Showing posts with label dyana. Show all posts
Showing posts with label dyana. Show all posts

Thursday, December 4, 2014

Melayu masih bermimpi ?



Falsafah perang  mengatakan.

"Sekiranya musuh anda ibarat garuda, anda perlu dapatkan umpan dari serangga yang beracun untuknya"

"Nak runtuhkan semangat musuh, kita berlakon cara musuh, cara dia makan, cara dia tidur, cara dia bergaul, cara dia bercakap, setelah faham, kita serapkan umpan yang lagi berbisa - General perang dunia ke-2"

SEDAR KE  MELAYU? ADAKAH ANDA TERLENA DALAM MIMPI YANG DAP ITU ADALAH MAKSUM?

SEDAR KE WAHAI MELAYU? ANDA KATAKAN DAP MEMPERJUANGKAN HAK MELAYU LEBIH DARI UMNO YANG DARI DULU MEMPERJUANGKANNYA?

JANGAN MEROSAKKAN MINDA ANDA, JANGAN DIBIARKAN DENDAM MELANDA ANDA, FIKIR, JANGAN ANDA FIKIR ANDA DAH DAPAT JUAL SEGALANYA, MAKA AKAN ADA LEBIH INDAH HABUAN ANDA DAPAT KEMUDIAN HARI...

YA MUNGKIN ANDA DAN KELUARGA ANDA SAJA DAPAT HABUAN HARTA... HABIS MACAMANA NASIB ANAK BANGSA DI KEMUDIAN HARI? FIKIR... JANGAN SOMBONG MENILAI KEBENARAN...

PERNAH TAHU APA JADI DENGAN MELAYU SINGAPURA?



Melayu Singapura tidak akan lupa siapa keparat yang melumpuhkan kuasa melayu disana - alasan pembangkang , siapa yang jual Singapura? Bukan Umno ke, jawapan dari akal pencetus 13 Mei .

Semasa PAP nak kuasa mutlak, mereka berlakon menjaga hati orang melayu, Lee Kuan Yew pakai songkok, berlakon demi mendapat sokongan orang melayu, orang melayu cukup gembira, cukup yakin kerana parti PAP akan membawa pembaharuan kepada Orang Melayu singapura.

Bila telah berkuasa,apa terjadi ? Sepenggal saja Presidennya Orang Melayu, selepas itu sampai sekarang mana ada muka Orang Melayu dalam pentadbiran singapura yang atas-atas tu, semua menikus, tak boleh bersuara, kalau dulu majoriti yang duduk di Singapura adalah orang Melayu, sekarang hanya minoriti sahaja yang tinggal.. malah nasihat orang Singapura kepada kita orang Melayu malaysia... "JANGAN ULANGI SILAP NENEK MOYANG KITA ORANG DULU"






Hari penamaan calon di Teluk Intan, Perak, Dap membuat strategi untuk melumpuhkan jiwa orang Melayu dengan meletakkan calon melayu..

Melayu PR bertepuk riang, gembira sampai lupa diri..

Sun Tzu's - art of war

"Operasi ketenteraan melibatkan tipu helah. Walaupun kamu hebat, tunjukan seolah-olah kamu lemah. Walaupun berkesan, tunjukan seperti tidak berkesan."

"Kepimpinan adalah berkenaan kepintaran, keyakinan, keperimanusiaan, semangat dan ketegasan."

"Pikat mereka dengan peluang keuntungan, tawan mereka dengan kekeliruan."

"Bila mereka mantap, bersedia menentang mereka; bila mereka kuat, elakkan mereka."

"Merendah diri supaya mereka bongkak."

"Buatkan mereka berbalah sesama sesama sendiri."


Mereka lupa kawan mereka yang dulu  jadi pentaksub, habis dah kena jual kati, masih tak sedar-sedar? masih dibuai mimpi? Bak kata orang selagi tak kena selagi tu tak insaf...  Kasihan bangsaku.

Renung-Renungkanlah wahai anak bangsaku.



Wednesday, December 3, 2014

You Change Or You Die





Wahai UMNO, contohilah pemimpin terdahulu, sanggup berkorban jiwa raga. Mahatma Gandhi, seorang pemimpin agong India, sentiasa menaiki keretapi kelas ketiga untuk bertemu rakyat. Apabila ditanya; “kenapa selaku pemimpin besar, menaiki keretapi kelas ketiga, bukan pertama?. Gandhi menjawab: aku memilih kelas ketiga, sebab tidak ada kelas empat”.


Menurut Gandhi, pemimpin yang berdosa adalah pemimpin politik yang tidak berprinsip. Mahu kaya, tetapi malas bekerja. Akhirnya, mengamalkan rasuah. Mahukan agama, tetapi tidak mahu berkorban.


Masih adakah pemimpin seperti Gandhi hari ini? Wahai UMNO! bukan maksud saya selepas ini, kita berpakaian compang-camping atau menjadi papa kedana. Apa yang tersirat dan tersurat, pemimpin mesti bersama rakyat dan menyelami hati nurani rakyat. Susah senang dirasai bersama.


Jangan sampai ada pemimpin yang terlampau kaya, sehingga ada rakyat yang terlampau miskin. Hari ini, seolah-olah kelihatan berlaku. Ada yang berlagak dengan rumah dan kereta besar. Anak-anak dihantar ke sekolah swasta dan luar negara.


Menjadi pemimpin atau ketua bahagian (cawangan) seolah-olah tiket untuk menjadi kaya. Maka, berlaku pertandingan merebut jawatan. Bagi mengekalkan dan memenangi jawatan tersebut, berbagai perkara akan dilakukan, termasuk merasuah. Akhirnya, kita ajar rakyat hidup memberi dan menerima rasuah. Tidak takutkah kita dengan api neraka?


Pemimpin dipilih bukan kerana akhlak dan daya intelektualnya, tetapi pemimpin dipilih berasaskan berapa banyak habuan yang diberi.


Wahai UMNO, kita sudah tidak ada masa lagi. Bangunlah sekarang sebelum terlambat. Telitilah menasihat ini. Pertama, berakhlaklah dengan akhlak Islam. Pastikan diri kita boleh menjadi teladan. Kewujudan kita amat disegani dan dihormati. Pemergian kita nanti akan ditangisi. Jawatan itu amanah, ada perkiraan dunia dan akhirat. Orang pertama yang akan dihisab adalah pemimpin. Adakah kita memimpin rakyat ke jalan takwa?


Kedua, tegurlah pemimpin, termasuk raja, jika mereka melakukan kesilapan dan kesalahan, secara berhikmah. Jangan hipokrit. Jangan bodek mereka. Itu menempah kecelakaan. Rasulullah dan 4 Khalifah kita juga ditegur rakyat. Ingatlah, kita semua manusia biasa, bukan Nabi.


Ketiga, perangi rasuah habis-habisan. Jangan menikam sesama sendiri kerana kita bersaudara. Tolak pemimpin yang mengamalkan rasuah. Rasuah hanya akan menjahanamkan kita.


Keempat, pertahankan hak kepada yang berhak demi pembangunan negara bangsa tercinta, bersumberkan perlembagaan. Agenda kebangsaan mesti diperkasakan, tanpa rasa takut kepada ugutan ultra kiasu.


Kelima, marilah kita bersama-sama membawa negara ini menuju keredhaan dan keampunan Allah. Jangan undang kemurkaan Allah dengan berbuat dosa dan maksiat.


Akhirnya, marilah kita hayati pesanan Dato' Onn Jaafar, YDP UMNO, ketika PAU 1, 1946. Nasib Melayu hanyalah akan dapat diperkekalkan dengan kesatuan hati sesama mereka.


Meskipun sesama kita berlainan fikiran dan fahaman, taraf dan kedudukan, tetapi hakikat tujuan dan maksud kita hanya satu, iaitu kita hendak meninggikan dan memelihara maruah serta kesopanan bangsa kita. Kita berkehendak supaya tanah air dan bangsa kita terselamatdan kuat, dan hanyalah boleh kuat jika kita bersatu padu.


Marilah kita tunjukkan, hanya dengan persatuan di antara kita, akan lahir satu bangsa yang hebat, boleh berdiri di atas tapak kaki sendiri dan mengambil tempat kita yang sebenar, mengatasi bangsa lain. Marilah kita bersatu dan berusaha bagi faedah bangsa kita. Marilah kita bekerjasama dan menyamakan perusahaan kita itu bagi melayakkan diri kita menjadi satu bangsa yang besar. Bersatulah sebagaimana belum pernah kita bersatu dahulu dan berusahalah sebagaimana belum pernah kita berusaha. Tunjukkanlah bahawa kita ini sebenar-benarnya keturunan datuk nenek kita yang berani menghadapi bahaya dengan bersatu hati (Mac 1946).


Ketika PAU ke-2(1950), Dato’ Onn secara sukarela mengundurkan diri dari takhta kuasa. Beliau meminta supaya dirinya tidak dicalonkan sebagai YDP bagi sesi 1951/52. Nyata sekali Dato’ Onn tidak mengejar dunia. Kuasa bukan segala-galanya bagi beliau. Bukan seperti kita hari ini, kalau boleh mahu mati di takhta kuasa. Bangunlah wahai UMNO sebelum terlambat!


Hanya beberapa kerat sahaja yang memikirkan isu ini dalam konteks yang lebih besar, seperti isu samada UMNO berjaya menghilangkan persepsi buruk rakyat yang ramai. Tidak ramai yang teringat yang UMNO itu parti politik terbesar, dan dalam isu krisis kepimpinan yang dihadapi oleh parti itu bukannya hanya melibatkan ahli-ahli UMNO. Mereka terlupa yang lebih penting ialah imej dan pandangan baik terhadap parti itu kerana yang akan dihadapi oleh parti itu ialah masyarakat awam dan bukannya setakat ahli-ahli UMNO sahaja.


Akhirnya, jika menang pun sebelah pihak dalam UMNO itu, yang menang itu akan menguasai parti yang akan kalah dan ia tidak memberikan apa-apa faedah kepada parti itu pada masa-masa yang akan datang. Bagi UMNO kekalahan itu ‘is not an option’ sebabnya jika melalui kekalahan parti itu akan terus tersungkur dan tidak akan bermaya untuk duduk dan bangun lagi.


Jika kalah UMNO akan menjadi ‘vegetable party’ dan akan hanya tinggal pada nama dan sejarah buruk yang mereka lalui sahaja. UMNO akan tersungkur bersama imej rasuahnya dan semua ‘superlatives’ buruk yang ada kepada nya itu.


Nyata perhimpunan parti itu baru-baru ini tidak menunjukkan apa-apa perubahan atau ‘prospective changes’yang positif yang sangat diperlukan oleh parti itu untuk kekal relevan di hari muka. Pimpinan setiap peringkat parti itu hanya menyebut kata-kata, ‘berubah kalau tidak akan diubah’ tetapi mereka tidak mempunyai daya dan kudrat untuk berubah kerana yang dimaksudkan oleh kata-kata itu adalah mereka sendiri.


Berubah itu ialah mereka mengundurkan diri dari kepimpinan. Tetapi mereka tidak berdaya melakukannya kerana mereka tidak boleh hidup tanpa memegang jawatan itu kerana selama ini jawatan itu adalah segala-galanya. Itulah modal berniaga untuk mereka, dan itu jugalah modal untuk menaiki tangga sosial masing-masing yang tinggi menggunung itu.

Pendeknya UMNO itu kekal seperti biasa. Oleh itu tunggu sahaja apa-apa nasib yang akan menimpa mereka. Masa itu nanti barulah mereka merasakan dan memahami makna ‘you change or you die’.

Kenapa "Awek Muda" Suka DAP ?


 
 
Malays are the most easily tricked and manipulated and conned into believing.Barking Magpie (blogger)

Bagi anak muda yang sememangnya diketahui berdarah panas, waktu muda merupakan tempoh masa yang amat mencabar kerana di ketika inilah, mereka tercari-cari identiti diri mereka. Sifat anak muda, mereka sentiasa inginkan perhatian dan suara hati mereka didengari. Mereka suka melawan arus perdana dan mencabar kewajaran atau kerelevenan sesuatu perkara yang dianggap sudah lapuk. Emosi hati kerap kali mengatasi kewarasan minda mereka.

Anak muda juga mudah tertarik kepada sesuatu yang mereka anggap sebagai ‘cool’ dan ‘trendy’. Dalam mencari-cari identiti diri, ramai yang memilih mengikut trend atau gaya yang dibawa oleh pemuzik tertentu seperti Metal, Hip Hop, atau yang terkini K-Pop. Ketika era  sewaktu penulis muda dahulu, ramai rakan-rakan yang tertarik dan mengikut 'perjuangan' Skinhead. Mereka sentiasa menyebut-nyebut mengenai anti-racism dan working class walaupun mereka sebenarnya sepatah haram pun tak faham tentang perkara yang selalu disebut-sebutkan itu. Mereka hanya seronok untuk menyertai 'perjuangan' yang mereka rasakan 'cool'dan bergaya kerana merasakan diri mereka mendapat perhatian oleh masyarakat awam.      

Dewasa ini, sering dihebahkan mengenai kemasukan golongan muda Melayu menyertai DAP. Maka sesetengah cendekiawan Melayu pun mula bersuara agar dibuat kajian mengapa golongan muda Melayu lebih tertarik menyertai DAP yang diketahui sebuah Parti Chauvinist.

Sebenarnya jawapan kepada persoalan tersebut adalah sangat mudah. Tak perlulah para Melayu-Melayu muda ini membuang masa kononnya “Kami sertai DAP kerana perjuangkan bla bla bla...”. Sebenarnya mereka hanyalah opportunis yang mahukan perhatian dan sambutan, itu sahaja. Cuba fikirkan sejenak, adakah cerita seorang perempuan muda bertudung bernama Shefura Othman atau nama manjanya Rara (yaks!) menyertai PAS akan menjadi tajuk yang dibincangkan secara meluas di blog-blog? Atau adakah cerita seorang perempuan freehair lulusan UiTM bernama Dyana Sofya menyertai UMNO akan menjadi tajuk-tajuk headlines di akhbar-akhbar perdana dan TV? Jawapannya sudah tentu TIDAK.

Walaupun ibu-ibu mereka adalah pejuang PAS dan UMNO yang merupakan dua parti Melayu-Islam yang dominan di negara kita, tetapi mereka sedar, penglibatan mereka di dalam parti-parti siasah berkenaan tidak akan sama dengan sambutan yang akan diterima sekiranya mereka menyertai DAP. Tuan Guru Abdul Hadi Awang tidak akan terhegeh-hegeh untuk turun hanya semata-mata hendak menerima sekeping borang permohonan keahlian PAS dari seorang perempuan muda bernama Shefura Othman yang tidak dikenali. Perdana Menteri Najib Razak tidak akan mengadakan satu majlis khas yang diliputi oleh media-media utama seperti RTM, TV3 atau Utusan Malaysia hanya kerana seorang perempuan bernama Dyana Sofya hendak menyertai UMNO.        

Tapi dengan menyertai DAP, para Melayu-Melayu ini diberikan sambutan luar biasa dan disertai dengan sesi perkenalan yang dihadiri oleh para pemimpin kanan parti chauvinist tersebut. Malahan menerima ucapan tahniah pula daripada para pemimpin parti chavinist tersebut di segenap peringkat walaupun sebenarnya tiada sebarang pencapaian pun yang mereka telah capai. Paling membanggakan diri mereka, mereka berpeluang untuk terus dicalonkan sebagai ADUN atau Ahli Parlimen walaupun tidak berkelayakan kerana masih 'mentah'. Sesuatu yang para opportunis muda ini tak akan capai sekiranya mereka menyertai Parti siasah Melayu-Islam kerana mereka hanya akan menjadi seorang ahli biasa yang tidak berpengaruh .

Adakah perkara ini menjadi bukti bahawa DAP benar-benar telah berubah menjadi parti pelbagai kaum? Tidak. Parti tersebut terpaksa melakukan semua ini untuk menutup wajah chauvinist yang telah dizahirkan menerusi pemilihan CEC mereka sebelum ini. Cubaan untuk menonjolkan Zairil Khir Johari yang berwajah Cina sebagai Melayu di dalam DAP sebelum ini ternyata gagal. Dengan keyakinan bahawa undi Cina adalah teguh dibelakang mereka, DAP memerlukan beberapa salesgirl Melayu untuk memecah dan menarik sebahagian daripada undi masyarakat Melayu yang merupakan kaum majoriti untuk mendapatkan kuasa penuh. Sebagaimana lembu, para Melayu-Melayu muda yang menyertai DAP buat masa ini akan diternak dengan cukup baik. Mereka akan dijaga rapi dan diberi makan lalang dan rumput dengan secukupnya agar sentiasa gemuk dan sihat. Tetapi apabila masanya sudah tiba dan mereka telah mendapat kuasa penuh, bersedialah untuk dikorbankan. Memang itulah nasib orang Melayu sebagaimana yang telah terjadi di Singapura dan selatan Thailand.

Jika dibicara soal perjuangan, sepatutnya akal waras para Melayu-Melayu muda ini belajar daripada sejarah dan memikirkan amaran yang telah diberikan oleh mantan Timbalan Pengerusi DAP iaitu Tunku Abdul Aziz Ibrahim yang telah merasai sendiri hipokrasi dan penipuan parti yang selama ini dipuja dan dipercayainya sebagai bersih dan amat demokratik (konon!). Mata mereka sepatutnya dibuka seluas-luasnya untuk melihat nasib Ahmad Ton yang setelah berdekad-dekad lamanya berjuang dan setia di dalam DAP, masih gagal dan akan terus gagal untuk menduduki kerusi CEC kerana beliau seorang Melayu berbanding dengan Cina yang baru setahun jagung menyertai politik tetapi terus diberi kepercayaan oleh DAP. Belum lagi kisah-kisah lain seperti nasib Mohamed Razali Abd Rahman yang telah dipecat serta merta dari DAP hanya kerana membuat laporan Polis mengenai perhimpunan yang dihadirinya mengandungi rancangan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian.      

Tetapi malangnya, para Melayu-Melayu muda ini lebih rela memilih untuk terus bersolek dan ber'posing' di bawah pancaran publisiti umpama seorang peserta Akademi Fantasia atau Dewi Remaja berbanding melihat dengan mata hati realiti perjuangan sebenar. Teruskanlah kalian tersenyum gembira dengan segala kehidupan glamour yang hanya sementara pada hari ini, tetapi jangan pula ditangisi nasib yang bakal menimpa apabila harinya telah tiba kelak. Kerana kesan buruknya bukan hanya kepada diri kalian sahaja, tetapi melibatkan untung nasib anak cucu kita semua juga nanti.

Hidup Melayu Biarlah yang bermartabat.
Jangan Biarkan Si Kitul dan Mandeliar hidup di Tanah Melayu tercinta !