sejauh mana kita berpegang dengan tali-tali agama Allah itu sendiri.

“Pada hari ini Aku telah menyempurnakan untuk kalian agama kalian, telah mencukupkan atas kalian nikmatKu, dan telah meridhai Islam menjadi agama bagi kalian” (Al-Maidah: 3).

Belajar Terus Belajar !

Salam Perjuangan !



Jom kita lihat apa hukuman peluk yang di Makah. 

MAKKAH - Seorang lelaki Arab Saudi dijatuhi hukuman empat bulan penjara dan 70 kali hukum sebat. Hukuman itu diterima seorang lelaki berumur 52 tahun tersebut lantaran ia terkejut apabila ditahan oleh polis syariah kerana memeluk perempuan yang bukan mahramnya di dekan Kaabah.

Lelaki itu nekad melakukan perbuatan tercela tersebut berhampiran kiblat umat Islam. Tidak dapat tidak, dia segera diheret sebelum beratus-ratus jemaah mendekati Masjidil Haram.

Pada awalnya, lelaki itu mendakwa perempuan yang dipeluknya itu adalah tunangannya. Walau bagaimanapun, mereka belum sah menjadi mahram.

"Mahkamah menjatuhkan hukuman bersalah setelah perempuan itu memberi keterangan mereka berdua sedang menjalin hubungan. Kelihatan dari mesej mesra di telefon mereka, dilontarkan keduanya," seperti dilaporkan oleh emirates247.com,Jumaat (14/9).

Selepas didapati bersalah, lelaki itu akhirnya mengakui perbuatan tersebut salah dan meminta keringanan hukuman dari mahkamah.