Wednesday, September 21, 2016

Bila Gen Y menjauhi UMNO

Gen X adalah orang yang lahir pada tahun 1965-1980 dan rata-rata mempunyai kelulusan professional (Ijazah ke atas) kurang 30% di kalangan orang Melayu dalam Ahli UMNO pada masa kini di tahun 2016. Gen X ini di lihat memberikan sokongan kepada saluran 1 dan 2 pada PRU 13 yang lepas. Gen X ini hidup pada zaman Tunku Abdul Rahman hingga Tun Abdul Razak di mana zaman perjuangan Melayu menuntut kemerdekaan dan melihat betapa peritnya pejuang Melayu dalam mengekalkan ekonomi dan sosial di Malaysia. Generasi ini mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi dan terus-menerus menyokong perjuangan UMNO dan kerajaan BN khususnya.

Kekurangan golongan professional pada Gen X ini jika terus menyekat pengaruh anak muda yang lahir pada 1980 ke atas atau GEN Y untuk bergiat dalam UMNO umpama seorang tua yang terus menerus meminum racun pada perjuangan UMNO yang di anggap keramat. Cuba bayangkan jika UMNO terus menyekat penglibatan professional Melayu untuk melawan parti PAS (Professional Islam) , DAP (Professional Cina) dan terbaru BERSATU yang di naungi oleh TUN M dan di pelopori oleh banyak professional Melayu yang kecewa apakah akan jadi pada parti UMNO ini?

Apakah UMNO yakin sokongan dari Gen Y akan terus meningkat dengan zaman internet yang menyebarkan maklumat tanpa batasan , pertambahan golongan professional lebih 50% kalangan orang Melayu dan isu-isu yang di lihat tidak di tangani dengan cara professional oleh Gen X. 

Gen Y terdiri lebih 50% majoriti golongan professional tidak suka di kongkong dan mempunyai pemikiran yang berdasarkan fakta dan angka. Gen Y adalah akan terus menjadi majoriti saluran 3 dan 4 dan kemungkinan besar di lihat akan memberikan impak tsunami kepada PRU 14 yang akan datang. 

Apakah langkah UMNO dalam menarik golongan professional UMNO bagi menarik Gen Y untuk mendekati UMNO? Cuba lihat dari Negeri Perlis hingga Kelantan berapa ramai yang menjadi Menteri Besar atau Ketua Menteri kalangan professional orang muda. Mungkin masih ada bekas cikgu dari Gen X dan SPM yang menjadi ketua negeri? Apa akan terjadi pada UMNO pada 20 tahun akan datang jika UMNO terus di pelopori oleh Gen X yang terus menyekat Gen Y untuk bersuara?

Pada hakikatnya UMNO akan tinggal dalam muzium jika Gen X UMNO terus mengekalkan sistem quo yang di lihat menutup ruang golongan muda professional untuk melawan pembangkang yang rata-rata di pelopori golongan professional. Mungkin Gen X semakin lupa Gen Y ini akan semakin ramai sehingga menjadi majoriti melebihi Gen X yang akan mengakhiri usia.

Apakah nasib UMNO yang akan di warisi pada Gen Z dan Alpha pada masa akan datang? 

Tepuk dada tanya selera...

Antara Muzium dan Perjuangan..







No comments:

Post a Comment