Tuesday, October 20, 2015

Kemenangan dan Silaturahim

Adat pertandingan ada menang dan ada yang kalah. Kita hanya merancang tetapi sebaik-baik perancangan daripada Allah s.w.t.

Adakah bila kita memberi dan yang lain juga memberi seperti kita ? Adakah perlu kita menoreh lagi luka yang kian dalam ? Mari sahabat kita rapatkan ukhwah dan jadikan pertandingan ini seperti pentas dunia. Menang hanya dapat tepukan sebagai halwa penyejuk telinga. Tapi kita perlu ingat amanah yg di pikul nanti akan di tanya kelak. Janji bukan sekadar janji kerana itu pasti akan menjadi saksi di akhirat nanti. Saya ingin memberi perkongsian kemenangan yang hanya merosakkan perhubungan untuk menjadi inspirasi dalam perjuangan.

KEMENANGAN DIPEROLEHI TETAPI MEROSAKKAN PERHUBUNGAN

Kalau gaduh dengan pelanggan,
Walaupun kita menang,
Pelanggan tetap akan lari.

Kalau gaduh dengan rakan sekerja,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi semangat bekerja satu kumpulan.

Kalau kita gaduh dengan boss,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi masa hadapan di tempat itu.

Kalau kita gaduh dengan keluarga,
Walaupun kita menang,
Hubungan kekeluargaan akan renggang.

Kalau kita gaduh dengan guru,
Walaupun kita menang,
Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang

Kalau gaduh dengan kawan,
Walaupun kita menang,
Yang pasti kita akan kekurangan kawan.

Kalau gaduh dengan pasangan,
Walaupun kita menang,
Perasaan sayang pasti akan berkurangan.

Kalau kita gaduh dengan sesiapapun,
Walaupun kita menang,
Kita tetap kalah…

Belajar terus Belajar. ..


No comments:

Post a Comment