Tuesday, September 20, 2016

Relevankah BERSATU mendepani Nasib MELAYU

Politik berasas kaum lebih merupakan bentuk politik Malaysia sejak merdeka lalu. Iaitu parti-parti politik ditubuhkan berasaskan kaum tertentu bagi memperjuangkan kepentingan dan kebajikan kaum tersebut. Misalnya UMNO ditubuhkan untuk menjaga kepentingan orang Melayu dari segi agama Islam, bangsa Melayu itu sendiri dan tanah air atau negara. Kemudiannya peranan UMNO ditambah dengan usaha menjaga kepentingan bumiputera lain.

MCA ditubuhkan bagi menjaga kepentingan kaum Cina di negara ini. Demikian juga MIC yang menjaga kepentingan kaum India. Parti-parti ini bukan sahaja memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing.

Terdapat juga parti-parti yang membuka keahlian kepada semua bangsa tetapi asas perjuangan mereka masih tertumpu kepada kaum mana yang mendominasi parti politik tersebut. Kita lihat sungguhpun DAP terbuka keahlian kepada semua namun asas perjuangan mereka masih lagi tertumpu kepada kepentingan orang Cina. Demikian juga Pas yang terbuka kepada semua orang Islam tetapi ia masih berasaskan politik Melayu. 

Gerakan juga sungguhpun parti multi racial tetapi masih bersikap parti orang Cina. Politik berasaskan kaum lebih merupakan politik tolak ansur antara kaum yang dipraktikkan dalam negara berbilang kaum dan agama seperti di Malaysia. Politik ini berjaya mengelakkan pertumpahan darah dan konflik antara kaum yang berlaku di banyak negara-negara pelbagai kaum lain seperti di negara-negara balkan suatu ketika dahulu.

Politik berasaskan kaum tidak menindas mana-mana kaum atau mengambil hak mana-mana kaum mahu pun mengenakan sebarang tindakan mendiskriminasi mana-mana kaum. Misalnya hak-hak istimewa melayu, kedudukan bahasa Melayu, agama Islam dan raja-raja Melayu merupakan sebahagian tolak ansur dan power bargain kemerdekaan yang turut memberikan hak kerakyatan, hak mengundi, hak mengamalkan adat istiadat dan budaya serta pendidikan berasaskan bahasa-bahasa kaum lain. Justeru ia tidak boleh dilihat sebagai tindakan satu kaum menindas kaum lain.

DEB juga bukan satu polisi perkauman tetapi merupakan polisi berasaskan kaum demi kepentingan sosial. Contoh – Peruntukan 30% ekuiti bumiputera, biasisiwa dan kuota universiti untuk bumiputera tidak merampas hak kaum lain. Ini kerana jumlah yang diperuntukan lebih kecil atau setara daripada jumlah penduduk bumiputera di negara ini.

DEB juga tidak pernah melakukan perampasan harta bukan Melayu untuk dijadikan harta kaum Melayu. Politik berasaskan kaum ini tidak pernah menindas mana-mana kaum bukan peribumi dari mencapai kedudukan, kuasa mahu pun penguasaan ekonomi. 

Bahkan politik berasaskan kaum seperti di Malaysia ini telah melahirkan ramai jutawan dari kaum cina dan India.

Ini jelas berbeza dengan politik perkauman yang melakukan tekanan, dan diskriminasi secara sistematik bagi menaikkan bangsanya dengan memusnahkan bangsa lain.

Tiada apa yang perlu digundah gulanakan apabila kita dilabelkan pejuang bangsa. Yang kita khuatir ialah jika perjuangan bangsa digunakan untuk memusnahkan bangsa lain. Ini tidak akan berlaku di Malaysia selagi Barisan Nasional kekal memerintah dengan konsep politik berasaskan kaum ini. Ini kerana politik menjaga kepentingan kaum tertentu ini diikuti oleh tolak ansur dan persefahaman yang akhirnya menghasilkan situasi menang-menang kepada semua kaum.

Parti BERSATU wujud daripada kekecewaan akibat permintaan yang tidak dapat di penuhi dan jawatan perjuangan ini amat mirip kepada Parti Semangat 46. Dasar perjuangannya adalah sama dengan UMNO dan majoriti ahlinya dari kalangan UMNO sendiri.

Parti BERSATU ini di lihat cuba bekerjasama dengan parti seperti DAP yang di lihat mempunyai ideologi politik yang amat berbeza. DAP sebuah parti yang amat rasis dan ultrakiasu. Kita sendiri boleh lihat apa yang berlaku di Selangor. Selangor walaupun di perintah oleh Azmin Ali tetapi exco-exco kanan semua di pegang oleh ultrakiasu. Adalah Melayu dapat hasilnya? Apa nasib PAS di Selangor ?

Cuba kita bayangkan pendaftaran undi pilihanraya di Selangor khususnya untuk bangsa Cina sebanyak 140 ribu tetapi bangsa Melayu cuma 45 ribu sahaja. Siapa yang berkuasa ? Apa telah terjadi pada populasi orang Melayu di Selangor? Adakah Melayu hanya boneka ?

Apakah peranan parti BERSATU dalam menangani sikap DAP yang secara terang di lihat membunuh majoriti Melayu . Relevankah parti BERSATU dalam menjadi "anchor" atau paksi kepada mereka? Semua ini hanya akan musnahkan masa depan Melayu jika parti BERSATU , DAP dan PKR duduk semeja. Parti DAP ini tetap akan menjadikan Melayu sebagai boneka. Saya teringat kata-kata TUN M bahawa DAP parti rasis tapi akhirnya bagaimana mereka duduk semeja. Pada pandangan saya perbezaan ideologi mereka umpama langit dan bumi. Gabungan parti ini tiada visi dan misi yang jelas dan hanya berjuang atas dasar amarah dan dendam kepada parti UMNO sehingga sanggup menjilat ludah yang pernah mereka sembur dahulu.

"Relavankah parti BERSATU ?"

Memang secara idealnya politik yang tidak berasaskan kaum merupakan satu hujah akademik yang cantik molek. Namun realitinya ia tidak seindah digambarkan. Ia akhirnya akan menjadi keadaan di mana kaum yang kuat dan gagah dari segi ekonomi membolot segala kekayaan dan keselesaan manakala yang lemah dan kurang kekuatan akan terus ketinggalan. 

No comments:

Post a Comment