Showing posts with label bersatu melayu. Show all posts
Showing posts with label bersatu melayu. Show all posts

Tuesday, January 13, 2015

Salah Siapa Melayu di gelar Anjing dan khutbah di Hina?




Zi Wong Liang Derek yg mengatakan Melayu anjing dan mencadang nama Malaysia di tukar kepada New South China . Eric Paulsen pula menghina khutbah Jumaat dengan mengaitkan khutbah Jumaat mempromosi ekstrimis. Satu persatu penghinaan oleh pihak chauvinis melalui pelbagai fitnah dan kontroversi di lakukan.

Mari kita lihat menelusuri penghinaan golongan kafir dan juga orang Islam yang menghina agama Islam. Pada 4 November tahun 2000 sebuah artikel yang bertajuk "Let Islam Lead The Way With Its Progressive View On Sexuality" dalam akhbar NST yang ditulis oleh Farish Noor menyebut, "The fact that Prophet had several wives and was known to have had sexual relation with 15 women, with included the concubine Rayhana who remained non Muslim all her life is proof of the humanity of the prophet". (Fakta bahawa Nabi mempunyai beberapa orang isteri dan diketahui telah mengadakan hubungan seks dengan 15 wanita termasuk seorang gundik bernama Rayhana yang tidak Islam sehingga akhir hayatnya adalah bukti mengenai sifat kemanusiaan Nabi).

Akhbar yang sama melalui penulis yang sama telah memuatkan artikel bertajuk "The Myth Surrounding the Islamic State" (NST 1 Disember 2001) :

"The Prophet himself, in his specific historical context, was a tribal leader, and so the early oath of a allegiance given to him were given as atribal leader than just a religious leader" (Nabi sendiri dalam konteks sejarahnya adalah seorang pemimpin suku liar - tidak bertamadun - dan oleh kerana itu ketaatan awal kepada Nabi diberi kerana Nabi adalah pemimpin suku lebih daripada pemimpin agama)


Adakah ini desakan terhadap fenomena 'kebebasan bersuara' yang di laung oleh pihak sekular , plurarisme dan liberalisme ?

"We must not allow freedom of speech to be used as a cover to insult religion." (Kita tidak harus membenarkan kebebasan bercakap untuk digunakan sebagai permulaan untuk menghina agama)


Begitupun sikap yang sejalan dengan al Quran sebagaimana yang ditunjukkan apabila menghadapi orang-orang jahil, ialah :

"Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini" - Surah Al Furqan:63

Dr. Yusuf al Qardhawi pernah berkata , "Kami bukanlah (umat yang gemar) memulakan provokasi dan juga tentangan, sebaliknya kami adalah umat yang sejahtera (Salam) dan perkataan 'Salam' merupakan antara nama-nama Allah yang suci dan ditinggikan."

Umat Islam pernah dikejutkan lagi dengan satu trailer pendek oleh musuh-musuh Islam yang menghina batang tubuh mulia Baginda S.A.W. Trailer ini telah dimuat naik di dalam laman youtube pada 2 Julai 2012 yang lalu, dan kemudian syarikat google menegaskan untuk tidak membuang video tersebut untuk terus menjadi paparan bagi sesiapapun yang melayari internet.

Selaku seorang Muslim, isi kandungan yang dipaparkan di dalam video yang berdurasi 14 minit ini hanya mendatangkan kemarahan di dalam diri umat Islam. Video ini sekali lagi telah menghina Baginda Nabi S.A.W dengan perwatakan sebagai seorang lelaki yang womanizer - 'gila perempuan'. Bukan itu sahaja, bahkan individu yang terlibat dalam menghasilkan video ini turut menghina al-Quran dan Para Sahabat R.A.H. Antara skrip yang digunakan di dalam video ini adalah ;

“My age has exceeded 120 years and the all my young life, I have not seen such a murderers against Muhammad. He kills men, captures women and children…”

Kemudiannya wanita tua itu diseksa dengan cara yang sungguh mengaibkan dan sangat bertentangan dengan syariat Islam dan juga peribadi Nabi S.A.W. Sebagai umat Islam kita wajib cakna dan rasa marah dengan isu yang dipermainkan oleh pihak-pihak tertentu ini. Filem ini telah dihasilkan sepenuhnya oleh Sam Bacile dengan paparan Islam sebagai agama kebencian. Menurutnya dia mendapat suntikan dana sebanyak $5 juta daripada 100 penderma Yahudi.

Filem yang melabel Baginda S.A.W sebagai ‘fraud, a womanizer and a madman’ ini telah mencetuskan kemarahan umat Islam di beberapa negara Timur Tengah seperti Mesir dan Libya. Rakyat Mesir dilaporkan telah mengadakan perarakan beramai-ramai ke kedutaan US di Kaherah dengan laungan “Say it don’t fear. Their ambassador must leave”.

Persoalannya kenapa Islam semakin di hina di Malaysia setelah di hina dengan hebatnya di persada dunia ? Persoalannya kenapa Melayu di gelar anjing di tanah air sendiri ? Adakah salah kita kerana tidak memberi kefahaman kepada golongan kafir ? Adakah salah kita berpecah-belah sehingga di lihat kerdil dan lemah ? Adakah salah kepimpinan yang di lihat "penakut" , "lembab" dan "pilih bulu" dalam melakukan pendakwaan walaupun pelbagai laporan polis di buat ? Adakah salah kepimpinan yang mempelopori budaya barat seperti "Zumba" , K-Pop dan pelbagai lagi budaya barat hingga melunturkan budaya timur Melayu Islam ? Lebih banyak persoalan akhirnya akan membawa kesimpulan bahawa kita semakin lemah dan di hina akibat perpecahan demi perpecahan yang menyebabkan Melayu Islam di pandang sebelah mata dan menjadi minoriti dalam membuat keputusan. Siapa Melayu Islam tanpa kuasa ?

Bangkitlah wahai Melayu Islam !

Bangkitlah anak bangsa demi agama , bangsa dan tanah air !

Belajar terus Belajar 

Salam Perjuangan !

Thursday, January 8, 2015

Realiti Penyatuan Melayu-Islam





Dalam Piagam Madinah juga orang Yahudi & Nasrani yang tidak mahu mengikuti Islam disatukan apabila puak besar dari kalangan umat Islam iaitu Aus & Khazraj dapat disatukan (Orang Islam pada fasa Yathrib, sebelum kehadiran Muhajirin yang diketuai oleh Nabi Muhammad SAW). Yahudi tahu pada ketika itu Islam dari peninggalan Nabi Ibrahim sangat kuat dan menguasai majoriti penduduk Yathrib TETAPI dilemahkan oleh mereka dengan perpecahan melalui persengketaan saudara antara Aus & Khazraj. Kaum yang besar beragama Islam yang berpandu pada suhuf-suhuf Ibrahim itupun menjadi lemah. Bayangkan jika orang Islam menguasai 60% populasi kalau buat pilihanraya boleh menang, tapi orang Islam dah jadi 30% kerana pecah 2, jika pilihanraya pasti kalah dengan  "Non-believers"  yang bersatu.


Apabila datangnya Rasulullah SAW selaku seorang yang berkecuali dan tidak menyebelahi mana-mana “parti”. Tidak Aus tidak pula Khazraj, maka kedua-dua parti ini mampu disatukan. TIDAK Aus masuk Khazraj atau tidak Khazraj masuk Aus TETAPI mereka bersatu menjadi MADINAH.


Ini kaedah yang Allah ajar kepada Nabi dalam piagam madinah. Maka golongan majoriti telah bersatu dan megalahkan golongan minoriti yang juga bersatu. AKHIRNYA golongan minoriti tadi terbahagi kepada 2. Yang pertama mereka menuruti sistem kekhalifahan Islam dan yang ke-2 mereka masih tetap tidak menerima kekhalifahan dan membayar jizyah kepada kerajaan Madinah.


Teknik sudah ada, hebat sangatkah kita yang masih lagi mempercayai bahawa penyatuan tidak perlu berlaku…?


Sinisnya, situasi semasa piagam Madinah MIRIP apa yang berlaku di Malaysia sekarang. Melayu, Islam yang majoriti terbahagi 2 golongan (UMNO + PAS/PKR). Sinisnya juga kerana golongan minoriti sangat bersatu. Sinisnya lagi apabila orang dalam parti sendiri yang mengusahakan penyatuan dan bukan satu parti berkecuali yang menjadi penyatu, secara psikologi dan sosiologi, anjuran penyatuan sebegini akan ditolak oleh pihak yang satu lagi..


Apapun, apa yang dalam piagam Madinah itu sudah masuk skop yang besar. Sebelum itu, dengan konsep yang hampir sama, Nabi telah satukan Kabilah Arab yang bertelagah untuk hak meletakkan semula batu Hajar Aswad yang jatuh ke tempatnya. Semuanya dengan sifat amanah al-Amiin dan berkecualinya Rasulullah s.a.w.


Jika sejarah kenabian hanya dibaca untuk lulus peperiksaan samalah seperti baca novel untuk hiburan. Tapi jika anda bacanya dengan strategik dan minda terbuka kita akan lihat pelajaran besar yang mampu membimbing kita menyelesaikan pelbagai kemelut kehidupan yang terkait dengannya.


UMNO cakap PAS sesat . PAS cakap UMNO kafir, masing-masing ada asas tersendiri. Para pemimpin masing-masing saling melompat-lompat ke sana ke mari.Golongan berkecuali berkata tak mahu jadi kafir dengan menyokong mana-manapun. Semakin ramai golongan berkecuali yang tidak memihak kepada mana-mana parti yang sedang berpecah belah ini. Akibatnya semakin kurang kekuatan yang ada. Tidakkah ini menunjukkan yang penyatuan sangat perlu ? Adakah kita ingin lihat Islam semakin di injak dan pluralisme beragama semakin menular di kalangan anak bangsa sehingga menyebabkan Allah di samakan dengan Yesus. Tidakkah Allah itu bersifat esa , tunggal dan tidak beranak ? Samakah Allah dengan Yesus ? Melayu pula berpecah dengan Si Kitul dan Mandeliar yang menjual anak bangsa demi darjat pangkat dan harta.


Bersatulah wahai umat Islam dan Melayu di Malaysia demi agama , bangsa dan tanah air ! Golongan yang menolak penyatuan ini semua kerana mempunyai kepentingan politik dan takut dengan perkongsian kuasa. Ingat kuasa itu tiada makna jika akhirnya Melayu Islam seperti melukut di tepi gantang.


Belajar Terus Belajar


Salam Perjuangan !

Sunday, January 4, 2015

Perlukah Sambutan Masihi ala Barat?


Saya hairan mengapa dari dahulu hingga kini, satu ‘perayaan ini’ masih wujud dan diteruskan saban tahun malah diusahakan untuk menjadikannya lebih meriah lagi dan lagi…Perayaan itu adalah sambutan Tahun Baru Masihi. Perayaan ini berhenti seketika apabila Malaysia di landa banjir dan musibah teruk di tahun 2014.

Hakikatnya para ulama sejak dahulu lagi telah memberi amaran tentang perbuatan meniru gaya orang kafir menyambut Tahun Baru Masihi.

Antaranya Imam al-Suyyuti (wafat 911H) dalam kitab al-Amr bi al-Ittiba’ wa al-Nahy ‘an al-Ibtida’ di bawah tajuk ‘Bid’ah sambutan Tahun Baru Masihi’ – berkata:




“Apa yang dilakukan oleh ramai orang pada musim sejuk, dan mendakwa ia adalah hari kelahiran Nabi Isa, maka apa yang dibuat pada malam-malam ini daripada perkara-perkara mungkar seperti menghidupkan api, menyediakan makanan, pembelian lilin dan selainnya, maka sesungguhnya mengambil hari-hari kelahiran ini sebagai perayaan, ia adalah agama Nasrani @ Kristian, perkara tersebut tiada asas dalam agama Islam, sambutan hari lahir ini tidak pernah disebut pada zaman salaf terdahulu, bahkan asalnya diambil daripada agama Nasrani @ Kristian, di tambah pula dengan sebab semulajadi, iaitu pada musim sejuk, maka bersempena itu dinyalakan api”.


Para ulama menegaskan bahawa sambutan Tahun Baru Masihi adalah taqlid buta kepada budaya Barat. Keterlaluan dalam menyambutnya melunturkan jati diri umat Islam.


Dr. Jamal Abdul Hadi mengatakan bahawa syara’ tidak mengharuskan sambutan kelahiran Sayyid al-Masih (beliau adalah nabi daripada nabi-nabi Allah SWT) dengan arak dan perbuatan maksiat.


Dr. Abdul Fattah ‘Asyur mengatakan mengikut orang lain dalam perayaan-perayaan mereka yang membawa umat Islam kepada perbuatan-perbuatan seumpama mereka adalah dilarang Islam.


Dr.Yusof al-Qaradawi terlebih dahulu telah mengkritik persiapan dan persediaan yang dilakukan oleh sesetengah negara Arab dan negara Islam bagi menyambut perayaan Tahun Baru Masihi yang membawa kepada kelunturan identiti dan jati diri umat Islam sambil menyifatkan bahawa perbuatan menyambutnya adalah haram di sisi syara’.


Dr. Abdul Aziz al-Tuwaijiri menegaskan bahawa sambutan Tahun Baru Masihi adalah benda baru yang direka-reka (bid’ah) di dalam agama Kristian dan di sesetengah negara Islam mereka menjadikan kelahiran Nabi Isa a.s. sebagai cuti umum, di tambah pula dengan perkara-perkara mungkar yang mengiringi perayaan ini yang menyalahi syariat Allah dan kesemua agama samawi. Perkara-perkara bid’ah tidak diakui oleh Islam, ia adalah ikutan kepada Barat, dan ikutan kepada mereka adalah lambang restu kepada mereka yang telahpun diberi amaran oleh Allah SWT.


Dr. Abdul Fattah ‘Asyur juga mengatakan sambutan yang dikenali dengan Tahun Baru Masihi di dalam negara-negara Islam adalah ikutan membuta tuli kepada negara-negara Barat yang menjadikan tarikh miladi sebagai asas bagi kehidupan seharian mereka dalam pergaulan, perayaan, sistem kerja dan lain-lain. Beliau menambah: Kita semua mengetahui bahawa antara petunjuk Nabi SAW, sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia di kalangan mereka. Ini kerana menyerupakan sambutan-sambutan umat Islam dengan perayaan-perayaan ini, membawa mereka kepada satu bentuk perbuatan yang menyalahi apa yang dibawa oleh Islam, yang mana kita melihat dalam perayaan-perayaan ini bar-bar arak, tari-menari dan banyak lagi penyelewengan-penyelewengan akhlak yang segan untuk disebut dengan lidah, semuanya itu berpunca daripada taklid buta terhadap kaum yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat.


Kesimpulannya, jangan Tahun Baru Masihi itu disambut bak perayaan orang kafir dan orang Barat. Di mana perginya Islamic world-view kita sebagai negara Islam? Namun jika Tahun Baru Masihi disambut hanya sebagai muhasabah kepada setahun yang telah berlalu dan menanam azam bagi tahun yang mendatang, tanpa konsert, tanpa perayaan, tanpa bunga api, tanpa maksiat dan lain-lain yang melalaikan dan membazirkan wang ringgit, ia tidaklah mengapa dan diharuskan.

Belajar Terus Belajar.

Salam Perjuangan !

Monday, December 22, 2014

Dilema bangsa Melayu


Islam Melayu atau Melayu Islam ?

"Apakah kita perlu memperjuangkan Islam dahulu kemudian baru Melayu, atau memperjuangkan Melayu dahulu kemudian baru Islam?"

Kedua-dua soalan ini jelas menunjukkan semacam ada satu dilema (kalau tidak pun satu konflik) antara memperjuangkan Islam dengan Melayu di kalangan kita. Soalan ini sangat menarik untuk diangkat menjadi satu persoalan, justeru mungkin ini antara satu faktor Yang menyumbang ke arah perpecahan bangsa Melayu Islam masa kini.

Persoalan ini bukan sahaja telah diiadikan bahan polemik di kalangan ahli akademik, bahkan ia juga kerap dijadikan modal politik oleh parti-parti yang bersaing dan bertanding dalam pilihan raya. Misalnya, kerap kita dengar hujah yang mengatakan Islam itu agama manakala Melayu itu satu bangsa. Oleh kerana itu, perjuangan Islam sifatnya adalah lebih global berbanding perjuangan Melayu Yang bersifat sempit.

Maka menurut golongan tersebut memperjuangkan Islam jauh lebih relevan daripada memperjuangkan Melayu. Tidak kurang pula ada kumpulan yang beranggapan bahawa perjuangan Melayu adalah perjuangan yang bersifat ‘asabiyah qaumiyah’ dan itu adalah warisan jahiliyah. Sebaliknya, bagi mereka yang memperjuangkan bangsa pula beranggapan bahawa apa yang mereka perjuangkan adalah tidak bertentangan dengan Islam kerana Rasulullah s.a.w. juga secara tidak langsung memartabatkan kedudukan bangsa Arab sewaktu memperjuangkan Islam dahulu.


Dari sini timbullah kumpulan yang selalu dilabel sebagai pejuang nasionalis dan pejuang Islam. Ada yang menggunakan label agama ada yang menggunakan label bangsa. Masing-masing mengaku bahawa perjuangan merekalah yang lebih tepat. Maka atas dasar itu berlakulah pertarungan yang sengit yang tidak habis-habis walaupun hakikatnya kedua-dua kumpulan adalah seagama dan sebangsa.

Siapa yang lebih Islam dan siapakah yang lebih Melayu? Dari sini timbullah krisis pemikiran dan tindakan yang muncul dalam pelbagai isu yang datang bertimpa-timpa antaranya manakah soal yang lebih penting fardu ain atau fardu kifayah, kerohanian atau pembangunan, hudud atau pendidikan, ‘ritual’ atau ‘substance’, tudung di kepala atau iman di dada, ekonomi atau akhlak, hafiz atau teknokrat syariat atau syiar dan macam-macam lagi.

Terlepas daripada pola berfikir berasaskan kepentingan diri dan puak, kita sepatutnya boleh melihat persoalan ini dari dimensi yang lebih harmoni dan realiti. Realitinya, dalam konteks negara Malaysia, hubungan Islam dan Melayu sebenarnya sangat sinonim.

Definasi Melayu dalam status perundangan menampilkan tiga ciri asas yakni, beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan istiadat budaya Melayu. jadi ini dengan sendiri meletakkan Islam sebagai satu ciri dalam jati-diri Melayu. Dengan kata yang lain, jika seseorang “membuang” lslamnya, maka secara otomatik boleh dikatakan dia hilang bukan sahaja nilai-nilai keislamannya tetapi juga sifat-sifat kemelayuannya.

Oleh itu dalam konteks Malaysia khususnya, secara mudah kita boleh mengatakan yang “Melayu itu Islam” dan “Islam itu Melayu’. Sungguhpun begitu ungkapan ini tidak relevan di peringkat antarabangsa kerana di dunia ini ada banyak bangsa lain yang beragama Islam seperti Arab, Turki, Kurdi, Monggol dan lain-lain.
Meskipun ada di kalangan orang Melayu yang telah meminggirkan nilai dan syariat Islam dalam kehidupan mereka, tetapi itu bukanlah alasan untuk menafikan keislaman mereka justeru selagi mereka masih mengakui beragama Islam, maka keislaman mereka tidak boleh ditolak. Pengakuan lahiriah mereka ini hendaklah diterima dan diiktiraf, manakala apa yang lebih tersirat dan hakikat (yang tersembunyi di dalam hati) adalah hak Tuhan untuk menentukannya.

Rasulullah s.a.w. pernah memarahi Sayidina Khalid al-Walid r.a. yang telah membunuh sekelompok orang yang lidahnya masih mengucap kalimah syahadah. Islam hanya menghukum yang zahir, manakala yang batin, serahkan kepada Tuhan yang Maha Mengetahui.

Jika demikian, hukum yang sama boleh juga dipakai buat kelompok Melayu yang sudah meninggalkan adat istiadat bangsanya dalam kehidupan seharian mereka. Mereka tidak sepatutnya dituduh hilang sifat kemelayuannya hanya dengan memakai ketayap (ala Arab) ataupun topi (ala Barat). Yang penting selagi mereka masih mengakui bahawa mereka berbangsa Melayu maka mereka masih dikira orang Melayu.

Malah dalam konteks ini makna Melayu sendiri memungkinkan suku bangsa lain boleh menjadi Melayu. Kacukan India Melayu, Arab Melayu, jawa, Bugis, Banjar dan sebagainya telah lama diterima sebagai ‘orang Melayu’ kerana memeluk Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan adat dan budaya Melayu.

Jika kita boleh menerima definisi dan sikap yang lebih toleransi seperti di atas, maka secara praktiknya seharusnya tidak ada konflik antara bangsa dan agama di kalangan orang-orang Melayu di Malaysia. jika ada pihak yang memperjuangkan Melayu, maka mereka boleh dikatakan memperjuangkan Islam dan begitu jugalah jika ada pihak yang memperjuangkan Islam, maka mereka juga boleh dikatakan memperjuangkan Melayu.

Kita sewajarnya sedar bahawa antara isi perjuangan Islam ialah untuk membela kaum yang lemah dan memberi keadilan kepada semua tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan warna kulit. Kebetulan di Malaysia bangsa yang lemah ialah bangsa Melayu. Dan keadilan yang hendak ditegakkan pula meliputi semua bangsa (Cina, India, Sikh) dan semua agama (Kristian, Budha, Hindu).

Kita juga sedar bahawa memperjuangkan Melayu bererti membela nasib mereka di sudut ekonomi, pendidikan, sosial dan lain-lain dengan tidak menafikan hak kaum lain untuk sama-saina menikmati “kek” ekonomi, status sosial dan tahap pendidikan yang baik. jika demikian di mana konfliknya antara perjuangan agama dan bangsa? Bukankah kedua-duanya mengarah kepada matlamat yang serupa?

Oleh yang demikian, tidak kira yang mana dahulu, sama ada memperjuangkan Islam dahulu atau Melayu dahulu, hakikatnya sasaran perjuangan kita adalah sama – orang Melayu Islam. Tidak kira perjuangan kelompok matia yang akan berjaya, maka orang Melayu Islam juga yang akan mendapat manfaatnya. Tetapi malangnya sehingga kini mengapa hasil perjuangan kedua-dua kelompok agama mahupun “kelompok bangsa” kita dapati orang Melayu Islam di Malaysia masih ketinggalan?.

Kenyataan ini nampaknya telah diakui oleh kedua-dua belah pihak. Sehingga kini, pemimpin kedua-dua kelompok tidak habis-habis mengeluh yang bangsanya atau umatnya masih haprak di sudut rohani dan material. “Melayu masih tidak berubah sikap,” keluh seorang pemimpin bangsa.

“Umat Islam masih jumud,” kata seorang pemimpin agama. Hasilnya kedua-dua pihak terus bertelagah dan saling salah-menyalah antara satu sama lain yang kononnya keberhasilan perjuangan mereka telah diganggu oleh kelompok yang satu lagi.

Sebagai metafora, jika diumpamakan keadaan orang Melayu seperti sebuah kereta rosak, maka tentulah kereta itu akan bergerak juga iika ia ditolak oleh kedua-dua puak kerana walau apapun jua yang dinamakan ke atas kereta itu (sama ada “Melayu-Islam” atau “Islam-Melayu”)bukankah itu adalah kereta yang sama? Lainlah halnya jika kereta itu ditolak ke arah yang berlawanan. Tetapi ini tidak mungkin berlaku kerana seperti yang ditegaskan sebelumnya, perjuangan memartabatkan bangsa tidak bertentangan sama sekali dengan perjuangan memertabatkan agama.

Bukankah ketinggian ekonomi, kecanggihan teknologi sekaligus kemurnian rohani yang digembar-gemburkan oleh pejuang bangsa adalah juga yang diwar-warkan oleh pejuang agama? Inilah hasanah fid dunyadan hasanah fil akhirah yang dinyatakan dalam doa yang termaktub dalam ajaran agama. Dan inilah juga isi wawasan keramat berserta cabaran-cabarannya seperti telah menjadi agenda bangsa dan negara?

Jelas, ‘kereta’ sedang ditolak ke arah yang sama. Soalnya kenapa pergerakannya terlalu lembab? Malah kadangkala semacam tidak bergerak langsung? Ya, mungkin wujud perbezaan cara dan gaya perjuangan kedua kelompok, tetapi tidak mungkin wuiud perbezaan dari segi hala dan tujuannya.

Rentetan itu tidak dapat dielakkan lagi jika ada pihak yang mula mempersoalkan, apakah benar kedua-dua pihak sedang memperjuangkan apa yang mereka dakwa agama ataupun bangsa itu? Atau ada ‘hidden agenda’ lain yang sedang diperjuangkan menggunakan label agama atau label bangsa.

Maksudnya, ‘kereta’ dalam metafora di atas tidak ditolak langsung, tetapi ada ‘kereta lain’ yang sedang ditolak secara sembunyi-sembunyi. Sejarah manusia tidak pernah sunyi dengan kemunculan “mujahid gadungan”atau “patriot badut” yang menggunakan baju bangsa atau jubah agama bagi memperjuangkan kepentingan diri dan puak. Asabiah bangsa dan fanatik agama adalah dua produk utama bila Islam dan Melayu diperalatkan untuk memburu matlamat diri dan kelompok.

Jadi musuh kita yang sebenar bukanlah nasionalis bangsa atau fundamentalis agama, tetapi puak “perutis” – mereka yang berjuang atas kepentingan perut! Mereka ini tidak mahu melihat Islam dan Melayu bersatu kerana perpaduan dengan sendirinya akan menggugat kepentingan mereka. Mereka akan herusaha habis-habisan untuk mengaut kepentingan diri dengan “kefanatikan” agama atau bangsa mereka dan akan terns menyerang lawan mereka seolah-olah tidak ada lagi jalan damai sampai hari kiamat. Perbezaan kedua-duanya sudah dianggap terlalu jauh – seperti jauhnya langit dengan bumi. Mereka lupa bahawa langit dan bumi akan sentiasa berhubung dengan turunnya air hujan yang menjadi sungai, awan, laut dan pelangi. Sedangkan kita optimis, ‘batu api’ yang ada di pihak pejuang agama ataupun pejuang bangsa akhirnya akan tersisih. Tunggulah biduk lalu, kiambang akan bertaut!.

Sebenarnya hubungan Islam dengan Melayu adalah hubungan simbiotik yang menguntungkan kedua-duanya, Islam adalah hidayah manakala bangsa adalah fitrah yang kedua-duanya datang dari Allah. Tuhan menjadikan bangsa untuk proses ‘litarrafu’ (berkenalan) dan Islam untuk menyelamat dan menyatukan.

Malah takrif Melayu yang begitu “terbuka”, sifatnya menyebabkan bangsa Melayu bersifat alami dan sangat sinonim dengan Islam yang juga bersifat demikian. Sejarah Melayu sendiri telah membuktikan betapa pernah wujud keserasian yang begitu unik antara Melayu dengan Islam pada zaman keagungan empayar Melayu Melaka. Faktor Islam telah memberi satu upaya yang begitu tinggi dalam proses pembinaan tamadun rohani dan material kesultanan Melayu Melaka yang begitu dikagumi oleh Eropah, India dan China.

Islam telah memberi nafas baru bukan sahaja kepada kedudukan ekonomi dan politik bangsa Melayu, malah bahasa Melayu telah diresapi istilah-istilah Islam yang telah mengalami satu anjakan paradigma dan ‘re-engineering sebagai bahasa pengantar dalam bidang falsafah, teknologi, kesusasteraan dan lain lain. Ketika itu kedudukan Islam mula diperkukuhkan dan di sebarkan ke seluruh alam Melayu apabila Sultan dan rakyat memeluk Islam dan pada masa yan sama bangsa Melayu mula mendapat kekuatannya hasil pegangan mereka terhadap ajaran Islam.

Bangsa Melayu hampir-hampir mendapat gilirannya sebagai bangsa pembina empayar dengan Islam selepas bangsa Arab, Turki dan Mongol jika tidak diserang oleh gerakan salibiyyah Portugis, Belanda dan Inggeris akibat k morosotan pegangan mereka terhadap Islam.

Sepatutnya tidak wujud konflik langsun antara keinginan untuk menjadi Muslim yan sejati dengan Melayu yang tulen. Islam adalah ‘content’ dan Melayu boleh disifatkan sebaga ‘container’. Islam harus menjadi teras dan sendi yang menjadi tunjang dan pengimbang dalam usaha membangunkan bangsa. Islam atas sifatnya yang sejagat mengambil kira faktor setempat aspek budaya, adat kebiasaan dan lain-lain elemen kelaziman untuk menegakkan syariat dan nilainya dalam diri sesuatu bangsa.

Para ulama, umara, budayawan dan teknokrat Islam sejak awal-awal lagi telah memanfaat hubungan yang simbiosis ini dalam membangunkan budaya, berpakaian, makan-minum, senibina, keintelektualan, kesusasteraan dan lain-lain. Hingga dengan itu titik perbezaan antara agama dan bangsa dapat dikurangkan ke tahap paling minimum.

Ketegasan di aspek akidah misalnya tidak menyekat lansung kefleksibelan Islam di aspek-aspek yang boteh ditolak-ansurkan. Dalam berpakaian, wanita Islam Melayu telah menegakkan hukum menutup auratnya denga tudung dan baju kurungnya. Begitu juga seorang lelaki Muslim begitu segak dengan identiti Melayunya – bersongkok dan berbaju Melayu sekaligus menampilkan imej kesopanannya menurut ajaran Islam. Sebenarnya banyak lagi contoh yang boleh dipaparkan bagi membuktikan bahawa Islam dan Melayu boleh ditegakkan secara bersepadu.

Cubalah kita kaji dan selidik sedalam dalamnya (tentunya dengan sifat lapang dada nescaya kita akan dapati banyak titik-temu antara Islam dan Melayu dalam khazanah se jarah lampau, mahupun dalam zaman-zaman yang mendatang. Langkah inilah yang tela pernah dilakukan dengan penuh ketulusan dan kesabaran oleh Rasuluilah saw dalam merubah bangsa Arab.

Selain akidah dan beberapa amalan jahiliyah yang jelas menyimpang, Rasulullah terus mengekalkan banyak tradisi dan amalan umat Arab yang baik-baik. lni juga telah diteladani oleh ulama, umara dan ummah silam pada era empayar Melayu Melaka, jadi kenapa kita tidak mengikut jalan yang sama? Kenapa begitu sukar kita temui titik-temu Islam dan Melayu? Apakal masalah sebenarnya, pada Islam, pada Melayu atau pada diri kita sendiri?.
Atau kita sudah terkeliru sama ada sedar atau tidak dalam perangkap, “memperjuangkan” ‘diri’ dan ‘puak’ dengan menggunakan label agama dan bangsa?

Bersatulah Bangsaku !

Salam Perjuangan !

Gerakan Murtad Di Malaysia







Petikan dari sebuah artikel..

1. MEMIKAT


Untuk makluman semua, pertubuhan-pertubuhan Kristian telah bersepakat untuk memberi satu bentuk skim galakan kepada para jejaka Kristian serta diberi tunjuk-ajar mengenai teknik untuk memikat gadis-gadis Melayu Islam untuk dijadikan pasangan mereka. Berbagai-bagi teknik memikat akan digunakan dan ia bergantung kepada latar belakang gadis yang disasarkan. Tapi, apa yang membimbangkan kami semua adalah, sasaran utama mereka kini adalah gadis-gadis bertudung labuh yang berpendidikan agama.


Teknik yang mereka gunakan adalah lebih kurang sama sahaja. Pada peringkat awal mereka akan mencari jalan untuk berkenalan dengan anak-anak gadis kita, samada melalui hubungan kerja, hubungan sesama pelajar mahu pun hubungan jiran tetangga. Kemudian, mereka akan berlakon seolah-olahnya mereka telah tertarik dengan kesopanan, cara berpakaian serta kelembutan tingkah laku anak-anak gadis kita ini.


Antara ungkapan yang sering digunakan adalah..


"Adakah semua anak-anak gadis Melayu begitu ayu dan sopan?", "Di dalam masyarakat saya, tidak pernah saya bergaul dengan gadis yang begitu berakhlak", "Saya tertarik dengan tingkah laku awak". "Saya ingin mengenali awak dan agama awak dengan lebih dekat lagi"


Biasanya, anak-anak gadis yang berpendidikan agama kita ini akan terbuka hatinya untuk menerima kehadiran jejaka Kristian ini apabila si jejaka mula menyatakan keinginan untuk mengenali agama Islam dengan lebih dekat lagi.


2.PERANGKAP


Apabila si jejaka merasakan anak gadis kita telah menerima kehadiran mereka, mereka akan menjalinkan persahabatan mereka dengan jujur, ikhlas, bersopan dan begitu "gentleman" sekali. Mereka akan ke perpustakaan, minum serta beriadah bersama dengan rakan-rakan yang lain Pendek kata, sepanjang persabatan mereka, cubaan "ringan-ringan" pun tidak ada. Tetapi AWAS, para ibu bapa.


Setelah kian lama bersama serta mendapati si gadis telah mula ada perasaan cinta, si jejaka akan menunggu dengan sabarnya ketika untuk memulakan "langkah sebenarnya", yang pertama.. Apabila si gadis didapatinya mula terleka, mereka akan digambarkan seolah-olah mereka terbawa-bawa oleh perasan cinta sehingga si gadis TerNODA. Ketika inilah, perangkap mereka sudah mula mengena.


3..DILEMA


Perlakuan noda ini boleh berlaku mungkin sekali, dua, tiga atau seterusnya. Sebab bagi si jejaka, perangkapnya hanya dikira benar-benar mengena apabila si gadis didapati berbadan dua. Pada ketika ini, si jejaka akan menunjukkan kekesalannya yang tidak terhingga. Si jejaka kononnya akan bertanggungjawab di atas perbuatan mereka seraya berkata..


"Agama kita melarang kita menggugurkannya, maka terpaksa kita berkahwin, tetapi kita berlainan agama"


Seterusnya kata si jejaka..


"Kalau kita ingin berkahwin secara Islam, saya sanggup memeluk Islam, tetapi kita terpaksa berhadapan dengan dua perkara.. Pertama, mengikut hukum Islam, kita boleh dikenakan 100 sebatan sebagai balasan dosa. Kedua, masyarakat Islam akan mencemuh dan meminggirkan kita kerana mempunyai anak di luar nikah yang kita hasilkan bersama. Kita akan berasa amat malu, lebih-lebih lagi awak yang berpendidikan agama. Sanggup kah kita? Saya rasa, saya tidak sanggup menghadapinya"


Kata si jejaka lagi..


"Kalau kita berkahwin secara agama saya, awak hanya perlu untuk menukar agama, dan kita akan terlepas dari dua seksa. Pertama, mengikut agama saya, kita hanya perlu untuk membuat pengakuan dihadapan paderi di gereja untuk menghapuskan segala dosa. Kedua, masyarakat agama saya akan menganggap anak kita ini senasib dengan Jesus (Nabi Isa) yang dilahirkan tanpa bapa. Mereka juga akan menganggap awak senasib dengan Mary (Mariam) yang melahirkan Nabi Isa. Maka, kita pasti tidak akan dipersia. Saya rasa ini option terbaik buat kita"


Untuk makluman semua, mereka hanya merancang agar anak jejaka mereka memikat anak gadis kita. Tetapi mereka tidak akan mencuba agar anak gadis mereka untuk mendampingi anak jejaka kita kerana mereka sedar bahawa perangkap mereka yang ini tidak akan mengena.


4..MURTAD


Mengikut penyelidikan Dr. Rubiah serta rakan-rakan dalam NGO Islam yang lain, amat ramai gadis-gadis Melayu Islam yang memilih option kedua walaupun ada segelintir yang berjaya diselamatkan dan terpaksa disembunyikan demi maruah agama & bangsa. Mereka seterusnya mengemukakan permohonan untuk menukar agama (murtad) dipejabat agama. Namun Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan menjadi penghalang utama rancangan mereka.


5..DOA


Doa adalah senjata para Mukmin. Satelah kita berusaha, marilah kita bersama-sama berdoa agar anak-anak gadis kita akan terhindar dari menjadi mangsa. Doa juga dipanjatkan agar umat Islam di Palestin, di Lubnan, di Iraq dan seluruh dunia dihindari dari segala bencana. SEBARKAN!!




MEMPERDAYA





David Garrison

Gerakan misionaris Kristian di Malaysia menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran mengenai Isa alaihissalam, dalam usaha untuk mendakyahkan ajaran agama Kristian kepada umat Islam di negara ini


“Anda tidak perlu mengkritik Muhammad atau para nabi lain,” David Garrison, seorang mubaligh Kristian memberitahu New York Times pada hari Sabtu, Mac 13 2010.


“Hanya Membangkitkan Yesus”


Garrison menggunakan strategi yang disebut sebagai “Kaedah Camel”, yang melibatkan penggunaan ayat-ayat Al-Quran tentang Yesus untuk memurtadkan seorang Muslim menjadi Kristian.


Dalam satu kes, strategi mereka adalah untuk berbicara dengan seorang Muslim tentang kelahiran ajaib Yesus.


“Adakah anda mengetahui adanya nabi lain lahir dari seorang perawan?” tanya si mubaligh kepada Muslim tersebut.


Di dalam Al-Quran, Yesus disebut “Isa”. Ia juga dikenali sebagai Al-Masih (Kristus) dan Ibnu Maryam (Putera Maryam). Muslim mempercayai kerasulan Isa .a.s. sebagai salah-seorang Nabi Allah yang besar.


Baginda a.s. adalah anak Maryam tetapi bukanlah Anak Allah. Baginda telah dikandung dan lahir secara ajaib. Keajaiban ini adalah petanda untuk semua bahawa Allah s.w.t. berkuasa untuk melakukan apa sahaja yang Dia kehendaki. Hal ini serupa dengan ciptaan Allah Adam tanpa seorang ayah atau ibu.


Adapun penyalibannya, umat Islam percaya bahawa Isa a.s. tidak disalibkan tapi telah diselamatkan dan diangkat ke syurga.


“Hadiah” Daripada Tuhan


Dalam kes lain, mubaligh berbicara tentang mukjizat Yesus yang juga disebutkan dalam Al-Quran untuk memujuk umat Islam bahawa status baginda melebihi daripada para nabi yang lain.


“Ini (Al-Quran) mengatakan bahawa Isa mampu membersihkan si kusta, bahkan mampu membangkitkan orang yang sudah mati,” kata Garrison.


“Pada masa itu juga dalam perbualan dengan umat Islam, kita boleh katakan,”Bukankah menarik bahawa Isa punya keistimewaan luar biasa yang Allah memberikan kepadanya, bahkan kematian juga berada di bawah kekuasaannya?”


“Kalau anda bertanya, ‘Apakah ada nabi lain mempunyai kuasa seperti ini? Jawapannya tidak ada.”


Dalam Islam, para Rasul yang dihantar dikurniakan dengan mukjizat yang berbeza, kerana mereka perlu menghadapi umat mereka sendiri dengan cara yang akan menarik mereka dan membantu mereka untuk memahami mesej Tauhid yang dibawa oleh mereka.


Kurnia khusus kepada Isa a.s. adalah bahawa ia boleh melakukan mukjizat seperti yang disebut sebelum ini. Kemampunan baginda a.s. melakukan mukjizat tidak menyamakannya dengan Allah.


Semua yang baginda a.s. lakukan adalah dengan izin daripada Allah untuk mengajar Bani Israil tentang keesaan Tuhan. Bahkan mukjizat ini, walaupun membuktikan kerasulan baginda, tidak cukup untuk meyakinkan mereka.


Muslim percaya bahawa Isa a.s. akan datang kembali ke bumi sebelum zaman untuk memulihkan keamanan dan ketertiban, melawan Anti-Kristus (Al-Masih Ad-Dajjal) dan membawa kemenangan bagi kebenaran dan keadilan.


Para pengikut Isa a.s. yang benar akan memperoleh kemenangan ke atas mereka yang menyangkal baginda a.s., memberikan gambaran yang salah mengenai baginda, dan menolaknya. 
 (Sumber)

Hormati Hak Wanita Islam !




Saya menyokong pendirian Puteri Umno dalam memperjuangkan hak wanita Islam dalam aspek menutup aurat. Rujuk disini . Harapan saya agar Puteri Umno tetapkan pendirian dalam perjuangan memartabatkan maruah wanita di Malaysia. Islam itu agama yang indah yang sentiasa menjaga maruah umatnya khususnya kaum wanita. Pihak Syarikat yang mengamalkan diskriminasi kepada pengambilan pekerja khususnya terhadap yang bertudung harus di ambil tindakan tegas. Perkara ini tidak patut berlaku bagi negara yang mengamalkan ajaran Islam dan Islam sebagai agama rasmi.

Dunia yang diperhambakan mentaliti materialis barat tidak menghormati wanita seadanya. Untuk menjadi wanita yang dianggap bebas dan berkeyakinan, ketiak anda harus bebas lipatan. Jika dicukur, pastikan tunggul-tunggul tinggalan dan bintik-bintik hitam tidak kelihatan. Jika tidak, teman lelaki anda akan menggunakan teropong untuk memeriksa anda. Bintik-bintik hitam tidak boleh diterimanya sedangkan ketiak teman lelakinya sendiri seperti bulu beruang yang sudah berkali kali akil baligh. Tengok saja iklan yang dimomokkan ke kaca tv kita sebelum ini.

Sampai begitu sekali wanita dinilaikan dan ditelitikan sehingga masa dalam kehidupannya banyak dihabiskan untuk membelek kekurangan diri sendiri. Mereka menjadi zombi-zombi yang telah diprogramkan untuk menilai dan memberi fokus memerhatikan kekurangan diri. Lantas diyakinkan mereka supaya mereka tidak berkeyakinan diri lagi untuk menjadi wanita super yang boleh bergerak ke mana sahaja tanpa perlu merasakan dirinya menjadi subjek untuk ditelitikan. “Tetapi jangan takut... kami ada penyelesaiannya”. Itu kata sang kapitalis sambil memperkenalkan segala macam produk sebagai remedi kekalutan resah fikiran setelah wanita-wanita ini diserang minda mereka dengan program-program yang bakal membentuk pemikiran inferiority complex.

Perhatikan sebuah lagi iklan yang pernah dimuatkan ke kaca tv kita sebelum ini. Di dalam iklan tersebut, kelihatan kelibat seorang wanita yang begitu resah dan takut. Dia takut untuk mengangkat tangannya kerana bimbang ketiaknya yang sedikit hitam itu akan menjadi perhatian manusia lain. Untuk membeli sayur di kedai kapitalis juga merupakan satu tugasan yang sukar buat dirinya. Untuk menahan sebuah teksi untuk pulang ke rumah juga merupakan satu masalah besar kepadanya. Semuanya gara-garanya ketiaknya bewarna sedikit gelap. Kemudian diberikan satu remedi kepadanya untuk mengatasi masalah tersebut. Ya, ditunjukkan kepada minda-minda yang bakal diprogramkan bahawa keyakinan wanita tersebut telah dipulihkan melalui satu magis produk pencerah ketiak. Apakah benar dia kembali memperolehi keyakinan atau dia sudah menjadi hamba produk? Untuk membeli sayur-sayuran pun takut-takut, untuk melintas jalan pun takut, untuk menahan teksi juga seperti seorang penakut. Apakah ini bentuk wanita yang menjamin masa depan negara? Berketrampilan hanya sebagai façade kepada inferiority complex yang hanya boleh diubati dengan memperhambakan diri kepada produk-produk tertentu? Bagaimana kalau ditakdirkan pada suatu hari, kontena yang membawa produk pencerah ketiak ini terbalik dan bandar tempat tinggalnya keputusan bekalan selama sebulan? Apakah dia akan kembali menjadi manusia penakut dan anak-anaknya mati kelaparan hanya kerana ibu mereka takut ketiaknya diperhatikan di kala dia membeli sayur?

Kemudian muncul pula iklan di televisyen berkenaan dengan sebuah pewangi kereta. Iklan ini pula menunjukkan betapa rendah dan bingainya tahap pemikiran wanita sehingga sanggup merosakkan, menjahanamkan serta menolak kenderaan sendiri jatuh gaung semata-mata untuk menumpang kereta wangi seorang lelaki, perempuan-perempuan dalam pelbagai pertubuhan hak wanita dengan pelbagai huruf singkatan ini bertepuk gembira tidak sedar bahawa iklan ini meletakkan tahap akal wanita lebih teruk dari seekor platypus. Sebodoh-bodoh platypus, tidak perlu dia merosakkan sarangnya sendiri semata-mata untuk menumpang sarang platypus lain yang berbau wangi. Hoi Sisters.. Kenapa tidak buat bising macam selalu?

Lebih teruk lagi, semakin hari semakin banyak pula iklan yang semakin menghina daya intelektual wanita menembus masuk ke ruang rumah kita tanpa sekatan. Kini iklan-iklan tersebut mengambil satu langkah ke hadapan lagi. Mereka kini giat membuat iklan yang mana jika diperhatikan dengan teliti, iklan-iklan sebegini meletakkan daya intelektual wanita lebih rendah dari binatang paling bodoh.

Nilaikan dengan akal iklan berikut. Seorang lelaki bertarak geek, tidak popular dan biasa-biasa penampilannya digambarkan di dalam frame pertama iklan. Sebelum ke perpustakaan, dia menyembur sejenis wangian yang digambarkan sebagai sangat hebat. Lalu turutan frame seterusnya menunjukkan dia berlalu masuk ke dalam perpustakaan dan melalui laluan di sebelah meja seorang wanita. Oh.. seorang wanita cantik berada di sekeliling buku-buku ilmiah di dalam sebuah perpustakaan moden yang hebat. Hanya wanita yang mementing perkembangan intelektual yang sihat akan menghabiskan masa ditempat seperti itu. Anda tidak akan bertemu Lady Gaga ditempat seperti ini. Tetapi malangnya, disebalik segala lambang intelektual yang gagah disekeliling wanita tersebut, segala kehebatan intelektual itu yang ada pada wanita tersebut dapat ditundukkan hanya dengan satu semburan wangian pada tubuh lelaki itu. Dengan tidak semena-mena wanita itu menjadi gelisah dan tak tentu arah. Pergerakan tubuhnya menunjukkan dia sudah sedia menyerah diri, maruah dan mahkota dirinya secara total kepada lelaki tersebut. Tanpa ukur dan tanpa berfikir panjang, dengan tidak tentu pasal, nombor telefonnya diserahkan kepada lelaki itu beserta gaya liuk lentuk tubuh yang mencadangkan bahawa segalanya bakal diserahkan kepada lelaki terbabit hanya kerana dia berbau wangi. Gila atau apa?

Jika anda biasa menonton National Geographic atau saluran Discovery, anda mungkin sudah biasa dengan teknik memikat pasangan yang diamalkan di alam haiwan. Kebanyakan haiwan menggunakan deria bau untuk memutuskan mana satu pasangan yang layak untuk dipilih bagi tujuan mengawan untuk melahirkan generasi pengganti. Haiwan yang menggunakan teknik sebegini tidak mempertimbangkan kriteria lain untuk menilai pasangannya selain dari faktor kedua iaitu faktor kekuatan. Setelah berjaya memikat pasangan dengan bau-bauan yang dihasilkan, pasangan jantan yang hampir dipilih tersebut, perlu pula bergaduh dan bertempur dengan jantan lain yang mahukan betina yang sama. Terkadangnya pertarungan itu sehingga meragut nyawa. Jika tidak pun kecederaan parah.

Malang sekali bagi wanita yang digambarkan di dalam iklan penyembur wangian tersebut. Dia bukan sahaja mengorbankan segala imej intelektualisme yang mengelilinginya, tetapi turut sama membiarkan maruahnya sebagai wanita yang mempunyai kuasa memilih terkorban hanya kerana hormon yang meransang nafsu seksnya tersentuh dengan semburan wangian yang dipakai jejaka tadi. Lelaki itu mendapat perempuan itu secara percuma tanpa perlu berusaha keras. Inilah yang dunia lelaki di dalam acuan barat mahukan. Money for nothing and chicks for free. Mark Knopfler teraju utama Dire Straits lama dahulu mengkritik rakan artisnya dengan lagu tersebut. Tak perlu bersusah payah, wanita itu akan segera datang melutut kepada anda tanpa perlu berbuat apa-apa. Ini sangat menghinakan. Ia satu penghinaan kepada kedudukan mulia seorang wanita. Binatang jantan di dalam saluran National Geographic itu sendiri perlu bertarung nyawa untuk mendapatkan betina pujaan, tetapi dalam iklan tersebut, si lelaki itu mendapat wanita itu tanpa perlu berbuat apa-apa. Bukankah kedudukan wanita tersebut sudah jatuh lebih hina dari binatang betina yang perlu dimiliki sehingga bergadai nyawa.

Terbaru, satu lagi iklan baru menambah lagi kepada perbuatan meletakkan maruah wanita ke dalam golongan yang sangat hina. Kali ini, iklan pencerah ketiak sekali lagi. Digambarkan di dalam iklan tersebut, dua orang wanita yang cantik paras rupa tapi rendah intelek malah mungkin juga pemalas dan jauh sekali dari golongan yang boleh dikategorikan sebagai super woman. Kedua mereka memandu sebuah kereta mewah. Cantik, lawa dan kaya tetapi digambarkan di dalam iklan tersebut sebagai memiliki mentaliti lebih rendah dari seekor unta padang pasir. Malang tidak berbau, kereta mereka pancit. Sudahlah tidak mampu untuk menukar tayar kereta sendiri, untuk menelefon pihak penyedia bantuan kecemasan pun tidak tahu. Lalu melambai-lambailah salah seorang sahabat berdua tersebut meminta pertolongan. Oleh kerana ketiaknya sedikit gelap, tiada siapa pun mahu datang menghulurkan bantuan dan pertolongan. Lalu timbul idea pada tahap pemikiran yang melebihi keupayaan Einstein berfikir di dalam minda seorang lagi sahabat berdua tersebut. Dikoyaknya lengan bajunya sehingga paras ketiak dan kemudian dia terus melambai-lambai seperti orang kerasukan puaka. Terpandang sahaja ketiaknya yang sedikit cerah, tiba-tiba dengan tidak semena-mena muncul mat-mat ketiak berlumba-lumba mahu menolong wanita terbabit. Sekali lagi ketiak dijadikan ukuran perlu atau tidak perlunya golongan wanita dibantu dan diselamatkan. Tidak bolehkah menolong mereka atas dasar mereka juga manusia dan makhluk Allah yang memerlukan pertolongan?

Cuba bayangkan jika Menteri bertanggungjawab dengan Kementerian Hal Ehwal Wanita cuba meminta bantuan kepada orang ramai dan pihak pemerintah, lalu dikatakan kembali kepadanya, “Puan, saya mahu lihat warna ketiak puan dahulu sebelum saya membantu kementerian puan?” Apa yang mahu dia kata? Apa perasaannya pada ketika itu? Tidak bolehkan membantu wanita dengan ikhlas tanpa perlu apa-apa penelitian yang tak perlu lagi menghinakan? Jadi puan menteri, tunggu apa lagi? kenapa dibiarkan kebejatan sebegini terus berleluasa?

Kebodohan demi kebodohan dipaksakan dunia moden ini kepada aras pemikiran wanita. Iklan-iklan yang semakin memperbodohkan daya intelektualisme wanita dibiarkan berleluasa sambil si pejuang hak-hak wanita bertepuk gembira berhalusinasi bahawa diri mereka sudah mencapai tahap dewata perempuan pasca modernis. Dengan kitab lengkap Shakespeare di tangan dan seekor kucing sebagai peneman, si pejuang wanita selektif pekak berbaju kurung ini mendakwa dia pencinta tafsir al Qur’an dan perkara inilah yang akan dia bawa ke mana-mana pulau jika ditakdirkan dia sesat pada suatu hari nanti.

Ketika mereka sedang diharapkan oleh kaum-kaum wanita di Malaysia untuk memperjuangkan hak-hak sepatutnya bagi wanita, perempuan-perempuan selektif pekak berbaju kurung ini pula sibuk menyelak kain separas pusat sebagai lambang betapa mereka ini setaraf Isaac Newton dalam getusan minda mereka dan berhak mendapat hak melakukan hubungan intim persis haiwan walaupun sudah bersuami. Wahai siss! Mahu jadi pejuang atau mahu jadi perempuan gila seks?! Begitu banyak isu yang harus diperjuangkan, hak untuk berkelakuan seperti haiwan pula yang diberi tumpuan. Lihat sahaja petikan akhbar dan majalah di sekeliling kita. Apakah mereka-mereka ini yang diharapkan untuk melindungi hak wanita? Patutlah masalah sosial tidak pernah berkurang dan wanita sentiasa dianggap sebagai objek seks dan barang dagangan yang tidak perlu dihormati.

Ingatlah bahawa bertudung itu tidak wajib tetapi menutup aurat itu wajib. Semoga kita semua memperolehi hidayah daripada ALLAH s.w.t.

Belajar Terus Belajar.

Tuesday, December 16, 2014

Sedarlah Bangsa Melayu !





MELAYU yang beragama Islam hari ini sedikit mujur kerana masih ada kuasa dalam politik negara. Ada dua parti besar yang diterajui orang Melayu sejak sebelum merdeka, kedua-dua parti itu hari ini mengadakan kerjasama dengan parti lain yang bukan diterajui orang Islam.

Bagi satu golongan Melayu, mereka berhasil menjadi dominan terhadap rakan parti sekutu mereka yang bukan Muslim. Manakala segolongan lagi tidaklah sedominan seperti yang mereka war-warkan kepada umum kerana setiap kali mereka cuba untuk mengaku dominan, rakan-rakan politik mereka akan segera menjeling bengis sehingga membuat mereka terkedu seminit dua.

Namun, kedua-dua parti Melayu itu masih mempunyai rekod-rekod kejayaan masing-masing terhadap bangsa dan agama dari perspektif yang berbeza. Ia bagaimanapun bukanlah jenis kejayaan besar yang boleh dibanggakan sehingga tujuh generasi yang seterusnya

Mungkin anda sulit untuk fahami mengenai apa yang saya rasai saat ini apabila melihat Melayu sesama Melayu membenci sesama sendiri.

Cuba anda meletakkan diri anda di tempat ini yang sunyi sepi...

Katakan, anda terpinga-pinga menyembunyikan diri di padang pasir selama beratus tahun untuk menyelamatkan diri daripada kekejaman, kemudian memeluk Islam bagi memperbaharui akidah yang diajarkan Musa selepas berjumpa orang Arab dan beranak-pinak sepanjang membuat perjalanan ke sebuah negeri di Asia Tenggara yang menjadi sebutan orang-orang Arab.

Anda datang daripada jauh merentas bukit-bukau dan gunung-ganang untuk berjumpa dengan bangsa yang menguasai Asia Tenggara setelah mendengar khabar berita mengenai kemegahan mereka yang disampaikan orang Arab ke telinga anda semasa anda berlegar-legar di padang pasir. Tetapi apabila anda sampai ke sana, anda melihat bangsa itu sudah mula bercakaran sesama mereka.

Maka, perjalanan anda merentas bukit dan gunung-ganang menjadi seperti sia-sia. Anda mengharapkan untuk bersama bangsa yang gah itu, tetapi apa yang anda lihat ialah bangsa yang gah itu sedang bermusuhan sesama mereka. Apa yang anda rasa selepas melihat bangsa itu bercakaran? Jadi, untuk bersama bangsa yang gah itu, apa yang perlu anda lakukan?

Anda perlu mendamaikan mereka supaya anda dapat bersama mereka untuk mencipta kegemilangan. Selagi mereka tidak didamaikan, selagi itulah hasrat mencapai kegemilangan tidak akan tercapai.

Anda perlu mendamaikan mereka pada saat anda perlu menyembunyikan identiti Yahudi yang anda warisi kerana bangsa gah itu sangat membenci Yahudi sebagaimana mereka membenci sesama mereka sendiri.

Apa yang kita lihat dengan jelas ialah, kejayaan terbesar orang Melayu ialah kejayaan para pemimpinnya menanam kebencian terhadap sesama bangsa. Ia adalah kejayaan yang tidak pernah dicapai oleh bangsa Yahudi sendiri. Bukan Yahudi sekular yang membunuh Yahudi ortodoks di Jerman semasa Perang Dunia Kedua, bukan, ia bukan seperti yang diperkatakan teori-teori konspirasi yang popular bagi memperkatakan kewujudan negara haram Israel yang didirikan atas fahaman nafsu sekular Zionis yang menjauhi agama.

Seorang Yahudi tidak akan berkata buruk kepada Yahudi yang lain meskipun saudara Yahudinya itu beragama Islam atau Nasrani sekalipun. Andai berkata buruk pun mereka tidak tergamak, apatah lagi untuk membunuh sesama bangsa dengan mereka. Berkata dengan ucapan keras adalah tidak sama dengan berkata dengan ucapan buruk. Rabbai Aaron Cohen tidak pernah berhenti mengutuk dan mendedahkan kekejaman Yahudi Zionis kepada dunia, namun Zionis juga tidak tergamak untuk mengapa-apakan Aaron Cohen kerana dia sebangsa dengan Yahudi.

Berbeza dengan orang Melayu, mereka tidak teragak-agak untuk menghambur kata-kata buruk kepada saudara sebangsa dengan harapan akan ada saudara sebangsa mereka akan membenci saudara sebangsa yang tidak sefahaman dengan mereka. Apabila wujud kumpulan sefahaman yang membenci saudara sebangsa, mereka fikir mereka akan lebih bertambah kuat. Mereka fikir mereka telah berjaya kerana ada di kalangan saudara sebangsa mereka mula membenci bangsa mereka sendiri dari kumpulan yang lain, tetapi kita melihatnya sebagai satu kerugian.

Menyayangi bangsa sendiri tidak bermakna anda memeluk mentaliti Yahudi. Melayu adalah bangsa yang ditakdirkan untuk memimpin umat Islam di Asia Tenggara. Andai lemah Melayu di Asia Tenggara diakibatkan permusuhan sesama sendiri, maka lemahlah Islam yang dianuti mereka. Ia kerana Islam itu dianuti oleh bangsa yang menganuti agama itu. Kalau lemah bangsa itu, maka lemahlah juga kedaulatan agama yang dianuti mereka. Islam tidak lemah, ia kuat dari segala sudut kehidupan, tetapi kedaulatannya dilemahkan oleh sikap orang Melayu sendiri.

Akhir ini, sangat ramai orang Melayu yang mengucapkan kata-kata buruk terhadap Melayu yang lain. Mereka mengucapkan kata-kata buruk itu di setiap keadaan, di Facebook, di Twitter, di blog-blog dan sebagainya. Mereka sudah tidak tahu apa maksud kesopanan, kesantunan dan kehalusan budi bicara dalam menyampaikan maksud. Mereka seperti sudah tidak ada budi bahasa. Orang UMNO atau orang PAS, sama sahaja. Maki-makian, carut-mencarut terhadap sesama mereka sudah seperti makanan sehari-hari disebabkan perbezaan fahaman.

Ada satu ketika, orang PAS memulakan kata-kata buruk di laman-laman sosial dan di blog-blog. Dalam satu ketika yang lain pula, orang UMNO memulakan kata-kata yang sama. Kesannya, orang Melayu sentiasa bertelingkah kerana sudah tidak tahu bagaimana untuk bersantun.

Pada ketika lain, orang PAS menyalahkan orang UMNO. Pada ketika lain, orang UMNO pula menyalahkan PAS. Kesannya juga sama, terus-menerus bertelingkah tanpa ada kesudahan. Sama juga dengan memulakan pergaduhan, ada masa ia dimulakan orang PAS dan ada masa lain ia dimulakan orang UMNO. Berterusan lagi bertelingkah.

Orang Melayu bersama pemimpin mereka menyandang rekod kejayaan yang tidak dicapai oleh bangsa-bangsa lain di dunia. Ia adalah kejayaan menyemai sikap benci-membenci sesama bangsa, sesama umat. Pada ketika agama seperti sedang tersepit di tengah-tengah, mereka masih bertelingkah menghimpit agama. Jangan sampai apabila kedaulatan agama turut musnah pada ketika mereka musnah akibat tersepit dan menghimpit sesama mereka.

Islam adalah agama yang sangat dekat di hati orang Melayu, mungkin sekali Islam itu juga adalah hati orang Melayu. Namun, mereka tidak pernah menjadikan agama itu sebagai jambatan untuk menyatupadukan mereka. Sebaliknya, mereka membanding-bandingkan sesama mereka dengan menggunakan agama.

Islam itu diturunkan (antaranya) kepada manusia. Manakala manusia itu pula berbilang bangsa. Kita tidak boleh menafikan hakikat manusia itu dijadikan berlainan bangsa. Pernyataan yang mengatakan Islam tidak memandang bangsa atau kaum adalah satu pernyataan yang tidak salah, tetapi ia tidak dihuraikan dengan cukup jujur oleh orang yang mengucapkan pernyataan itu.

Orang yang mengucapkan pernyataan itu tidak pernah melihat pengertian secara menyeluruh. Kalau tidak bersetuju dengan perenggan ini, adalah lebih baik mereka terlebih dahulu membaca penjelasan kita sebelum ini sehingga faham.

Akibat tidak faham mengenai kepentingan bangsa terhadap agama, maka wujudlah golongan yang mempersenda perjuangan segolongan lain yang dilihat terlalu bersifat kebangsaan. Di sinilah bermulanya siri kejayaan demi kejayaan yang dicipta kedua-dua golongan Melayu itu di persada dunia.

Jadi, apakah kejayaan terbesar kedua-dua parti teras Melayu itu?

Kejayaan terbesar orang Melayu ialah berhasil menanam kebencian terhadap sesama bangsa.

Kejayaan terbesar orang Melayu ialah berhasil menyemarakkan api kebencian terhadap sesama umat. Itulah kejayaan terbesar bangsa Melayu yang mana kejayaan seperti itu tidak pernah dicapai oleh bangsa-bangsa lain di mana-mana pelosok dunia.


Orang Melayu barangkali sangat berbangga dengan kejayaan itu apabila sikap mereka itu disebut-sebut dan disanjung-sanjung oleh bangsa-bangsa lain di dunia.


Marilah menuju kejayaan.


“DAMAIKANLAH SAUDARA-SAUDARA KAMU YANG SAMA AGAMA DENGAN KAMU.”

Thursday, December 11, 2014

Melayu atau pemimpin yang lemah ?



Usaha kerajaan ingin melihat orang Melayu Islam berjaya dalam bidang keusahawanan sangat ketara dengan kewujudan pelbagai kemudahan pinjaman seperti Mara, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Perbadanan Ekonomi Negeri , Majlis Tindakan Ekonomi Bumiputera dan pelbagai lagi. Sehingga kini kita masih tertanya-tanya mengapa sebahagian besar daripada orang Melayu masih lemah dari sudut ekonomi dan masih lagi ketinggalan. terdapat beberapa sebab penguasaan ekonomi di kalangan orang Melayu lemah.

Antaranya ialah orang Melayu lebih cenderung makan gaji daripada berniaga. “Ini disebabkan persekitaran budaya dan sosial orang Melayu melihat berniaga itu sesuatu yang asing. Dan selalunya orang kita sering kaitkan perniagaan dengan rugi dan bankrap. Ia memberi gambaran bahawa berniaga dan rugi itu adalah seiring. Manakala budaya orang Cina pula sangat memandang tinggi mereka yang berniaga. Orang berniaga di anggap lebih matang daripada yang makan gaji. Kerja makan gaji dianggap sebagai pekerjaan sementara dan untuk mendapatkan pengalaman sementara menunggu masa sesuai untuk memulakan perniagaan. Pada masa yang sama kita juga hampir tidak terfikir bahawa orang Cina juga menghadapi kerugian dalam berniaga. Apa yang kita nampak ialah orang Cina berniaga untung, orang Melayu berniaga rugi. 

Persepsi sedemikian perlu diperbetulkan. Untung dan rugi adat orang berniaga tetapi jika bijak merancang saya percaya untungnya lebih banyak daripada rugi. Jika kita selalu memikirkan rugi, maka rugilah yang kita dapat. Saya bercakap bukan dalam konteks di Malaysia sahaja malah melibatkan seluruh dunia. Masyarakat Cina menguasai ekonomi dunia sebanyak 90% manakala orang Yahudi pula menguasai ekonomi melalui pengurusan. Buktinya, kebanyakan di sudut dunia ini akan ada bangsa Cina berniaga dan akan ada bandar mereka yang digelar ‘China Town’. Mungkin ramai yang tidak perasan bahawa tidak ada satu sektor perniagaan pun di dunia ini dikuasai oleh orang Islam samada pertanian, penternakan, perladangan, perkhidmatan dan seterusnya. Sedangkan umat Islam di seluruh dunia berjumlah 1.9 bilion. Jadi di manakah kedudukan orang Islam dalam bidang Ekonomi sebenarnya? 

Apabila timbul isu boikot dan isu halal dan haram, ia sukar ditangani secara bijak kerana umat Islam boleh di katakan bergantung sepenuhnya kepada produk bangsa asing daripada hal yang kecil hinggalah kepada yang besar. Contohnya dalam soal pemakanan. Walaupun ia kelihatan remeh namun ia memberi impak yang besar dalam pembentukan sikap seseorang kerana apa yang kita makan akan menjadi darah daging. Lalu sampai bila orang Islam akan terus bergantung pada bangsa lain? Bukan tidak ada orang Islam yang berjaya dalam dunia perniagaan tetapi jumlahnya boleh dibilang dengan jari. Apa yang saya dapati, kebanyakkan usahawan-usahawan Melayu 

Islam perlu keluar dari kerangkanya jika ingin maju dan lebih berjaya. Terutama sekali syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dengan membuka lebih banyak cawangan di luar Malaysia kerana kuasa membeli dalam Malaysia adalah terhad. Suka saya nyatakan di sini bahawa samada kita suka atau tidak, kita harus akui bahawa kita perlu belajar daripada bangsa yang berjaya menguasai ekonomi dengan melihat serta mempraktikan apa yang mereka buat kerana saya percaya hampir semua umat 

Islam tahu bahawa berniaga itu lebih baik daripada makan gaji kerana 9/10 rezeki itu datang dari perniagaan. Namun pada masa yang sama harus juga diingat bahawa mempelajari ilmu berniaga itu penting sebelum kita terjun ke dalam gelanggang. Tanpa persiapan yang lengkap belum tentu kita dapat bertahan dengan segala cabaran yang mendatang. Dan selebihnya jadikan pengalaman-pengalaman jatuh bangun dalam perniagaan sebagai pengajaran dalam memperkemaskan lagi strategi dan perancangan perniagaan.

Buat pemimpin Melayu cuba tanamkan kepercayaan tinggi pada anak bangsa . Jangan sesekali melihat Orang Melayu tidak berkebolehan dan lemah. Cuba bagi peranan yang lebih besar kepada orang Melayu khususnya belia dalam memimpin GLC dan mewujudkan lebih ramai ahli perniagaan dalam pelbagai bidang. Jangan menang sorak kampung tergadai seperti Pak Kaduk. Simpton orang lama sekeliling pemimpin membodek kepimpinan akan menyebabkan belia semakin hanyut. Bila terlampau ramai generasi lama dalam memimpin GLC adakah peluang untuk belajar untuk golongan belia belajar secara praktikalnya ? Apakah bentuk rupa ahli perniagaan pada masa akan datang?

Mereka lebih mempercayai orang asing daripada orang Melayu yang hampir 18 juta di Malaysia. Ucapan Hidup Melayu biarlah yang bermartabat  hanyalah ungkapan kosong mengisi halwa telinga Melayu. Ucapan "Hidup Melayu" umpama "Kafankan Melayu" apabila peremajaan secara menyeluruh hanyalah retorik semata-mata. Pesanan saya buat orang lama banyakkan beramal dan mula dekati akhirat di sisa-sisa dan subsidi kehidupan yang ALLAH s.w.t. beri. Jawatan hanyalah sementara dan amanah ini akan di tanya di akhirat nanti. Pemimpin yang jelas terlibat dengan korupsi harus di tolak demi kepentingan Melayu. Jangan bagi ruang lagi pada mereka dan sesiapa yang masih menjunjungnya saya anggap sebagai Si Kitul dan Raja Mandeliar. Ingat demi masa depan Melayu tidak kira siapa dan gahnya nama jika melibatkan maruah Melayu harus di hapuskan !

Jangan hanya menyebut Malaysia tidak amal rasuah dengan indeks rasuah terendah tetapi masih ada nama pemimpin yang mempunyai sejarah penyelewengan Mega tertinggi di simpan. Jangan simpan kudis buta mengelilingi tubuh Melayu dan akhirnya Melayu akan mati.

Melayu atau pemimpin yang bersalah ?




Monday, December 8, 2014

Relevankah Malaysian Malaysia ?



Allahyarham Pak Zubir Said, pencipta lagu rasmi 'Majulah Singapura'. Pada tahun 90-an, terdapat desakan agar lirik lagu ini diubah daripada Bahasa Melayu ke bahasa rasmi yang lain

Tanggal 9 Ogos merupakan Hari Nasional yang akan disambut setiap tahun di Singapura.Republik tersebut telah ditendang keluar dari negara kita setelah mereka memainkan sentimen perkauman yang hampir memusnahkan negara kita yang ketika itu hanya berusia 2 tahun. Mungkin ramai yang menyalahkan tindakan almarhum Tunku Abdul Rahman, tetapi mungkin ramai juga yang tidak sedar bahawa sejak awal lagi, Tunku keberatan untuk menerima Singapura ke dalam Malaysia disebabkan nisbah komposisi kaum penduduk pulau itu serta sosio-politiknya yang berbeza dengan semenanjung Tanah Melayu.

Salah seorang individu yang paling beriya-iya untuk menyertai Malaysia adalah Lee Kuan Yew yang juga pemimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura. Tindakan tersebut dibuat bagi menyelamatkan kerjaya politiknya yang ketika itu sedang menghadapi tentangan hebat daripada Barisan Sosialis. Walau bagaimanapun, setelah diterima menyertai Malaysia, Lee, yang digambarkan oleh Said Zahari yang telah ditahan ISA selama 17 tahun oleh regim PAP, sebagai mempunyai nafsu dan cita-cita yang besar, cuba menjadi hero masyarakat bukan Melayu di Malaysia, terutamanya kaum Cina, dengan menganjurkan konsep Malaysian Malaysia yang kabur tetapi kelihatan cantik pada luarannya. Lee memainkan polemik kononnya berlaku ketidakadilan dan ketiadaan hak sama rata di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Sebelum menyertai Malaysia, Lee sebenarnya sedar akan kewujudan hak istimewa orang Melayu dan beliau tidak pernah mempertikaikannya semasa rundingan pembentukan Malaysia. Malahan dalam kenyataan-kenyataan umum yang dibuat sebelum penyertaan Singapura ke dalam Malaysia, Lee malah menegaskan pendiriannya bahawa Pemerintah PAP Singapura yang dipimpinnya bukan sahaja akan patuh tetapi akan mempertahankan Perlembagaan tersebut. Walaubagaimanapun, keadaan sebaliknya berlaku setelah Singapura diterima menyertai Malaysia.

Sepanjang tempoh kekecohan penyatuan Singapura ke dalam Malaysia, Lee telah beberapa kali mencabar kedudukan dan membesar-besarkan soal hak istimewa orang Melayu yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Lee mengaitkan masyarakat Melayu tempatan yang sebahagiannya mempunyai hubungan darah dengan kepulauan lain di nusantara yang kini membentuk Indonesia sebagai pendatang yang setaraf dengan kaum-kaum imigran lain. Di dalam buku Tunku berjudul ‘Looking Back’, Tunku telah memetik beberapa kenyataan dan ucapan Lee yang jelas anti-Melayu. Antaranya ialah ‘tiada satu pun antara tiga kaum utama –Cina, Melayu dan India, yang berhak menuntut adalah lebih pribumi kepada Malaysia berbanding yang lain, kerana menurutnya, semua nenek moyang mereka datang ke Malaysia tidak lebih daripada 1000 tahun’. Ikrar dan janji-janji inilah yang telah dimungkiri oleh Lee yang disifatkan oleh almarhum Tunku sebagai “orang yang tidak boleh dipercayai” dan kemudiannya mengambil keputusan muktamad untuk menyingkirkan Singapura demi menyelamatkan keutuhan Persekutuan Malaysia daripada terjebak ke dalam konflik perkauman.

Selepas Singapura disingkirkan dari Malaysia, peluang kini terbentang luas kepada para pemimpin PAP Singapura untuk membuktikan dan mengimplementasikan dasar ‘Singaporean Singapore’ kepada rakyat mereka berdasarkan falsafah keadilan dan hak sama rata kepada semua terutamanya kepada kaum minoriti sebagaimana yang diperjuangkan semasa mereka masih menyertai Malaysia. Tetapi adakah perkara tersebut benar-benar berlaku? Realitinya setelah mendapat kuasa, Pemerintah Singapura telah menjilat kembali ludah mereka dan secara konsisten menindas hak kaum minoriti Melayu yang juga merupakan pribumi asal Pulau Singapura. Beberapa contoh yang dapat dilihat adalah seperti berikut :


1) Ketenteraan : Masyarakat Melayu Singapura selama hampir 20 tahun secara sengaja telah disisihkan daripada menjalani latihan wajib Khidmat Negara yang bertujuan untuk memberikan latihan ketenteraan kepada belia negara tersebut. Pada awal tahun 1970-an, apabila angkatan tentera British berundur dari Singapura, ramai bekas pekerja Melayu yang berkhidmat dengan angkatan tentera British sukar untuk diterima bekerja di dalam Angkatan Tentera Singapura (SAF). Bagi orang Melayu yang dibenarkan menyertai SAF, menjadi satu rahsia yang diketahui umum bahawa mereka dinafikan hak daripada menyertai ‘Unit Sensitif’ di dalam SAF walaupun mereka memiliki kelayakan tinggi. Malahan Lee Hsien Loong, Perdana Menteri Singapura pada hari ini, di dalam akhbar Straits Times bertarikh 20 Julai 1987 telah mengesahkan bahawa jawatan tertentu di dalam SAF telah ditutup kepada orang Melayu atas alasan ‘keselamatan negara’ kerana kesetiaan mereka terhadap negara sentiasa diragui oleh Pemerintah Singapura.


Seorang tentera Singapura secara terbuka menyokong Israel di Facebook-nya




2) Kerjaya : Golongan berpendidikan tinggi dan profesional dari etnik minoriti sukar mendapatkan kerja berjawatan tinggi dan kenaikan pangkat walaupun mempunyai kelayakan akademik. Kesukaran yang dihadapi oleh profesional Melayu di Singapura terutamanya ketika mencari kerja di firma Cina tempatan menjadi punca ramai diantara mereka lebih memilih untuk bekerja di dalam syarikat Multinasional Barat. Kajian yang dibuat oleh Dr. Lily Zubaidah Ibrahim telah mendedahkan ramai profesional dari kumpulan minoriti mula mempersoalkan dengan serius tentang apa sebenarnya yang diamalkan dalam konsep berbilang kaum dan meritokrasi yang ideal dalam bidang pekerjaan sebagaimana yang diwar-warkan oleh Pemerintah Singapura.


3) Pendidikan : Sebagaimana kuota penduduk etnik di kawasan perumahan, pelajar Melayu di setiap sekolah sejak tahun 1988 dicadangkan supaya tidak melebihi 25% daripada bilangan pelajar kaum lain bertujuan untuk mengurangkan bilangan pelajar Melayu di sekolah tertentu atas alasan menghina iaitu untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar dan sekolah walaupun tida kajian ilmiah yang terperinci dibuat untuk mewajarkan pelaksanaan dasar kuota tersebut.



Seorang ahli PAP, Jason Neo, memuat naik gambar kanak-kanak tadika Melayu-Islam di Facebook-nya dengan ayat "Bus filled with young ter**rist trainees"



4) Politik : Walaupun hampir 14% penduduk Singapura terdiri daripada masyarakat Melayu dan merupakan kaum kedua terbesar, tetapi jumlah perwakilan masyarakat Melayu di Parlimen Singapura telah menjunam teruk hingga ke tahap 9.8% sahaja pada tahun 1991. Pernah dalam satu masa iaitu dari Bulan Disember 1980 hingga Januari 1985, tidak ada seorang pun Melayu dilantik sebagai Menteri Kabinet, hanya ada seorang Melayu iaitu Dr. Mattar berkhidmat itu pun hanya sebagai pemangku Menteri. Menjelang tahun 1990-an, hanya ada seorang wakil Melayu yang dilantik sebagai Menteri Kabinet Singapura. Sebagaimana di dalam tentera, Menteri Kabinet Melayu juga disisihkan daripada memegang portfolio penting disebalik alasan menghina kononnya mereka kurang berkelayakan. Walaupun Kabinet Singapura mempunyai dua orang Timbalan Perdana Menteri, jawatan tersebut hanya diisi oleh kaum Cina dan India sahaja dan tidak pernah diisi oleh kaum Melayu. (Bayangkan tuntutan Ultra-Kiasu yang mahukan negara kita mempunyai dua jawatan TPM. Siapakah yang mereka mahukan untuk mengisi jawatan TPM-2 itu?).


Di sebalik semua penindasan dan diskriminasi yang telah dilakukan oleh Pemerintah PAP Singapura terhadap masyarakat Melayu tempatan disebabkan tanggapan negatif mengenai tahap kesetiaan mereka terhadap negara, kajian yang dibuat oleh Chew Sock Foon (1987) telah membuktikan sebaliknya iaitu orang Melayu Singapura yang juga Bumiputera di pulau tersebut adalah masyarakat yang paling patriotik jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain di Singapura. Hasil kajiannya di dalam “Ethnicity and Nationality in Singapore” terbitan Centre for International Studies, Ohio University, mendapati orang Melayu mempunyai tahap jati diri kebangsaan tertinggi (86-98%) berbanding India (85-90%) dan Cina (69-95%), sementara orang Melayu Singapura yang berbangga menjadi rakyat Singapura adalah pada tahap 69-95%, berbanding dengan 54-74% bagi masyarakat Cina.



Fandi Ahmad, pemain lagenda Bola sepak Singapura menjulang Piala Malaysia pada tahun 1994

Apa yang menyedihkan, di negara kita pada hari ini, laungan kesamarataan hak kembali didendangkan oleh para chauvinist yang berselindung di sebalik topeng perjuangan hak asasi manusia. Maka timbullah slogan-slogan dan ideologi seperti "Malaysian Malaysia" , ‘Malaysian First, Malay Second’, ‘Middle Malaysia’, ‘Saya Anak Bangsa Malaysia’ , "Satu Malaysia" dan sebagainya yang kononnya mempelopori gerakan supaya diutamakan kepentingan nasional sementara hak Bumiputera dan Islam perlu diletakkan pada tangga kedua. Anehnya, apabila timbul isu yang menyentuh kepentingan kaum mereka seperti cadangan pengwujudan satu sistem sekolah tunggal bagi menggantikan Sekolah Jenis Kebangsaan (vernakular) , mereka bermatian-matian pula mempertahankan apa yang dipanggil hak kaum mereka dan keperluan untuk menghormati kepelbagaian budaya di Malaysia. Anak-anak muda Melayu yang baru menggenggam ijazah dari Universiti yang diperjuangkan oleh nenek moyang mereka merasakan mereka sudah menjadi terlalu bijak pandai lalu menyertai parti Ultra-Kiasu kononnya kerana tidak mahu dicop sebagai Rasis. Seorang apek yang dahulunya mempersendakan kalimah azan dan meminta orang Melayu pulang ke hutan dan hidup seperti orang Sakai tersengih lebar apabila filem terbaru terbitannya dijayakan oleh puluhan bintang filem Melayu. ‘Peduli apa Islam dihina, janji duit masuk’

Relevankah Malaysian Malaysia ?

Hidup Melayu Biarlah Hidup yang bermartabat !

Mencari roh perjuangan



Saya mendengar pidato Presiden Sukarno di internet. Jarang  umat Melayu Islam di rantau ini mendengar ucapan pidato penentangan terhadap penjajahan, serangan dan ancaman Barat ke atas umat Islam dari seorang pemimpin negara seperti ucapan yang saya dengar hari ini. Bukan sahaja ucapannya lancar, tegas, bersemangat dan meniupkan semangat, malahan dalam ucapan ini presiden Melayu ini juga menyebut “Allah selalu berada dipihak yang benar …”, “Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar …”, “Merdeka atau mati …”.

Presiden Sukarno (1901 – 1970)



Rakyat mana-mana negara sentiasa mengharap pemimpin tertinggi mereka mengatur dan mentadbir negara dengan cekap, mempunyai misi dan visi yang jelas dan hebat kearah mana negaranya hendak dibawa dan dituju. Oleh kerana Islam mempunyai agenda dunia yang besar dan penting, harapan umat Islam terhadap pemimpin mereka adalah lebih-lebih lagi.

Zaman serangan tsunami Budaya Barat yang melanda generasi Alaf Baru, kalimat-kalimat itu hanya kedengaran dari tok tok lebai, individu-individu atau segelintir pemimpin parti pembangkang yang bukan berada diposisi pemimpin sesebuah negara, apatah lagi pemimpin sebuah negara besar seperti Indonesia yang mempunyai penduduk Islam teramai di dunia (kira-kira 250 juta pada hari ini). Presiden, perdana menteri atau apa sahaja istilah ketua sesebuah negara adalah lambang, contoh, teladan dan penentu kepada pemikiran, halatuju dan semangat sesebuah umat tersebut. Bayangkan jika semua atau kebanyakan pemimpin, presiden atau perdana menteri

Negara-negara Umat Islam memberikan ucapan seperti itu di negara masing-masing dihadapan rakyat jelata katakan semasa Yahudi menyerang Gaza pada tahun 2006 dan 2013, Amerika memerangi Iraq pada tahun 2003, Rusian masih sedang memerangi Chechnya pada hari ini, tidakkah dengan ucapan itu akan meniup ruh jihad yang kuat kedalam jiwa pemuda dan pemudi yang mendengarnya ? Bayangkan jika semua atau kebanyakan pemimpin resmi negara-negara umat Islam berpidato seperti itu ketika mereka sesama mereka duduk bersidang dalam satu persidangan mewakili seluruh umat Islam di dunia, keputusan atau resolusi yang bakal dicapai mungkin berbeza dengan minit-minit mesyuarat lesu yang dicapai dalam persidangan pada hari ini.

Saya tak fikir umat Melayu yang tenggelam dalam tsunami Budaya Barat mampu berucap seperti Presiden Sukarno, apatah lagi berjuang dengan perjuangan sebenarnya menentang Barat itu sendiri. 
( Konsert Sunburst di KL).

( Konsert Wings & Search )

Saya hanya memberi komen dari intonasi dan isi ucapan Presiden Sukarno yang saya kebetulan mendengar dari u-tube. Sebagai pendakwah dengan fikrah yang jelas, kita sedia maklum bahawa ucapan semata-mata belum cukup untuk menjadi kayu ukur dalam menilai peribadi seseorang apatah lagi perjuangannya. Bahkan salah satu prinsip hidup saya ialah menahan diri dari menilai seseorang, lebih-lebih lagi terhadap ahli-ahli politik, hanya berdasarkan ucapan dan kata-katanya. Kita mesti menilai seseorang berpandukan amalannya sekali, berdasarkan agenda perjuangan partinya, berdasarkan plan beliau mendidik masyarakat dan membangunkan material negara secara Islam, supaya keputusan yang kita buat tidak tersilap.

Malaysia di fasa dimana calon yang bukan-Islam mengalahkan calon  yang beragama Islam dengan dokongan jentera dan pengundi majoriti Islam. Ini akan hanya berlaku melalui salah satu dari dua sebab, samada 
(i) jentera dan pengundi majoriti Islam tersebut mempunyai agenda Islam jelas, dan mereka diyakinkan bahawa individu bukan islam memang ikhlas dan bersungguh akan membawa dan menjayakan Agenda Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw, atau 
(ii) jentera dan pengundi majoriti Islam tersebut tidak jelas akan agenda Islam apa yang hendak diperjuangkan.

Visi dan Misi mendidik, mentarbiyah umat agar memahami agenda mereka sebenar kemudian menyatu dan menguatkan mereka kearah menjayakan agenda tersebut bukan satu perkara yang mudah dan singkat. Apabila Abu Talib hampir akur dengan desakan Quraisy, Rasulullah saw berkata kepadanya, “Hanya satu kalimah, jika mereka mengucapkannya, Arab akan memimpin dunia dan umat Ajam (bukan-Arab) akan membayar Jizyah kepada mereka”. Abu Talib bertanya, “Apakah kalimat itu?. Jawab Nabi saw, “Lailaha illAllah (membuat persaksian dan menjayakan agenda yang terkandung didalamnya)”. [kitab seerah Ar-Rahiq Al-Makhtum m/s 84, terjemahannya “The Sealed Nectar”]

Kita juga yakin bahawa pemimpin yang baik hanya akan datang dari rakyat yang baik. Oleh itu kita berusaha dan berdoa semoga Allah swt merubah jiwa umat Islam yang lesu kepada umat yang bangkit dan peka, dari sifat materialistik kepada sifat kejiwaan yang luhur dan berkualiti tinggi, dari sikap hanya memikirkan diri dan suku sakat sendiri kepada sikap prihatin dan bercita-cta tinggi untuk memimpin dan membimbing umat-umat di seluruh pelusuk dunia.

Belajar Terus Belajar.

RENAISANS PENDIDIKAN MELAYU -Tinta Presiden Jais Abd Karim


RENAISANS PENDIDIKAN MELAYU

PERSIDANGAN AGUNG TAHUNAN (PAT) GPMS KALI KE- 60
SEKOLAH MENENGAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH (PEKAN)
PEKAN, PAHANG DARUL MAKMUR
(5 - 7 DISEMBER, 2014)


Bismillahhirrahmanirahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


1. Ucapan Alu-Aluan, Laporan dan Analisa Pencapaian GPMS.


1.1.1 Yang dihormati, saudara Pengerusi Tetap GPMS, barisan kekanda, mantan Presiden merangkap Penasihat GPMS dan ahli-ahli Panel Pemikir GPMS, Sdra. Ezaruddin Abdul Rahman, Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden, sahabat Ahli-ahli Majlis Tertinggi, para Pengerusi GPMS Negeri, Yang Dipertua GPMS Cawangan, para perwakilan, wakil media, kepimpinan GPMS seluruh negara serta hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.


1.1.2 Syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurniaNya dapatlah kita bersama berkumpul pada hari ini bagi menjayakan Persidangan Agung Tahunan (PAT) GPMS buat kali ke-60, kali kelima untuk kepimpinan muda GPMS dari seluruh tanah air yang berumur di bawah 40 tahun berdasarkan ketetapan Akta 668 - Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007.


1.1.3 Saya mewakili saf kepimpinan GPMS mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan jutaan terima kasih khas kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II di atas kesudian beliau hadir bagi merasmikan Persidangan Agung Tahunan kali ke-60 ini. Kehadiran beliau merupakan satu penghargaan dan pengiktirafan khas kepada perjuangan GPMS yang kini berusia 66 tahun. Terima kasih juga kepada para jemputan di atas kesudian menghadiri Persidangan Agung Tahunan GPMS ini.


1.1.4 Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pengerusi GPMS Negeri Pahang, Sdr. Wan Emril Nizam Wan Embong dan seluruh ahli jawatankuasa PAT khususnya dari GPMS Cawangan Pekan yang bertungkus lumus bagi menjayakan persidangan agung pada kali ini.


Para perwakilan dan hadirin yang dikasihi


1.2 Kejayaan yang dicapai pada tahun ini dan analisa ringkas.


1.2.1 Sejak mengambil alih tampok kepimpinan GPMS pada November 2009, kita telah mendapat sokongan jitu dari pihak kerajaan dan pelbagai institusi swasta bagi melaksanakan hampir 700 program yang memberi manfaat kepada hampir 3 juta pelajar di seluruh negara. Segala laporan aktiviti ini didokumentasikan di dalam Majalah Suara GPMS 2010, 2011, 2012 dan 2013. Laporan 2014 akan menyusul pada awal tahun hadapan. Majalah ini telah diedarkan kepada 10,000 buah sekolah dan institusi di seluruh negara pada setiap tahun sebagai bukti bahawa perjuangan ini wujud dan berfungsi untuk membantu meningkatkan prestasi pendidikan masyarakat Melayu. Saya bersyukur kerana “gear tiga” perjuangan yang kita pacu pada sepanjang 4 tahun lepas telah berjaya ditingkatkan ke ‘gear empat’ pada sepanjang tahun 2014 ini. Kita perlu bergerak dengan lebih mampan pada tahun 2015 ini, bagi mempertahankan ‘gear empat’ sebelum bakal Presiden baharu mengambil alih dan membawa GPMS kepada dimensi yang seterusnya pada masa hadapan.


1.2.2 Penaung GPMS, YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Hj. Abdul Razak, pada pertengahan tahun 2014 ini, bermurah hati memberi geran khas kepada Yayasan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (YGPMS) bagi membolehkan kita berkembang dan terus maju dalam bidang perniagaan dan pendidikan. Saya mewakili kepimpinan GPMS seluruh negara amat menghargai sokongan dan bantuan daripada beliau. Penghargaan khusus ditujukan kepada Sdr. Rosdi Amir yang bertungkus lumus menguruskan YGPMS sehingga berjaya memperoleh dana ini. Komitmen, semangat dan kegigihan beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan GPMS sejak Januari 2012, wajar diberikan penghargaan, sokongan dan kerjasama daripada semua pimpinan GPMS seluruh negara.


1.2.3 Ahli-ahli Majlis Tertinggi GPMS juga telah memperbaiki prestasi pada tahun lepas dengan lebih fokus kepada bidang dan kecenderungan masing-masing bagi melaksanakan amanah tugas tersendiri. Rombakan kecil terus dilakukan bagi memantapkan saf kepimpinan GPMS. ”Pemimpin datang dan pergi; GPMS perlu kekal abadi”. Terima kasih kepada semua yang memahami.


1.3.1 Beberapa program utama anjuran GPMS di peringkat kebangsaan pada sepanjang tahun 2014 yang perlu diberikan penghargaan khas adalah seperti berikut:













Jumlah 32 program (di atas) membuktikan bahawa pihak GPMS Kebangsaan tidak pernah sunyi daripada melaksanakan program untuk memperkasakan pengetahuan bangsa.


1.3.2 Retreat Kepimpinan GPMS Kebangsaan di Pulau Pinang pada 27-29 Disember 2013 yang lalu amat menarik untuk direnung dan diberi perhatian. Sesi bersama Dr. Yahya Md Hassan dan Pak Rosli amat menarik untuk diingati semula bagi memastikan lebih ramai ‘maverick’ atau pejuang yang sanggup bergerak atau berusaha secara individu perlu dilahirkan dengan lebih ramai lagi dalam GPMS. Inilah realiti perjuangan GPMS.


1.3.3 GPMS semakin sedar tentang peri pentingnya peranan media sosial pada hari ini. Justeru, pada 16 Februari 2014 yang lepas, GPMS Kebangsaan dengan kerjasama GPMS Putrajaya telah menganjurkan Seminar Interaktif Media Sosial yang dihadiri oleh ramai Ketua Penerangan setiap negeri. Mulai saat itu hinggalah sekarang, segala makluman berkenaan GPMS boleh dilihat secara lengkap dalam laman sesawang www.gpms.my dan FB: GPMS ‘YES’ serta pelbagai kumpulan ‘WhatsApp’ dan ‘telegram’.


1.3.4 Hubungan rapat GPMS bersama Duta Besar (DUBES) Malaysia ke Indonesia, Tuan Yang Terutama (TYT) Dato’ Sri Zahrain Hashim yang juga ahli Panel Pemikir GPMS semakin terjalin erat. GPMS terlibat secara langsung dengan Majlis Perasmian ‘Malaysian Hall’ di Medan pada Mac lepas.


1.3.5 Masalah ‘Persatuan Alumni GPMS Kebangsaan’ menjadi semakin komplikated apabila pejabat Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) telah membenarkan penubuhan persatuan ini tanpa merujuk langsung kepada GPMS. Notis Bantahan Rasmi telah dihantar kepada ROS pada 9 Oktober 2014 yang lepas dan kita masih menunggu penjelasan daripada pihak ROS.


1.3.6 Buat tahun yang kedua berturut-turut, Ayahanda Perdana Menteri telah membuat ucapan khas sempena Hari Ulang Tahun GPMS di laman sosial - tweeter beliau. GPMS juga telah membuat iklan khas dalam Akhbar Utusan Malaysia pada 14 Ogos 2014 sebagai tanda penghargaan GPMS terhadap bantuan dan kerjasama kerajaan Malaysia kepada GPMS selama ini. (Lampiran 1). Buat julung-julung kalinya juga Jamuan Sambutan Ulang Tahun GPMS ke-66 dan Jamuan Aidilfitri GPMS diadakan secara konsep ‘garden dinner’ di Taman Tasik Titiwangsa pada 14 Ogos 2014. Ramai tetamu kehormat menghadiri majlis ini dan diketuai oleh mantan Perdana Menteri Malaysia yang kita kasihi iaitu YABhg. Tun Abdullah Badawi. Turut hadir ialah YB Dato’ Sri Hilmi Yahya, Timbalan Menteri Kesihatan dan YBhg. Dato’ Khairun Aseh Che Mat, Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri serta YB Dato’ Razali Ibrahim, Timbalan Menteri JPM. Tahniah kepada semua yang membantu menjayakan program ini. Satu konsep baharu yang sangat menarik.


1.3.7 GPMS turut dijemput menghadiri Bengkel Pemikiran Institusi Raja Melayu di Genting View Resort anjuran UiTM pada 19 – 21 Ogos 2014 yang lepas. Maka akan terciptalah lagi sejarah GPMS jika konsep dan idea ini berjaya diterjemahkan.


1.3.8 Terdapat dua program utama yang bakal berlangsung pada hujung tahun ini:


(i) Puan Rafidah Mohd Ariffin – Naib Presiden Wanita kita telah mula aktif semula melalui perlaksanaan Program Majlis Makan Malam Srikandi GPMS. Program ini dan Pelancaran beberapa Program GPMS 2015 akan dirasmikan pleh YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor di Hotel Istana, Kuala Lumpur pada 18 Disember 2014 nanti.


(ii) Program kedua ialah Program 1 Mahasiswa 1 Suara di 20 buah IPT seluruh negara tajaan KPDNKK. Sdri. Hazzirah Izzati Mat Hassim 24 tahun, mahasiswa termuda yang berjaya mendapat PhD di UTM akan berdialog secara teleconference semasa program ini berlangsung pada sepanjang Disember dan Januari ini.


1.3.9 Alhamdulillah, bagi pemilihan umum Ahli Parlimen Belia (APB) pada November lepas, seramai 25 orang ahli GPMS di seluruh negara telah berjaya memenangi kerusi tersebut daripada 29 calon yang kita pertaruhkan. Kita akan memberi Sijil Anugerah Tokoh Penggerak Muda GPMS kepada mereka semasa Majlis Perasmian PAT ini nanti. Marilah kita berikan tepukan sebagai tanda tahniah dan syabas kepada kesemua calon yang telah terpilih. Mereka ialah:


i. Sdr Muhamad Ridhwan Bin Muhamad Rosli – Selangor
ii. Sdr. Muzammil Arif Bin Kamaruddin - Putrajaya
iii. Sdr. Muhammad Abu Al Ghida – Selangor
iv. Sdr. Mohd Faiz Bin Mohamed Rafeek – Pulau Pinang
v. Sdr. Mohd Aishamuddin Bin Yaakob – Perlis
vi. Sdr. Mohd Faiz Mahayudin - Pahang
vii. Mohd Abroar Bin Mohd Sidek - Selangor
viii. Al- Muzaffar Shah bin Idris - Selangor
ix. Mohd Azfar Ariff Bin Mohd Farid - Selangor
x. Mohd Asril Ilmi Bin Mustaza Azuan - Selangor
xi. Nuralif Affandi Bin Nor Rahmat - Selangor
xii. Muhamad Syukur Bin Sabari - Selangor
xiii. Mohamed Khairul Azman Bin Abdul Azeez - Selangor
xiv. Asyraf Bin Adlan - Selangor
xv. Zarra Zuriaty Binti Dr. Rawi - Selangor
xvi. Nur Farah Ain Binti Abul Nasir - Selangor
xvii. Radhiah Binti Razmani - Selangor
xviii. Nik Nur Muhammad Ameer Bin Nik Zainuddin - Selangor
xix. Syed Mohsen Bin Syed Abu Bakar AlKaff - Selangor
xx. Muhammad Ismail Bin Alias - Selangor
xxi. Idzham Mohd Hasim - Selangor
xxii. Norzulaiqha Binti Zulkifli - Selangor
xxiii. Haerris Khizer Bin Mohd Riani - Selangor
xxiv. Azwan Bin Omar - Selangor
xxv. Mohd Syafiq Bin Abdullah - Selangor


1.3.10 Seorang pimpinan kanan GPMS telah terpilih sebagai Tokoh Belia Negeri (Anugerah Perdana Tokoh Belia Negara) semasa Sambutan Hari Belia Negara pada peringkat negeri masing-masing baru-baru ini. Beliau adalah Sdr. Izani Abdul Ghani (Pengerusi GPMS Negeri Terengganu) – Ikon Belia Negeri Terengganu


Para perwakilan dan hadirin yang dikasihi


1.4 Beberapa kunjungan hormat dapat dilaksanakan di dalam kesibukan menganjurkan pelbagai program terutamanya dalam usaha memastikan semua usul PAT yang lepas dapat diperjuang dan dilaksanakan. Berikut adalah ringkasan informasi pertemuan yang telah diadakan:


1.4.1 Kunjungan Hormat dan perbincangan bersama dengan YB Tuan Khairy Jamaluddin (Menteri Belia dan Sukan) telah diadakan pada 7 Januari 2014, 3.30 Petang, di Pejabat Menteri, Menara KBS, Putrajaya. Intipati perbincangan lengkap dapat dirujuk di Lampiran 2.


1.4.2 Kunjungan Hormat ke pejabat YB Dato’ Sri Fadillah Yusof, Menteri Kerja Raya pada 13 Oktober 2014. Jemputan merasmikan PAT dan perbincangan isu-isu semasa. Keadaan Banglo Merah telah mendapat kritikan dan ditegur secara sinis oleh beliau. Namun, pihak GPMS Kebangsaan telah mengambil tindakan segera dan melakukan sedikit pembaikpulih agar imej bangunan GPMS terpelihara.


1.4.3 Dialog bersama YBhg. Dato’ Dr Marzuki (Setiausaha Politik Menteri Pendidikan I) di Banglo GPMS. Program ini dihadiri oleh ramai ahli GPMS yang menganggotai Alumni Sarjana Pendidikan Teknikal dan pada yang sama telah disampaikan memorandum khas dari GPMS. (Rujuk di Lampiran 3)


1.5.1 Terima kasih juga kepada Timbalan Presiden, Naib Presiden III dan ahli Majlis Tertinggi serta beberapa orang kepimpinan negeri juga cawangan yang sudi membantu memberi idea bagi menghasilkan ucapan dasar ini.


1.5.2 Pertukaran Pengerusi GPMS pada peringkat negeri di dua buah negeri terpaksa dilakukan di atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Semoga Pengerusi GPMS Selangor dan Wilayah Persekutuan yang baru dilantik mampu memikul amanah ini. Mewakili saf kepimpinan GPMS, saya merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga di atas khidmat dan jasa mereka yang terpaksa dipendekkan tempoh perkhidmatan. Tempoh peralihan ini pasti sukar. Ucapan tahniah dan terima kasih kepada segala daya usaha mereka ini dan berharap perjuangan GPMS di setiap negeri akan bertambah hebat pada tahun hadapan.


1.5.3 Kepimpinan pada peringkat cawangan juga mula bertambah aktif. Muncul beberapa pemimpin baharu yang aktif dan berkarisma. Para pemimpin pada peringkat cawangan ini mempunyai peranan yang semakin penting seiring dengan perubahan zaman. Mereka perlu memberi fokus kepada isu setempat dan perlu melaksanakan program sebagaimana panduan yang disediakan oleh GPMS Kebangsaan. Kempen penambahan ahli pada peringkat cawangan penting dalam membentuk kekuatan tulen dan melahirkan kepimpinan pelapis yang lebih ramai. Bagi membolehkan GPMS pada peringkat negeri dan cawangan diperkasakan, GPMS Kebangsaan terus memberi bantuan yang sewajarnya kepada mereka yang membuat permohonan kewangan ke ibu pejabat.


1.5.4 Saya berharap para perwakilan di PAT kali ini dapat membuat perbincangan yang sesuai berikutan cadangan Kementerian Belia dan Sukan untuk membuat pindaan umur Akta Pertubuhan Belia – Di bawah 30 tahun menjelang tahun 2018. Kita perlu diputuskan sama ada kita ingin tubuhkan Pertubuhan Perkaderan GPMS (PPGPMS) @ GPMS Muda atau GPMS perlu terus dikekalkan di bawah akta ini.


Para perwakilan dan hadirin yang dikasihi


2. PENDIRIAN GPMS DALAM PELBAGAI ISU TERUTAMANYA ISU PENDIDIKAN DAN KEBELIAAN SEPANJANG 2014.


2.1 Berikut adalah pendirian GPMS dalam pelbagai isu terutamanya berkenaan isu pendidikan sepanjang 2014. Kesemua pendirian ini dinyatakan dalam pelbagai media massa dan program-program jemputan dari pihak luar. Pendirian ini juga dibuat berdasarkan perbincangan dalam kalangan kepimpinan kanan GPMS.


2.2 GPMS telah dijemput oleh pejabat Y.A.B Perdana Menteri ke program ’Dialog NGO bersama Y.A.B Perdana Menteri’ di Seri Perdana pada 30 Januari 2014 yang lepas. Saya secara berterus terang telah menyuarakan empat isu sebagai mewakili suara dan pandangan GPMS:


(1) Mengucapkan terima kasih kepada Y.A.B Perdana Menteri di atas Agenda Pemerkasaan Bumiputra.


(2) Mohon ketegasan Y.A.B Perdana Menteri terhadap pegawai-pegawai di pejabat beliau dan menteri yang diamanahkan untuk menjaga Melayu serta ketua-ketua GLC yang gagal melaksanakan agenda membantu Melayu.


(3) Memaklumkan tentang kegagalan program perkaderan generasi muda anjuran kerajaan. Fungsi Biro Tata Negara (BTN) perlu diperkasakan supaya lebih sesuai dengan peredaran zaman.


(4) Memohon Y.A.B Perdana Menteri memperhalusi semula konsep KPI yang lebih mementingkan keuntungan dan bukannya tanggungjawab sosial.


2.3 Pada 4 Februari 2014 yang lepas, saya bersama beberapa orang pimpinan muda GPMS telah bergegas menyampaikan Nota Bantahan kepada YB Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh yang bersikap sangat ‘kurang ajar’. Keseluruhan nota bantahan itu boleh dibaca di Lampiran 4.


2.4 GPMS telah dijemput hadir dalam perbincangan bersama Menteri Pendidikan II pada 11 Ogos 2014 bagi berbincang tentang isu-isu pendidikan terkini. Antara NGO lain yang turut hadir ialah MPM, Perkasa, Biro Pendidikan UMNO dan NGO Pendidikan Melayu yang lain. Ini merupakan satu pengiktirafan besar kepada GPMS. Isu-isu yang dikemukakan oleh GPMS boleh dirujuk di Lampiran 5.


2.5 GPMS juga telah menghantar Memorandum Khas Kepada Y.A.B. Tan Sri Haji Muhyiddin Bin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Ketua Penasihat GPMS Pada 14 Oktober 2014 dengan tajuk: Mengkaji Semula Cadangan Meningkatkan Syarat Kemasukan Ke IPTA dan Syarat Graduasi Berdasarkan Keputusan MUET. (Lampiran 6)


2.6 Berikut pula adalah ringkasan kenyataan akhbar GPMS pada sepanjang 2014 ini:


i. GPMS terlibat dalam gerak saraf penentu harga barangan.


(Petikan Utusan Malaysia- Putrajaya -12 Februari 2014) - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) terlibat dengan kempen gerak saraf kerajaan dalam mendidik pengguna agar mereka sedar hak dan peranan masing-masing terutama sebagai penentu utama harga barangan di pasaran.


ii. GPMS bantu UiTM wujudkan Kursi Institusi Raja Melayu.


(Petikan Utusan Malaysia- Bentong, 18 Ogos 2014) - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) terlibat dengan usaha UiTM untuk mewujudkan kursi tersebut bagi menjadi benteng terakhir bagi mempertahankan kedaulatan institusi tersebut. Kempen gerak saraf kerajaan dalam mendidik pengguna agar mereka sedar hak dan peranan masing-masing terutama sebagai penentu utama harga barangan di pasaran.


Antara objektif utama penubuhan kursi itu adalah memberi kesedaran dan kefahaman yang tepat kepada masyarakat, bertindak sebagai pusat rujukan Kesultanan Melayu; menjelaskan mengenai wasiat Raja-raja Melayu yang menjadi nadi kepada roh semangat Melayu dalam jiwa masyarakat serta menjelaskan peranan Raja-raja Melayu yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kepentingan dan kedudukan orang Melayu tanpa mengabaikan kedudukan dan kepentingan kaum-kaum lain.


iii.GPMS menyokong ketegasan kerajaan untuk terus tidak mengiktiraf UEC pada 25 Mac 2014. (Kenyataan penuh boleh dibaca di lampiran 7),


2.7 GPMS juga telah menjalin pelbagai kerjasama dengan NGO-NGO Melayu lain yang tumbuh umpama cendawan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.


i. Perwakilan GPMS telah menghadiri Mesyuarat Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM) di Nouvelle Hotel pada 8 Ogos 2014 dan saya sendiri telah dilantik di Parlimen sebagai ‘Duta Renaissans Melayu’. Kita juga akan terlibat secara aktif dalam Perhimpunan Renaisans Melayu yang dijangka akan diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 10 Januari 2015 nanti.


ii. GPMS juga telah menyertai satu gabungan 58 Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu / Islam yang telah dibentuk pada 28 Januari 2014 yang dipanggil Gabungan NGO-NGO Pribumi. Tujuan gabungan ini ditubuhkan ialah untuk menyiapkan satu dokumen rasmi yang dinamakan Memorandum Perpaduan Nasional (MPN) bagi mendesak kerajaan Malaysia mempertimbangkan pelbagai pendapat, cadangan dan rumusan yang terkandung dalam MPN sebagai asas kepada dasar pembentukan perpaduan nasional serta lain-lain dasar yang bermatlamat untuk memelihara kemakmuran, kesejahteraan, ketenteraman, keselamatan dan kelangsungan negara. Jawatankuasa ini telah bersidang sebanyak enam kali dan pada kemuncaknya satu ’Konvensyen Perpaduan Nasional’ telah diadakan pada 23 November, 2014 di Dewan Muktamar, Pusat Islam Kuala Lumpur.


iii. Baru-baru ini, GPMS juga dipelawa untuk menyertai Pertubuhan Pemikir Agenda Watan Malaysia (PEMIKIR) yang dipimpin oleh YBhg. Tan Sri Aziz Mohd Yassin. Pertubuhan ini ditubuhkan pada 7 April 2014 dengan matlamat:


1. Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, kesucian Islam, Kedaulatan Raja-raja Melayu dan hak-hak Bumiputera.


2. Mengeratkan perpaduan rakyat Bumiputera untuk menjamin kestabilan politik dan keselamatan negara.


3. Mempertingkatkan kedudukan ekonomi Bumiputera untuk memperkukuhkan kuasa politik Bumiputera.


GPMS komited untuk bersama-sama PEMIKIR bagi menganjurkan Kongres Ekonomi Bumiputera Kebangsaan pada tahun 2015 nanti.


Para perwakilan dan hadirin yang dikasihi


3. TEMA PAT: RENAISANS PENDIDIKAN MELAYU


3.1 Idea ini dicetuskan oleh YB Menteri Pendidikan II, Dato’ Seri Idris Jusoh dan diangkat sebagai tema PAT pada kali ini. Tema ini akan dikupas dalam topik seterusnya dan memfokus kepada lingkungan yang berkaitan dengan perjuangan GPMS dan menjurus secara khusus dalam bidang pendidikan. Melalui Renaisans Melayu ini, semua lapisan masyarakat khususnya Melayu diminta untuk menerapkan nilai-nilai positif supaya lebih dinamik, maju dan mampu bersaing dengan kaum yang lain.


3.2 Beliau menegaskan bahawa masyarakat Melayu merupakan majoriti rakyat yang perlu memberi sumbangan besar kepada kemajuan negara kelak. Jelasnya lagi, kebangkitan sesuatu bangsa perlu berasaskan nilai-nilai bangsa itu sendiri seperti berilmu, berani, rajin, cemerlang, tekun dan pengasih supaya terjaga perpaduan negara. Beliau juga sering mengadakan Wacana Intelektual di seluruh negara untuk memberi pengetahuan dan pelbagai tahap ilmu kepada penjawat awam dan pemimpin masyarakat selain mengharapkan ianya mampu memperkasa sejarah, ketamadunan bangsa dan perlembagaan bagi membina pemimpin yang beragenda memperjuangkan agama, bangsa dan negara. Kesimpulannya, Renaisans Melayu adalah satu kebangkitan yang menyeluruh bagi menjadikan Melayu sebagai satu bangsa yang HEBAT, BERMARUAH dan BERKAT. Kebangkitan ini akan membentuk satu kerangka pemikiran yang berbeza dan berorentasikan tindakan, berasaskan Islam dan nilai-nilai hebat yang perlu dijadikan amalan harian supaya Melayu boleh maju sehingga menerajui dunia.


3.4 Bagi GPMS, ‘Renaisans Pendidikan Melayu’ ini perlu bergerak atau bermula dengan semangat kesukarelawanan untuk melihat orang Melayu tersedar dari mimpi yang panjang dan bersedia menerima hakikat bahawa bumi yang dipijak hari ini tidak mungkin akan menjadi milik kita pada esok hari andai kita tidak bersatu dan berubah. Kita juga tidak mahu anak cucu kita mengemis di tanah air sendiri dek kerana kesilapan kita pada hari ini. Semuanya ini mesti bermula dengan menguasai ilmu dan memperhebatkan bidang pendidikan. Tindakan drastik dan bijak yang perlu kita lakukan ialah memperkasakan Sistem Pendidikan Sekolah Kebangsaan.


3.5 Pemikiran orang Melayu banyak dibentuk oleh adat resam dan budaya Melayu itu sendiri yang dilihat menjadi punca ‘kenapa’ kita masih ketinggalan jauh dari sudut pendidikan dan ekonomi. Malah, pada hari ini kuasa politik Melayu juga kian terhakis. Jika orang Melayu masih lagi bersikap “acuh tak acuh”, Melayu kelak hanya tinggal nama sahaja. Lantaran itu, barisan pemimpin muda dalam GPMS ingin turut mempelopori beberapa pemikiran Melayu baharu bagi menggantikan pemikiran Melayu yang sudah dianggap tidak sesuai dalam dunia yang penuh persaingan ini. Pokok pangkalnya, ‘di mana’ kita harus bermula. Ini adalah satu permulaan kepada perkara yang lebih besar pada masa hadapan.


3.6 Menurut YBhg. Tan Sri Sanusi Junid dalam salah satu majlis dialog berkenaan topik ini; “Sejak merdeka sehingga sekarang, kita yakin dan percaya bahawa kemunduran kita di dalam bidang pendidikan adalah sebab utama kemunduran kita yang perlu diselesaikan demi meningkatkan martabat dan memulihkan maruah bangsa. Kononnya, ada pendapat yang mengatakan; sekiranya kita berjaya menangani kekurangan atau kelemahan dalam bidang pendidikan maka selesailah masalah orang Melayu”.


Dahulunya, anak-anak Melayu tidak dapat melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan kerana MERIT terlalu rendah. Pimpinan universiti juga tidak pernah memberi pertimbangan kepada faktor taraf hidup yang rendah di luar bandar, kemudahan yang sangat sederhana dan tidak ada tuisyen diberikan secara percuma. Kuasa politik telah memutuskan supaya pihak universiti dipaksa mengambil pelajar Melayu dalam batasan ‘KUOTA’ yang ditentukan. Pengerusi Jawatankuasa Biasiswa di peringkat negeri terdiri daripada Pegawai Pelajaran Negeri bukan Melayu dan hanya seorang sahaja orang Melayu. Mereka menjadikan faktor MERIT sebagai alasan untuk menyekat dan menghalang permohonan pelajar-pelajar Melayu daripada mendapat biasiswa walaupun sudah ada kuota di universiti tempatan tersebut.


Berdasarkan desakan Pergerakan Pemuda UMNO pada waktu itu dan keputusan politik agar memindahkan jawatan Pengerusi Biasiswa Negeri daripada Pegawai Pelajaran Negeri kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (yang semuanya terdiri daripada bangsa Melayu) dan kesan daripada tindakan tersebut, terdapat peningkatan jumlah pelajar-pelajar Melayu menerima biasiswa, malah peluang melanjutkan pelajaran di universiti tempatan dan luar negara.


Kita dapati pada waktu itu kebanyakan anak-anak Melayu, dipilih kerana pintar untuk melanjutkan pelajaran di universiti, namun yang belajar dalam bidang ilmu yang diajar oleh bukan Melayu ini didapati GAGAL. Kita dapati para pelajar Melayu yang belajar dalam bidang agama, bahasa dan sastera Melayu di bawah pensyarah Melayu sahaja ramai yang berjaya. Kita juga dapati, para pelajar yang belajar di luar negara, walaupun yang dianggap kurang pintar, telah mencapai kejayaan. Di manakah silapnya sistem pendidikan di universiti tempatan kita dan hebatnya universiti luar sehinggakan pelajar Melayu yang pintar semuanya gagal dan yang kurang pintar mendapat kelulusan cemerlang di luar negara?


Maka berdasarkan keputusan politik, kita menghantar lebih ramai anak-anak Melayu yang ‘kurang pintar’ ke universiti luar negara untuk mengelak daripada mereka terkorban bersama pelajar pintar yang belum tentunya lulus di satu-satunya universiti tempatan pada ketika itu.


Inilah cabaran kita pada masa lalu. Kini, cabaran dan masalah seperti ini telah dapat ditangani dan tidak wujud lagi. Bercambah-cambah anak-anak Melayu yang berkelulusan universiti tempatan dan luar negara. Kita tidak lagi perlu mendesak kerajaan.


Kerajaan telah memperuntukkan banyak biasiswa untuk pelajar Melayu, jika dibandingkan peruntukan kepada pelajar bukan Melayu; Lantaran peluang, tempat, tabung biasiswa swasta jauh lebih besar disediakan untuk pelajar bukan Melayu di universiti luar seperti Singapura, Taiwan dan India dan kedudukan pelajar Melayu masih ketinggalan jika dibuat perbandingan.


Keputusan politik sebelum pemimpin masa kini, dalam persaingan untuk menawan hati pengundi China telah mengorbankan usaha merapatkan jurang pencapaian antara kaum ini apabila peruntukan biasiswa kerajaan hampir disamaratakan antara Bumiputera dan selainnya, sementara biasiswa swasta tetap kemarau untuk pelajar Melayu. Kita berasa sedih kerana angka/jumlah pelajar Melayu yang berpendidikan tidak seimbang dengan bukan Melayu yang berpendidikan.


Nampakkah kita bahawa kedurjanaan yang dilakukan oleh yang berpendidikan termasuk:


1. Rasuah yang lebih sofistikated dan tidak lagi seperti Melayu bodoh yang pandai hanya mencuri ayam;


2. Penyelewengan yang sukar dikesan kerana yang menyeleweng itu terpelajar;


3. Salah guna kuasa merata-rata kerana yang bodoh tidak berkuasa;


4. Penipuan secara yang lebih canggih kerana ilmu melimpah ruah; dan


5. LGBT, Liberalisma dan Pluralisma menjadi-jadi di bawah pimpinan orang yang cukup pintar.


*(Suntingan dan olahan berdasarkan Petikan ucapan YBhg. Tan Sri Sanusi)


3.7 Berdasarkan intipati petikan ucapan YBhg. Tan Sri Sanusi tersebut, GPMS berpendapat bahawa kaedah terbaik untuk mengukuhkan pendidikan Melayu ialah dengan cara MEMPERKASA SEKOLAH KEBANGSAAN. Justeru, pada persidangan agung tahunan GPMS kali ke-60 ini, GPMS akan menobatkan 100 IDEA TERKINI MEMPERKASA SEKOLAH KEBANGSAAN sebagaiDEKLARASI PAT 2014 yang digarap khusus oleh sebuah jawatankuasa khas yang diketuai oleh ahli panel pemikir GPMS iaitu YBhg. Dato’ Abdul Raof Husin, mantan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.


3.8 Matlamat tersirat idea ini juga jelas; Sekolah Kebangsaan yang hebat dan terbaik mampu menarik minat semua pelajar tanpa mengira kaum, seterusnya dapat menjayakan agenda sekolah satu aliran di negara ini dalam sebuah keharmonian dan meningkatkan kualiti pendidikan negara.


4. RENAISANS PENDIDIKAN POLITIK BELIA MELAYU.

4.1 Jauh di sudut hati ini sebenarnya, saya juga memikirkan kekecewaan terhadap ‘apa’ yang sedang menimpa belia dan pelajar Melayu dewasa ini. Di manakah silapnya hingga semua yang dikatakan oleh orang tua-tua yang berpengalaman termasuklah YBhg. Tan Sri Sanusi itu masih lagi terjadi? Di manakah puncanya kerana masih wujud masalah segelintir pemuda Melayu hari ini dan juga ribuan pemuda bangsa lain di luar sana masih menagih air ketum, penagih dadah, seks bebas, tersepit masalah hutang ‘along’, tidak berpendidikan, ‘mat rempit’ dan lain-lain masalah sosial, sedangkan mereka lahir dan hidup di Malaysia yang cukup bertuah ini? Bukankah kita sebagai pembela bangsa, ibu bapa yang mendidik, guru-guru terlatih yang mengajar, nilai-nilai murni Islam yang diajar oleh ustaz sejak dari awal pendidikan, semuanya telah memainkan peranan sebagai masyarakat yang prihatin?


4.2 Marilah kita renung dan perhatikan tindakan kerajaan Jepun menerusi pendidikan sosial dan disiplin yang diterapkan kepada rakyat Jepun sehinggakan mereka hidup dengan bersopan santun, hormat menghormati antara satu sama lain dan mampu berjaya dengan pantas.


Tidakkah sistem pendidikan kita sudah cukup baik?


Tidakkah semangat yang kita berikan dari semasa dan semasa melalui lagu patriotik, cerita teladan, motivasi, memadai?


Adakah kita tidak dibantu dan diberikan pelbagai bantuan kewangan, sahsiah/moral dan ekonomi oleh pihak Kerajaan? Di manakah silapnya?


4.3 Sedar tidak sedar dalam keselesaan yang kita capai pada hari ini, jika kita mahu menoleh ke belakang, menilai realiti statistik mengenai pencapaian bangsa kita, masih banyak lagi yang sebenarnya perlu kita lakukan untuk bangsa ini. Pemimpin politik harus berhenti bercakap mengenai angka memenangi pilihanraya sahaja. Ini membuatkan kita lupa tentang asas juang yang sebenar. Politik bukan sahaja SETAKAT wajib menang undi tetapi kita mempunyai hak istimewa berbanding yang lain dalam perjuangan tersebut.


4.4 Hari ini kita kekurangan pemimpin bangsa terutama pada peringkat belia - bawahan / pelapis yang seharusnya menjadi unit penting dalam perjuangan memperelokkan bangsa Melayu. Dalam Persidangan Agung UMNO yang berlangsung pada minggu lepas, dengan jelas Y.A.B Tan Sri Timbalan Presiden UMNO telah menegur para ‘warlord’ ini supaya meninggalkan legasi mereka dengan terhormat. Kita risau melihat mereka yang memimpin pada peringkat cawangan kebanyakannya merupakan ‘kaki ampu’, ‘kaki bodek’, ‘kaki kipas’ dan hanya berminat untuk politik diri atau untuk mendapat elaun khas dan projek-projek tertentu sahaja.

Dulu UMNO satukan orang Melayu untuk tolak Malayan Union, tolak beri tanah air ini kepada pihak British, tolak buka koata warganegara kepada semua dan KITA BERJAYA.


Dulu UMNO juangkan kemerdekaan untuk Tanah Melayu, perjuangkan bangsa kita yang miskin daif supaya dapat tempat dalam politik dan kepimpinan tanah air. Alhamdulillah, Tanah Melayu MERDEKA, kemudian negara Malaysia, menjadi tanah air bagi pelbagai bangsa, orang Melayu terus mentadbir semua bangsa dalam negara dengan saksama.


Dulu UMNO berjuang untuk kurangkan jurang ekonomi bangsa Melayu dengan bangsa lain kerana khuatir kita terus tertinggal. Orang Melayu daif, miskin dan tidak sekolah. Sejak 1970, pemimpin UMNO memperkenalkan Dasar Ekonomi Baharu, khusus untuk memberi bantuan pendidikan khas dan lain-lain. Alhamdulillah, bangsa kita daripada yang boleh membaca hanya 5%, hari ini tinggal 5% yang tidak boleh membaca. Rakyat yang ‘senang-senang’ dan berharta pun ramai di seluruh pelusuk negara.


4.5 Namun sejak UMNO stabil, kuat, selesa, nampaknya perjuangan Melayu ini tergendala. Ramai yang terlalu ingin berada dalam UMNO demi kuasa, jawatan dan nikmat, tetapi lupa tentang kerja perjuangan yang masih perlu dilakukan. Sejak itu, perjuangan kita terbantut. Majoriti yang kaya kekal kaya, yang miskin kekal miskin. Orang-orang yang miskin, daif di luar bandar pula semakin hari semakin selesa dengan ‘apa’ yang mereka ada dan tidak berusaha untuk meningkatkan taraf hidup. Sikap ini berbeza daripada rakan-rakan kita yang berbangsa bukan Melayu. Mereka tidak putus asa untuk berusaha bagi mendapat sesuatu lebih dari yang lain, usaha dan kerja keras untuk menjadi lebih selesa, menjadi lebih senang dan lebih kaya.


4.6 Orang yang lebih tua tidak ‘putus-putus’ mengingatkan orang muda tentang ancaman jika mereka miskin, tidak berpendidikan, tidak berduit dan tidak pernah berhenti memberi nasihat dan semangat agar sentiasa berusaha. Orang kita pula menasihatkan orang ramai untuk berasa cukup dengan ‘apa’ yang ada, kadangkala menggunakan alasan supaya selalu bersyukur dengan nikmat yang ada dan ramai juga yang suka bersikap ‘tak apa’. Sejak itu, kita kekalkan berada pada tahap yang sama dan keselesaan ini sedikit demi sedikit menjadi punca kita berada di belakang dan tidak lama lagi bakal membinasakan kita.


4.7 GPMS menganggap Renaisans Pendidikan Politik untuk generasi belia Melayu perlu diberi pemahaman yang lebih jelas dan diangkat sebagai satu gerakan kesedaran untuk membetulkan kembali persepsi politik yang jelas dan agenda untuk orang Melayu. GPMS akan melakukan gerakan ini secara serius dan tersusun demi perpaduan ummah.


4.8 Anak muda Melayu perlu sedar tentang nasib bangsa lain khususnya kaum cina yang telah memiliki kekuatan material dan secara tidak langsung mengunakan kekuatan ekonomi mereka untuk membina kekuatan politik. Justeru, anak muda Melayu perlu memahami bahawa kemunduran ekonomi tidak akan membina kekuatan politik untuk memastikan orang Melayu berkuasa di negara ini selamanya-lamanya. Sekiranya Melayu masih tidak faham, masih tidak sedar dan kita pasti menuju kehancuran.


Kita jangan jadi seperti "Lebai Malang".....dari dulu asyik bersorak bangga kerana kita ada Putrajaya....bangunan hebat....!


4.9 Akhirnya, Melayu hanya tinggal nama dan tiada hak serta tempat tinggal di tanah air sendiri. Adakah kita mahu melihat Melayu hanya mampu untuk mendiami rumah flat, tinggal di pondok-pondok usang dan sebagai gelandangan. Inilah cabaran buat kita semua. Bangkit dan SEDAR segera.


4.10 Untuk membentuk kesedaran pendidikan politik orang Melayu hendaklah berpandu kepada Al-Quran sebagai amalan hidup kerana Al-Quran menekankan persaudaraan Islam untuk memastikan mentaliti survival dapat diperkasakan.


4.11 Justeru, dalam persoalan ini orang Melayu perlu sedar bahawa selagi mereka tidak bersatu dan istiqamah dalam mempertahankan hak-hak orang Melayu, selagi itulah kita akan diperlekehkan malah akan terhakis dan dicabuli. Cuba kita lihat, kini sudah ada keberanian luar biasa pihak tertentu berani menuntut hak, menghina dan memperlekehkan kedaulatan Raja-raja Melayu. Keberanian kerajaan mempertahankan Akta Hasutan adalah tindakan bijak kerana ini adalah benteng untuk menyekat pihak-pihak tertentu yang melampau.


Cuba kita perhatikan;


• Di Thailand, biar apapun konflik di dalam negara itu, namun seorang penganut Buddha pasti menjadi Perdana Menteri.


• Di Indonesia, pelbagai konflik berlaku di dalam negara itu, namun orang Melayu Indonesia tetap akan dilantik sebagai Presiden.


• Begitu juga dengan Filipina, orang Kristian tetap akan menjadi Presiden.


4.12 Namun di Malaysia, sekiranya orang Melayu terus berpecah-belah tanpa memikirkan kepentingan Islam dan bangsa, kuasa yang ada sekarang mungkin akan hilang kerana orang Melayu Islam akan hilang kuasa politik. Pengundi Melayu bukan lagi menjadi kuasa penentu politik negara kerana Melayu telah berpecah mengikut kepentingan individu atau parti politik. Orang muda Melayu perlu bijak dalam perkiraan ilmu kepartian politik. Belajar dan lihatlah di Selangor, keadaan politik semasa telah memecah belahkan kelompok orang Melayu sendiri. Kita mungkin tidak minat politik dan tidak mahu ambil peduli tetapi janganlah sampai alpa tentang kuasa politik Melayu. Ini tanggungjawab kita sebagai umat dan rakyat bagi menentukan pentadbir dan kuasa politik negara kita.


4.13 Justeru, pendidikan politik amat penting difahami dan diketahui oleh anak muda Melayu kerana mereka adalah sebahagian daripada jentera penentu arah politik negara terselamat di tangan bangsa Melayu. Kehidupan anak muda Melayu pada hari ini sangat mencabar kerana hanya menerusi telefon pintar dengan mudah mereka dapat akses maklumat terkini tentang negara dan politik semasa namun malangnya maklumat yang tersebar lebih berbaur ‘politik kotor’ dan fitnah dan mampu membawa kepada perpecahan ummah yang makin hebat.


4.14 Memang diakui bahawa anak muda mempunyai pemikiran idealistik tetapi janganlah terlalu dangkal dan terpengaruh dengan budaya pemikiran liberal sehingga ada yang tergamak memberi idea dan cadangan membuka peluang hak samarata kepada orang bukan Melayu dan Bumiputera belajar di UiTM. Nasihat saya, wahai adik-adik sekalian, ‘toleh-toleh’ ke belakang dan kaji sejarah sebelum melangkah ke depan dan korbankan negara bangsa kepada bangsa lain dengan begitu mudah. ANDA anak muda Melayu harus sedar bahawa survival Melayu semakin terhakis.


4.15 Jangan terlalu berfikiran ‘cool’ kerana loceng kebangkitan telah berbunyi dan ayuhlah kita soladariti perjuangan kita bersama bukan sibuk mempunyai sikap suka forward mesej telefon pintar untuk menambahkan lagi kehancuran. Percayalah, sekiranya orang-orang Melayu termasuklah pemimpin-pemimpin Melayu lebih mementingkan diri sendiri daripada bangsa dan negaranya, maka itu adalah kemusnahan bangsa dan negara. Ingatlah bahawa perjuangan GPMS masih belum selesai.
Para perwakilan dan hadirin yang dikasihi


5. RENAISANS PENDIDIKAN PELAJAR MELAYU TERHADAP ISU DAN HAK KEPENGGUNAAN.


5.1 GPMS sedar tentang perlunya Renaisans; kebangkitan khas pelajar Melayu terhadap pelbagai isu kepenggunaan di negara ini perlu disegerakan akibat pelbagai perkembangan yang berlaku di sekeliling kita dewasa ini. Saf kepimpinan dan warga GPMS perlu memulakan langkah baik ini dengan mengetahui informasi asas Kementerian Perdangangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) itu sendiri.


5.2 KPDNHEP (nama sebelum ini) pada asalnya ditubuhkan pada Oktober 1990 dengan matlamat untuk menggalakkan pembangunan perdagangan dalam negeri yang beretika di samping melindungi kepentingan pengguna. Bidang tanggungjawab KPDNKK termasuk pengawalseliaan perdagangan dalam negeri, perlindungan hak-hak pengguna, perlindungan harta intelek, dan pendaftaran serta penyeliaan perniagaan. Dalam menjalankan tanggungjawab ini, KPDNKK menggubal dan mengkaji dasar berkaitan perdagangan dalam negeri, memantau harga barang-barang perlu dan menjalankan aktiviti penguatkuasaan bagi mewujudkan suasana perdagangan dalam negeri yang sihat. KPDNKK juga bertanggungjawab menyelaras dasar; pelesenan, peraturan dan aktiviti-aktiviti berkaitan keselamatan industri petroleum, petrokimia dan gas.


5.3 GPMS komited untuk membantu pihak kerajaan menggerakkan kempen gerak saraf dalam mendidik pengguna terutamanya dalam kalangan para pelajar dan mahasiswa Melayu agar mereka sedar dan faham mengenai hak dan peranan masing-masing, terutama sebagai penentu utama harga barangan di pasaran.


5.4 Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek telah menjelaskan bahawa kempen gerak saraf tersebut akan menumpukan pada kaedah menangani kos sara hidup dan budaya hidup pengguna menerusi maklumat yang bakal dikongsi oleh 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pengguna termasuklah GPMS. Menurut beliau, kesemua NGO itu mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing itu akan berperanan mendekati masyarakat di seluruh negara melalui kaedah tersebut.


5.5 "Kita akan bekerjasama dengan NGO untuk memberikan penerangan dan menerapkan ilmu kepenggunaan kepada masyarakat di bandar dan luar bandar, tempat awam dan institusi pendidikan tinggi. Sebagai contoh untuk gerak saraf ini, kita telah mengenal pasti NGO berkenaan seperti Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang akan mendidik pelajar di sekolah menerusi kempen membawa ‘bekal’ makanan manakala Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berperanan mendidik masyarakat dalam isu produk halal," katanya.


5.6 Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar pada Majlis Penyerahan Bantuan Khas Kewangan Kempen Pemerkasaan Pendidikan Pengguna Kepada NGO pada 4 Februari lepas dan mengulangi mesej yang sama ketika melancarkan Skuad Jelajah Motivasi Kepenggunaan 1 Malaysia bersama saf kepimpinan GPMS di Negeri Sembilan.


5.7 Pada masa yang sama, beliau berkata, pihaknya juga telah merangka pelan lima tahun tindakan pemerkasaan pendidikan pengguna yang meliputi sasaran jangka pendek, sederhana dan panjang. Antara pelan jangka pendek ialah penjelajahan pendidikan pengguna menerusi saluran media baharu bertujuan menyebarkan isu kepenggunaan dengan lebih cepat dan meluas. Menerusi pelan itu, NGO-NGO yang dipilih ini agar ‘turun padang’ untuk memberi ilmu kepenggunaan kepada rakyat mengenai hak dan pengetahuan sebagai pengguna. Media baharu pula akan berperanan menyebarkan isu-isu kepenggunaan dan menjadi sumber maklumat kepada orang ramai untuk membuat perbandingan harga di setiap kawasan yang terbabit.


5.8 GPMS berpendapat bahawa program Renaisans Pendidikan Kepenggunaan anjuran GPMS mesti berfokus kepada program Pendidikan kepenggunaan yang perlu ditanam dalam diri bermula dari peringkat awal pendidikan atau kanak-kanak. Para pelajar dan mahasiswa perlu menjadi agen dalam memastikan kualiti, nilai dan perkhidmatan yang diberikan oleh peniaga kepada pengguna memenuhi kehendak dan keperluan pengguna pada harga yang berpatutan.


5.9 GPMS juga akan mendidik golongan ibu bapa yang muda bagi mendedahkan anak-anak mereka dengan pengetahuan berkaitan kewangan dan kepenggunaan kerana ini sama penting dengan proses tumbesaran minda anak mereka. Ketika proses tersebut, bukan sekadar mengenal pembelajaran asasi seperti mengajar mengenal huruf, mewarna dan mengeja sahaja.

5.10 Malahan, ibu bapa juga perlu melengkapkan diri mereka dengan bermacam-macam kemahiran mendidik supaya dapat membentuk anak yang cintakan ilmu pengetahuan sekali gus cemerlang dalam akademik. Bagi mereka, yang penting adalah berjaya dalam pelajaran kerana itu lebih menjamin masa hadapan anak. Adakah benar kanak-kanak tidak sesuai diajar mengenai "literasi kewangan"? Paling menyedihkan apabila terdapat tanggapan bahawa "literasi kewangan" kepada anak sudah cukup sekadar membuka akaun simpanan sahaja.


5.11 Mereka percaya langkah itu berupaya menyemai dan mendidik anak mengenai pengurusan kewangan. Tanggapan anak tidak matang jadi tidak perlu didedahkan pengetahuan kewangan adalah salah sama sekali. Mereka perlu dididik sejak awal kerana akan membantu membuat keputusan tepat. Pendedahan kewangan tidak hanya membuka akaun simpanan, tetapi mendidik mereka sebaiknya termasuklah mendisiplinkan budaya menyimpan.


5.12 Renaisans pelajar Melayu dalam bidang kepenggunaan mestilah berpaksikan kepada konsep utama pendidikan pengguna yang khusus di negara ini. Kefahaman terhadap konsep ini adalah asas untuk membantu kita dalam menerapkan pendidikan pengguna kepada seluruh pelajar Melayu di negara ini.


5.13 Berikut adalah beberapa konsep utama yang perlu disemai dan dipraktikkan:


i. Siapakah pengguna? Pengguna merupakan seseorang yang menggunakan barangan, perkhidmatan dan sumber semulajadi untuk kepuasan hidup secara umum.


ii. Pendidikan kepenggunaan penting dan mempunyai maksud yang berlainan bagi setiap individu. Contohnya, bagi pengguna biasa, pendidikan pengguna dilihat sebagai maklumat yang membantu mereka untuk membuat pilihan yang lebih baik terhadap barangan dan perkhidmatan di pasaran. Oleh itu, adalah penting untuk kita mengenalpasti golongan yang terlibat dan memahami maksud pendidikan pengguna mengikut seperti perspektif yang tersebut di atas.


iii. Kita memerlukan pendidikan pengguna untuk membina pengetahuan, kemahiran, bakat, nilai dan kapasiti dalam memainkan peranan sebagai pengguna yang bertanggungjawab. Terdapat lima aspek penting dalam pendidikan pengguna: pilihan bermaklumat, sistem nilai, kenalpasti tanggungjawab dan hak, membuat keputusan yang bijak dan faktor pemangkin untuk tindakan.


iv. Bagaimanakah pendidikan pengguna boleh membantu kita? Pendidikan pengguna hendaklah dapat memberi motivasi kepada pengguna untuk melibatkan diri secara proaktif dalam proses membuat keputusan terutamanya keputusan yang boleh mempengaruhi kehidupan seharian. Pendidikan pengguna adalah bersifat ‘kehidupan dan perkongsian’. Pendidikan pengguna mestilah mampu membuka mata pengguna, termasuk tanggungjawab sebagai pengguna, memastikan kewaspadaan yang berterusan mengenai hak pengguna dan membangunkan sistem nilai bersama.


5.14 Secara kesimpulan, renaisans pendidikan pengguna dalam kalangan pelajar Melayu perlu bermula segera dengan kesedaran bahawa pendidikan pengguna adalah perlu untuk membangunkan kemahiran bagi seseorang individu dan juga peranannya terhadap masyarakat. Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna merupakan salah satu daripada hak-hak pengguna yang asas. Hak pengguna terhadap pendidikan pengguna menggabungkan hak untuk pengetahuan dan kemahiran dalam mengambil tindakan bagi mempengaruhi faktor yang mengganggu analisis terakhir dalam membuat keputusan pengguna.


Para perwakilan dan hadirin yang dikasihi


6. RENAISANS PELAJAR MELAYU DALAM MENGUASAI BAHASA INGGERIS.


6.1 GPMS menyedari dengan jelas pada hari ini bahawa salah satu faktor penghalang ke arah kejayaan pelajar Melayu untuk bersaing dengan bangsa lain di Malaysia terutama dalam bidang pengajian tinggi dan pasaran kerja adalah kegagalan majoriti daripada mereka untuk menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Penguasaan bahasa Inggeris perlu diperkasakan tanpa melupai bahasa ibunda iaitu bahasa Melayu semata-mata untuk meningkatkan pengetahuan para pelajar Melayu dalam dunia pendidikan antarabangsa.


Hakikatnya pencapaian pelajar Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris menerusi peperiksaan utama seperti UPSR, PT3 dan SPM, masih berada pada tahap yang membimbangkan.


6.2 Hal ini memberi kesan yang amat negatif terhadap daya saing pelajar-pelajar Melayu yang bergraduasi dari Sekolah Kebangsaan terutama dalam mendapatkan tempat di Institusi Pengajian Tinggi, apatah lagi dengan langkah terbaharu pihak kerajaan yang akan menjadikan Bahasa Inggeris sebagai subjek wajib lulus SPM 2015. Di samping itu, wajib lulus ujian Malaysia University English Test (MUET) sebagai pra-syarat bagi memasuki universiti awam dan telah diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Bejet 2015 baru-baru ini. Namun, tindakan ini ditangguhkan atas desakan pelbagai pihak yang sensitif dan peka terhadap keadaan semasa dan kesan jangka panjangnya terhadap pelajar-pelajar Melayu, Alhamdulillah, GPMS turut terlibat dalam desakan ini dan bukannya di atas dasar untuk membiarkan Melayu gagal tetapi kita perlu memberi peluang kepada para pelajar kita menguasai bahasa Inggeris secara total.


6.3 GPMS juga telah menjalankan beberapa kajian termasuk pemerhatian terhadap ahli-ahli GPMS sendiri dan mendapati bahawa kegagalan menguasai bahasa Inggeris juga salah satu punca pelajar Melayu ketinggalan jauh dalam persaingan bagi mendapatkan kedudukan yang baik dalam pasaran kerja. Ternyata, pelajar kita gagal untuk meyakinkan para majikan di luar sana bahawa mereka mampu berkomunikasi dan memahami bahasa Inggeris dengan baik semasa sesi temuduga dijalankan sedangkan mereka mempunyai keupayaan teknikal dan kemahiran lain yang cukup hebat berbanding calon-calon bukan Melayu.


6.4 Hal ini jelas menunjukkan bahawa dasar dan matlamat kerajaan memperkasa penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Melayu termasuk dasar ’Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)’ yang diperkenalkan sejak 2011, masih jauh untuk dicapai dan perlu diperkasakan dengan pelbagai penambahbaikan serta modul baharu yang bersesuaian dengan pencapaian semasa pelajar Melayu.


Malah terdapat ramai ibu bapa pelajar Melayu pada hari ini, lebih berminat untuk menghantar anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina kerana mempunyai persepsi bahawa anak mereka akan lebih mahir berbahasa Inggeris jika bersekolah di SJKC kerana dapat berintegrasi dengan pelajar-pelajar bangsa lain. Malah, lebih membimbangkan terdapat segelintir ibu bapa Melayu dalam kalangan keluarga berkemampuan dan elit lebih suka menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Antarabangsa seterusnya ke Universiti Swasta Luar Negara setelah tamat persekolahan dan hal ini menyebabkan anak-anak mereka tersisih jauh dari sistem pendidikan negara semata-mata kerana mahu anak mereka bijak berbahasa Inggeris.


6.5 Justeru, GPMS menggesa agar satu rombakan besar-besaran terhadap sistem Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan. Hal ini mesti dilakukan bagi memastikan matlamat Renaisans Pelajar Melayu Dalam Menguasai Bahasa Inggeris dapat dicapai.


GPMS menggesa pihak kerajaan untuk meneliti semula setiap polisi dan dasar yang melibatkan P&P Bahasa Inggeris supaya dapat memenuhi keperluan pelajar Melayu di negara ini. P&P Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan tidak lagi hanya boleh bertumpu kepada pangajaran dalam kelas semata-mata, sebaliknya ia mesti diperkasakan secara menyeluruh tanpa mengabaikan bahasa Melayu.


Pengajaran Bahasa Inggeris mesti bertumpu kepada aspek Communicative English atau Komunikasi dan bukan bertumpu kepada aspek Grammarian atau tatabahasa sahaja kerana matlamat akhir adalah untuk melahirkan pelajar Melayu yang mempunyai keyakinan untuk berbahasa Inggeris. Bukan hanya tahu menulis dalam bahasa Inggeris dengan tatabahasa yang betul sahaja malah boleh bertutur ’fasih’ dalam bahasa Inggeris.


6.6 Matlamat Renaisans Pelajar Melayu Dalam Menguasai Bahasa Inggeris seperti yang disarankan oleh para pakar bahasa berkenaan perlu diberi perhatian yang serius selain aspek pedagogi pengajaran dan pembelajaran. Ianya penting supaya pengajaran dan pembelajaran bahasa itu menjadi lebih berkesan, menarik dan bersifat pembelajaran yang menyeronokkan. Langkah kerajaan mengambil lebih ramai guru bahasa Inggeris dari luar negara adalah usaha penting bagi mengatasi masalah kekurangan guru pakar dalam bahasa Inggeris.


Langkah mengambil pakar dari luar negara ini hanya untuk sementara sehinggalah negara kita dapat melahirkan lebih ramai guru yang mahir dan pakar dalam pengajaran bahasa Inggeris. Selain itu, terima kasih juga kepada pihak kerajaan kerana telah melaksanakan dasar untuk mengambil guru bahasa Inggeris yang sudah bersara tetapi masih mampu mengajar dengan berkesan. Guru ‘pencen’ yang diambil semula ini sudah semestinya memiliki kesihatan yang baik dan juga didedahkan dengan teknik pembelajaran bahasa Inggeris terkini.


6.7 Selain itu, penambahan peruntukan masa mengajar bahasa Inggeris di sekolah rendah dan menengah serta Tingkatan Enam dan Matrikulasi, akan dapat memantapkan lagi penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Melayu. Begitu juga dengan langkah menjadikan makmal komputer di kebanyakan sekolah sebagai makmal bahasa akan dapat memantapkan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMMBI) secara keseluruhannya. Justeru, kerajaan perlulah membekal kemudahan komputer terkini dengan kadar segera ke semua sekolah di seluruh negara.


6.8 GPMS yakin dan percaya bahawa renaisans pelajar Melayu dalam menguasai bahasa Inggeris akan mencapai kejayaan sekiranya mendapat sokongan daripada semua pihak yang terlibat. GPMS komited untuk melaksanakan agenda ini pada tahun 2015. Pusat bimbingan dan tuisyen khas akan diwujudkan di beberapa daerah terpilih bagi mengajar subjek Bahasa Inggeris. GPMS juga akan berkongsi kaedah-kaedah menarik dan berkesan dalam penerbitan buku ilmiah dalam bahasa Inggeris agar pelajar Melayu cepat mahir serta fasih berbahasa Inggeris.


7. RENAISANS KUALITI GURU MUDA MELAYU.


7.1 GPMS juga ingin memberi fokus khas kepada Renaisans Guru Muda Melayu. Dewasa ini, penambahan guru muda dalam kuota guru di sekolah kebangsaan merupakan satu usaha berterusan yang dijalankan oleh kerajaan dan Kementerian Pendidikan untuk memartabatkan sistem pendidikan ke arah lebih berkesan dan menepati ciri-ciri di dalam falsafah pendidikan negara.


7.2 Namun, setelah masalah kekurangan guru dapat diselesaikan, timbul pula satu fenomena baharu dalam sistem dan iklim persekolahan. Golongan guru muda kini, dikatakan kurang memberi impak dan efektif kepada pentadbiran serta pengurusan sekolah. Hal ini adalah kerana sikap dan komitmen kerja tidak seperti yang dijangka dan diharapkan. Adakah isu ini benar atau hanya dijadikan sebagai isu politik atau media massa untuk memperkotak-katikkan usaha Kementerian Pendidikan dan Institusi Perguruan Malaysia?


7.3 Oleh itu, GPMS mengutarakan beberapa permasalahan yang perlu diatasi bagi memastikan renaisans kualiti guru muda Melayu dapat diterjemah dan dibuktikan kepada masyarakat.


i. Faktor Penempatan Mengajar Punca Guru Muda Kurang Motivasi


Guru muda yang meminati bidang perguruan ini akan benar-benar komited walaupun mereka dihantar bertugas di kawasan pedalaman. Rela berkorban dan berjauhan daripada keluarga demi tanggungjawab sebagai pendidik. Walau bagaimana terdapat segelintir yang mula memberi alasan kepada pihak pentadbir untuk memberikan komitmen yang optimum.


ii. Perguruan Sebagai Kerjaya Pilihan Ibu Bapa


Ramai guru muda yang memilih kerjaya sebagai guru berdasarkan kepada permintaan ibu bapa atau pilihan terakhir kerana bimbang tiada pekerjaan setelah tamat belajar. Ini akan menjadikan diri mereka bermasalah dalam menjalankan tugas sekiranya mereka ditempatkan di kawasan pedalaman atau pinggiran bandar. Mereka akan menjadi guru yang kurang berkeyakinan, kerap mencipta alasan sekiranya diminta menjalankan tugasan di luar waktu persekolahan.


iii. Salah Tanggapan


Terdapat juga guru muda menganggap kerjaya guru ini mudah dan banyak cuti, pemahaman ini diterapkan semasa mereka di IPG lagi. Mereka akan sibuk dengan perniagaan sendiri dan kurang fokus dalam menjalankan tugas, kerana prespektif perniagaan itu lebih mendatangkan keuntungan dan wang yang banyak.


iv. Fokus Bidang Tugas


Kesilapan pihak pentadbir menentukan bidang mengajar diawal penempatan guru muda tersebut tanpa melihat keupayaan dan pengkhususan guru itu terlebih dahulu dan ini menyebabkan mereka hilang fokus dan kemahiran. Keadaan ini juga menjadikan guru tersebut melaksanakan tugas tanpa kerelaan dan tanpa pengalaman. Jika berlaku sesuatu masalah akibat kekurangan pemahaman atau ‘bukan bidang’ maka guru tersebut akan dipersalahkan. Contohnya, seorang guru pemulihan diminta untuk menjalankan tugas mengajar Arus Perdana sedangkan beliau mempunyai tugas hakiki yang khusus kepada pemulihan sahaja. Walaupun guru tersebut dilatih untuk menjadi pendidik namun, kepakarannya tidak menepati sasaran dan objektif.


v. Bebanan Tugas


Lambakan dan tugasan di luar bidang pengkhususan. Guru muda ini dilambakkan dengan tugas dan jawatan di luar kemahiran dan opsyen mata pelajaran. Contohnya, guru opsyen Matematik diminta menjadi jawatankuasa Panitia Mata pelajaran Bahasa Inggeris.


vi. Mengajar Bukan Opsyen


Guru – guru muda melahirkan rasa terkilan kerana mereka terpaksa mengajar bukan opsyen pilihan dan terpaksa mengikut arahan pihak atasan sekolah.


vii. Pentadbir Pilih Kasih


Terdapat pihak pentadbir yang pilih kasih dan memberi tugasan yang sepatutnya kepada guru lama tetapi dilambakkan kepada guru-guru baharu atas alasan memberi latihan dan pendedahan awal tugasan.


viii. Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran


Guru-guru baharu menghadapi dilema apabila kejutan budaya sebenar di sekolah pedalaman yang serba kekurangan dan ini menyebabkan semangat dan iltizam mereka menjadi tumpul lantaran kurangnya keperluan dan bahan untuk mengajar. Mereka terpaksa mengeluarkan duit sendiri lantaran tidak cukup bahan mengajar asas. Mereka memerlukan kemudahan alat bantuan mengajar yang baik dari pihak kementerian. Sekiranya keadaan ini dapat diperbaiki, kualiti pengajaran dan pembelajaran para pelajar di luar bandar dan kawasan pedalaman dapat dipertingkatkan.


ix. Contoh Kurang Baik dari Pentadbir dan Guru Lama


Pihak pentadbir kurang peka dan menganggap guru baharu sebagai guru yang masih mentah dan tidak perlu mengambil tahu urusan pihak pentadbir. Contohnya, terdapat dalam kalangan guru lama tidak hadir ke sekolah di atas alasan yang tidak munasabah, kehadiran mereka tidak direkodkan. Guru yang telah lama berkhidmat biasanya akan mempunyai pendapat sendiri dalam memberikan contoh kepada guru muda. Malah terdapat segelintir guru lama yang berkecimpung dalam bidang perniagaan MLM akan memberi komentar bahawa perniagaan adalah lebih baik dari mengajar dan ini menjadi ‘virus’ kepada persepsi guru muda. Mereka semakin hilang semangat dan memberikan komitmen terbaik kepada pihak sekolah.


7.4 Segala isu yang diketengahkan tadi adalah keluhan dan dilema guru baharu yang sedang berkhidmat dan sebahagiannya berada di sekolah kawasan pedalaman. Bagi memastikan Renaisans Kualiti Guru Muda Melayu berjaya, adalah menjadi tanggungjawab dan kesedaran pihak GPMS agar isu yang dibangkitkan ini dapat diberikan perhatian serius oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia agar tenaga kerja guru baharu ini dapat dioptimumkan.


Para perwakilan dan hadirin yang dikasihi


8. RENAISANS GPMS SEBAGAI NGO PENDIDIKAN MELAYU BAGI MENANGGANI ISU MILITAN ‘ISLAMIC STATE’ (IS) DAN TERORISMA DALAM KALANGAN GOLONGAN MUDA MELAYU DI MALAYSIA.


8.1 GPMS berasa amat bertanggungjawab untuk bersama-sama kerajaan dalam menanggani isu penglibatan golongan muda dalam gerakan militan terorisma ISIS. Penglibatan beberapa orang rakyat Malaysia dalam kumpulan militan Islamic State (IS) yang berideologi ganas dilihat antara faktor yang boleh menjejaskan keamanan negara dan sekali gus merosakkan masa depan golongan belia Melayu sekiranya semakin ramai terbabit.


8.2 Justeru, GPMS amat menyokong ketegasan Y.A.B Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak membentangkan kertas putih berkenaan ancaman kumpulan itu di Dewan Rakyat pada minggu lepas. Dalam pembentangan tersebut, beliau mengimbas kembali penglibatan beberapa orang rakyat Malaysia dalam aktiviti keganasan bersama kumpulan militan IS. Beliau, antara lain menyebut tentang Ahmad Tarmizi Maliki, berusia 20 tahun yang sanggup menjadi pengebom berani mati kumpulan IS dan telah bertindak merempuh ibu pejabat pasukan keselamatan Iraq di wilayah Anbar dengan kenderaan yang penuh dengan bahan letupan. Tindakan itu mengakibatkan seramai 25 orang tentera Iraq terbunuh. Selain Ahmad Tarmizi, seramai empat orang lagi rakyat Malaysia telah terbunuh di Syria pada tahun ini. Mereka semua adalah golongan muda Melayu!


8.3 GPMS berkongsi kebimbangan ini memandangkan jumlah rakyat Malaysia yang terkorban di Syria mungkin meningkat kerana seramai 39 orang rakyat Malaysia telah disahkan sedang berada di Syria bagi menyertai konflik berdarah di negara itu. Y.A.B Perdana Menteri menarik perhatian umum kerana kemungkinan jumlah kematian rakyat Malaysia di negara bergolak tersebut akan bertambah sekiranya pihak berkuasa tidak menahan seramai 40 orang lagi rakyat Malaysia yang telah terpengaruh dengan ideologi kumpulan IS itu.


8.4 Berhubung dengan potensi ideologi kumpulan militan IS yang bertapak subur di Malaysia, merupakan kumpulan militan Abu Sayaf yang berpengkalan di kepulauan Mindanao, selatan Filipina dan mereka telah melakukan sumpah taat setia kepada IS. Oleh kerana kawasan operasi kumpulan Abu Sayaf begitu hampir dengan pantai timur Sabah, kemungkinan ideologi keganasan IS merebak ke Sabah dan seterusnya ke Sarawak dan tidak boleh dinafikan begitu sahaja.


Beberapa fakta lain yang menguatkan lagi kebimbangan dan potensi ideologi IS merebak dengan lebih luas ke negara ini termasuklah penggunaan media sosial oleh IS untuk mengembangkan ideologi ganas mereka dengan menggunakan bahasa Indonesia yang dikhuatiri boleh mempengaruhi golongan muda negara ini.


8.5 Pengaruh IS di media sosial juga telah terbukti apabila seorang remaja warganegara Australia berusia 17 tahun melarikan diri daripada keluarganya dan kemudian muncul dalam satu video dengan lengkap bersenjata bersama-sama militan-militan IS. Malah, seorang pemuda Belgium yang pernah berada di Syria selama setahun bertindak membunuh seramai empat orang awam di Belgium setelah terpengaruh dengan ideologi IS. IS dengan jelas telah menggunakan pendekatan menyalahtafsirkan konsep ‘jihad’ dan ‘hijrah ‘dalam Islam bagi mempengaruhi masyarakat Islam agar menyertai atau menyokong kumpulan mereka.


8.6 Hal ini amat membimbangkan kerana wujudnya pengaruh media sosial dan unsur-unsur dakwah yang berteraskan fahaman ganas. Maklumat ini mudah dilayari dari internet dan agak sukar untuk dikawal bagi membasmi tersebarnya fahaman ekstrimis ini. Berdasarkan kebimbangan ini, masyarakat dari pelbagai lapisan perlu bersatu dan mengatur langkah-langkah proaktif dalam memastikan anak-anak muda tidak mudah terpengaruh dengan maklumat menerusi internet.


8.7 Bagi mengekang penularan fahaman ekstrem ini, maka GPMS bersetuju dengan Y.A.B Dato’ Sri Najib yang telah menyatakan komitmen Malaysia untuk menjelaskan makna jihad yang sebenar dan telah disalahtafsir oleh IS. Pada masa yang sama akan menggubal undang-undang baharu, di samping memperkasa undang-undang sedia ada seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas 2012), Akta Pencegahan Jenayah 1959 dan Kanun Keseksaan bagi mengekang ideologi ekstrem tajaan IS.


8.8 Berdasarkan fakta-fakta yang dinyatakan, ancaman kumpulan militan IS ke atas Malaysia memang benar-benar wujud dan berpotensi memberi ancaman yang lebih besar kepada negara ini andai langkah-langkah pencegahan tidak segera diambil. Sehubungan dengan itu GPMS menyatakan keazaman untuk menganjurkan satu KONVENSYEN BELIA MELAYU BAGI MENANGGANI ISU MILITAN DAN TERORISMA yang akan diadakan selewat-lewatnya pada Mac 2015.


Konvensyen ini berteraskan kepercayaan bahawa fahaman ideologi songsang tidak boleh diberi ruang untuk bertapak dan mekar di bumi Malaysia. Fokus kepada belia sebagai pemimpin pada masa hadapan dan pentingnya bagi semua bersatu bagi membenteras propaganda dengan pendidikan dan pengetahuan. Para belia harus dididik dengan semangat bersatu padu dalam membina benteng dan dapat menjadi tunggak kestabilan dan keharmonian bangsa Melayu pada masa hadapan.


8.9 Strategi khusus akan dibentangkan oleh pihak GPMS bagi menanggani pengaruh Kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) ini. Kita akan menggunakan cara yang sama mereka gunakan iaitu menerusi pengaruh media di laman sosial. Dengan memanfaatkan sepenuhnya media sosial dan propaganda atas talian, beberapa pakar perang strategik percaya masyarakat berupaya menangani pengaruh kumpulan tersebut dengan menewaskan mereka menggunakan kaedah yang sama.


“Cabaran propaganda ISIS ini sangat menarik, seksi, kontra-budaya, anti-arus perdana,” kata Abdul Rehman Malik, seorang wartawan, pendidik dan penganjur berpengkalan di London. “Peranan kita dalam masyarakat umum adalah mengetahui makna sebenar tentang ISIS dan menangkis cerita mereka melalui jenaka, melalui langkah yang berani.”


8.10 GPMS setuju bahawa tanggungjawab ini tidak boleh diletakkan sepenuhnya kepada kerajaan, tetapi individu yang memiliki akses kepada internet boleh menyertai perjuangan melawan ISIS. Kita perlu memanfaatkan sepenuhnya forum internet untuk merapati golongan muda Melayu dalam usaha menangani gesaan jihad. Kita perlu memberitahu orang ramai, kebenaran mengenai berapa ramai orang Islam yang dibunuh oleh kumpulan seperti al-Qaeda dan ISIS.


8.11 Kita mesti menunjukkan dengan jelas kepada golongan muda kita bahawa kebanyakan umat Islam ditipu untuk menyertai perjuangan mereka atas nama Islam. Kebanyakannya tidak mendapat gambaran sebenar tentang ‘apa’ yang sedang berlaku. Tujuan awalnya adalah untuk berjuang dan pertahankan Islam tetapi setibanya di Timur Tengah, mereka berpecah dalam banyak kumpulan seperti Jabhah Al-Nusrah dan ISIS dan akhirnya mereka bergaduh sesama sendiri. Hal ini telah dijelaskan oleh pakar dari Institut Perdamaian dan Pembangunan Antarabangsa.


8.12 Semoga renaisans GPMS yang bertujuan memberi pendidikan tentang fahaman ini dapat menyedarkan golongan muda Melayu terhadap ancaman sebenar yang sedang meresap dengan pantasnya dalam masyarakat Melayu pada hari ini. Justeru, kesedaran dan peranan generasi muda penting dalam membendung isu ini sebelum menjadi ‘nanah’ di dalam masyarakat kita. Inilah bukti peranan GPMS yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa dan sentiasa seiring dengan idealisma pimpinan negara dalam usaha mendidik masyarakat agar prihatin dan bertindak berdasarkan ilmu dan fakta yang sahih.


9. KESIMPULAN, PENGHARGAAN DAN PENUTUP


9.1 Akhir sekali, Persidangan Agung Tahunan pada hari ini memperingatkan agar ahli GPMS agar menghayati sepenuhnya makna Tema Persidangan Agung Tahunan GPMS pada tahun ini. Sesungguhnya, kepimpinan GPMS perlu banyak mengkaji dan membaca bagi menjadikan kita pejuang jitu dan tidak mudah dipesongkan.


9.2 Penghargaan khusus GPMS tujukan kepada semua pihak yang telah membantu GPMS bagi menjayakan pelbagai program pada tahun ini. Khususnya kepada pengurusan Kenshido International yang terus setia menjadi rakan strategik GPMS sehingga kini. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Pengetua Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SHAH), Pekan di atas kesudian membenarkan pelbagai kemudahan sekolah ini digunakan bagi tujuan persidangan ini. Sesungguhnya jasa tuan pasti dikenang sepanjang zaman.


9.3 GPMS ingin merakamkan penghargaan istimewa kepada semua pihak yang banyak membantu GPMS sama ada dari aspek kewangan mahupun sokongan moral. Senarai penghargaan khas yang ingin saya lafazkan di sini agak panjang dan saya memohon maaf sekiranya ada yang terlepas pandang:-


I. Y.A.B Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Razak di atas kesudian memberi dana khas untuk YGPMS bergerak pada tahun ini dan kesudian mendengar pandangan GPMS dalam Dialog bersama beliau tempohari.


II. YB Tuan Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan terima kasih di atas sokongan kepada pelbagai program GPMS dan juga bantuan pentadbiran yang berterusan saban tahun. Semoga peruntukan tambahan yang akan diberikan tahun depan akan membantu menyemarakkan lagi perjuangan ini.


III. Kakanda Penasihat GPMS yang sering bersama kami dalam memberi pelbagai khidmat nasihat dan suntikan tajaan kewangan terutamanya YB. Dato’ Sri Reezal Merican dan YB Dato’ Sri Hasan Malek. Penghargaan khas juga kepada semua Ahli Panel Pemikir GPMS yang banyak memberi pandangan kepada kami bagi terus berjuang dengan lebih hebat lagi.


IV. YBhg. Dato’ Khairun Aseh Che Mat, Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri yang juga banyak membantu dalam memudahkan urusan pihak YGPMS mendapat suntikan dana khas bagi memastikan kelangsungan program-program GPMS dijalankan dengan baik.


9.4 Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada barisan menteri, penaja program dan rakan strategik GPMS pada tahun ini semoga sumbangan ini berterusan pada masa hadapan. Antaranya ialah:


Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Yassin
YB. Dato’ Seri Hasan Malek
YB. Dato’ Seri Ahmad Husni Hanadzlah
YB. Dato’ Seri Jamil Khir Baharom
YB. Dato’ Hj. Ahmad Maslan
YBhg. Dato’ Ibrahim Ahmad, Ketua Pengarah MARA
YBhg. Dato’ Abdul Malek Awang Kecil, Ketua Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YAPEIM)
Y.M Dato’ Raja Arif Raja Ali, Ketua Pengarah BTN
Dr. Jason Kok, Kenshido International


9.5 Terima kasih kepada kepimpinan Majlis Tertinggi GPMS sesi 2012-2015 yang terus memberi komitmen jitu saudara dan saudari sekalian pada sepanjang tahun ini. Saya amat terharu di atas kepercayaan yang diberi kepada saya dan Sdr. Ezaruddin serta rakan-rakan lain untuk terus memacu GPMS dengan lebih hebat lagi bagi tahun yang terakhir ini.


Marilah kita sama-sama hayati sajak ciptaan A Aziz Deraman yang amat relevan dengan masa dan ketika ini.


LIDAH BANGSA.


Lidah bangsaku tiba-tiba kelu
di hujung satu dekad abad ke-21
buana yang resah benua tidak tentu
akan segala yang mungkin alaf baru
ketika kuasa-kuasa bertukar haluan
krisis ekonomi gelegak di tangan
budaya hidup yang terencat
sosial manusia yang bejat
di sisi globalisasi liberalisasi
bangsaku hilang berani.


Dari dahulu di bumi merdeka ini
bangsaku bingkas
bangun berdiri
bersatu langkah sederap serentak
yakin bangunkan nusa yang hebat
dimalui disegani dihormati orang
atas kekuatan aneka macam
taat setia rakyat menjulang
satu padu bukan kepalang
sepakat nikmat kemakmuran,
jika muncul aliran baru alur fikir
menerjah tanpa nyata batin zahir
nusa ini akan nanar
jadi pohon tidak berakar.


9.6 Kepada kepimpinan GPMS seluruh negara yang hadir ke PAT pada tahun lepas dan tahun ini, saya mewakili saf kepimpinan GPMS mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan berterusan daripada tuan-tuan dan puan-puan. Sesungguhnya amanah ini amat berat namun kami amat bersemangat dan percaya kita akan mampu bekerja bersama-sama bagi memastikan matlamat ’4 SEDAR’ kita pasti akan tercapai. Marilah kita sama-sama juga menghayati 5 SEDAR baharu pada zaman ini:


SEDAR bahawa ‘Dunia Adalah Bilik Darjah Terbaik Bagi Pemimpin GPMS.
SEDAR bahawa pendidikan pelajar Melayu semakin kritikal dan memerlukan pembelaan segera.
SEDAR bahawa orang Melayu semakin tersepit akibat permainan politik.
SEDAR bahawa pemimpin GPMS mempunyai amanah dan tanggungjawab yang semakin besar.
SEDAR bahawa GPMS perlu aktif mengembling tenaga bersama para pendidik bagi mengatasi segala rintangan dan masalah yang semakin mencabar dewasa ini.


9.7 Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada barisan penasihat dan panel pemikir serta kepimpinan GPMS dari seluruh negara yang sudi hadir pada hari ini. Sesungguhnya kita akan terus berusaha dan lantang dalam mempertahankan agenda yang terpahat kukuh sejak tahun 1948, akan kami teruskan. ‘Maju mundur, kaya miskin dan hina mulianya bangsa itu terletak di tangan kami’ merupakan azimat perjuangan kita selamanya.


“ TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA”


HIDUP MELAYU, HIDUP MELAYU, HIDUP MELAYU


“GPMS SINGA PERJUANGAN BANGSA”


SEKIAN, WABILLAHITAUFIK WALHIDAYAH
WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.




JAIS ABDUL KARIM
Presiden GPMS