Dalam Piagam Madinah juga orang Yahudi & Nasrani yang tidak mahu mengikuti Islam disatukan apabila puak besar dari kalangan umat Islam iaitu Aus & Khazraj dapat disatukan (Orang Islam pada fasa Yathrib, sebelum kehadiran Muhajirin yang diketuai oleh Nabi Muhammad SAW). Yahudi tahu pada ketika itu Islam dari peninggalan Nabi Ibrahim sangat kuat dan menguasai majoriti penduduk Yathrib TETAPI dilemahkan oleh mereka dengan perpecahan melalui persengketaan saudara antara Aus & Khazraj. Kaum yang besar beragama Islam yang berpandu pada suhuf-suhuf Ibrahim itupun menjadi lemah. Bayangkan jika orang Islam menguasai 60% populasi kalau buat pilihanraya boleh menang, tapi orang Islam dah jadi 30% kerana pecah 2, jika pilihanraya pasti kalah dengan "Non-believers" yang bersatu.
Apabila datangnya Rasulullah SAW selaku seorang yang berkecuali dan tidak menyebelahi mana-mana “parti”. Tidak Aus tidak pula Khazraj, maka kedua-dua parti ini mampu disatukan. TIDAK Aus masuk Khazraj atau tidak Khazraj masuk Aus TETAPI mereka bersatu menjadi MADINAH.
Ini kaedah yang Allah ajar kepada Nabi dalam piagam madinah. Maka golongan majoriti telah bersatu dan megalahkan golongan minoriti yang juga bersatu. AKHIRNYA golongan minoriti tadi terbahagi kepada 2. Yang pertama mereka menuruti sistem kekhalifahan Islam dan yang ke-2 mereka masih tetap tidak menerima kekhalifahan dan membayar jizyah kepada kerajaan Madinah.
Teknik sudah ada, hebat sangatkah kita yang masih lagi mempercayai bahawa penyatuan tidak perlu berlaku…?
Sinisnya, situasi semasa piagam Madinah MIRIP apa yang berlaku di Malaysia sekarang. Melayu, Islam yang majoriti terbahagi 2 golongan (UMNO + PAS/PKR). Sinisnya juga kerana golongan minoriti sangat bersatu. Sinisnya lagi apabila orang dalam parti sendiri yang mengusahakan penyatuan dan bukan satu parti berkecuali yang menjadi penyatu, secara psikologi dan sosiologi, anjuran penyatuan sebegini akan ditolak oleh pihak yang satu lagi..
Apapun, apa yang dalam piagam Madinah itu sudah masuk skop yang besar. Sebelum itu, dengan konsep yang hampir sama, Nabi telah satukan Kabilah Arab yang bertelagah untuk hak meletakkan semula batu Hajar Aswad yang jatuh ke tempatnya. Semuanya dengan sifat amanah al-Amiin dan berkecualinya Rasulullah s.a.w.
Jika sejarah kenabian hanya dibaca untuk lulus peperiksaan samalah seperti baca novel untuk hiburan. Tapi jika anda bacanya dengan strategik dan minda terbuka kita akan lihat pelajaran besar yang mampu membimbing kita menyelesaikan pelbagai kemelut kehidupan yang terkait dengannya.
UMNO cakap PAS sesat . PAS cakap UMNO kafir, masing-masing ada asas tersendiri. Para pemimpin masing-masing saling melompat-lompat ke sana ke mari.Golongan berkecuali berkata tak mahu jadi kafir dengan menyokong mana-manapun. Semakin ramai golongan berkecuali yang tidak memihak kepada mana-mana parti yang sedang berpecah belah ini. Akibatnya semakin kurang kekuatan yang ada. Tidakkah ini menunjukkan yang penyatuan sangat perlu ? Adakah kita ingin lihat Islam semakin di injak dan pluralisme beragama semakin menular di kalangan anak bangsa sehingga menyebabkan Allah di samakan dengan Yesus. Tidakkah Allah itu bersifat esa , tunggal dan tidak beranak ? Samakah Allah dengan Yesus ? Melayu pula berpecah dengan Si Kitul dan Mandeliar yang menjual anak bangsa demi darjat pangkat dan harta.
Bersatulah wahai umat Islam dan Melayu di Malaysia demi agama , bangsa dan tanah air ! Golongan yang menolak penyatuan ini semua kerana mempunyai kepentingan politik dan takut dengan perkongsian kuasa. Ingat kuasa itu tiada makna jika akhirnya Melayu Islam seperti melukut di tepi gantang.
Belajar Terus Belajar
Salam Perjuangan !
No comments:
Post a Comment