Wednesday, February 24, 2016

Jarum-jarum Perpecahan Melayu

Saya ingin berkongsi madah-madah senario kini yang memberi seribu makna melalui pengamatan dan pengalaman yang di ambil dari bahan bacaan saya tentang senjata yahudi dan nasrani yang tidak akan duduk diam selagi umat islam bersatu.

"Jangan kau tanyakan aku erti bangsa
nanti aku akan suapkan kau
maksud berbilang etnik dan faham agama

Jika kau berikan aku erti harmoni
nanti akan aku ajarkan kau erti rasis
prejudis dan kauvinis

biar kau mabuk sawan kerananya
biar kau termuntah busuk berpintal-pintal

jangan kau tanyakan aku persefahaman antara agama
nanti kau tuduh aku jumud dan kolot

jangan kau paksa aku sentuh tentang
Palestin dan Iraq
nanti kau kata aku pembela keganasan

biar
biar saudara perempuanku dirogol setengah mati
biar
biar saudara-saudaraku dibunuh satu-persatu
dipenjara, dicabul maruah dan pegangan agama
aku tidak boleh menyebut nama mereka sedikitpun
mahu aku tersenyum
dan kata
"itu urusan mereka"
jika membalas
aku dicop pengganas

belum aku ajar kau makna diskriminasi
nanti kau terjangkit terkedu membusung
lantas aku racun kau dengan maksud realpolitik

biar kau mabuk sawan kerananya
biar kau termuntah busuk berpintal-pintal

Jangan tanya aku
erti persefahaman kaum
jika mereka duduk ramai-ramai
di tanah pusakaku
dan esok lusa
anak cucu mereka
menghalauku

Tiada gunanya kau bertanya
Selagi kau letakkan Tuhan dibelakangmu
Muhammad di kakimu
Rela berdiri di depan muncung Coca-cola
dan mati atas nama demokrasi"


Untuk mengetahui di mana kekuatan dan kelemahan umat Islam di Malaysia khasnya umat Melayu,kita kena mengkaji keseluruhan senario yang terjadi di sini.Ini penting sebelum siapa-siapa yang ingin mengaku pejuang Islam atau mahu memperjuangkan agama berangkat mahu ke medan perang.Jika tidak,para pejuang ini akan mati akibat tertusuk pedang rakan sendiri,atau mati terkena peluru sesat atau lari dari medan perang akibat terkeliru atau mengelirukan diri sendiri.

Ada yang mengaku memperjuangkan agenda Islam,tetapi bila dilepaskan ke medan yang lebih luas mula terkeliru dan mengalami kejutan budaya.Anehnya,mereka mula mengalami perasaan 'inferior' terhadap Islam dan akhirnya mengikut telunjuk musuh-musuh Islam.Walhasilnya,mereka berjaya dalam perjuangan mengelirukan diri sendiri.Ada yang mengaku pendokong visi dan misi Islam namun hanya gah di pentas-pentas formal.Mereka berani menunjukkan muka di pentas-pentas ceramah dan seminar di sekolah-sekolah dan universiti.Segalanya formal dan hubungan antara sesama juga formal sehingga susah untuk orang yang didakwahkan itu menemuinya.Mereka berani berceramah dalam keadaan audiennya menekur mendengar tanpa banyak soal.Malah audien juga hadir atas dasar terpaksa dan memenuhi syarat sahaja.Habis ceramah,isi ceramah masuk telinga kiri keluar telinga kanan.Ada yang mengaku sebagai pendakwah tetapi tidak mahu memahami sensitiviti masyarakat setempat dan mahu meninggikan ego sendiri sahaja.Islam dijadikan sebagai pekerjaan dan sumber rezeki sahaja.Apa yang terjadi pada generasinya dia tidak ambil pusing yang penting elaun ceramah masuk poket dan cukup bulan kerajaan masukkan gajinya dalam bank.

Untuk tujuan muhasabah diri dan menyusun strategi,kita kena jujur.Fikiran kena terbuka dan positif.

Kita kena hindarkan diri menjadi seperti sesetengah orang dalam jemaah Tabligh menganggap saudara dalam Pas sebuah parti Islam berada dalam jalan tidak betul kerana bergelumang dengan politik. Sejak mula jemaah ini bertapak di Malaysia sehingga kini berapa peratuskah usaha itu dapat menggerakkan sekurang-kurangnya hukum Qisas ditegakkan dalam perundangan Malaysia? Dakwah itu penting,namun politik itu juga penting sebab itu nabi Muhammad s.a.w terpaksa berhijrah ke Madinah untuk MENUBUHKAN NEGARA ISLAM kerana politiklah dapat membawa hukum Allah s.w.t ke dalam sistem perundangan.Jika nabi berdakwah sahaja di Mekah,alamat 100 tahun pun keadaan Islam macam itu sahaja.Pi mai pi mai tang tu,kerana orang yang memegang kuasa di Mekah adalah kaum Musyrik.Mungkin boleh berjaya,tetapi memakan masa yang amat lama dan korban yang bukan sedikit.Nabi bukan semata-mata pendakwah tetapi juga ahli politik dan jeneral perang.Jika hendakkan nabi yang betul-betul berdakwah sahaja kerjanya,boleh ambil contoh nabi Isa a.s.Nabi Isa a.s kerjanya berdakwah sahaja.Beliau tidak mempunyai negara atau satu batalion pun tentera untuk mempertahankan hukum Allah.Akhirnya beliau diancam oleh tentera-tentera Pilatus Rom tanpa ada sedikit kekuatan pun melainkan rahmat Allah s.w.t.

Dan kita jangan menjadi sesetengah orang dalam Pas yang memandang hina jemaah Tabligh.Apabila jemaah ini datang ke masjid atau surau,ada saudara dalam Pas sendiri yang menghalau mereka,padahal mereka ingin berziarah dan menyenangkan usaha saudara dalam Pas untuk memahamkan masyarakat tentang agama.Mengapa dalam kepala mereka penuh pandangan negatif tentang usaha dakwah.Sesetengah saudara dalam Pas terlalu asyik berpolitik sehingga lupa akan tujuan sebenar mereka membawa politik Islam.Mereka ingin tegakkan hukum Allah tetapi majoriti umat Islam tidak faham Islam,bagaimana mereka mahu menegakkan politik Islam?Mereka telah membuat kerja yang menyusahkan diri sendiri.Mereka MUNGKIN BERJAYA TETAPI MENGAMBIL MASA YANG AMAT LAMBAT DAN MEMAKAN KORBAN YANG BUKAN SEDIKIT.Bukankah mudah jika Pas datang kepada orang yang faham kalimah "Lailahaillallah' lantas menerangkan tentang konsep kenegaraan Islam,agak-agak adakah orang tadi bersetuju atau tidak? Mungkin UMNO juga boleh berfikiran positif.

Kita kena faham senario.Jangan duduk di dalam tempurung ego sendiri.Jangan buta dan taksub semata.

Di dalam medan peperangan ini terdapat berbagai-bagai ragam manusia.Berbagai-bagai pemainnya.Terdapat golongan Islam Liberal,Sekular,Materialis,Kauvinis,Sosialis serta Non-Muslim.Di sana juga berkeliaran para Orientalis,Konspirator dan pejuang agama lain.Mereka ini ada yang menubuhkan NGO-NGO,pertubuhan sehingga ada yang mempunyai parti politik sendiri.Organisasi mereka mempunyai dua cabang;politik dan propaganda.Dalam istilah Islamik,organisasi mereka mempunyai bahagian siasah dan usaha dakwah.Bahagian politik mereka digunakan untuk berjuang meminda undang-undang yang memberi kelebihan kepada Islam kepada undang-undang yang menafikan hak Islam dan memberi kelebihan pula kepada mereka.Bahagian politik mereka juga digunakan untuk menghapuskan undang-undang syariah dan berusaha menghapuskan identiti Islam.

Contoh,menghapuskan tulisan jawi/arab dan kod pakaian menutup aurat.Mereka berusaha menghapuskan syiar-syiar Islam seperti azan dengan pelbagai alasan,selalunya menyentuh hak asasi manusia.TUJUAN TERAGUNG BAHAGIAN POLITIK MEREKA ADALAH UNTUK MENGAMBILALIH PEMERINTAHAN MALAYSIA DARI TANGAN ORANG ISLAM.Jadi semua orang yang ingin mengaku pejuang Islam kena ingat baik-baik masalah ini.Kena FIKIR DAN RISAU masalah ini bersama disamping fikir dan risau yang lain.

Bahagian usaha dakwah mereka pula (propaganda) merangkumi NGO-NGO dan media.Mereka selalu mengadakan seminar,forum,bengkel dan ceramah yang selalunya ditutup dengan nama hak asasi dan keadilan.Ini belum lagi masuk topik usaha dakwah dari mubaligh agama.Lagi bermacam-macam usaha dakwah mereka.Kaji bagaimana usaha mubaligh Kristian di Sabah dan Sarawak.Antara mangsa yang menjadi pencacai mereka adalah golongan Islam Liberal.Golongan ini menjadi kuli untuk menyebarkan dakwah memburuk-burukkan sistem Islam dan undang-undangnya.Mereka sanggup menulis artikel memburuk-burukkan Rasulullah s.a.w dan undang-undang Syariah.Antara usaha terhebat mereka setakat ini adalah mengadakan seminar Inter-religious Faith.Luarannya mereka mengatakan ingin mencari titik temu dalam agama-agama tetapi sebenarnya titik temu itu dicari dengan menghancurleburkan agama Islam.

Renungkanlah wahai sahabat seperjuangan.

Belajar terus belajar.


No comments:

Post a Comment