Friday, October 2, 2015

Pemilihan legasi pemimpin Gpms ?

Kepimpinan dalam islam meliputi urusan dunia dan akhirat. Pemimpin Islam perlu insaf dan menyedari bahawa setiap tanggungjawab akan di persoalkan bukan sahaja di dunia, malah diakhirat. Walaubagaimanapun kepatuhan kepada pemimpin dalam islam adalah bersyarat yang mana seseorang itu tidak perlu patuh malah wajib engkar sekiranya pemimpinnya menyeleweng atau melakukan perkara yang melanggar perintah Allah S.W.T


Seperti yang telah sepakat oleh para ulama, pemilihan pemimpin berdasarkan syariat Islam mestilah menjerumus kepada beberapa aspek ini:

a)Muslim, akil baligh dan lelaki -kanak-kanak yang belum dewasa tidak boleh jadi pemimpin begitu juga wanita yang mempunyai sekatan atau halangan dalam pergaulan seperti menjaga aurat dan keadaan fizikalnya
b)Adil dalam melaksanakan hak-hak Allah-tidak menyalahi kitab Allah S.W.T dan sunnah Rasulullah S.A.W. Ini bermaksud pemimpin perlu bertakwa dengan tidak meninggalkan solat dan kewajipan menunaikan zakat puasa dan mengerjakan haji serta berupaya menahan diri daripada melakukan perkara yang melanggar batas syarak.
c)Berilmu dan Menguasai serta mengamalkan ilmu fardhu ain
d)Beradab mengikut akhlak islam supaya mampu menjadi contoh teladan.

Pemimpin perlu sentiasa mempunyai sifat-sifat mahmudah seperti jujur, ikhlas, istiqamah dan bertaqwa. Sentiasa memastikan kebersihan jiwa dan rohani serta menyelidik dan memeriksa segala keaiban dan kelemahan sendiri.

Kepimpinan dalam masyarakat mempunyai dua kelompok iaitu pemimpin dan yang dipimpin.

Secara logik akal orang yang dipilh menjadi pemimpin biasanya memiliki kualiti yang lebih baik daripada orang yang dipimpin. Islam menilai martabat insan berasaskan amal manusia yang berbentuk fardhu ain serta fardhu kifayah.

Konsep kepimpinan Barat dan dengan kepimpinan Islam adalah sangat berbeza sekali.

KEPIMPINAN ISLAM ADALAH AMANAH KETUHANAN (DIVINE TRUST) yang merangkumi urusan duniawi-ukhrawi dengan dua peranan utama iaitu memelihara agama dan mengurus dunia.

Kepimpinan barat hanya menjerumus kepada URUSAN DUNIAWI-UKHRAWI. Kepimpinan barat tidak menekankan kepada konsep pengurusan duniawi semata-mata tanpa memikirkan kesan disebalik apa yang akan berlaku pada moral manusia pada masa akan datang.

Menyokong dan memilih pemimpin bukan setakat pandai menguruskan aset organisasi semata-mata tetapi juga mempunyai akhlak mengikut syarat Islam yang mana bakal menjamin kepada kestabilan akhlak organisasi atau masyarakat yang dipimpinnya kemudian hari.

Pemimpin yang baik sudah tentu mempunyai semangat juang yang tinggi dan sanggup menjadi perisai bagi sebuah organisasi yg di terajui.Contoh terdekat adalah pemilihan GPMS akan datang di mana saya juga merupakan salah seorang pencandu dalam organisasi tersebut.

Pemilihan Presiden GPMS yang akan datang saya lihat satu medan tempur dimana pengalaman, visi dan misi menjadi medan penentuan.

Salah seorang yang bertanding saya lihat lahir daripada "kilang Gpms" , berasal dari Penang dan merupakan orang lama dalam persatuan. Beliau di lihat sungguh vokal dalam mempertahankan hak agama , bangsa dan tanah air. Beliau juga lihat amat komited dalam memperjuangkan kepimpinan Gpms dan banyak mewarisi kepimpinan yang sedia kerana memegang jawatan SUA yang banyak mempelajari ilmu secara terus dari Tuan Presiden.Beliau juga seorang anak muda yang idealis yang di lihat boleh memberikan suatu perubahan buat perjuangan GPMS. Saya teringat kata presiden "jika saya tulis buku banyak ini penerus legasi selepas ini perlu lebih banyak". Tuan Presiden telah meletakkan aras yang tinggi dalam perjuangan GPMS dan ini merupakan satu cabaran juga buat bakal penerus kepimpinannya nanti. Kata-kata semangat Tuan Presiden "GPMS Singa Perjuangan Bangsa" menjadi kata semangat buat pencandu GPMS. Bagi saya jika darah ini luka pasti darah Gpms ini menjadi baja di muka bumi.

Salah seorang lagi yang bertanding saya tidak mengenali rapat dengan beliau dan cuma melihat perkembangan daripada media surat khabar dan fb. Pada pandangan saya beliau seorang penulis yang baik di akhbar tempatan dengan idea kritis. Pemimpin yang 'soft spoken' dan anak muda yang bersemangat tinggi.Pada fb beliau pula menonjolkan seorang usahawan yang berjaya dan mungkin terangkum dalam golongan elit.Saya amat mengharapkan agar semangat perjuangan dapat di tonjolkan oleh beliau.Beliau juga merupakan antara yang berpengalaman kerana memegang jawatan no 2 dalam persatuan.

Semua ini adalah pandangan peribadi saya dan saya mendoakan agar mereka yang bertanding biarlah secara adik beradik dan berjuang dengan ikhlas demi agama ,bangsa dan tanah air. Pemimpin datang dan pergi perjuangan kekal abadi.

Ingat selepas pertandingan kita masih adik-beradik dan masih melafazkan kalimah Allah yang sama-sama. Negara ini perlukan kita dan organisasi ini hanya wadah dalam perjuangan. Allahuakbar !



No comments:

Post a Comment