Wednesday, June 1, 2016

Perlukah kiasu tolak Undang-Undang Syariah?

Masyarakat Amerika yang membangga-banggakan dirinya sebagai negara yang terkuat dan mempunyai tamadun yang paling tinggi dan sebagai satu-satunya negara yang layak menjadi polis dan hakim dunia dapat dijadikan contoh yang amat jelas bagaimana ketamadunan negara itu sedang dicemari keruntuhan akhlak dan perlakuan jenayah yang berleluasa hingga ketamadunannya tidak lagi mencerminkan konsep tamadun dalam erti kata yang murni dan sebenar.
Gaya perundangan jenayah barat  menjurus ke arah kaedah bersimpati dengan penjenayah dan meringankan hukuman terhadap mereka. Hasil yang paling jelas dari kaedah ini ialah penghapusan hukuman bunuh atau ‘Capital Punishment’, memandang ringan kepada jenayah zina dan jenayah minum arak dan mengenakan hukuman yang menggalakkan ke atas pencuri-pencuri dan perompak-perompak. Akibat trend perundangan yang lembut inilah penjenayah-penjenayah yang keji itu berkembang begitu pesat dan subur dan mengakibatkan penderitaan-penderitaan yang amat berat kepada masyarakat di seluruh dunia dan menyebabkan rancangan pembesaran penjara-penjara sama penting dengan pembesaran kolej-kolej.
Kita di kejutkan dengan kiasu yang membantah cadangan parlimen untuk menguatkuasakan penambahan undang-undang syariah yang hanya di kenakan pada umat Islam sahaja. Cadangan ini hanya tertakluk pada orang Islam sahaja dan tidak kena-mengena dengan hukum hudud. Berikut adalah kefahaman saya tentang hudud yang sering di anggap undang-undang kuno dan ketinggalan zaman oleh barat dan Anti Islam.
Pelaksanaan hukum hudud dari awal hingga akhirnya adalah diikat dengan berbagai-bagai syarat yang ketat dan boleh digugurkan dangan berbagai-bagai keraguan, malah dalam kes rejam yang paling berat sekalipun, orang yang dihukum masih mempunyai kelonggaran untuk melarikan diri semasa menjalani hukuman dan dalam sesetengah kes hudud yang lain, hukuman hudud tergugur sekiranya dengan taubat sebelum penjenayah itu ditangkap.
Ciri-ciri hukum hudud yang menarik ini membayangkan bahawa matlamat hukum hudud adalah semata-mata untuk mewujudkan kesan pencegahan yang mendera dan memeritkan bukannya untuk membinasakan penjenayah demi melindungi kesejahteraan masyarakat. Di samping itu konsep hukuman dan balasan dalam Islam bukan semuanya diselesaikan di dunia ini, malah seluruh insan akan dibicarakan kembali dalam pengadilan terakhir di hadapan Allah SWT pada hari akhirat, oleh sebab itulah dalam hukum hudud terdapat lorong-lorong yang selamat untuk memberi peluang kepada pesalah itu menginsafi diri mereka di dunia atau bertaubat sebelum menghadapi pengadilan di akhirat buat kali terakhir.
Dengan syarat-syarat yang ketat dan faedah-faedah keraguan (benefit of doubts) yang luas yang diperuntukkan di dalam hukum hudud tidak boleh disifatkan sebagai undang-undang mandatori yang mutlak seperti Akta Undang-Undang Dadah Merbahaya yang dilaksanakan di negeri ini, malah perselisihan pendapat di antara ahli-ahli perundangan Islam dalam mentafsirkan sesetengah peruntukan di dalam hukum hudud, telah menjadikan hukum hudud suatu undang-undang yang banyak memberi ruang kepada pertimbangan dan ijtihad para hakim untuk membuat keputusan yang berhemat.
Ia jauh berbeza dari undang-undang dadah merbahaya ciptaan manusia yang tidak memberi ruang-ruang pertimbangan perikemanusiaan yang logik yang dapat memberi kepuasan dan ketenangan kepada hati nurani yang merasa bertanggungjawab di hadapan Allah terhadap setiap nyawa yang dihukum oleh mereka. 
Pelaksanaan hukum hudud sebagaimana yang dapat diperhatikan lebih mendalam dan lebih serius dalam mendokong aspek rahmat dan kasihan belas yang tidak terdapat di dalam undang-undang dadah merbahaya ciptaan manusia yang tidak sanggup membezakan secara berperikemanusiaan di antara pengedar-pengedar dadah yang sebenar dengan pengambil-pengambil upah yang miskin, jahil dan terdaya, juga di antara pengedar-pengedar dadah yang sebenar dengan orang-orang yang bernasib malang yang tercebak dalam deeming provision atau dalam definisi pemilikan dadah mengikut undang-undang dadah.
Setengah-setengah hakim diakhir pembicaraan dadah merbahaya yang berbunyi: “Saya tidak mempunyai pilihan selain dari menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas kamu” adalah merupakan sesuatu pernyataan yang mengungkapkan kebuntuan dan kekecewaan hati nurani yang peka untuk menemui jalan-jalan rahmat dan kasihan belas.
Saya percaya jika kita yang meneliti syarat-syarat pelaksanaan hukum hudud dengan sedar dan insaf dari awal hingga akhir akan membuat kesimpulan yang spontan bahwa hukum hudud walaupun bersifat mandatori amat sukar dilaksanakan melainkan ke atas penjenayah-penjenayah yang yang amat jahat dan benar-benar wajar dihukum atau penjenayah yang amat jujur dan amat tinggi keinsafan dan taqwanya hingga sanggup meminta hukuman dijalankan ke atasnya walaupun diberi isyarat oleh hakim supaya tidak membuat pengakuan seperti itu.
Di samping itu pelaksanaan hukum hudud tidak seharusnya membimbangkan orang-orang bukan Islam, kerana hukum hudud bertujuan mewujudkan suasana aman yang sebenar kepada semua penduduk negara tanpa mengira kaum dan bangsa. Mereka tidak seharusnya merasa takut kepada hukum hudud selama mereka menaruh kebencian dan bersikap menentang perlakuan jenayah-jenayah hudud yang keji itu atau selama mereka tidak bercita-cita untuk melibatkan diri di dalam jenayah-jenayah yang jahat itu.
Selama ini mereka tidak rela kedai-kedai mereka dicuri atau selama mereka tidak rela melihat isteri dan anak-anak gadis mereka dilarikan dan dirogol dengan kejam atau selama mereka bercita-cita untuk tidur nyenyak dalam suasana aman dan selesa tanpa mengenakan pada pintu-pintu rumah mereka dengan berbagai-bagai penggera yang canggih dan tanpa memasang kunci yang berlapis-lapis seolah-olah penjara-penjara kecil di tengah bandar. 
Cara pelaksanaan hukuman rejam, hukuman sebat, hukuman potong tangan dan hukuman bunuh yang dijalankan di hadapan mata satu perhimpunan ramai akan membuat para penjenayah yang menjalani hukuman itu benar-benar merasakan bahawa mereka sedang dihukum oleh orang ramai. Di sinilah letaknya faktor-faktor keberkesanan hukum hudud yang dapat melahirkan kesan-kesan pencegahan yang berkesan sehingga membuat setiap orang yang bercita-cita untuk melakukan jenayah-jenayah hudud yang keji itu terpaksa berfikir sedalam-dalamnya sebelum melangkah ke alam jenayah itu. 
Sebelum mengakhiri penulisan ini adalah wajar ditekankan sekali lagi bahawa hukum hudud dari segi ilmiah dan kaedah perlaksanaannya bukan sahaja menjadi kewajipan cerdik pandai Islam yang tergolong dalam istilah alim-ulama seperti yang ditanggapkan selama ini, malah ia menjadi kewajipan semua pengamal undang-undang yang beragama Islam di seluruh negeri ini, yang terdiri dari hakim-hakim dan peguam-peguam yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaandan pengendalian undang-undang Negara. 
Selaku seorang muslim yang menyembah Allah SWT dan mahir dalam perundangan negara, mereka berkewajipan mempelajari dan mengkaji selok-belok hukum hudud bersama para ulama dan membuat perakuan-perakuan yang membuka jalan ke arah pelaksanaan hukuman hudud yang diturunkan oleh Allah Taala. Mereka tidak wajar berselindung di sebalik lalang dengan alasan yang dangkal bahawa tugas mereka hanya menafsirkan undang-undang, bukan menggubal undang-undang, kerana di dalam realiti Islamnya, mereka adalah hakim-hakim dan peguam-peguam yang beragama Islam yang bertanggungjawab mengamal dan mengembangkan undang-undang Islam mengikut saranan-saranan yang berada di dalam keupayaan mereka selaku ahli undang-undang.
Sikap redha dan berpuas hati dengan undang-undang ciptaan manusia yang diambil dari Barat atau sebagainya adalah bertentangan dengan aqidah Islamiah yang dianut oleh kita. Begitu juga sikap tidak peduli atau memandang remeh kepada undang-undang ciptaan Allah SWT akan meletakkan mereka dalam barisan orang-orang yang tidak menghormati dan menjunjung tinggi undang-undang Allah SWT, iaitu satu barisan yang bertenggek di tepi jurang kemusnahan aqidah dan keruntuhan iman.
Sebenarnya, kepakaran teknikal dan pengalaman-pengalaman yang luas dari para hakim dan peguam beragama Islam itu dapat memberi sumbangan-sumbangan pelaksanaan yang amat bermakna dalam penyusunan qanun jenayah Islam umumnya dan undang-undang hudud khususnya, di zaman kebangkitan umat Islam yang ingin kembali kepada sistem hidup Islam setelah gagal dengan undang-undang ciplak ciptaan manusia yang semata-mata berlandaskan kepentingan-kepentingan keduniaan.
Di samping itu, pengalaman-pengalaman kerajaan Arab Saudi serta kerajaan Sudan dan juga percubaan-percubaan kerajaan Pakistan dapat dijadikan panduan-panduan yang amat berguna dan membina dalam usaha mengemaskinikan teknikaliti pelaksanaan undang-undang hudud dalam dunia yang serba maju dan moden ini. Kita yakin dengan usaha yang sedemikian rupa dari para alim ulama yang berganding bahu dengan para hakim dan para peguam yang beragama Islam, negara ini lambat-laun akan dapat menikmati naungan di bawah undang-undang Islam yang adil dan aman. Wallahuallam. 

Berikut adalah pandangan dan hasil penulisan saya pada tahun 2014 "Kenapa Non Muslim Menolah Hudud" 


1 comment:

  1. Halo semuanya!!! Nama saya MRS LISA Brown dari USA. Saya telah scammed oleh berbagai Internet pemberi pinjaman internasional, dan saya kehilangan saya sulit mendapatkan uang berjumlah di 18,170USD. Suatu hari ketika saya sedang browsing melalui internet saya tersandung pada kesaksian Mary Earl yang juga scammed dan akhirnya mendapat terkait dengan perusahaan pinjaman legit yang disebut Beacon Chambers Grup di mana ia akhirnya mendapat pinjaman, jadi saya memutuskan untuk menghubungi perusahaan pinjaman yang sama dan aku diberi pinjaman tanpa drama. Menghemat waktu Anda semua drama dan kontak Beacons Chambers Group hari ini di: mgjockers@beaconschambers.com Catatan; setiap pemberi pinjaman kredit menggunakan email gratis seperti yahoo, gmail, hotmail scammers. Awas. Jangan menghubungi mereka.

    ReplyDelete