Artikel di dalam sebuah portal pro liberal yang bertajuk ‘Bekas Ketua Hakim ‘penipu,rasis dan ekstremis’, kata Ketua Menteri Pulau Pinang’ Lim Guan Eng telah mengecam kenyataan Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid yang menyatakan agama Islam terancam di negeri tadbiran DAP iaitu Pulau Pinang.
Saya merasakan Lim Guang Eng sebenarnya sedang dibuai mimpi ataupun sudah terbiasa dengan perlakuan mereka yang sudah lama ekstremis terhadap kedudukan Islam dan orang Melayu di negara ini. Satu perkara yang sering dilupai oleh rakyat Malaysia ialah perjuangan utama DAP yang konsisten mahu menghapuskan perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh hak istimewa orang Melayu serta Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Jadi siapa sebenarnya ekstremis dan rasis?
Sebenarnya kenyataan Tun Abdul Hamid adalah sebuah kenyataan yang berasaskan fakta. Kita boleh melihat dengan konsistennya pimpinan-pimpinan DAP membuat cadangan serta kenyataan yang ekstremis terhadap kedudukan Islam dan Melayu di negara ini.
Di dalam sebuah akhbar bertarikh 25 November 1999, Lim Guan Eng yang pada ketika itu merupakan Timbalan Setiausaha Agung DAP berjanji akan menghapuskan hak orang Melayu. Beliau telah mengeluarkan kenyataan berbunyi “Kami masih berpegang dengan pendirian, menolak kerajaan Islam kerana gagasan Malaysian Malaysia tidak akan memberi sebarang keistimewaan kepada mana-mana kaum, sebaliknya semua pihak akan mendapat taraf sama rata yang lebih adil”. Siapakah yang boleh memberi jaminan pada hari ini DAP sudah memansuhkan perjuangan Malaysian Malaysia yang menjadi teras perjuangan mereka sehingga kini? Jadi siapa sebenarnya yang ekstremis dan rasis?
Kedua, kita boleh merujuk kenyataan Guan Eng di dalam akhbar The Star pada 16 Jun 2008 bertajuk ‘There’ll be no Islamic State,says DAP’ . Artikel di dalam akhbar ini diungkapkan oleh Guan Eng kepada cadangan pemuda PAS untuk melaksanakan pemerintahan Islam di negeri-negeri yang dimenangi oleh pakatan, kata Guan Eng; ‘PAS youth’s proposal going against promise’. Jadi Guan Eng, siapakah sebenarnya ekstremis dan rasis?
Ketiga, pada 14 Mac 2008, selepas Guan Eng memasuki pejabat Ketua Menteri di KOMTAR, beliau terus memansuhkan Dasar Ekonomi Baru di Pulau Pinang kerana menganggap DEB menjadi punca kronisme dan rasuah serta budaya tidak produktif di Malaysia. Hakikatnya, DEB adalah sebuah dasar yang diperkenalkan kerajaan untuk membantu Melayu dan Bumiputera yang sebenarnya selepas merdeka tempang dari sudut ekonomi berbanding kaum Cina dan India. Jadi saya mahu bertanya dengan Guan Eng siapakah sebenarnya yang ekstremis dan rasis?
Nga Kor Ming pada 8 Disember 2009 mempersoal di Parlimen mengenai tindakan kerajaan membelanjakan RM748.26 juta untuk pembinaan masjid sebanyak 611 dari tahun 2000 hingga 2008. Adakah Nga ini tidak tahu ilmu matematik? Sudah pasti penganut agama yang majoriti memerlukan rumah ibadat yang lebih banyak berbanding agama lain. Atas perjuangan hak sama rata semua kaum, para pemimpin DAP konsisten mempertikaikan tindakan kerajaan yang memberikan peruntukan yang lebih kecil kepada agama selain daripada agama Islam bagi rumah ibadat mereka. Mereka sebenarnya pura-pura tidak sedar akan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan di dalam perlembagaan. Jadi siapakah sebenarnya yang ekstremis dan rasis?
Pada 1 Julai 2010, 16 belas buah rumah orang Melayu di Kampung Pokok Asam, Pulau Pinang dirobohkan untuk dibina kediaman berharga RM800,000 sebuah. Satu lot hanya diberi pampasan RM75,000 sahaja, sedangkan dalam satu lot rumah ada tiga buah keluarga. Sejumlah 200 orang menjadi mangsa. Selain itu, Kedai Do Re Mi dirobohkan, Kampung Binjai, Kampung Tengah dan Medan Ikan Bakar Gold Coast, Sungai Nibong dirobohkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang. Seterusnya, 80 orang peniaga di Batu Feringghi menerima notis untuk merobohkan premis perniagaan mereka sedangkan peniaga Cina begitu ramai berniaga di jalanan tidak pula mendapat sebarang tindakan. Suatu pengusiran orang Melayu secara sistematik di Pulau Pinang namun tidak ramai yang menyedarinya. Adakah perkara ini tidak dikira sebagai ekstremis dan rasis?
Tindakan-tindakan DAP di atas hanyalah sebahagian kecil sahaja daripada tindakan mereka yang bersifat ekstremis dan rasis mahu menghapuskan kedudukan istimewa Islam dan Melayu di negara ini. Jika kita masih menilai sesuatu isu mengikut blok kepartian, kita akan sentiasa memenangkan tindakan salah yang dilakukan oleh ikon politik pujaan kita dan seterusnya tindakan mereka yang mengancam kedudukan Islam dan Melayu tidak akan disedari dan mereka berjaya melaksanakan agenda mereka itu dalam kita tengah berada di dalam ketaksuban politik.
Terkini isu guru besar menghalau guru-guru Melayu daripada SKJC dengan alasan tidak masuk akal sama sekali.
Persoalannya siapakah yang rasis ?

No comments:
Post a Comment